Anda di halaman 1dari 1

Fenomena pencemaran alam sekitar kian meruncing sehingga menjejaskan

ekosistem dan kualiti kehidupan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sudah pasti
dunia kita akan mengalami kemusnahan yang lebih teruk.

Pihak kerajaan telah menggalakkan aktiviti kitar semula bertujuan untuk


mengurangkan bilangan sampah yang mencemarkan alam sekitar. Barang-barang
terbuang seperti tin, plastik, botol dan kertas boleh dikitar semula untuk dijadikan
barang-barang yang baharu. Selain itu, kempen-kempen penjagaan alam
sekitar telah dijalankan secara terancang dan meluas melalui pelbagai media
massa.

Pihak kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang


alam sekitar. Pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan pembalakan secara
haram dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya. Akhir sekali, anak-anak
perlulah diterapkan kepentingan memelihara alam sekitar melalui pendidikan di
sekolah.

Konklusinya, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab ini supaya


masalah pencemaran alam sekitar yang kian meruncing ini dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai