Anda di halaman 1dari 13

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

TOPIK 1

KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konesp geometri;
2. menerangkan latar belakang sejarah geometri;
3. menjelaskan rational belajar geometri di sekolah rendah.

PENGENALAN
Geometri mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak-kanak. Penerokaan
kanak-kanak terhadap bentuk, terutama bentuk 3 dimensi telah berlaku sejak
bayi lagi. Mereka didedahkan dengan pelbagai objek permainan yang mempunyai
pelbagai bentuk, saiz, warna dan tekstur. Pendedahan awal inilah yang
membantu kanak-kanak membentuk konsep geometri.
Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, rancangan mengajar
geometri mestilah berdasarkan prakonsep yang telah terbentuk di dalam
pemikiran kanak-kanak ini. Sehubungan itu, peranan guru adalah sangat penting
bagi membetulkan dan mengembang konsep geometri pada kanak-kanak agar
mereka dapat memahami serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
geometri, seterusnya menghayati keindahan bentuk dan ruang yang terdapat di
dalam alam sekitar. Sehubungan itu, seorang guru matematik perlu mempunyai
pengetahuan tentang latar belakang sejarah geometri dan rational belajar
geometri di sekolah rendah.

1.1

APAKAH GEOMETRI?

Geometri berasal daripada perkataan latin iaitu Geo yang bermaksud tanah, dan
metri yang bermaksud ukur. Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang
ilmu matematik yang meneroka dan menyiasat tentang saiz, bentuk, dan
kedudukan relatif pada rajah dan sifat ruang. Geometri adalah salah satu cabang
sains yang tertua.

1.2

SISTEM DAN KONSEP GEOMETRI

Disebabkan geometri adalah sebahagian daripada kehidupan manusia, ahli-ahli


matematik telah membangunkan beberapa sistem geometri. Sistem-sistem
tersebut adalah Geometri Topologi, Geometri Euclidean, Geometri Koordinat dan
Geometri
Transformasi.
1

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


Geometri Topologi adalah ilmu geometri yang berkait dengan kedudukan objek
seperti dekat, jauh, dalam, luar dan sebagainya. Konsep-konsep yang perlu
didedahkan kepada kanak-kanak adalah seperti konsep penghampiran
(proximity), kedudukan relatif, susunan, kesamaan (similarity), keringkasan
(simplicity) serta pengasingan dan juga konsep tutup closure. Penerangan lanjut
tentang konsep-konsep ini akan disampaikan pada topik 2.
Geometri Koordinat adalah juga geometri kedudukan tetapi dalam bentuk gridgrid dan biasanya melibatkan titik-titik atau paksi. Geometri Transformasi pula
merujuk kepada geometri berubah seperti pusingan, translasi, pantulan dan
sebagainya. Teselasi adalah konsep penting yang perlu dikembangkan di dalam
Geometri Transformasi.
Geometri Euclidean adalah sistem geometri yang paling luas dipelajari, iaitu ilmu
geometri asas yakni bentuk, sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Dalam geometri
Euclidean inilah kanak-kanak malahan seluruh manusia belajar mengenai bentuk
serta elemen-elemen di dalamnya. g
Walaupun sistem geometri wujud dalam bentuk yang berbeza, tetapi dari aspek
praktikalnya masing-masing adalah saling bertindan. Hanya istilah yang
membezakan setiap jenis geometri ini. Gurulah yang berperanan mendedahkan
kepada murid ilmu geometri agar mereka dapat menguasai kemahiran geometri
serta celik ruang (spatial sense). Celik ruang ditakrifkan sebagai "kesedaran
kanak-kanak berhubung dengan objek dan manusia di sekitar mereka" (Copley,
2000, p. 105). Aktiviti harian memerlukan celik ruang untuk memberikan satu
orientasi kepada persekitaran, samada mencari kunci yang hilang, merancang
perjalanan ke kedai runcit, atau berjalan dari satu bilik ke bilik lain.
Manusia menggunakan celik ruang mereka untuk menyusun perabut di rumah
dan menyusun pakaian dalam bag. Mereka juga gunakan hubungan geometri
untuk mengukur jarak dan meramalkan panjang dan luas. Ringkasnya, geometri
dan pemikiran visual adalah diperlukan dalam seni, seni bina, grafik, rekabentuk,
dan animasi. Pengalaman yang kaya dalam geometri dapat mengembang
kemahiran penyelesaian masalah dan penaakulan dan ia berkaitan dengan
banyak topik lain dalam Matematik dan dunia sebenar.

