Anda di halaman 1dari 14

1

Karangan Warga Emas Harus Disayangi


Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma
jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.
Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga
tua semakin baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara
yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan
ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai
supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang
mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian.
Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu
juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan
seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam
penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga
emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang
dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman,
laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara
percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu
lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak
membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari
yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang
bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama
untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka.
Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga
emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana
pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga
tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas.
2

Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga
emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas
mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu
memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah
mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas
setelah mereka menjaga kita selama ini.


Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama di kawasan bandar.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kehidupan warga tua di negara ini.
Contoh Jawpan:
Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali
sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di
kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan
satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat
bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan,
swasta dan masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas ini.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang
boleh meringankan beban kewangan mereka seperti pemberian diskaun tambang pengangkutan
awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah
kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang
begitu mahal dan risiko mereka yang juga tinggi kerana sudah berusia lanjut.? Pengumuman dasar
ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai
mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu
dasar yang boleh menjadikan kehidupan warga emas lebih ceria.
Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang
melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus
dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya.? Aktiviti seperti ini mampu
menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa
yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan
kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini
menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk
mereka meneruskan kehidupan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada
peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang
penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah segelintir
3

anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah bantuan
kerajaan ini. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan
bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya kehidupan mereka
lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan semakin bermaknalah
kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa akan datang.
Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah sikap
masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif. Kita sering
menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk,
tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini
menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang
membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus
menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar
memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus dibuang setelah penat menabur
budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima
layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak
harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika
anda sudah tua dan disisihkan oleh anak.



Najib perjelas gagasan Satu Malaysia
April 16th, 2009 by Najib Razak

BERIKUT adalah sedutan transkrip sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara, semalam.
Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang
kata bahawa ia sama dengan konsep Malaysian Malaysia.

Ia tak sama.

Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita.

4

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera
asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan
bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.
Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

SAYA telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama pagi ini. Antara perkara yang saya
telah tekankan pada mesyuarat pagi ini, supaya barisan Jemaah Menteri yang baru dapat memenuhi
harapan rakyat yang begitu tinggi, di mana Jemaah Menteri perlu menepati apa yang diharapkan
rakyat.

Saya menggariskan empat perkara. Integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu
berteraskan kepada Kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang
menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan
keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Saya telah nyatakan dalam persekitaran politik hari ini, rakyat semakin kritikal. Oleh itu, kita tak
boleh anggap ini sebagai perkara biasa tetapi mesti mempamerkan barisan kepimpinan yang
sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan.

Sehubungan ini, saya telah menyatakan betapa pentingnya Jemaah Menteri untuk berurusan dengan
semua lapisan masyarakat. Kita tak boleh anggap kerajaan tahu segalanya. Kita perlu membuka
pintu kepada dialog dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat
kerajaan nanti merupakan keputusan yang benar-benar bersandarkan kepada kehendak rakyat.

Saya juga ingatkan ahli Kabinet supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada mana-
mana kumpulan istimewa khusus (special interest group) atau mana-mana badan korporat.

Walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada sektor swasta tetapi
kesudahannya kita mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat pada
keseluruhan.

5

Saya juga telah menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat
tidak mahu mendengar sesuatu yang kita janjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan
pelaksanaan secepat mungkin.

Oleh itu, pendekatan KPI akan dilaksanakan di mana pihak Khazanah telah ditetapkan sebagai badan
untuk membantu kerajaan menggubal KPI dalam tempoh sebulan. Saya telah berjumpa Ketua
Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar untuk menempatkan bilangan tenaga yang mencukupi untuk
melaksanakan penggubalan KPI ini dalam tempoh tersebut.

Di samping itu, KPI ini juga akan melibatkan pembahagian tugas kepada timbalan menteri secara
tersusun. Setiap timbalan menteri akan diberi bidang tugas supaya timbalan-timbalan menteri dapat
menyumbang kepada tindakan dan pelaksanaan yang dilakukan kerajaan.

Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Saya telah tetapkan
pada bulan November nanti kita akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap
menteri dan kementerian.

Ada juga pandangan bahawa sesetengah keputusan itu merupakan keputusan yang merentasi
beberapa kementerian yang tak boleh dikhususkan kepada satu kementerian sahaja.

Kita akan ambil kira perkara ini. Yakni kalau kita menentukan KPI, ia akan mengambil kira mana yang
boleh kita khususkan kepada sebuah kementerian dan mana yang perlu kita ambil kira peranan yang
dimainkan kementerian lain.

Dengan adanya sistem KPI ini, saya percaya prestasi kerajaan, pencapaian kerajaan, insya-Allah akan
bertambah baik dan berkesan lagi.

Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita
tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita
sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa juga
yang kita lakukan.

