Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN

Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah
mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran
membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan
pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh
guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan
seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,

2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,

3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca

MASALAH MEMBACA

Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca

Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan


Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Punca masalah Membaca

6.1 Masalah Bacaan


Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang
masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat
pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah,
negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang
bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah
menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat
ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas


KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah
memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah
randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis
atau KIA2M.

6.1.1 Jenis Masalah Bacaan

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala
aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah,
kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.

Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan


sebagainya.
b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan
disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang.
Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud
ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya


buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;

Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.


Contoh ;

Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah
kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan
pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-


kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-
kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau


tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi
perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang
ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam
bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu


perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut


dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,

h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k) tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya
kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

Latihan:

Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau kesalahan bacaan
yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.

6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca.
Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid
berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian
dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan
sebagainya.

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan


waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok
itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan
terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,

iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama
ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh
merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih
mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat
urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna
perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what,
who, , where, when,why, dan how).
Latihan:

Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh untuk
menjelaskan jawapan anda.

6.3 Punca Masalah Membaca

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan
rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia,
terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang
serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah
dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga
menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa
melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang
besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca
daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan
membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor
persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga,
kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam
pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang
pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak,
mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran
yang kurang berkesan, dan sebagainya.

6.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan
untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik
itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi
pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini
perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan
kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan
membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan


strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja
kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara
satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan
binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.

6.5 Kaedah Mengajar Bacaan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak.
Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

iv. Kaedah abjad/huruf


v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham

Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca
perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu
kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi.
Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi
membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z


Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh
dalam membaca.

Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba
kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca
adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk
kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya
perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang
(visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi
huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut
perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut
bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan
kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk
Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan
membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak
dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain.
Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]

Kaedah gabungan bunyi kata


( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi
langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas
itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan
pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama
huruf tersebut.

ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.


a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan
bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf


(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan
latih/tubi berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan
kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan
bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar
huruf dan bunyi vokal pula.

6.6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah
bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-
kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini
adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini
digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).

Kaedah VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu
berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari


ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT


(Multisensory Reading Method)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa
rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah
pengajaran adalah sepeerti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan


- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir,
menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;

v. lihat huruf (V)


vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-
tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Kaedah Fernald

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak
yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman
bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk
pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:

Peringkat 1:

- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.


- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu
(A).
- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut,
dan menulis perkataan tersebut.
- Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-
perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada
buku.

Peringkat 4:

- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-


perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT.

Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,

ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan


iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia,
murid pemulihan, dan murid PKBP.

Kaedah Gillingham

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar
bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil
masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan
lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum)

Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan


fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang
bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria
yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid
tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini
seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot
semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf
sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa
bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk
visual huruf-huruf.

Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru

- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.

- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.

- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.

- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-
huruf menjadi perkataan.

Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan
pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca
seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

Latihan:

Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.

6.7 Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi
perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran
menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-
mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.
Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang
sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk
kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya
guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah
yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan
atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia
menggunakan kaedah tersebut.

Rumusan

1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui


aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
melalui aspek bacaan kefahaman.

2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan


oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

3. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah


membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan
bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

4. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan


terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi
mantap.

5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak


berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh
hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana
penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah
berbeza antara satu sama lain.

6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham


digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk
mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang
teruk.
Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana
itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek
kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya,
menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.

Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa,
masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca
masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut.

Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak
Masalah Komunikasi) dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yang
sama dan ditulis oleh penulis yang sama juga.

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. membezakan antara masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan;

2. mengenal pasti punca masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; dan

3. menjelaskan cara-cara yang dapat dilakukan untuk membantu mengatasi masalah


bahasa, pertuturan, dan kefasihan
.

GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

Masalah Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Pertuturan Kefasihan

- jenis masalah - jenis masalah - jenis masalah


- punca - punca - punca
- cara membantu - cara membantu - cara membantu

2.1 Masalah Bahasa


Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah
merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan
keberkesanan komunikasi seseorang.

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah
mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami


dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis
masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan


pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).

Bentuk bahasa

a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi.

b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan
daripada unsur makna yang asas (morfem).

c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan
bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

Kandungan Bahasa

a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna
perkataan dan ayat.

Fungsi Bahasa

a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa


dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.

Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi


masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink
untuk drink.

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan


yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang
salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan


tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata


yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak


memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

Aktiviti 2.1

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan masalah bahasa yang ditunjukkan oleh
pelajar-pelajar anda dengan memberi contoh yang sesuai bagi setiap aspek bahasa di atas.

