Anda di halaman 1dari 4

SYARAT PENYERTAAN

KATEGORI PERTANDINGAN
TIK TOK KREATIF MERDEKA
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2021

A. PENDAHULUAN

Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta
Pertandingan Tik Tok Kreatif Merdeka Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 yang
dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

B. SINOPSIS

(i) Pertandingan Tik Tok Kreatif Merdeka merupakan pertandingan untuk


menghasilkan video Tik Tok kreatif bertemakan kemerdekaan
menggunakan aplikasi Tik Tok.

(ii) Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar
dan warga KPM dalam penghasilan video bertemakan kemerdekaan di
samping menyemarakkan semangat kemerdekaan.

(iii) Penggunaan aplikasi Tiktok dilihat relevan berdasarkan penggunaan


yang meluas dan popular untuk menghasilkan dan berkongsi video
berdurasi pendek.
C. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Syarat Am Pertandingan

(i) Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua pelajar dan warga


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

(ii) Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) video Tik
Tok Kreatif Merdeka untuk dipertandingkan..

(iii) Setiap peserta perlu menghasilkan Video Tik Tok paling kreatif dan
menarik yang bertemakan kemerdekaan.

(iv) Setiap video yang dimuatnaik mesti diletakkan tanda


pagar #bstpmerdeka dan #bstpprihatin.

(v) Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, mengandungi unsur-unsur


subversif dan negatif.

(vi) Durasi video yang dihasilkan mestilah tidak lebih daripada 1 minit
menggunakan aplikasi Tik Tok.

(vii) Tarikh penyertaan : 03 Ogos – 31 Ogos 2021.

(viii) Tarikh tutup penyertaan : 31 Ogos 2021 (Selasa), 12:00 tengah hari.

Keputusan Pertandingan

(i) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tanda suka (like) tertinggi.

(ii) Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya didapati


peserta tidak mematuhi mana-mana syarat penyertaan yang ditetapkan.

(iii) Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dilayan.
(iv) Hadiah dan sijil disediakan untuk pemenang:

Tempat Insentif
Pertama Hadiah & Sijil Penghargaan
Kedua Hadiah & Sijil Penghargaan
Ketiga Hadiah & Sijil Penghargaan
3 Hadiah Saguhati Hadiah & Sijil Penghargaan

D. PENGHANTARAN KARYA

(i) Semua peserta perlu menghantar pautan atau link video sahaja kepada
pihak urus setia.

(ii) Semua peserta perlu mengisi dan menghantar borang dalam talian
menerusi aplikasi Google Form yang disediakan.

(iii) Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada BSTP sebelum atau pada 31
Ogos 2021 (Selasa), 12:00 tengah hari. Sebarang penyertaan yang
diterima selepas tarikh berkenaan tidak akan dilayan.

(iv) Video yang terpilih akan disiarkan dalam saluran DidikTV KPM jika
menepati syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak DidikTV KPM.
BORANG PENYERTAAN
TIK TOK KREATIF MERDEKA
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PENYERTAAN
NO.
PERKARA

1.
Nama

2.
Nombor Kad Pengenalan

3.
Tajuk Video

4.
Nama dan alamat Sekolah

5.
No. Telefon Sekolah

6.
PERAKUAN PENULISAN

Saya (..................................................................................) No. Kad Pengenalan (. )


dengan ini mengakui bahawa:

1. Semua butiran diri yang diberikan adalah benar.

2. Bersetuju bahawa hasil karya ini boleh diolah, disunting, dicetak, ditayang dan diterbitkan.

Tandatangan: Pengesahan Ketua Jabatan


Nama:
Tandatanga
No. Kad Pengenalan:
n: Cap
Jawatan:

Untuk rekod Urus setia

Tarikh Terima :.............................................


Nama penerima :.............................................

Anda mungkin juga menyukai