6

Saya bagi contoh, kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita
buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar Perdana Menteri dan menteri berkenaan
sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut.

Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar
menteri atau Perdana Menteri ditonjolkan.

Kita nak tunjukkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk
menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih
daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.

SOALAN: Mengenai penyusunan agensi ada dijelaskan (dalam mesyuarat Kabinet)?

Saya sudah buat keputusan dan JPM akan keluarkan kenyataan. Tidak ada masalah apabila sesuatu
kementerian dibubarkan. Misalnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ini
kerana agensinya tetap tidak dibubarkan. Ia ditempatkan di bawah kementerian lain yang akan
melaksanakan tugas seperti biasa.

Seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga. Ketika zaman
Tun Ghafar Baba, Mara di bawah kementerian berkenaan.

Dan, Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd. Shafie
Apdal). Takkan dia tak boleh kita harap, untuk laksanakan program Mara umpamanya. Jadi, saya tak
nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini
sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien.

Ada disentuh mengenai Majlis Penasihat Ekonomi?

Ya, saya ada bayangkan. Tapi perincian termasuk mengenai pengerusinya akan saya umumkan
kemudian. Saya terangkan kenapa Majlis Penasihat Ekonomi ini diwujudkan. Saya akan pilih hari lain
untuk terangkan.

7

Apa tindakan selanjutnya jika ada menteri yang berada di bawah tahap memuaskan apabila
penilaian dilakukan November ini?

Saya percaya menteri-menteri sedar bahawa masa depan kerajaan bergantung kepada pencapaian
mereka berdasarkan KPI. Mereka tahu bahawa mereka mesti ambil serius apa yang patut dilakukan.

Jadi, saya berkeyakinan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi. Penilaian
itu bukanlah satu kaedah bersifat pemantauan semata-mata tetapi satu cara untuk membantu
menteri-menteri berkenaan jika mereka hadapi hambatan yang kerana keputusan dibuat oleh
kementerian yang lain umpamanya.

Jadi kita boleh gunakan masa penilaian itu untuk menyelesaikan kekangan dari segi pelaksanaan dan
pencapaian kementerian mereka.

Pihak mana akan melakukan penilaian berkenaan?

Penilaian itu akan dibuat oleh sebuah unit di bawah JPM yang akan menilainya bersama-sama ICU.
Mereka akan lihat pencapaiannya. Dan, apabila saya bincang dengan menteri berkenaan, menteri
berkenaan akan bentang juga apa yang mereka telah buat.

Sama-samalah kita bincang nanti dan kita tengok apa yang mereka lakukan dalam tempoh enam
bulan.

Dahulu kerajaan juga ada sistem report card, tapi nampaknya ia tak berkesan?

KPI ini kita ada sistem. Kalau kita buat satu-satu keputusan, ia mesti didokong oleh sistem yang
diwujudkan. Jadi kita sudah wujudkan sistem. Ini bukan saja keputusan tap
i disokong dengan sistem.

Sistem itu ialah, pertamanya Khazanah mainkan peranan. Saya sudah wujudkan tuntutan menteri
berkenaan di bawah JPM dan ICU akan main peranan.

8

Jadi kita ambil pendekatan bersistematik. Kalau kita hendak buat sesuatu ia mesti berasaskan
sistematik. Jika tidak, ia akan dilihat retorik. Ia mesti didokong dengan sistem yang bersesuaian.

Ini bukan seperti biasa tetapi sesuatu yang berbeza sebab saya sudah janjikan pembaharuan. Saya
komited kepada rakyat untuk bawa pembaharuan dan saya serius untuk bawa perubahan.

Boleh komen mengenai rasa kecewa masyarakat India mengenai bilangan dalam Kabinet?

Yang paling penting ialah apa yang kerajaan akan buat untuk komuniti India. Kita akan buat apa yang
termampu untuk komuniti India, ini bukan satu isu besar.

Boleh gambarkan suasana mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan Datuk Seri hari ini?

Saya rasa elok tanya pada menteri lain tentang apa yang mereka rasa (ketawa kecil). Pada saya ia
berjalan baik. Maknanya saya kata, saya punya kesimpulan berilah yang terbaik, sumbanglah yang
terbaik untuk negara. Itu mesej utama saya.

Selain itu, saya kata penting untuk mereka mendapatkan kepuasan kerja. Kita pun nak bina
semangat kerjasama di kalangan barisan Kabinet. Satu keluarga yang boleh sokong antara satu sama
lain. Yang penting kita boleh laksanakan dengan jaya.