2.1.1 Punca Masalah Bahasa


Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak
akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-
kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau
memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth,
1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat
kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula
mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan
menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran
(pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima
daripada telinga dengan baik.

Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara am. Anda perlu
membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan anda tentang tajuk ini.

Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah
bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa
penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan
menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti
berikut:

i. mengingat kembali perkataan


ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap
v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza
Latihan 2.2

Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran, bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh lakukan untuk membantunya
mengatasi masalah tersebut.

2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk
dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-
kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi
pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan
bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran
dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah
pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan


Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah
merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka
sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang
dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak
masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran
bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan
cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan
konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan
pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh
digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.
Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah
pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Latihan 2.3

Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal?


Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi
masalah bahasa.

2.2 Masalah Pertuturan

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat
artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam
bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

2.2.1 Unsur-unsur pertuturan

Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan
kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada
suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara.

b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai
sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya
lemah atau pun terlalu nyaring.

c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi
bahasa.

d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh
mengganggu komunikasi.

2.2.2 Kategori masalah pertuturan

Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut,
dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai
perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur.

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah
suara, dan masalah kelancaran.
i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal,
sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah
artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

penggantian
pengguguran
pengubahan, dan
penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang
lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-
kanak yang masih belum matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan.
Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung,
besa untuk besar, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.
Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya
untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh
mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau
bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

a) Punca masalah artikulasi

Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di
antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun
kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar
bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.

Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur
bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang
sengau.

Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal
sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima
atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa.
Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan
perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk
berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut
akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga
yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-
kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model..

b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi
masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak
tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan
(augmented communication).

Terapi Pertuturan

Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan
kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara
strategi yang digunakan adalah:

aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan
bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku
digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan
cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan
juga bahasa.

Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan
melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti
permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain
itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r
sebut.

Pendekatan Interaktif

Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan
khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap
tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin
lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi
ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan
pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan
mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

Komunikasi Tambahan

Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang
serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-
kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan
oleh golongan masalah pendengaran.

ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa
yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan
punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau
garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut
telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti
hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau
kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng .

Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih
apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-
petunjuk berikut:

i. suara sengau
ii. suara orang yang sesak nafas
iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil
bercakap
iv. suara sangat perlahan
v. bercakap seperti berlagu
vi. bercakap senada (monotone voice)
vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah
viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan
ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut, menggenggam tangan,
dsb)

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi
pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Latihan 2.4

Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap bahagian artikulasi itu
memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf.

iii. Masalah kelancaran


Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan
seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang
dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti
ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara
pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur
pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran,

Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi fizikal individu
yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah
seperti berikut:

Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan
pemanjangan bunyi perkataan .

Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan
mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

a) Punca masalah gagap

Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat daripada
beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut.

Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika
kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.
Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak
selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.

Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan.

Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa,
pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit.
Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan
diturunkan kepada anak-anak mereka.

Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan
untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

b) Panduan mengurangkan masalah gagap

Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu gagap mengatasi
masalah mereka.

Menyesuaikan diri dengan gagap

Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada
pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap. Sedarkan
mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap
tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka
gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi.

2Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan mental.
Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan
meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.

Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk


Gagap.

Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman


pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal
gagap ketika berlaku.

Perbincangan, cadangan, dan tugasan

Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang berkaitan
dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan
diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap
sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi.

Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini
dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman
masing-masing.

Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah gagap
ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Latihan 2.5

Apakah masalah sosio-emosi yanhg dihadapi oleh individu yang mengalami masalah gagap. Bincangkan.

2.2.3 Kesimpulan

Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain bermasalah
menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga
kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan
komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat
dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak
berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila
kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan
kemahiran sosial mereka.

Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi
melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak
alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu
pasukan yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga
kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah
pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

Rumusan

1. Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang


menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan
(atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain.

2. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa
berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem
pragmatik

3. Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan
proses auditori pusat.
4. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu artikulasi,
suara, dan kelancaran.

5. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Masalah pertuturan
boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara,
dan masalah kelancaran.

