Anda di halaman 1dari 31

EDUP3033

MURID DAN PEMBELAJARAN


Tajuk 2:
Proses Pembelajaran
Pensyarah:
Dr. Hj. Sajap Maswan
sajap@ipgktb.edu.my
012-4830474
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan proses pembelajaran dalam PdP:
 Kesediaan belajar
 Persepsi dan penanggapan
 Ingatan dan lupaan
 Pemindahan pembelajaran
 Implikasi proses pembelajaran terhadap PdP
Kesediaan Belajar
 Keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan
untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan nilai yang baharu.

 Melibatkan 3 domain:
• Kognitif
• Afektif
• Psikomotor
Kesediaan Belajar
1. Kesediaan Kognitif:
 Melibatkan aktiviti/proses mental/berfikir
• Berfikir (pengamatan/persepsi)
• Menaakul (berfikir secara mendalam/serius tentang
sebab dan akibat)
• Menganalisis
• Membentuk konsep baru (penanggapan)
• Menyelesaikan masalah

 Pencapaian dalam bidang akademik memerlukan


usaha & latihan yang gigih
Kesediaan Belajar
Kesediaan Kognitif Tinggi
Faham idea/maklumat dan ingat kembali. Dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan betul
Hubung kait antara beberapa idea penting
untuk selesaikan masalah
Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu
objek
Struktur pengetahuan mula menjadi normal
Kesediaan Belajar
Kesediaan Kognitif Tinggi (sambungan)
Memahami konsep abstrak
Membuat hipotesis (andaian awal)
Menyelesaikan masalah yang mudah, sederhana
dan rumit

Kesediaan Kognitif Rendah


Melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu
objek/idea
Egosentrik – tidak dapat melihat menurut perspektif
orang lain
Kesediaan Belajar
2. Kesediaan Afektif (Perasaan/Emosi)
 Sikap yang positif terhadap pelajaran
 Gembira/ceria/bersemangat
 Bersedia dengan peralatan belajar
 Minat yang mendalam
 Kerajinan untuk belajar
Kesediaan Belajar
Kesediaan Afektif Tinggi:
• Motivasi belajar tinggi
• Minat terhadap subjek yang dipelajari
• Aktif dalam aktiviti PdP
• Sering mengemukakan pelbagai soalan yang
mencabar
• Ingin memperoleh kecemerlangan dalam akademik
• Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan dan minat
belajar untuk menerima pembelajaran yang
disampaikan.
Kesediaan Belajar
3. KESEDIAAN PSIKOMOTOR
Penguasaan kemahiran yang melibatkan tindakan
fizikal (pelbagai anggota badan)
• Tangan
• Kaki
• Kepala
• Mulut (sebutan perkataan)
Kesediaan Belajar
Koordinasi pergerakan anggota badan:
• Berjalan
• Memegang pensel
• Menulis
• Melukis
• Mewarna
• Menunggang basikal
• Mengikat tali kasut
• Menaip dengan menggunakan komputer
Kesediaan Belajar
Koordinasi pergerakan anggota badan:
• Berenang
• Menari
• Gimnastik
• Senamrobik
• Bermain (bola, badminton, hoki dsn.)
• Menyebut bunyi, perkataan dll.
• Subjek: Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup
Kesediaan Belajar
Cara-cara Meningkatkan Kesediaan Belajar:
• Strategi pengajaran - Simulasi/main peranan
• Kaedah kumpulan
• Kaedah perbincangan
• Pemulihan dan pengkayaan
• Unsur kecindan
• Pelbagaikan BBM multimedia
Kesediaan Belajar
Kesediaan Belajar dirumuskan sebagai:
• Kesediaan belajar ialah keadaan dalam diri individu yang
bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh ilmu
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang baharu.
Kesediaan belajar terbahagi kepada 3 aspek iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor.
Kesediaan Belajar
Kepentingan Kesediaan Belajar:
Antara kepentingan kesediaan belajar dari segi kognitif ialah
murid dapat memahami sesuatu konsep yang dipelajari dengan
mudah kerana mereka mempunyai pengetahuan sedia ada
tentang tajuk yang diajar oleh guru.
Murid mungkin telah membaca terlebih dahulu/membuat
persediaan awal di rumah tentang tajuk yang akan dipelajari di
sekolah.
Kesediaan Belajar
Kepentingan kesediaan belajar dari segi efektif:
Kepentingan kesediaan belajar dari segi afektif ialah murid
sentiasa gembira, ceria, yakin diri/bermotivasi semasa belajar
di dalam kelas. Dengan yang demikian, proses pembelajaran
akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. (Jawapan
yang sempurna)
Proses Pembelajaran
1. Persepsi (Pengamatan)
 Proses menerima rangsangan/maklumat melalui
pancaindera(lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa)
 Menyusun semula maklumat yang diterima
 Memberi makna/pengertian kepada maklumat yang diterima
 Mentafsir maklumat/menginterpretasi maklumat
 Contoh: Menyatakan dan membezakan pelbagai bunyi jenis
kenderaan di jalan raya.
Proses Pembelajaran
a. Cara-cara meningkatkan persepsi:
 Organ deria yang sihat
 Apakah tindakan guru untuk mengatasi masalah murid-
murid yang menghadapi masalah penglihatan?
 Mengenal pasti murid yang mengalami masalah
penglihatan untuk mendapatkan rawatan
 Ubah tempat duduk dari bahagian belakang ke bahagian
hadapan kelas
 Mohon bantuan untuk membuat kaca mata
Proses Pembelajaran
b. Pelbagai organ deria
 Tulisan yang besar/jelas
 Suara guru yang lantang dan jelas
 ABM yang besar/menarik dan berfungsi dengan baik
Proses Pembelajaran
2. Penanggapan
 Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda
individu (khasnya kepada kanak-kanak)
 Konsep: Idea spesifik tentang peristiwa dan fenomena sama
ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang
khusus.
 Contoh:
Jelaskan konsep lestari?
Proses Pembelajaran
Cara-cara meningkatkan penanggapan:
 Persediaan dan pengetahuan guru
 Gunakan pelbagai BBM
 Kaedah yang berkesan
 Pengajaran yang berpusatkan murid
 Bahasa yang mudah difahami
Proses Pembelajaran
3. Ingatan
Kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
 Pengekodan
 Penyimpanan
 Ingatan kembali
Rangsangan deria
 Lihat
 Dengar
 Sentuh
 Hidu
 Rasa
Proses Pembelajaran
Cara-cara meningkatkan ingatan:
 Bahan pengajaran bermakna
 Isi pelajaran yang sistematik
 Ulangan
 Rehat yang cukup
 Menimbulkan minat – Contoh, mengamalkan unsur-unsur
kecindan dalam pengajaran
Proses Pembelajaran
Lupaan:
Kegagalan untuk mengingat kembali maklumat

Antara sebab berlaku lupaan


Gangguan Retroaktif
• Ilmu/kemahiran baharu mengganggu ilmu/kemahiran lama
• Program komputer baharu ganggu program komputer yang lama
Gangguan Proaktif
• Ilmu/kemahiran lama mengganggu ilmu/kemahiran baharu
• Sistem ejaan lama ganggu sistem ejaan baharu
Contoh:
Ejaan Lama Ejaan Baharu
Pra sekolah – Prasekolah
Stesyen – Stesen
Pemindahan Pembelajaran
1. Definisi Pemindahan Pembelajaran:
 Pemindahan (transfer) kemahiran asas, konsep, pengetahuan,
nilai dan proses mental daripada sesuatu situasi kepada
situasi yang lain.
 Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman,
pengetahuan ataupun kemahiran yang sedia ada dalam
ingatan untuk diaplikasikan dalam proses PdP atau sesuatu
situasi baharu yang berkaitan.
Pemindahan Pembelajaran
Proses Pembelajaran Gagne:
Peringkat 6 – Generalisasi (Aplikasi ilmu dalam situasi yang
lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian)
Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baharu
yang sesuai dan sepadan
Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira
jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu
Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang
telah dipelajari dalam situasi baharu di dalam atau di luar bilik
darjah.
Penanggapan:
Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda individu
semasa proses pembelajaran secara formal ataupun informal
Pemindahan Pembelajaran
Jenis Pemindahan Pembelajaran:
Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini)
Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan
retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini)
Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem
ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik
Pemindahan Pembelajaran
Implikasi Proses Pemindahan Pembelajaran dalam PdP:
Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini)
Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan
retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini)
Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem
ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik
Implikasi proses pembelajaran terhadap PdP
 Pemahaman terhadap proses pembelajaran akan dapat membantu guru
meningkatkan lagi kecekapan mereka dalam merancang dan
melaksanakan PdP
 Guru harus memastikan pelajar-pelajar telah bersedia dari segi kognitif,
efektif dan psikomotor sebelum melaksanakan proses PdP yang
seterusnya.
 Dengan memahami proses pembelajaran seperti yang telah dikemukakan
oleh Gagne. 1975 ( lapan fasa : motivasi, penyimpanan, penahanan,
mengingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas) dapat
membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih sistematik dan
berkesan.
Sekian
TERIMA KASIH
Rujukan:
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry.
Draft. Dipetik dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summa
ry.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt,
Rinehart and Winston
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Penghargaan
1. Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Tuanku Bainun

Anda mungkin juga menyukai