Anda di halaman 1dari 3

Refleksi pengalaman berasaskan sekolah Pada 21 hingga 25 Mac 2011 saya telah menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS)

di Sekolah Kebangsaan Chepor Chemor. Saya menjalani bersamasama tiga orang rakan sekelas saya iaitu Ahamd Asyraf Al-rasyid b. Abd Malik, Nur Fatin Bt Idrus dan Nor Ainaamira Bt Mohd Nor Rashidi. Kami telah memilih sekolah ini kerana kedudukannya yang berdekatan dengan rumah kami. Ketika di sekolah itu, saya turut melakukan kajian ke atas kanak-kanak untuk subjek Perkembangan Kanak-kanak. Pada hari pertama pengalaman berasaskan sekolah (PBS), saya telah sampai di sekolah itu pada pukul 7:15 pagi. Pengawal keselamatan sekolah itu menunjukkan kepada saya arah ke pejabat sekolah. Setelah bertemu dengan Encik Mohammad Nor Azman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, saya dan tiga orang kawan diarahkan ke dataran perhimpunan. Di sana, kami diminta memperkenalkan diri seorang demi seorang. Pada mulanya, saya agak kekok duduk di atas pentas bersama-sama dengan guru-guru di sekolah itu. Apatah lagi, saya duduk menghadap beratus-ratus orang murid. Saya cuba untuk tidak kelihatan kekok apabila diminta memperkenalkan diri. Semua warga sekolah mengalu-alukan kedatangan kami untuk menjalani

pengalaman berasaskan sekolah di sekolah itu. Sepanjang hari pertama, saya hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah untuk lebih mengetahui mengenai keadaan sekolah tersebut. Saya turut memasuki pusat sumber sekolah berkenaan. Saya dan rakan-rakan membantu guru-guru di sana mengemas bilik tayangan. Selain itu, saya diminta untuk memasangkan LCD dan memancarkannya ke skrin. Saya berjaya melakukannya. Kini, saya sedar penguasaan teknikal mengenai alat-alat bantu mengajar seperti pemasangan LCD amat penting bagi guru-guru pada masa kini. Selain itu, saya dan rakan-rakan membantu guru mengemas pusat sumber kerana ia akan digunakan sebagai tempat pertandingan bercerita yang akan dilangsungkan pada hari Rabu. Walaupun saya lebih muda dan baru sahaja berkenalan, mereka dapat menerima pendapat yang saya berikan.

Pada keesokan harinya, saya mengikuti Puan Noor Siha iaitu Guru Bahasa Inggeris 4 Cerdas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut. Ketika berada di kelas tersebut, saya dapat melihat bagaimana beliau menjalankan proses pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan para pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang akan dipelajari. Selain itu, saya turut didedahkan dengan kerja-kerja pengkeranian iaitu memasukkan data berkenaan ujian yang baru dijalankan. Saya diminta mengisikan data tersebut ke dalam computer. Saya bersyukur kerana saya mempunyai sedikit kemahiran asas dalam menggunakan computer. Hal ini menebabkan saya tidak kekok untuk menggunakannya. Data markah ujian yang baru dijalankan perlu dikemaskini ke dalam sistem yang telah disediakan. Alhamdulillah saya mampu menyelesaikannya dengan baik. Hari berikutnya, saya mengikuti proses pengajaran Cikgu Mohd Akhmal Bin Fisal bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Pada hari tersebut, para pelajar mengaplikasikan teori yang telah mereka pelajari. Dalam mengadakan kelas PJK, banyak aspek yang perlu dititikberatkan terutamanya aspek keselamatan pelajar. Hal ini kerana pelajar mudah tercedera ketika bermain. Saya turut diberi peluang untuk mengganti guru yang bercuti sakit. Hal ini kerana pada hari tersebut ramai guru yang perlu menyertai aktiviti luar seperti menyuarat dan kursus. Alhamdulillah, murid-murid memberi kerjasama yang baik. Secara tidak langsung, saya dapat meningkatkan komunikasi terhadap orang yang lebih muda dari saya terutamanya kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun. Saya perlu berurusan dengan pihak pengurusan sekolah untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan saya. Saya turut mendapat penerangan mengenai pengurusan sekolah. Hasil daripada perbincangan tersebut, saya mendapati guru-guru turut terlibat dalam kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi data ke dalam komputer. Pada hari Khamis, saya telah mengikuti proses pembelajaran Puan Ungku Faridah. Beliau merupakan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Chepor. Kawalan kelas yang berkesan akan melicinkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Apabila saya mengajar kelak, saya perlu mengingati nama para pelajar saya. Hal ini kerana saya mendapati dengan mengingati nama para pelajar, guru dapat mengawal kelas dengan lebih baik. Sepanjang berada di sana, saya turut menyiapkan satu papan kenyataan. Ini merupakan pengalaman pertama saya menghias papan kenyataan. Saya turut dibantu oleh rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Walaupun ini pengalaman pertama saya, namun guru-guru berpuas hati dengan hasil kerja kami. Selain itu, saya turut mengadakan perbincangan terhadap pengurusan kelas iaitu Kelab SPBT. Saya turut diberi peluang untuk melihat fail-fail yang berkaitan dengan kelab ini. Pendedahan ini member saya kesedaran bahawa pengurusan kokurikulum perlu diperlajari dengan teliti. Hal ini kerana untuk memastikan sesebuah persatuan itu aktif, pengurusannya perlulah sentiasa dalam keadaan yang baik. Guru yang bertanggungjawab perlulah mahir dalam pelbagai urusan terutamanya urusan surat-menyurat dan penyimpanan fail. Hari Jumaat merupakan hari terakhir saya menjalani pengalaman berasaskan sekolah. Walaupun hari terakhir masih terdapat beberapa perkara yang perlu saya siapkan. Saya mengadakan perbincangan dengan Cikgu Mohd Akhmal, Guru Penasihat Pasukan Hoki Sekolah Kebangsaan Chepor. Oleh disebabkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini telah dibatalkan, saya tidak dapat melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti kokurikulum. Walaupun demikian, dengan mengadakan perbincangan dengan beliau saya berjaya memperoleh maklumat yang penting. Beliau banyak berkongsi pengalaman sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendidik dengan saya. Menurut beliau,guru merupakan penggerak dalam sesuatu persatuan atau permainan. Guru yang aktif akan menghasilkan persatuan yang aktif dan sebaliknya. Sepanjang saya berada di sekolah tersebut, banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi. Profession perguruan bukanlah satu profession yang mudah. Selain daripada menjadi pendidik dan menguruskan kelas, guru-guru akan terlibat dengan tugas-tugas pengkeranian.

Anda mungkin juga menyukai