KANAK-KANAK PELAT
Bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal
tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul.
Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil menutup
bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'.
Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M
seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada
mulut bayi.
Saintis Social dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak,
Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa,
sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak.
Menurutnya, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk
memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah disebut, tetapi kanak-
kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih mudah disebut sebelum dapat
menyebut perkataan penuh.
Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau bonda, walid (bapa), si
anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan kerana si bayi akan menuturkan apa yang
mampu dikeluarkannya dulu.
"Pada 1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan kanak-
kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat
bertutur dengan baik apabila besar.
"Sebenarnya, ada dua pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika
hendak mengajuk atau bermanja dengan anak itu.
"Kanak-kanak boleh faham percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat
ketika berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab nanti
mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya.
Punca kanak-kanak lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender
antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi, menyebabkan dia
lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai kemahiran fizikal,
misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.
"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan bercakap pelat
dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu kerana rasa dipermainkan. lni
menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa,
tetapi jangan diamalkan," katanya.
Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bunyi yang betul,
si kecil akan bercakap dengan bahasa betul.
"Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima.
Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu bercakap dengan
betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan bagi merujuk masalah itu," katanya.
Anak murid saya ada yang pelat sehingga berumur 5 tahun. Kanak-kanak pelat adalah sejak awal
umur mereka dan bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka bermula
dari rumah iaitu sebelum melangkah ke sekolah. Ada dikalangan kanak-kanak yang dikurniakan
lidah yang pendek. Namun tidak dinafikan ada dikalangan ibubapa yang sering menukar bunyi
sesuatu sebutan bahasa seolah-olah mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak
hanya menerima sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah kerana mereka
sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima sesuatu yang diajar
itu.
Perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'.. contohnya susu ditukarkan
menjadi syusyu.. sibuk ditukarkan menjadi syibuk.. sayang ditukarkan menjadi syayang..
Sekiranya perkataan tidak diperbetulkan ianya akan kekal digunakan hingga kanak-kanak
dewasa. Kanak-kanak yang pelat akan menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan
untuk bergaul apabila berada di sekolah. Selain itu, bahasa dan pertuturan kanak-kanak juga
sukar difahami oleh orang lain.
TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK PELAT

Bercakap memerlukan skill yang tinggi. Pelat ketika berusia tiga tahun merupakan suatu yang
normal, tetapi elok juga dibetulkan sebelum terlambat. Kalau sampai sudah hendak sekolah
masih pelat, boleh menimbulkan masalah lain seperti inferior atau malu diejek oleh rakan-rakan.
Di antara tindakan susulan yang perlu dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak yang pelat
adalah seperti menggunakan gabungan banyak otot untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu
meniru bunyi yang dihasilkan. Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah yang tepat.
Meniru mimik wajah lebih mudah.
Yang kedua, bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft) supaya lebih mudah kanak-kanak
menangkap bunyi yang hendak ditiru.
Yang ketiga ialah mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan dengan satu
suku kata. Jika 'k' yang sukar disebut, latih sebut 'ku' dahulu. Sudah dapat, ikuti dengan 'kuku'.
Menumpukan satu konsonan pada satu-satu masa.
Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-ulang. Jangan memaksa
atau beri tekanan pada kanak-kanak kerana apabila terlalu lama ia akan membuat kanak-kanak
tersebut jemu.
Memberi upah atau dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup sekadar pujian,
tepuk tangan atau dakapan kepada murid tersebut.
Memberikan cermin muka kepada kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan cermin. Ini
dapat mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga baik. Dia dapat
mengenalpasti otot-otot yang perlu digunakan ketika bercakap.
Selain itu, guru hendaklah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan bahasa dan pertuturan
kanak-kanak. Guru boleh menjalankan aktiviti bermain peranan ketika di dalam kelas. Ia dapat
membantu murid melatih dirinya memperbaiki pertuturannya.
Guru perlu memperbetulkan setiap perkataan yang dipertuturkan jika didapati perkataan pelat
digunakan. Guru hendaklah mengambil berat tentang masalah ini supaya kepelatan tersebut
dapat diatasi dengan baik.
Apa-apa pun proses pembelajaran sepatutnya menyeronokkan ibu dan bapa, guru dan kanak-
kanak. Lebih interaktif lebih baik. Jika dia tidak dapat menyebut 's' dengan betul, berikan ciuman
dan sebut 'kissss'. Minta dia ulang pada anda. Cium dan sebut 'kiss. Selain itu, guru hendaklah
melakukan penyusunan, penilaian pemahaman dalam ujian diagnostic. Memberi bimbingan yang
khusus ke atas kanak-kanak yang bermasalah. Memberi pendedahan tentang penggunaan
program perisian yang dapat membantu kanak-kanak. Menyokong interaksi sosial kanak-kanak
melalui rekreasi bersama-sama. Melakukan terapi seperti menjalankan aktiviti main peranan
secara kelas ataupun secara individu. Melaksanakan aktiviti berinteraksi dengan kanak-kanak
yang lain melalui aktiviti permainan dan perbualan. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa
tentang tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.
Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan
dan kelas melalui proses pembelajaran yang dilaksanakan.

Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan , bahasa
sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.

____________________________________________________________________________

Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati.
Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi
bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan
perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang
mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh
bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea.

(KIRK 1972)

Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan
baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan
bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut
umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.

(KIRK DAN GALENGER, 1979)

Anda mungkin juga menyukai