Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tugasan Harian 4
Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk
menangani
masalah rasuah.
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap
dan konotasi ini
membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin
tinggi kadar
rasuah disesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar
terhada
kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam
aspek ekonomi.
Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan
berprofil tinggi
yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin
menular dalam
masyarakat kita.Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai
amanah dalam
menjalankan urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara. Mereka
harus
mempunyai sikap bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk
menguatkuasakan
undang-undang dan menegakkan keadilan. Tambahan pula, kakitangan kerajaan
yang amanah
dapat menimbulkan kepercayaan rakyat terhadapnya. Sesebuah Negara akan
berkembang maju
dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara rakyat terhadap pihak
kerajaan. Oleh
itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu bukan sahaja mengakibatkan
rakyat hilang
keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga membentuk masyarakat yang tidak sihat.
Secara tidak
langsung, imej Negara akan terjejas.Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga
harus
PENCEMARAN ALAM
Tanah yang diurus dengan baik banyak membawa maanfaat kepada alam sekitar
dan penghuninya. Oleh itu, manusia haruslah mengamalkan nilai-nilai murni di
bawah untuk menguruskan tanah dengan bertanggungjawab demi kesejahteraan
hidup bersama.Manusia haruslah mengamalkan nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar, iaitu memelihara alam sekeliling supaya dapat
mengelakkan ancaman pencemaran tanah. Sebagaicontoh, manusia tidak
melakukan aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan dan sebaliknya, berganding
bahu memelihara tanah yang dicintai. Selain itu, nilai ini boleh
membolehkanmanusia untuk mendidik diri masing-masing bagaimana caranya
untuk memulihara alamsekeliling. Sebagai contoh, manusia telah menggalakkan
kerajaan untuk menebus tanah yangtelah terbiar di kawasan lombong untuk
dijadikan lading hutan supaya dapat mengekalkankewujudan flora dan fauna di
situ.Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu
ditanam dalamkalangan manusia, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan
alam sekeliling agar dapatmenghargai dan menyedari kepentingan menjaga
tanah yang emas ini. Sebagai contoh, manusiasentiasa memastikan kualiti tanah
dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraanmereka. Di samping itu,
nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan manusia untuk berusaha
menyelesaikan sebarang konflik tanah yang sedang dihadapinya supaya
dapatmengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, manusia sering
bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti penebangan
hutan di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat
dijamin pada masa yang akan datang.Manusia juga haruslah mempunyai nilai
keharmonian antara manusia dengan alamsekitar , iaitu sikap saling
memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekililing
agar dapat menjamin tanah yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai
contoh,manusia sering mengguna semula dan mengitar semula supaya dapat
mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses serta mengurangkan
kadar pembuangan sisa-sisa bahan yangdigunakan di rumah. Selain itu, nilai ini
dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar manusia pada masa
depan boleh menikmati keindahan tanah yang telah dijaga dan dirus denganteliti.
Contohnya, manusia memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta
tidak membuang sampah merata-rata dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang
boleh mencemarkantanah.
Wednesday, 30 July 2014
Kerja Kursus Pendidikan Moral 2013/ 2014 (tugasan harian 6)
Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah
pencemaran alam sekitar yang samakin meruncing di samping mengurangkan
pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian kita.
Dewasa ini, sumber alam kian berkurang dan semakin tercemar. Oleh itu,
pelaksanaan kempen mengitar semula barangan buangan dan terpakai amat
penting. Hal ini demikian kerana barangan buangan dan terpakai yang dikitar
semula merupakan salah satu langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah
pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mampu
mengurangkan pembaziran sumber semula jadi.
Amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita dapat memelihara alam
daripada tercemar. Bumi kini sudah menjadi tapak lambakan sampah sarap. Besi
dan plastik yang dibuang akan mengambil masa puluhan tahun untuk reput
ataupun sama sekali tidak akan reput. Akibatnya, pencemaran alam akan menjadi
kian serius. Oleh itu, kita perlu mengitar semula bahan-bahan tersebut. Sebagai
contohnya, kertas sisa diproses semula menjadi kertas baru dan tin-tin aluminium
dikitar semula untuk membuat barangan lain. Dengan itu, kuantiti sampah yang
dibuang dapat dikurangkan dan masalah pencemaran alam sedikit sebanyak dapat
diatasi. Seiring dengan itu, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
hendaklah disemai dalam diri setiap insan.
Pengitaran semula barangan buangan dan terpakai juga memelihara sumber
alam yang terhad. Akibat tamak haloba manusia, sumber alam kian habis. Sebagai
contohnya, kawasan hutan kian berkurangan akibat penebangan pokok bagi
memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pulpa untuk membuat
kertas. Begitu juga, sumber mineral seperti bijih besi dan bijih timah semakin
berkurang akibat perlombongan yang berterusan. Akan tetapi, dengan mengitar
semula kertas sisa, penebangan hutan dapat dikurangkan. Kegiatan mengitar
semula tin-tin aluminium dan besi buruk pula akan mengurangkan aktiviti
melombong mineral tersebut. Tegasnya, sumber alam yang terhad hendak
dipelihara demi mengekalkan kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar yang
harmoni seperti mana yang didefinisikan dalan nilai keharmonian manusia dengan
alam sekitar.
PEMBANGAN BAYI
Pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini, kes pembuangan bayi semakin
berleluasa diNegara Malaysia, iaitu negara kita. Kes ini menjadi serius apabila
banyak remaja membuang bayi merekasesuka hati di tempat-tempat seperti
sungai-sungai dan tong sampah. Mereka yang berdosa inimungkin dapat
menyembunyikan identitinya sebagai ibu bapa bayi yang dibuang jika isu
ini tidakdititikberatkan oleh pihak kerajaan dan lain-lain.Kes pembuangan bayi ini
disebabkan oleh banyak punca. Salah satu punca ialah penghamilandalam kalangan
remaja. Mereka berasa seronok jika selalu boleh melakukan seks bebas tanpa
diketahuiibu bapa mereka. Mereka juga tidak tahu lelaki mesti memakai kondom