Anda di halaman 1dari 1

3.

Demi kemajuan, alam sekitar perlu dikorbankan


Setujukah anda dengan pernyataan ini? Bincangkan.

Dalam era globalisasi ini, masyarakat kini dilabelkan lebih mementingkan kemajuan
berbanding alam sekitar. Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa.
Pernyataan Demi kemajuan, alam sekitar perlu dikorbankan adalah tidak wajar. Bagi saya
kedua-dua aspek kehidupan tersebut haruslah diseimbangkan dengan baik. Masyarakat kini
masih tidak sedar akan kepentingan alam sekitar bagi kehidupan bumi termasuklah populariti
manusia sendiri. Sikap yang lebih mementingkan kemajuan tanpa perancangan yang teratur
telah mengakibatkan kesan-kesan negatif sehingga tergadainya alam sekitar, iaitu habitat
kehidupan manusia.

Peningkatan bilangan manusia telah meningkatan keperluan kawasan perumahan
sehingga memaksa kemusnahan kawasan perhutanan berlaku. Tindakan ini telah
mendatangkan kesan peningkatan iklim suhu bumi. Para pemimpin seharusnya lebih sensitif
terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pewartaan hutan simpan seharusnya
lebih kerap dijalankan demi memelihara alam sekitar. Kita mestilah menerapkan nilai
menyayangi dan menghargai alam sikitar dalam diri masing-masing. Contohnya, kegiatan
memulihara kawasan yang telah tercemar boleh dilakukan.

Sistem pengairan yang digunakan dalam sektor pertanian juga boleh memberikan kesan
terhadap alam semula jadi. Jika terlalu banyak air bawah tanah disedut keluar untuk mengairi
tanaman pada kadar yang lebih cepat daripada kadar hujan menggantikan air bawah tanah,
maka telaga terpaksa digali semakin dalam. Akibatnya, tanah menjadi kering dan turut
mengalami masalah kemasinan akibat pengumpulan garam. Pencemaran yang berlaku akan
medatangkan kesan yang buruk kepada manusia. Jusretu, empangan-empangan kecil boleh
dibina supaya air hujan dapat dikumpulkan dan meresap ke dalam tanah bagi mengatasi
masalah tersebut. Amalan pertanian juga harus diubah supaya air dapat digunakan secara
berkesan. Oleh itu, nilai peka terhadap isu alam sekitar haruslah diamalkan. Kita haruslah
prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita perlulah mengamalkan nilai
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar bagi mengekalan kualiti kehidupan yang
lebih baik. Bagi meningkatkan kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar, proses
perbandaran perlulah dikawal bagi mengelakkan perubahan cuaca berlaku. Ini bagi
mewujudkan hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kerajaan
seharusnya mengurangkan projek pembangunan yang terpaksa mengorbankan hutan primer.

Kesimpulannya, kemajuan dan alam sekitar perlu seimbang demi mengekalkan negara
yang berkualiti. Oleh yang demikian, penyataan di atas tidak wajar dituruti mana-mana
negara kerana alam sekitar sama pentingnya dengan kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai