Anda di halaman 1dari 2

DEKLAMASI SAJAK

Syarat-Syarat Umum Pertandingan :


1. Pertandingan ini bertemakan patriotik / kemerdekaan.
2. Setiap maktab perlu menghantar seorang wakil sahaja. (lelaki atau
perempuan)
3. Setiap peserta akan mendeklamasikan 1 sajak yang telah ditetapkan.
4. Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
5. Mendeklamasikan sajak bermaksud pembacaan sajak dan pembacaan ini
tidak boleh diiringi muzik.
6. Peserta diminta memakai pakaian kebangsaan yang mengikut tema serta
bentuk deklamasi.
7. Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.
8. 3 orang hakim yang berkecuali akan dilantik oleh tuan rumah. Seorang
daripadanya menjadi Ketua Hakim.
9. Hakim-hakim tidak terdiri daripada penulis-penulis sajak yang dipilih.
10. Sajak yang disediakan akan berikan dua minggu sebelum tarikh
pertandingan.
11. Markah diberi berdasarkan kepada kriteria berikut :
i) Penghayatan dan Kelancaran - 30 markah
ii) Daya Ucapan dan Vokal - 30 markah
iii) Intonasi dan Nada - 30 markah
iv) Memek dan Bahasa Tubuh - 10 markah

Sambutan Bulan Kemerdekaan MRSM Kuching 2016


PERINCIAN ASPEK PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

ASPEK HURAIAN

Penghayatan dan Kelancaran - Peserta dapat mengalami dan merasai emosi sajak. Penghayatan turut dapat
dirasai oleh khalayak/penonton.
- Mendeklamasikan sajak tanpa tersekat-sekat atau terhenti atau terlupa,
serta dapat menyebut bunyi atau kata dengan jelas menggunakkan sebutan
bahasa Melayu baku

Daya Ucapan dan Vokal - Mengolah vokal dengan suara yang jelas serta dapat menaikkan semangat
patriotik dalam kalangan khalayak.

Intonasi dan Nada - Turun naik suara serta mengawal tinggi/rendah suara berdasarkan maksud
puisi. Kebolehan menggunakan jeda, patah kata dan hentian yang betul.
- Nada ialah bunyi suara yang membayangkan sesuatu perasaan/mood.

Memek Muka dan Bahasa Tubuh - Berjaya meniru sifat atau perasaan puisi. Mampu berkomunikasi dengan
khalayak untuk menyatakan maksud puisi.
- Penggunaan anggota badan bagi menyokong maksud puisi secara tepat bagi
menarik minat khalayak.

Sambutan Bulan Kemerdekaan MRSM Kuching 2016

Anda mungkin juga menyukai