Anda di halaman 1dari 26

Ciri dan Prinsip Pentaksiran

• Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami
prinsip pentaksiran dan ciri- ciri penting suatu ujian yang baik.

• Antara prinsip - prinsip yang perlu diambil kira termasuk

instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran, kumpulan
murid yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang menaksir serta
skor yang diperoleh selepas pentaksiran.

1

2

3

4

5

6

7

skor yang diperoleh selepas pentaksiranegegegegeg.

8
Ciri-ciri ujian yang baik termasuk:

• Kesahan

• Kebolehpercayaan

• Keobjektifan

• Kemudahtadbiran

• Kemudahtafsiran

9
Kesahan
• Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian
itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak
diuji itu.
• Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang
sepatutnya diukur.
• Kesahan ujian adalah berdasarkan tujuan ujian itu
diadakan.

10
Kesahan
Kandungan

Kesahan Kesaha Kesahan

Konstruk n Ramalan

Kesahan
Serentak

11
Kesahan Kandungan
 
• Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang
ujian yang hendak diuji.
• Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur.
• Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan
dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori
objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya.
• Antara ciri-ciri kesahan kandungan ialah :
 kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji,
mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi
mata pelajaran tertentu.
 memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting
pelajaran yang diajar.
 cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 12
Kesahan Ramalan
 
• Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan
sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain
pada masa depan.
• Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana
ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang
dikumpulkan pada masa hadapan. Contohnya, seorang murid memperoleh 4 ‘A’
dalam Peperiksaan Percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang
sama dalam peperiksaan UPSR yang sebenar. Dalam kes ini, Peperiksaan
Percubaan di sekolah dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk
menentukan pencapaian murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR tersebut.
• Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item
yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara berkaitan dengan
kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada
masa depan.
13
Kesahan Konstruk/Gagasan
• Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam
sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku
atau tret mental manusia.
• Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana
sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan
dengan sifat semula jadi & tingkah laku manusia, misalnya,
kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan.
• Ini kerana tret tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi
boleh dibuat telahan berdasarkan kepada kesan tingkah laku
yang boleh diperhatikan.

14
Kesahan Serentak
• Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian
itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia
merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan
kriteria tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa
yang pendek.
• Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika item-item
ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan
dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi
untuk ujian Matematiks dan Sains tetapi kesahan serentak yang rendah untuk
ujian Matematiks dan Bahasa Inggeris. Contoh lain adalah jika anda membuat
kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan anda
masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan
mempunyai kesahan serentak.

15
Kebolehpercayaan

• Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada

ketekalan atau ketetapan dalam skor-skor ujian. Kebolehpercayaan ujian dirujuk
kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir
pada masa yang berlainan.
• Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik
dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama
ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.

16
• Satu sifat yang perlu diberi perhatian adalah kebolehpercayaan merupakan satu
keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan.
• Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin
merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Keputusan-keputusan
ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan
dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah
dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar,
kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.
• Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:
 Uji- Ulang uji (test-retest)
 Cara bentuk setara (equivalent forms method)
 Cara bahagi dua (split half)
 Cara Kuder-Richardson

17
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan
Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:
• Panjang ujian - Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian
tersebut. Ini bermaskud lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi
kebolehpercayaannya. Ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu
sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor
adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti
meneka.

18
• Pentadbiran dan Format Ujian.
 Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya
kebolehpercayaan ujian.
 Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan
yang rendah.
 Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran
item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
 Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:-
 Mengikut masa yang ditetapkan
 Bebas daripada gangguan/ bising
 Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan
 Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan
dijadikan sebagai satu faktor pengujian

19
• Kesukaran ujian
 Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang
mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.
 Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad.
Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat sekali pada bahagian
atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di
bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah
kecil dan tidak boleh dipercayai.

20
• Keobjektifan ujian
 Merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi
keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang
diperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat
pemeriksa.
 Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya
bilangan pilihan jawapan bagi setiap item. Ujian jenis item Betul-Salah
atau dua pilihan jawapan pada item soalan adalah paling kurang
kebolehpercayaannya.
  Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan
memainkan peranan penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada
pemeriksa dan pemeriksa yang tidak konsisten akan mempengaruhi
kebolehpercayaan pengukuran.

21
Keobjektifan
• Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat
memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai
jawapan yang sama. Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang
sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan,
maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat tinggi.
 
• Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi
kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi
seseorang pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang
rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang
pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang
sama.
 
22
• Guru perlu mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif
dengan menyedia dan membekalkan skema pemarkahan untuk
digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian
berkenaan.
• Mesyuarat penyelarasan pemeriksaan diadakan supaya
pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan
dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang
diberikan oleh mereka.

23
Kemudahtadbiran
• Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam
bilik darjah atau di dewan peperiksaan. Bermakna ujian-ujian harus
dapat memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Pentadbiran
ujian tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar.
 
• Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan,
pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan. Arahan yang jelas
dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.
 
24
Kemudahtafsiran
• Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif
penilaian.
• Keputusan ujian haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat
memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:
 Pencapaian murid dalam kelas
 Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
 Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
 Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar
yang digunakan
 Kesesuaian aras kesukaran item ujian
 
25
• Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah
yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min,
sisihan piawai dan skor piawai dengan mudah.
• Data yang ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan
akan menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan dan
tindakan selanjutnya.

26

Anda mungkin juga menyukai