Del Grande dan Morrow (1989), menyenaraikan 7 kemahiran yang menyumbang


kepada kemahiran celik ruang iaitu;
a) Koordinasi motor-mata- kebolehan untuk mengkoordinasikan mata dengan
bahagian anggota lain di dalam berbagai aktiviti.
b) Persepsi latar-bentuk kebolehan mengenalpasti suatu rajah di atas latar
belakang yang komplex.
c) Ketetapan persepsi kebolehan untuk mengenalpasti rajah atau objek yang
asal dalam ruang, tanpa menghiraukan perubahan saiz, kedudukan atau
orientasi.
d) Persepsi kedudukan dalam ruang kebolehan untuk hubungkaitkan suatu
2

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


objek dalam ruang kepada diri sendiri.
e) Persepsi hubungan antara ruang - kebolehan untuk melihat dua atau lebih
objek berhubung diri sendiri atau berhubung antara satu sama lain.
f) Diskriminasi visual kebolehan mengenalpasti perbezaan dan persamaan di
antara atau kalangan objek.
g) Memori visual kebolehan untuk mengingat balik objek yang tiada lagi dalam
pandangan.
Semua kemahiran ini boleh dikuasai dan dikembangkan dalam aktiviti yang
dilakukan dengan meneroka bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi oleh kanak-kanak.

1.3

ELEMEN-ELEMEN GEOMETRI

Berikut adalah elemen-elemen geometri yang perlu dijelaskan kepada muridmurid.


A) Titik (Points) : titik iaitu lokasi dalam ruang, pada permukaan atau dalam
sistem koordinat. Titik tidak mempunyai dimensi dan ditakrifkan oleh
kedudukannya sahaja.
B) Garis (Lines) : ialah sambungan di antara dua titik dalam ruang atau pada
suatu permukaan. Garisan merupakan satu siri set titik. Ianya mempunyai
panjang tetapi tidak ada lebar, iaitu mempunyai satu dimensi sahaja. Garis lurus
ialah jarak terpendek di antara dua titik pada permukaan yang rata.
C) Permukaan (Planes) : ialah sebarang lokus titik titik yang diperluaskan dalam
dua dimensi. Ia ditakrifkan sebagai luas. Permukaan boleh menjadi rata
(permukaan satah) atau melengkung, terhingga atau tak terhingga. Ianya
mempunyai panjang dan lebar tetapi tiada tinggi. Bentuk 2-D seperti sudut dan
poligon hanya mempunyai satu permukaan saja. Dalam 3-D pula ianya terbentuk
daripada sejumlah permukaan yang dicantumkan menjadi satu bongkah/pepejal.
Apabila dua permukaan yang selari diletakkan secara bersilang maka ia
menghasilkan sudut yang dipanggil sudut tegak.
D) Sudut (Angles) : iaitu ruang di antara dua garisan atau permukaan yang
bertemu. Jika dua garis selari, maka sudut di antaranya ialah sifar. Sudut diukur
dalam `darjah atau dalam `radian. Satu kitaran lengkap ialah 360 darjah. Garis
lurus membentuk sudut 180 darjah dan sudut tegak ialah 90 darjah.
E) lengkung (Curves): ialah set titik titik yang membentuk atau boleh
disambungkan oleh satu garis selanjar pada graf atau permukaan yang lain.
Terdapat beberapa jenis lengkung (curves) antaranya ialah :

