Anda di halaman 1dari 7

Vokal

Suara - Bagi mendeklamasikan puisi kemerdekaan, suara memainkan peranan


yang penting. Aspek ni adalah untuk menaikkan semangat patriotik dalam
kalangan audiens. Calon mesti memastikan mempunyai suara yang besar,
lantang, dan parau. Keseluruhan markah ditentukan oleh kesesuaian suara bagi
puisi jenis ini.

Intonasi
Turun naik suara. Peserta dapat mengawal tinggi rendah/panjang pendek suara
berdasarkan maksud puisi. Kebolehan dan kecerdikan peserta mengawal intonasi
menentukan markah baik atau sebaliknya. Kebolehan menggunakan jeda, patahpatah kata, dan hentian yang betul diambil kira.

Nada
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan, sikap,
aliran atau rentak puisi. Nada dalam deklamasi mengikut 'mood' sesebuah puisi.
Peserta yang dapat mengikut 'mood' dan nada bagi setiap baris, bait atau
rangkap mampu memperoleh markah yang tinggi.

Kelancaran/Artikulasi
Kelancaran bererti peserta dapat mendeklamasi sajak dari awal tanpa tersekatsekat atau terhenti atau terlupa. Sekiranya peserta tertinggal lebih dua
perkataan, markah bagi bahagian ini akan kurang kerana kesilapan ini mungkin
akan mengubah maksud puisi tersebut. Artikulasi bererti dapat menyebut bunyi
atau mengujarkan kata dengan jelas. Sebutan dapat difahami dan menggunakan
sebutan bahasa Melayu baku.

Mimik Muka
Peserta berjaya meniru, mengajuk gaya, cara setiap sifat dan perasaan dalam
puisi.
Contoh:
Kalau terdapat perkataan yang membawa maksud marah, sudah pasti peserta
memperlihatkan wajah yang marah bukannya tersenyum. Mimik muka amat
penting bagi peserta berkomunikasi dengan audiens untuk menyuarakan
maksud puisi.

Penghayatan
Peserta dapat mengalami dan merasai mesej sajak dalam batin, mengalami dan
merasai, dan meresap ke dalam jiwa. Kesimpulannya, peserta mesti berada
dalam puisi tersebut. Penghayatan dapat dirasai oleh audiens daripada
keseluruhan sajak yang dideklamasikan.

Bahasa Tubuh/Gesture
Penggunaan anggota badan bagi menyokong, menguatkan maksud kata lagi bait
dalam deklamasi. Penggunaan anggota betul dan tepat amat penting untuk
menarik minat audiens.
Contoh:
Ayuh mari kita bestarikan tanah hitam putih tanah hadhari milik kita yang pasti.
Mungkin penggunaan tangan sebagai bahasa badan untuk melambangkan tanah
air. Kalau tangan menunjuk ke langit adalah salah tetapi kalau tangan menunjuk
ke bawah atau mendasar adalah tepat. Oleh itu, peserta mesti berhati-hati.

Penampilan
Penampilan diri sebenar amat penting selain kostum, alat seawa (kalau ada)
sesuai, cara deklamasi, berdiri dan bergerak amat penting juga.
Hakim turut mengambil kira seawal langkah pertama peserta berjalan di pentas.
Di sini, disiplin pentas, disiplin diri, pengawalan pentas dan pengawalan
pembesar suara dianggap penting.

(Sumber: Brosur Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat


Kebangsaan Ke-25, GAPENA - UPSI, Tg. Malim - MAKUM)

Cikgu Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan DBP: 24 Februari 2013.

8.1

Vokal / suara (40%)

8.2

Penghayatan (30%)

8.3

Kelancaran sebutan / kejelasan dan intonasi (20%)

8.4

Gaya dan kreativiti persembahan (10%)

(Catatan: Sila rujuk Borang Pemarkahan yang disediakan

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KARNIVAL BAHASA


MALAYSIA PERINGKAT PKG POKOK SENA

TAHUN 2012

NAMA PESERTA:______________________NO.PESERTA:_______

TAJUK SAJAK :--------------------------------------------------

MARKAH
KRITERIA
SEDERHANA
(1-7)
BAIK
(8-14)
CEMERLANG
(15-20)
CATATAN JURI
20%

TEKNIK PERSEMBAHAN
(MENARIK,TENANG DAN YAKIN)

20%
PENGHAYATAN SAJAK
(LANCAR)

20%
PENGGUNAAN BAHASA
(GRAMATIS ,INTONASI DAN SEBUTAN)

10%
KONTAK MATA DAN KAWALAN SUARA
(BERKESAN/TIDAK)

10%

TEMPOH MASA
(8 MINIT)

20%
KREATIVITI
(KOSTIUM YANG BERSESUAIAN)

NAMA HAKIM:_____________________
JUMLAH MARKAH:

TANDATANGAN:____________________

SAJAK

Merupakan satu bentuk puisi lisan moden .

Lebih bebas berbanding dengan puisi tradisional(pantun dan syair)

Tema dan rangkap tidak terhad dan bebas

Baris dan rentak tidak terhad juga

Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan
makna dan irama

PENGGUNAAN BAHASA

* Metafora- gaya bahasa kiasan atau perbandingan.Sifat gaya bahasa ini


ringkas, padat, tersusun rapi. Contoh: Kamar Cinta, Perahu Waktu

* Personafikasi gaya bahasa yang memberikan keadaan ,suasana dan benda


bersifat manusia.

Contoh : Sepi menggigit, Hatinya menangis

* Perulangan gaya bahasa dalam puisi yang terdapat pengulangan perkataan


, ungkapan baris dan rangkap.

* Anafora gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal
baris puisi. Ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk
menguatkan pernyataan maksud.

* Epifora gaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang
bertujuan untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima

Inversi Ayat songsang , sama ada separuh atau sepenuh

Asonansi pengulangan bunyi vokal

Aliterasi pengulangan huruf atau bunyi konsonan

* Jeda Proses pembacaan sama asa senyap atau kuat terutama semasa
deklamasi sajak

* Simili Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau


suasana dengan jelas

* Hiperbola Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan


penyataan yang berlebih-lebihan

Anda mungkin juga menyukai