Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan salam norma baharu.

Kita mulakan sesi lapor diri pada pagi ini dengan bacaan umul kitab Al fatihah.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal BismilLah pembuka bicara.

Yang Berusaha En Abdul Rahman Bin Md Nor, Guru Besar SK Lelaki Jalan Batu 1, barisan
pentadbir, guru-guru pembimbing dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya, kita
dapat berkumpul pada pagi ini secara dalam talian menerusi platform Google Meet bagi sesi
lapor diri guru pelatih IPGK Bahasa Melayu.

Terlebih dahulu, saya sebagai wakil ahli kumpulan merakamkan jutaan terima kasih kepada
pihak sekolah atas kesudian menerima kami untuk menjalani praktikum di sekolah ini. Kami
sangat terharu dan berasa gembira kerana diberi peluang untuk menimba ilmu dengan para
guru yang begitu hebat dan komited dalam semua perkara. Kami amat berbesar hati untuk
menerima segala tunjuk ajar, bimbingan dan teguran daripada guru-guru sekalian bagi
mempersiapkan diri kami menjadi warga pendidik yang berkualiti.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan diri terlebih dahulu diikuti
dengan rakan yang yang lain.

Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta.

Nama, asal, umur, belajar di mana, major apa, minor apa?

Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih atas perkenalan diri anda sebentar tadi kepada
pihak pentadbir dan guru pembimbing.

********************************************************

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Encik Abdul Rahman bin Md Nor untuk
memberikan ucapan dan seterusnya memperkenalkan diri.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas nasihat dan kata-kata semangat yang
diberikan.

Seterusnya, saya mempersilakan barisan pentadbir dan guru pembimbing untuk


memberikan sepatah dua kata dan memperkenalkan diri.

Dimulakan dengan menjemput Penolong Kanan Pentadbiran. Dipersilakan.

Seterusnya dijemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Dijemput pula Penolong Kanan Kokurikulum

Akhir sekali, saya menjemput guru-guru pembimbing.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua barisan pentadbir dan guru-guru pembimbing
atas ucapan dan perkenalan diri sebentar tadi.

Sesi kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Oleh itu, saya menjemput
mana-mana guru pelatih untuk mengemukakan soalan kepada barisan pentadbir dan para
guru pembimbing.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir dan guru pembimbing atas jawapan yang
cukup padat bagi setiap persoalan yang dikemukakan.

*********************************

Seterusnya, saya menjemput mana-mana pentadbir dan para guru pembimbing untuk
mengemukakan soalan kepada barisan guru pelatih.

**********************************

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.


Saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan
pentadbir dan guru pembimbing SK Lelaki Jalan Batu atas kesudian melapangkan masa
pada pagi ini. InsyaAllah, kami barisan guru pelatih akan melaksanakan tanggungjawab
dengan sebaik mungkin berpandukan tunjuk ajar dan nasihat daripada guru-guru yang
hebat. Kami juga berharap agar kami dapat bersua muka dengan barisan pentadbir, guru-
guru dan murid-murid SK Lelaki Jalan Batu suatu hari nanti.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengendalikan sesi lapor diri ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli,

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia bersua kembali.

Sekian terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai