Anda di halaman 1dari 5

Beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah

laku bermasalah.antaranya:

· Kecerdasan

Emosi

Kecerdasan telah dibekalkan kepada kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan diri untuk hidup,
untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.Kecerdasan yang sederhana
membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya denganagak berjaya jika keadaan lain adalah baik.
Namun begitu kecerdasan yang sangat rendahatau sangat tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial.
Kanak-kanak yang terlalu pandaiatau terlalu bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi
kerana ia membentuk konsep kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna. Seterusnya ia akan
membentuk corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi standard sosial yang diperlukan untuk
umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa tingkahlaku tidak diterima daripada segi sosial akan
merendahkan konsep kendirinya lagi yang akan mengakibatkan tingkahlaku sosial yang kurang baik.

Kanak-kanak kecil tidak sedar dan tidak mengetahui tahap kecerdasan mereka,

kecuali apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya.

Dengan kata lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak menyedariyang ia sangat
pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak mengetahui kelembapan mereka itu. Kanak-kanak
yang sederhana kecerdasan tidak mengendahkan perkara ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu
pengukur untuk membandingkan keupayaan kecerdasan mereka. Mereka mengukur tahap
perkembangan kecerdasan mereka berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.

Perasaan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berlainan adalah

dipengaruhi oleh sikap sosial khususnya sikap ibu bapa, guru dan ahli-ahli kumpulan

sebayanya. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan merasa kurang senang apabila bersama
dengan kanak-kanak yang sangat cerdas kerana mereka berasa bebal jika dibandingkan dengan
kawannya yang cerdas. Kebanyakan daripada masalah personaliti kanak-kanak yang sangat cerdas adalah
disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila mereka berpeluang bercampur dengan kanak-kanak yang
sama cerdas, masalah personaliti mereka akan berkurang atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya di
sekolah atau di tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama orang luar. Minatnya pun
berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas memencilkan dirinya. Jika kumpulan sebayanya
sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi akan merasa tidak popular dan lebih terpencil.

· Emosi
Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan

menjejaskan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas seseorang kanak-kanak

terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepadapengalamannya
yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaiandirinya. Setengah-tengah kanak-
kanak telah belajar menyatakan emosi mereka sertamerta dan ada pula yang belajar menghalang dan
menyekat emosi mereka tetapi akanmengeluarkan perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih
sesuai.

Apabila seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan

sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa
murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama
dan merenung tentang dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu merasa
gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih
mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau
atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan keyakinan kendirinya. Orang dewasa
pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak dengan cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut
menyekat atau mengawal perasaanng yang meluap.

· Pengalaman awal Kanak-kanak.

Pengalaman ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan

kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu

ataupenjaga ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi

perkembangan personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak

begitu banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu di dalam
keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan faktorfaktor lain di dalam
pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola personalitinya. Sikap ibu yang
menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan bersalah khususnya ketika membuang air kecil atau
besar, pasti akan menjejaskan personalitinya.

· Pengaruh Keluarga

Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering

bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,

bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi

keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan
dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang
bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang
individu.

· Pengaruh Kebudayaan

Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti

yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang
diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-
anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika
membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.

· Pengaruh Kawan

Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung

oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.

Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya akan


membentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-
kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya.

· Pengaruh Sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.

Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada sudut
pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan
sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.

Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang

bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja

sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan
motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.
Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada

jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapatmempengaruhi
personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak
memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima
pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang
lebih baik. Markah menetukansama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya,
pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.

· Pengaruh Sosio-Budaya Keatas Kanak-Kanak

Kanak-kanak tidak berkembang di dalam sebuah vakum. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh
perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan dunia tempat mereka tinggal dan
dibesarkan. Dalam konteks ini, perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa, adik-beradik,
saudara-mara, kawan-kawan, rakan sebaya, orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah,
rumah-rumah ibadah dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya.
Pola pengaruh sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan oleh
Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik oleh Rice (2000) seperti
berikut.

· Pengaruh Media

Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca .

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dari apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar,
televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon serta mudah untuk meniru gaya aksi apa yang
telah ditonton. ( Bandura, 1986 )

· Pengaruh Genetik atau Baka

Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Tenaga jiwa
yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne
Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah
tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di
sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa
dan hilang minat untuk belajar.
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu
dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar
dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka

· Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan
oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari
kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan
bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran
tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat
mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan
usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku
negatif dan menyakiti orang lain.

· Motivasi

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah
pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam
peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam
ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya
motivasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai