Anda di halaman 1dari 5

Pemarkahan Karangan

Konsep Pemarkahan Soalan esei memerlukan pelajar memberikan pandangan dan mengolah jawapan. Pelajar dikehendaki mengemukakan idea dan fakta bagi menyokong jawapan mereka dalam konteks yang relevan dengan soalan. Oleh itu, tidak terdapat hanya satu jawapan yang tepat dan memenuhi keperluan soalan. Kesesuaian soalan bergantung kepada bagaimana pelajar mengolah jawapan dengan sokongan fakta-fakta. Dengan itu, pemeriksa perlu memastikan bahawa keobjektifan dan kesahan jawapan diberi perhatian yang teliti. Konsep ini mengandungi beberapa kriteria dan kaedah yang perlu diambil perhatian.

Secara umumnya terdapat 2 cara pemarkahan karangan dibuat: 1. Holistik - pemarkahan secara umum, tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum. 2. Analisis- permarkahan yang menilai aspek kemahiran menulis seseorang dengan melihat secara terperinci aspek-aspek

tertentu. Kaedah ini seharusnya dipraktikkan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. permarkahan seperti ini penting kerana memberi maklum balas kepada pelajar tentang kualiti penulisan mereka dan aspek kelemahan mereka dalam penulisan karangan
Kaedah Pemarkahan

Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei yang boleh digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah permarkahan tersebut ialah

kaedah analitik dan kaedah holistik (atau global). Kaedah Pemarkahan Analitik

Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-unsur penting yang merangkum kriteria

kandungan, pengolahan, dan proses itu dikesan dan dimarkahi secara berasingan. lni bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga

kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan calon, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan

analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau

idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kebersepaduan unsurunsur berkenaan.

Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu

keobjektifan pemarkahan serta kebolehpercayaan dapat ditingkatkan.

Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik

Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasai masalah tersebut.

Skema pemarkahan Kriteria kandungan a) Pencemaran air, udara dan bunyi. (1 markah x 3 fakta = 3 markah)

Kriteria pengolahan b) Punca pencemaran air. Punca pencemaran bunyi. Punca pencemaran udara. (3 x 2 markah = 6markah) Kriteria proses c) Keaslian cadangan yang dikemukakan. (2 x 3 markah = 6 markah)

Kekuatan Kaedah Analitik

a)

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa.

b)

Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah.

e)

Pemarkahan

lebih

objektif.

Ketekalan

dapat

dikekalkan

sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan Kaedah Analitik

a)

Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan.

Anda mungkin juga menyukai