Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti kejiranan dalam masyarakat kita hari ini semakin kurang diamalkan khususnya dalam kalangan masyarakat bandar.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semula semangat kejiranan dalam era moden kini. Dalam meniti arus modenisasi, semangat kejiranan semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Hal ini berlaku kerana sikap masyarakat yang lebih mementingkan habuan duniawi berbanding meluangkan masa untuk mengenali jiran mereka.Pada kotak fikiran mereka,cukup untuk mereka prihatin terhadap keluarga sendiri tanpa mengendahkan kebajikan jiran mereka.Sikap ini perlu dibasmi daripada terus merebak dan seterusnya menjadi barah yang merebak dalam kalangan orang ramai.Oleh itu,prakarsa yang drastik lagi maslahat harus dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. Antara cara yang proaktif untuk memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan bertegur sapa dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kini sibuk bekerja dari waktu ayam berkokok hinggalah menitisnya embun jantan di dinihari.Kita sepatutnya menziarahi jiran tetangga sewaktu mereka sakit dan bertegur sapa jika bersua muka dengan mereka.Sehubungan dengan ini,sikap bagai enau dalam belukar dapat dielakkan daripada menular dalam kalangan masyarakat kita. Justeru, amalan ini seharusnya dibudayakan semula demi kebaikan bersama. Selain itu,aktiviti gotong-royong patut dilakukan di kawasan perumahan.Hal ini kerana aktiviti ini semakin dipinggirkan lantaran tugas ini telah diambil alih oleh pihak berwajib.Sepatutnya hal ini menjadi tanggungjawab bersama,persis kata pepatah, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.Tamsilnya,aktiviti gotong-royong perdana dan gotongroyong sempena Hari Kebangsaan boleh dilakukan.Dengan ini,persekitaran kawasan perumahan bukan sahaja bersih malah tali silaturahim dapat disemai dalam diri masyarakat kita.Oleh itu,kata pepatah hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dapat direalisasikan.Sekiranya aktiviti gotong royong dilakukan,maka sudah tentu semangat kejiranan dapat dipupuk. Negara Malaysia merupakan antara salah satu negara yang amat terkenal dengan kepelbagaian sambutan hari perayaan..Oleh itu,wajarlah sambutan hari perayaan diadakan di kawasan perumahan bagi memupuk semangat kejiranan.Hal ini akan menyebabkan orang ramai berkumpul dan mengenali sesama sendiri .Mungkin ada di antara mereka tidak pernah bersua muka sebelum sambutan diadakan.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya,Tahun Baru Cina,dan Deepavali boleh diadakan di balai raya kawasan perumahan.Jika sambutan hari perayaan dilakukan,maka aspirasi negara untuk menjadikannya sebagai satu medium memperkasakan negara akan tercapai. Secara tuntas,tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan,tiada kusut yang tidak dapat dileraikan. Justeru,masyarakat juga perlu aktif dalam persatuan Rukun Tetangga untuk memupuk semangat kejiranan.Sesungguhnya semangat kejiranan amat penting untuk menjamin kestabilan sesebuah negara.Oleh itu,semua pihak harus menggembleng tenaga untuk melaksanakan prakarsa di atas demi melahirkan mayarakat yang harmoni.

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Bincangkan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecap hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang lepas tangan ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Justeru, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini berlaku demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Sebagai contoh, penggunaan racun serangga dan pendingin hawa membawa kesan yang paling ketara dan serius kepada alam sekitar perlulah dihadkan penggunaannya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Sehubungan dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal. Tamsilnya, denda yang maksimum atau hukuman sebatan patut dikenakan ke atas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru,sikap pengilang yang bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing akan dapat dibanteras dengan lebih efektif. Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, kawasan persekitaran tidak akan dibanjiri dengan bahan buangan yang akan mencemarkan alam sekitar.Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Kerjasama bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Anda mungkin juga menyukai