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

Rajah 1.1

Rajah 1.2

i) lengkung terbuka (Rajah 1.1): iaitu titik mula dan titik akhir tidak bertindih
antara satu sama lain atau tidak bertemu di penghujungnya.
ii) lengkung tertutup (Rajah 1.2): iaitu lengkung mudah yang mana titik mula dan
titik akhirnya bertemu di satu titik yang sama.
F) Poligon : ialah sebarang bentuk dua dimensi (2D) yang tertutup dengan sisi
garis lurus. Poligon sekata boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis
berdasarkan kepada bilangan sisi garis lurus yang terdapat padanya. Contohnya
segitiga (3), segiempat (4), pentagon (5), heksagon (6), heptagon (7) dan
Oktagon (8). Garisan lurus pada poligon disebut sisi (sides), titik pertemuan
antara dua sisi atau garis disebut bucu (vertices). Dua sisi adalah sisi
bersebelahan jika berkongsi bucu yang sama dan dua bucu adalah bucu yang
bersebelahan jika berkongsi garis lurus sisi yang sama. Mana mana garis lurus
yang menyambungkan satu bucu ke bucu yang tidak bersebelahan di panggil
pepenjuru (diagonal).

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


i) sudut-sudut dalam poligon : unit ukuran sudut ialah darjah ( o) atau radian. Satu
putaran lengkap ialah 360 darjah. Garis lurus membentuk sudut 180 darjah
manakala suatu sudut tegak ialah 90 darjah. Sudut di antara dua satah atau
permukaan ialah sudut di antara garis garis yang dilukis bercabang dengan
menggunakan titik yang sama. Terdapat beberapa jenis sudut dalam poligon di
antaranya ialah :

a) Sudut tirus
b) sudut lurus
c) sudut tegak
d) sudut reflex
e) sudut cakah
ii) Kongruen (Congruence) : adalah keadaan di mana saiz dan bentuk dua atau
lebih rajah adalah sama. Suatu rajah apabila diletakkan di dalam satu rajah yang
lain, bentuknya menjadi sama. Ianya juga boleh digerakkan tanpa mengubah
saiznya. Dua garis lurus adalah kongruen jika kedua duanya sama panjang. Dua
sudut adalah kongruen jika ukurannya adalah sama.
iii) Poligon sekata (Regular polygons) : poligon disebut sebagai poligon sekata jika
ianya memenuhi kedua dua kriteria berikut
a) Semua sudut dalamannya adalah sama besar
b) Semua sisinya adalah sama panjang
Antara jenis jenis poligon sekata ialah :
a) segitiga sama sisi
b) segiempat sama
c) pentagon
d) heksagon
e) heptagon

iv) Poligon tidak sekata (Regular polygons) : ialah poligon yang tidak mempunyai
sisi yang sama panjang dan sudut pedalaman yang sama besar.

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

v) Jenis-jenis sisiempat

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Segiempat tepat semua sudut pedalamannya bersudut tegak.


Segiempat sama semua sisinya sama panjang
Segiempat selari sisi-sisi bertentangan adalah selari
Rombus semua sisinya adalah sama panjang
Trapezium mempunyai satu pasang sisi yang selari
Lelayang mempunyai dua pasang sisi yang sama panjang

G) Piramid dan prisma :


i) Piramid : iaitu pepejal yang mana tapaknya ialah sebarang poligon dan
permukaan condongnya berbentuk segitiga dengan bucu yang sama. Piramid
dinamakan mengikut bentuk tapaknya. Piramid juga mempunyai mercu (puncak).
ii) Prisma : iaitu pepejal yang mempunyai dua muka bersetentang berbentuk
poligon yag kongruen dan selari, dan semua muka lain berbentuk segiempat
selari. Prisma juga dinamakan berdasarkan bentuk tapaknya.
H) Kon dan selinder :
i) Kon : ialah pepejal dimana ianya menyerupai piramid dan prisma tetapi
mempunyai tapak yang berbentuk bulatan, manakala sisi/tepinya melengkung
dan mencondong ke arah mercu (apex).
ii) Selinder : mempunyai dua tapak berbentuk bulat yang sama saiznya. Ianya
mempunyai bahagian sisi yang melengkung yang menghubungkan dua tapak
tadi.

I) Sfera:
i) Sfera : adalah satu siri set titik dalam ruang yang mempunyai jarak yang sama
dari pusat. Penyatuan semua sfera dalamannya membentuk `sfera pepejal.
6

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


ii) Jejari : jarak dari pusat bulatan ke seberang titik pada lilitannya atau dari pusat
sfera ke permukaannya.
iii) Diameter : jarak yang melintangi suatu rajah satah atau satu bulatan pada
titik yang paling lebar. Diameter bulatan atau sfera adalah dua kali jejarinya.
J) Pepejal: ialah bentuk tiga dimensi yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi,
iaitu ruang atau isipadu. Contoh:

kuboid

selinder

kon

piramid

1.4 Simetri
Aktiviti penerokaan dan penyiasatan membantu kanak-kanak memahami konsep
simetri. Ia adalah mudah untuk menunjukkan simetri daripada mendifinisinya.
Pemahaman simetri memerlukan banyak pengalaman dengan objek sebenar dan
manipulasi geometri.
Suatu objek mempunyai simetri garis jika bahagiannya di sebelah bertindih tepat
dengan bahagian di sebelah garis yang sama apabila objek itu dilipatkan pada
garis tersebut. Paksi lipatan ini dinamakan paksi simetri.
Ujian ringkas untuk simetri garis pada satah rata ialah ujian lipatan. Jika bentuk
boleh dilipat ke atas satu garis lurus (paksi simetri) agar separuh daripada rajah
bertindih tepat ke atas bahagian yang satu lagi, maka rajah tersebut mempunyai
simetri garis. Pengalaman melaksanakan ujian ini membantu murid memahami
konsep simetri dan mereka mula menghargai sifat sifat lateral simetri.

a.

Contoh Aktiviti
Anda boleh mulakan dengan bentuk geometri ringkas. Murid gunting satu
bulatan ringkas dan lipatnya di sepanjang garis tengah seperti ditunjukkan
pada rajah di bawah. Dalam hal ini bulatan mempunyai simetri garis.

Anda boleh teruskan dengan melihat simetri garis pada huruf. Contohnya
huruf A:
7

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

Mana satu mempunyai lebih simetri huruf kecil atau huruf besar?
atau anda boleh gunakan kepala harimau.

Aktiviti 1.1:

Berikan contoh simetri garis dari kalangan objek, tumbuhan atau haiwan.

1.5 Corak Dan Teselasi


1.5.1 Corak:
Corak atau pola sesuatu bentuk merupakan susunan mengikut suatu peraturan
tertentu. Dalam mempelajari bentuk-bentuk geometri, kita boleh membina corakcorak yang menarik sama ada dengan satu bentuk atau dengan lebih daripada
satu bentuk.

Corak dengan satu bentuk sahaja


satu bentuk

Corak dengan lebih daripada

Aktiviti 1.2:
Dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri, cuba bina 5 corak dengan :
i)
Satu bentuk sahaja
ii)
Lebih daripada satu bentuk
8

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

1.5.2 Teselasi
Dalam terminologi geometri, teselasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan
poligon yang sekata untuk menutup sebuah permukaan satah tanpa ruang (gap)
atau pertindihan. Corak ini biasanya berulang. Sebuah teselasi (atau jubin) adalah
suatu susunan bentuk tertutup yang berpadanan bersama-sama untuk menutup
permukaan satah tanpa pertindihan dan tanpa meninggalkan jurang. Teselasiteselasi adadi di mana-mana di alam ini seperti sarang madu lebah atau lantai
seramik.
Terdapat dua jenis teselasi.

i)

Teselasi sekata
Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari poligon sekata atau kongruen.

Semua titik pertemuan adalah bucu bertemu bucu. Hanya terdapat tiga teselasi
sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segiempat sama dan segienam .

ii)

Teselasi separuh sekata


Teselasi Separuh sekata dicipta dengan dua atau lebih jenis poligon
sekata yang dipasangkan bersama-sama sedemikian rupa supaya
poligon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi
setiap bucu.Terdapat lapan teselasi separa sekata yang merangkumi
pelbagai kombinasi segitiga sama sisi, segiempat sama sisi, segi enam,
oktagon dan dodecagons.

