Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Hari Pertama

Pada 3 Julai 2017, saya bersama empat orang rakan saya telah menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah
Kebangsaan Perdana Jaya SS19. Kami tiba di sana dengan lebih awal disebabkan hari pertama menjalani
praktikum iaitu pada jam 6.30 pagi. Setibanya kami di sekolah tersebut kami telah melaporkan diri untuk
menjalani praktikum sepanjang 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19.

Selepas melapor diri, kami telah dibawa oleh Guru Penolong Kanan untuk pergi ke perhimpunan pagi
dan seterusnya beliau turut membawa melawat di sekitar sekolah dengan tujuan untuk memudahkan
urusan kami sepanjang 3 bulan ini. Dalam tinjauan tersebut saya dapati bahawa sekolah tersebut
mempunyai infrastruktur yang agak baik.

Selepas sesi melawat di sekitar kawasan sekolah tersebut saya telah menerima tugasan untuk
melaksanakan relief setelah diberikan oleh pihak sekolah. Saya telah menerima sebanyak 3 waktu untuk
melaksanakan relief ada hari pertama.

Pada hari pertama juga saya bersama rakan praktikum saya telah berjumpa dengan guru pembimbing
kami iaitu Puan Puan. Juga merupakan ketua panitia Sejarah di Sekolah
Kebangsaan Perdana Jaya tersebut. Dalam perjumpaan tersebut guru telah memberitahu sedikit
sebanyak tentang keadaan murid bagi kelas 4, 5 dan 6 di sekolah tersebut. Kami berharap agar pihak
sekolah dapat memberikan kerjasama kepada kami sepanjang tempoh 3 bulan ini.

Refleksi Hari Kedua

Pada tanggal 4 Julai 2017 iaitu pada hari berikutnya, kami telah bertolak untuk pergi ke sekolah pada
jam 6.30 pagi iaitu 30 minit lebih lewat berbanding pada hari sebelumnya. Hal ini kerana pada hari
sebelum itu, kami telah tiba di sekolah pada 30 minit lebh awal. Jadi dengan tindakan ini kami dapat
pergi ke sekolah pada waktu yang tepat dan tidak terlalu awal.

Setelah kami mendaftar masuk ke dalam sekolah tersebut, saya telah diberikan kelas sebanyak 3 masa
untuk melaksanakan relief pada hari tersebut. Tujuan pihak sekolah memberikan kelas relief pada setiap
hari adalah bertujuan untuk membantu kami untuk membiasakan diri dengan keadaan kelas bersama-
sama murid-muird di sekolah tesebut. Perkara ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna
kepada saya kerana dapat merasai peluang untuk bersama-sama murid di dalam kelas di samping
sebagai persediaan awal untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam
kelas.

Pengalaman melaksanakan relief di dalam kelas tahun satu dapat dirasai apabila memberikan murid-
murid di sekolah tersebut lembaran kerja yang dapat mengisi masa lapang. Walaupun lembaran kerja
tersebut hanya melaksanakan aktiviti mewarna sahaja namun menerusi aktiviti ini mereka dapat
mengembangkan lagi kemahiran psikomotor halus mereka terutamanya semasa menggerakkan jari-
jemari mereka.

Manakala bagi pelaksanaan relief kelas tahun 2 pula, saya telah disertakan dengan lembaran kerja oleh
guru yang tidak hadir tersebut. Dengan adanya lembaran kerja ini ia telah memudahkan urusan saya
semasa saya melaksanakan relief di sekolah tersebut. Lembaran kerja yang diberikan tersebut sangat
memadai dan bertepatan dengan waktu yang diberikan selama satu jam tersebut.
Secara keseluruhan pada hari kedua apa yang saya dapati ialah hubungan saya dengan murid-murid
dapat dikukuhkan lagi kerana memandangkan kelas relief pada hari kedua ini sama dengan kelas pada
hari sebelum itu.

Refleksi Hari Ketiga

Pada 5 Julai 2017 iaitu pada hari ketiga kami menjalani praktikum, saya dapati bahawa pihak sekolah
mula mengatur rancangan awal kepada guru-guru peltih praktikum dengan memberikan kami kelas-
kelas relief yang melibatkan kelas-kelas yang bakal kami melaksanakan sesi pengajaran kelak. Dengan
kesempatan yang telah diberikan ini ia secara tidak langsung telah memberikan saya peluang untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi murid-murid yang bakal saya mengajar kelak. Jadi dengan adanya
ruang dan peluang ini saya telah menggunakan kaedah psikologi awal kepada murid-murid tersebut
supaya mereka dapat membuat tanggapan awal terhadap tindakan saya semasa di dalam kelas.

Walaubagaimanapun kami berasa agak sedikit gementar untuk menghadapi murid-murid tersebut. Hal
ini kerana persepsi pertama yang negatif akan berkemungkinan besar menyebabkan kurang lancarnya
pergerakkan di dalam kelas semasa pelaksanaan sesi PdP di dalam kelas. Pengalaman pertama pada
mulanya saya menganggap bahawa proses pengawalan kelas mudah dilakukan namun apa yang berlaku
sebaliknya adalah sangat berada diluar jangkaan saya kerana proses kawalan kelas ini sangat sukar
untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun saya menganggap situasi ini sebagai satu proses pembelajaran
yang akan mematangkan saya untuk menjadi seoranag guru kelak.

Secara keseluruhanya cabaran yang agak sukar perlu saya hadapi pada hari ketiga ini jika hendak
dibandingkan hari-hari sebelumnya. Walaupun begitu cabaran ini merupakan satu cabaran yang akan
saya hadapi jika saya menjadi seorang guru kelak.

Refleksi Hari Keempat

Pada 6 Julai 2017 yang juga merupakan hari keempat saya menjalani praktikum di SK Perdana Jaya SS19,
saya dapati bahawa sekolah ini pada hari tersebut agak sedikit sibuk kerana keadaan sekolah pada hari
tersebut telah mengadakan bengkel bagi mata pelajaran Sains. Selain itu, pada hari tersebut juga pihak
sekolah juga turut menyiapkan persediaan untuk menhadapi hari terbuka yang akan berlangsung pada
hari berikutnya.

Jadi dengan kesibukan guru-guru di sekolah ini, saya seperti biasa menerima kelas-kelas untuk di relief
bagi menggantikan guru-guru yang menyertai bengkel tersebut. Jadi kelas relief yang saya ditugaskan
untuk melaksanakan relief adalah kelas pendidikan jasmani yang mana mata pelajaran tersebut
merupakan mata pelajaran elektif saya pada praktikum fasa 1 ini.

Secara keseluruhannya keadaan saya menjalani praktikum di sekolah ini pada hari keempat adalah lebih
baik dan hubungan dengan guru-guru di sekolah ini dilihat makin bertambah erat. Hal ini kerana segala
urusan yang melibatkan sekolah dapat dilaksanakan dengan mudah setelah mendapat bantuan daripada
guru-guru di sekolah ini. Jadi melalui hubungan yang erat ini ia dapat menjadikan segala urusan pada
hari yang berikutnya mungkin akan dapat dipermudahkan .

Anda mungkin juga menyukai