Anda di halaman 1dari 11

"Rumahku, syurgaku".

Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam


kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri
yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik
tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan
melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan
dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anakanak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anakanak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan
mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya.
Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik.
Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,bagaimana acuan, begitulah
kuihnya.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk
membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi
perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru
berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah
negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya
yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya
kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh . Didikan agama dan
moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata
pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Seseorang yang tidak
mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal
tanpa nakhoda.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan
memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa
hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu
rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab
pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu
bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu
bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan
cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan
menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah
bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu
bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa,
siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli
keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya
bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan

perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan
damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia.
Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjutajuta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih
sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Rumahku, syurgaku. Keluarga
bahagia ialah keluarga impian saya.
Rumah adalah tempat berteduh bagi setiap individu dalam keluarga dari kesibukan di luar.
Di dalamnya menjanjikan sejuta kedamaian dan kasih sayang yang harmonis. Islam sebagai
dien sempurna yang mengatur bagaimana mewujudkan kebahagiaan ini, menciptakan
rumah sebagaimana slogan "Baiti Jannati' [Rumahku, Surgaku]. Rumah yang didalamnya
ditemukan kedamaian, kasih sayang dan rahmat dari Illahi, laksana sebuah surga di dunia.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai
lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada
masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah
diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar .
Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-

isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah
pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihakpihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di
jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media
tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimatcermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasankawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat
serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan

Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam
sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan
lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah
lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti
penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal
ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat
mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar
yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik
pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan
haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar.

Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar
daripada terus tercemar.

LANGKAH MEMELIHARA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA (PERCUBAAN


MRSM 2015)
(T) Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. (I) Namun demikian, mutakhir ini,
arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi
dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kita
sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar
yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak, diluah mati bapa. (A)
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat
pemberian Tuhan yang amat berharga ini. Oleh itu, langkah-langkah bersama yang
pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
(I) Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah dengan
menggalakkan tanaman hijau.(M) Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayursayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam
sekitar umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. (BA) Sebagai contohnya,
pihak ibu bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti
pokok-pokok bunga di kawasan persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong
kempen penanaman pokok yang dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar.
(K) Kesannya, alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar
kepada penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. (P) Tegasnya, galakan
dalam aktiviti penanaman pokok dapat memelihara alam sekitar kita daripada tercemar.
(I) Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. (M)
Usaha ini penting kerana sungai sungai merupakan nadi kehidupan kita kerana sungai
merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. (BA) Untuk
memastikan sungai terpelihara daripada sebarang aktiviti pencemaran, semua anggota
masyarakat perlulah melibatkan diri secara aktif dan kolektif dalam menjayakan Kempen
Cintai Sungai Kita yang dianjurkan oleh pihak berautoriti. Aktiviti membersihkan sungai
perlulah dijalankan secara berkala dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Masyarakat
juga perlulah mengelakkan tabiat membuang sampah ke dalam sungai kerana perbuatan
terkutuk itu akan mendatangkan kemudaratan kepada semua makhluk Tuhan. (K)
Kesannya, sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik di samping dapat

menjaga alam sekitar daripada berlakunya bencana alam seperti banjir kilat. (P) Izharlah
bahawa pemeliharaan alam sekitar dapat dicapai melalui kerjasama menjaga kebersihan
sungai.
(I) Seperkara lagi, langkah yang juga praktikal ialah semua rakyat perlu
mengamalkan kitar semula barang terpakai. (M) Program kitar semula memainkan peranan
yang penting bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan. (BA)
Sebanyak 40 peratus sampah sarap seperti tin, besi buruk, botol, kertas dan barangan
plastik boleh dikitar semula. Contohnya, jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum
kita dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
(K) Impaknya, kita dapat menyelamatkan alam sekitar seperti pokok dan dapat pula
mengurangkan kos sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga. Hal ini dikatakan
sambil menyelam minum air. Pendek kata, amalan kitar semula yang dipraktikkan oleh
semua rakyat Malaysia dapat memelihara alam sekitar di negara kita.
(K) Sebagai intihanya, pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan
pelbagai langkah yang diambil oleh pelbagai pihak kerana memelihara alam sekitar
merupakan tanggungjawab bersama. Sesungguhnya alam sekitar ini merupakan harta
paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. (CDGN) Oleh itu, semua pihak perlu
bersendel bahu dan bergabung tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni untuk memikul amanah menjaga dan memelihara alam sekitar kita. Hal ini
bersesuaian dengan pesanan Mantan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan
Sri Joseph Kurup yang menyeru semua pihak tanpa mengira umur, sektor swasta atau
kerajaan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara dan memulihara
alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah
runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain. (HRPN) Diharapkan komitmen jitu daripada
pelbagai pihak dapat melestarikan keindahan alam sekitar yang menjadi platform kepada
kesihatan rakyat di negara kita. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata Negara Bersih,
Rakyat Sihat.

Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah


Perayaan hari kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos
setiap tahun. Sambutan hari kemerdekaan ini mempunyai pelbagai kebaikan
terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. Antara kebaikan program sambutan
hari kemerdekaan adalah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan
pelajar. Di peringkat sekolah, kebiasaannya antara aktiviti yang dijalankan
sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis
esei dan sebagainya.
Pelajar juga akan mengetahui dan menghayati bagaimana sukarnya tokohtokoh pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan. Dengan menyambut hari
ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan
berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian
kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari

kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan


penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan. Oleh itu, diharap
sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotik yang
kian luntur dalam diri generasi muda di negara kita.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat
memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat
di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri
semasa sambutan diadakan. Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat
menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah
tayangan filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh
kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara
kita daripada penjajahan Inggeris.
Kesimpulannya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua
rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di
peringkat sekolah. Pelajar perlulah menghayati semangat kemerdekaan dalam diri
masing-masing agar semangat patriotisme terus mekar dalam sanubari masingmasing
KARANGAN CONTOH
Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu
disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara
dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis
perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan
sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda
yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati
kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat
patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan,
seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari
kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta,
iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna
melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan
atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk
perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita
akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan
diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan,
dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti
bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun
kemerdekaan negara.
Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa
pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta
perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup
berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk

menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut
dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk
mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.
Intihanya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini
dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui
media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan hari
kemerdekaan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan
oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan
kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang
menyedari kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara.

What are the steps that can be taken to improve sports among
children ?

Here are 11 ways to get started:


1. Talk with your child's doctor. Your child's doctor can help your child understand
why physical activity is important. Your child's doctor can also suggest a sport or
activity that is best for your child.
2. Find a fun activity. Help your child find a sport that she enjoys. The more she
enjoys the activity, the more likely she will continue it. Get the entire family involved.
It is a great way to spend time together.
3. Choose an activity that is developmentally appropriate. For example, a 7- or
8-year-old child is not ready for weight lifting or a 3-mile run, but soccer, bicycle
riding, and swimming are all appropriate activities.
4. Plan ahead. Make sure your child has a convenient time and place to exercise.
5. Provide a safe environment. Make sure your child's equipment and chosen site
for the sport or activity are safe. Make sure your child's clothing is comfortable and
appropriate.
6. Provide active toys. Young children especially need easy access to balls, jump
ropes, and other active toys.

7. Be a role model. Children who regularly see their parents enjoying sports and
physical activity are more likely to do so themselves.
8. Play with your child. Help her learn a new sport.
9. Turn off the TV. Limit TV watching and computer use. The American Academy of
Pediatrics recommends no more than 1 to 2 hours of total screen time, including TV,
videos, computers, and video games, each day. Use the free time for more physical
activities.
10. Make time for exercise. Some children are so overscheduled with homework,
music lessons, and other planned activities that they do not have time for exercise.
11. Do not overdo it. When your child is ready to start, remember to tell her to listen to
her body. Exercise and physical activity should not hurt. If this occurs, your child
should slow down or try a less vigorous activity. As with any activity, it is important
not to overdo it. If your child's weight drops below an average, acceptable level or if
exercise starts to interfere with school or other activities, talk with your child's
doctor.

Adults may not intend to hurt the children they care for. But sometimes adults lose control,
and sometimes they hurt children.
Adults may hurt children because they:

Lose their tempers when they think about their own problems.