Banyak contoh corak teselasi boleh didapati dalam kehidupan seharian kita.
Cubalah anda perhatikan gambar sebuah rumah moden di bawah, cuba namakan
bentuk-bentuk geometri yang digunakan untuk membuat corak teselasi bagi
tembok, dinding, pintu, tingkap dan bumbung rumah tersebut.
9

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

1.6

KONSEP BENTUK DAN RUANG: DUA DAN TIGA DIMENSI


Untuk mengajar murid-murid mengenai konsep bentuk dan ruang, terlebih

dahulu, konsep dimensi perlu difahami murid-murid.

Murid-murid hendaklah

diajar mengenai konsep sifar dimensi, satu dimensi dan dua dimensi. Gambarajah
berikut merupakan contoh jenis dimensi. Murid-murid lebih susah memahami
konsep dimensi sekiranya gambar rujukan tidak diberikan.

Suatu objek yang berbentuk dua dimensi (2D) mengambarkan rajah dua dimensi,
10

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


selalunya pada satah Euclidean atau Cartesian. satu model geometri 2D adalah
selalu sesuai untuk beberapa objek yang rata, seperti peta perjalanan, pelan
rumah dan sebagainya.
Alam kita penuh dengan objek-objek berbentuk pepejal tiga dimensi (3D). Pepejal
tiga dimensi mempamerkan bentuk sebenar objek seperti blok mesin, patung dan
sebagainya Objek pepejal mempunyai permukaan yang rata atau melengkung.
Contohnya: bilik darjah, meja, almari, kotak mancis dan buku teks adalah
berbentuk kuboid dengan permukaan yang rata. Manakala objek berbentuk sfera
3D seperti glob bumi, bola tennis, buah epal dan bola sepak memiliki permukaan
lengkung. Objek lain yang berbentuk kon (kon ais krim), selinder (batang pensel)
dan oval (telur atau bola rugbi) juga memiliki permukaan melengkung. Hampir
semua objek di sekeliling kita adalah berbentuk pepejal tiga dimensi (3D), tidak
kira ia pepejal sekata atau tidak sekata (contoh: pokok, perabut, kereta).

1.7

LATAR BELAKANG SEJARAH GEOMETRI

Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba,
walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk
bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada
zaman inilah, ilmu geometri direkodkan secara bertulis.
Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula
kawasan milik penduduk mesir yang sering dilanda banjir akibat limpahan sungai
Nil. Permulaan geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia
purba, Mesir, dan Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah
koleksi empirikal yang dijumpai yang menumpu kepada jarak, sudut, luas, dan
isipadu, yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan
praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi, dan berbagai kraf. Teks terawal
yang dikenali pada geometri ialah Papirus Papirus Mesir, dan Papirus Moscow,
Batu bersurat tanah liat Babylonia, dan Shulba Sutras India. Manakala orang Cina
mempunyai karya Mozi, Zhang Heng, dan Sembilan Bab pada Seni Matematik,
ditulis oleh Liu Hui.
Geometri Euclid merupakan sebuah sistem matematik yang disumbangkan oleh
seorang ahli matematik Yunani bernama Euclid dari Alexandria. Teks Euclid,
Elements merupakan sebuah kajian sistematik yang terawal mengenai geometri.
Ia sudah menjadi salah satu buku-buku yang paling berpengaruh di dalam
sejarah. Buku Elements mengandungi andaian satu set aksiom secara intuitif
yang sangat menarik, dan kemudiannya membuktikan banyak usul (teoremteorem) daripada aksiom-aksiom berkenaan. Empat postulat pertama Euclid yang
popular adalah:1. Satu garisan sentiasa wujud apabila ia melalui mana-mana dua titik.

2. Satu satah akan wujud jika terdapatnya mana-mana tiga titik yang bukan
terletak pada garisan yang sama.
11

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG

3. Satu garis mengandungi sekurang-kurangnya dua titik.

4. Semua sudut tepat adalah kongruen.

Walaupun banyak daripada keputusan-keputusan oleh Euclid sudah dinyatakan


oleh ahli-ahli matematik Yunani sebelumnya, Euclid merupakan orang yang
pertama untuk menunjukkan bagaimana usul-usul ini diletakkan secara sempurna
membentuk satu deduksi dan sistem logik yang komprehensif.
Buku Elements ini bermula dengan geometri satah, yang masih lagi diajar di
sekolah menengah sebagai satu sistem aksioman dan contoh-contoh pembuktian
formal yang pertama. Kemudiannya, Elements merangkumi geometri pepejal
dalam tiga dimensi, dan seterusnya geometri Euclid telah dipanjangkan kepada
satu bilangan dimensi yang terhingga. Kebanyakan daripada Elements
menyatakan keputusan-keputusan dalam apa yang kini disebut sebagai teori
nombor, yang boleh dibuktikan menerusi kaedah geometri.

1.8 RASIONAL ILMU GEOMETRI DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH


Geometri digunakan oleh manusia setiap hari. Semua aspek praktikal dan estetik
geomteri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan, penerokaan ruang,
perancangan perumahan, serta rekaan fesyen dan kenderaan. Topik-topik ini
sebenarnya memberikan persepsi yang berbeza kepada kanak-kanak dan akan
menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan ilmu geometeri. Hubungan
yang terbentuk antara alam sekeliling dengan ilmu geometri akan membentuk
dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran geometri, kemahiran
memvisualisasi ruang, atau boleh ditakrifkan sebagai celik ruang, serta
keupayaan menyelesai masalah. Pengajaran geometri hendaklah dimulakan
seawal prasekolah, sekolah rendah dan diteruskan ke sekolah menengah.

Sebab-sebab geometri diajar di sekolah rendah:


i.

Kebolehan menyelesaikan masalah


Penerokaan geometri membantu kanak-kanak mengembang kemahiran
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian yang melibatkan manipulasi
12

TOPIK 1: KONSEP GEOMETRI: BENTUK DAN RUANG


bentuk dan ruang (Tom Cooper,1986). Penaakulan ruang adalah satu bentuk
penyelesaian masalah, dan penyelesaian masalah adalah sebab utama belajar
matematik. Dengan adanya konsep asas geometri yang kukuh, murid-murid
dapat meningkatkan kebolehan untuk memanipulasi alam 3D dan membuat
imaginasi visual dalam kerangka geometri.
ii.

Geometri memainkan
matematik yang lain.

peranan

utama

di

dalam

pengajian

bidang

Contohnya, konsep pecahan adalah berkaitan dengan binaan geometri


bahagian kepada keseluruhan. Nisbah dan kadar adalah berkait langsung
dengan konsep geometri bagi persamaan. Pengukuran dan geometri adalah
jelas saling berkait.

iii. Kerjaya masa depan


Pembelajaran geometri menyediakan pengetahuan dan kefahaman asas untuk
kerjaya masa depan khasnya dalam bidang teknikal dan vokasional dan
matematik. Bidang-bidang teknikal dan vokasional terlibat secara

langsung dengan komunikasi grafik melalui aktiviti-aktiviti reka bentuk,


penyediaan lukisan kejuruteraan, lukisan teknikal atau pun lukisan
geometri. Justeru itu, kebolehan berfikir secara visual dan berkongsi
idea-idea visual dengan orang lain adalah penting dalam proses reka
bentuk terutama di peringkat awal proses reka bentuk (Newcomer et al.,
1999). Pengetahuan tentang geometri juga penting di dalam bidang pelayaran
dan penerokaan ruang seperti angkasawan, juru kapalterbang, pelayar laut,
arketek, jurutera, ahli matematik, tukang kayu, reka bentuk dalaman, model
and pereka fesyen.

13

Anda mungkin juga menyukai