Anda di halaman 1dari 20

PENGERTIAN DAN

KONSEP PENTAKSIRAN,
PENILAIAN DAN
PENGUJIAN
Disediakan Oleh

: Ahmad Rizwan Hanafie


: Nornadilah

Apa yang anda faham mengenai


istilah ini ?
Pentaksiran
Pengujian
Penilaian

Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah
untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu.

Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses


mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran dan juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti
yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran juga penting untuk mendapatkan maklumat secara


berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta
membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran

Melalui pentaksiran, guru dapat :


Rancang aktiviti
PdP

Melaksanakan
aktiviti susulan

Aktiviti pentaksiran seperti :

Menghurai

Memberi skor

Merekod

Menginterpretasi
pembelajaran

Ciri- ciri pentaksiran yang baik :


Objektif / Matlamat
Mempunyai matlamat dan
objektif yang khusus
mengenai perkara yang
ditaksir.

Kemudahtafsiran
Keputusan pentaksiran
atau maklumat skor calon
perlulah disusun mengikut
garis panduan yang betul

Menyeluruh
Merangkumi keseluruhan aspek soalan-soalan
yang mewakili kesemua objektif yang penting.

Kesimpulan
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam
menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan
penulisan.

Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian.


Sebagai contoh, mentaksir kemahiran melukis dan mentaksir
sikap dan tingkah laku individu murid.

Pentaksiran ini tidak bersifat mutlak ( tidak tetap ).

Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan
untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang
penguasaan pelajar dalam kemahiran yang diajar.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)


yang berdasarkan sesuatu kemahiran bagi merangsang pelajar
untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam
kemahiran tersebut.

Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan


memberi skor kepada jawapan yang diberi ( Bukti empirik ).

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku


pelajar (Milagros 1981) .

Pengujian amat penting dalam proses pembelajaran kerana


guru dapat mengetahui sejauhmana murid dapat membina
kefahaman terhadap sesuatu kemahiran yang telah diajar oleh
guru.

Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit


(menyeluruh), seperti perubahan tingkah laku murid
berdasarkan perkara yang dipelajarinya. Oleh itu, dalam proses
pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan
sebagai alat pengukuran.

Proses pengujian

Persediaa
n

Pelaksana
an

Pemeriksa
an skrip
jawapan

Penilaian
Definisi :
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran.

Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian


juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang
sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan :


Perancangan rapi bagi menilai perkara & objektif pembelajaran
Aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif &
kualitatif tingkahlaku murid dan buat pertimbangan nilai terhadap
tingkah laku itu.
Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau
pengujian dan mempunyai makna yang sangat luas.
Dalam bilik darjah, penilaian adalah :
Proses mengumpul maklumat tentang strategi / aktiviti P&P
Menganalisis / membuat keputusan dan merancang tindakan
sewajarnya.
Proses yang sistematik utk dapatkan maklumat bagi tentukan
pencapaian sesuatu objektif & arah PdP.

Penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut :


Mendapatkan maklumat melalui pengukuran
Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil
pengukuran.

Terdapat dua jenis penilaian iaitu :

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

6 Aspek Perkaitan Antara


Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Definisi
Tujuan
Cara
Masa
Liputan
Keputusan
(Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, 1991)

Ringkasan Definisi
Pengujian: Alat Pengukuran perubahan sesuatu aspek
t/laku.
Pentaksiran: Proses utk menentukan peringkat
pencapaian & kedudukan murid.
Penilaian: Proses utk menentukan perubahan t/laku &
melakukan pertimbangan nilai.

Ringkasan Tujuan
Pengujian: Utk menentukan pencapaian sesuatu
pembelajaran.
Pentaksiran: Utk melakukan pengelasan pencapaian &
kedudukan dlm pembelajaran.
Penilaian: Utk memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar & kurikulum.

Ringkasan Cara
Pengujian: cara pemerhatian/ soalan-soalan ujian
Pentaksiran: pelbagai cara pengumpulan data kuantitatif
Penilaian: data kuantitatif & penghuraian kualitatif

Ringkasan Masa
Pengujian: Selepas pelajaran
Pentaksiran: Selepas pelajaran
Penilaian: Sebelum, semasa & selepas pelajaran

Ringkasan Liputan
Pengujian: terhad kepada sesuatu kemahiran/
pembelajaran
Pentaksiran: terhad kepada sesuatu peringkat
pembelajaran
Penilaian: liputan daripada sesuatu pembelajaran
tertentu kepada keseluruhan kurikulum

Ringkasan Keputusan
Pengujian: Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran/
penguasaan pembelajaran secara spesifik.
Pentaksiran: Menunjukkan pencapaian secara relatif.
Penilaian: Menunjukkan pencapaian keseluruhannya
tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan
seseorang individu.

Anda mungkin juga menyukai