Don't know how to discipline a child.

Expect behavior that is unrealistic for a child's age or ability.

Have been abused by a parent or a partner.

Have financial problems.

Lose control when they use alcohol or other drugs.

Most child abuse occurs within the family. Risk factors include parental depression or other
mental health issues, a parental history of childhood abuse, and domestic violence. Child
neglect and mistreatment is also more common in families living in poverty and among
parents who are teenagers or are drug or alcohol abusers. Although it is certainly true that
child abuse occurs outside the home, most often children are abused by a caregiver or
someone they know, not a stranger.
The majority of cases reported to Child Protective Services involve neglect, followed by
physical and sexual abuse. There is considerable overlap among children who are abused,
with many suffering a combination of physical abuse, sexual abuse, and/or neglect.

Why you should use a Virtual Learning Environment


In the last 10 years, education has benefited from a real e-revolution - most schools and
universities now have a functioning Virtual Learning Environment (VLE), at the heart of
their teaching and e-learning programmes a virtual shadow, if you will. A VLE, or learning
platform, is an online system that allows teachers to share educational materials with their
pupils via the web. Examples include Moodle, WebCT and Blackboard. For a student to be
able to access a Virtual room as either a duplicate or extension of their physical classroom
is a clear advantage for learners and teachers alike. Every educational establishment ought
to integrate a VLE into their lessons and allow it to become second nature to learners and
educators outside of the classroom. Here are some reasons why:
Communication opens up an infinite number of channels in the format of forums,
discussion threads, polls, surveys instant feedback either as a group or individually
Producing work students do not physically have to find their teacher to hand in work
due to secure virtual hand-in folders that have time windows
Resource hub teachers have infinite online storage space for ppts, docs, worksheets
etc. that can either be secure or shared with students
Dynamic home pages teachers have the opportunity to create an exciting virtual space
to represent their room/subject
Links to outside sources pathways to all other online learning spaces are linked via the
VLE
Embedded content YouTube, BBC, newspapers can all be embedded as the dynamic
feed of the homepage
Podcasts & videos both teacher- and student-produced podcasts and videos have a
shared platform; again, either secure or shared
However, most establishments do not get the choice of a Virtual Learning Environment as
the local education authority (LEA) are often contracted to a certain company Fronter,
Moodle, Frog, LP+, Kaleidos etc are the most common VLEs of choice.

The following are the basic or the main components required for a virtual learning
environment or online education curriculum to take place.[5]
A VLE may include some or all of the following elements:

The course syllabus

Administrative information about the course: prerequisites, credits, registration,


payments, physical sessions, and contact information for the instructor.

A notice board for current information about the ongoing course

The basic content of some or all of the course; the complete course for distance
learning applications, or some part of it, when used as a portion of a conventional
course. This normally includes material such as copies of lecture in the form of text,
audio, or video presentations, and the supporting visual presentations

Additional resources, either integrated or as links to outside resources. This typically


consists of supplementary reading, or innovative equivalents for it.

Self-assessment quizzes or analogous devices, normally scored automatically

Formal assessment functions, such as examinations, essay submission, or


presentation of projects. this now frequently includes components to support peer
assessment

Support for communications, including e-mail, threaded discussions, chat rooms,


Twitter and other media, sometimes with the instructor or an assistant acting as
moderator. Additional elements include wikis, blogs, RSS and 3D virtual learning
spaces.

Links to outside sources pathways to all other online learning spaces are linked via
the VLE (Virtual Learning Environment).

Management of access rights for instructors, their assistants, course support staff,
and students

Documentation and statistics as required for institutional administration and quality


control

Authoring tools for creating the necessary documents by the instructor, and, usually,
submissions by the students

Provision for the necessary hyperlinks to create a unified presentation to the


students.

A VLE is normally not designed for a specific course or subject, but is capable of supporting
multiple courses over the full range of the academic program, giving a consistent interface
within the institution andto some degreewith other institutions using the system. The
virtual learning environment supports an exchange of information between a user and the
learning institute he or she is currently enrolled in through digital mediums like e-mail, chat
rooms, web 2.0 sites or a forum thereby helping convey information to any part of the world
with just a single click.[6]

Anda mungkin juga menyukai