KEPIMPINAN UNGGUL
Mahir dalam menguasai seni berinteraksi dan kemahiran berkomunikasi
Berkerja berdasarkan prinsip-prinsip unggul bagi mencapai kejayaan dan memahami bagaimana
berinteraksi dengan kegagalan.
Memiliki bakat semulajadi yang bersifat kulli (merangkum) dan realistik.
Fokus pada hasil (output) bukan pada aktiviti.
Mampu mengimbangi antara kepentingan kerja (amal) dan para petugas.(amilin)
Mengetahui keupayaan manusia dan perbezaan tahap kebolehan individu yang pelbagai.
Menyakini kepentingan Syura.
Bekerja dengan semangat berpasukan .
9

Mahir dalam seni dan kemahiran memotivasikan orang lain.(proses menjana & mempengaruhi).
Memiliki pengalaman, ilmu yang secukupnya bagi mengatasi segala kesilapan.
Menyakini kepentingan berperancangan dan melihat hasilnya (produk).
Memiliki jiwa yang tinggi (berjiwa besar).
Mengetahui bila, bersama siapa dan bagaimana bergurau yang sebenarnya.
Mengimbangi peranannya yang berbagai-bagai.(pemimpin organisasi, bapa, suami dsb)
Mengambil kira faktor-faktor sebab dan bertawakal kepada Allah.





Pertama, harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT.

Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama (religious responsibilities) dan mengingati
Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati
apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan
mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang
di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah,
memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya, memfitnah dan
memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan
kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan dijauhi sebagaimana yang
dikehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini
merosakkan masyarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugian.
Oleh itu pemimpin haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan
dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar
mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi
di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya
kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan
Sunnah Nabi`. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi
agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk
melaksanakannya.


10


Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibubapa.

Pemimpin hebat tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka yang telah
membesarkan mereka sehingga mereka berjaya. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu
daripada kewajipan agama. Pemimpin haruslah membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa
segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan
memastikan kejayaan cemerlang serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga
mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.



Ketiga ialah mampu mengawal nafsu.

Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal.
Kaedah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan
hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita, malu
kepada Maha Pencipta, ibu bapa, serta rakan-rakan kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh.
Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah diberikan pengisian yang sewajarnya agar
sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip
yang ditentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa
mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al-Quran (bagi orang Islam), melakukan perkara-
perkara yang baik dan menjauhi segala yang dilarang. Mementingkan dunia semata-mata dan
melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan
orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka?`. Kita haruslah sentiasa berzikir dan
mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.




Keempat, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap,
percakapan dan perbuatan yang baik sama ada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibu
bapanya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang diperkenalkan kepadanya. Kita dapati orang
yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan dihormati dan disayangi oleh
orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang
penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada
11

rakan-rakannya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka
berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana
yang di sebut dalam Al-Quran

`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik baginya iaitu bagi orang
yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.`

(Surah Al-Ahzab, 21)



Kelima, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia
untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi
kehendak nafsunya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain
kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana
kejayaan yang diperolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada
prinsip-prinsip agama Islam yang telah dihayatinya sekian lama. Mungkin manusia sekelilingnya akan
menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman,
sikapnya akan diterima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang
bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang berada dibawahnya akan
mencapai matlamat unggul yang digariskan oleh pimpinannya.



Keenam, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan
dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan serta melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti
yang mampu meningkatkan empat perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar
mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudaratkan empat perkara ini haruslah
dijauhi kerana ia dianggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain serta tergolong dalam
perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktiviti ini. Apa
yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk
pemimpin yang hebat melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak
bermoral sudah tentu mempengaruhi kita kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak
bermoral juga. Pemimpin boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti
menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus idea-idea membentuk dan
meningkatkan tahap pemikiran dan minda. Begitu juga menganjurkan kem kepimpinan, aktiviti
kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadah asalkan ia tidak di campuri dengan
12

unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.
Apa yang perlu bagi seseorang pemimpin yang mahu menjadi pemimpin yang hebat ialah dengan
memulakan perubahan daripada dalam dirinya.


Education comes not from books, but from practical experience

Education comes not from books, but from practical experience
Education is the transmittance of knowledge or skills from a source to students and other learners.
There are two ways of transmitting knowledge, via books or by offering practical experience. Unlike
the practical experience that hands-on activities provide, books are more passive and the authors
tend to transmit their knowledge or skills uni-directionally to readers. Practical experience is
sometimes important in certain fields to give the big idea and has multiple areas of interpretation
and learning experiences.

First consider a situation in which education comes from practical experience and not from books.
Experiential learning is superior in most instances of education, because of the higher level of
engagement of students that leads to better retainment. For example, one cannot learn to swim or
do math by reading a book; one must practice, make mistakes, and learn from the errors. Likewise,
many students either volunteer ot take up jobs to learn certain values, handling the public and
developing social skills that are not clearly represented in books. Another example is in medical
education. Medical students in human anatomy class are not restricted only to book s but have labs
to give a big picture and learn visual skills and orientation of the major organ systems and organs.
Although it may be learnt from books, practical applications of the knowledge must be learnt as well
to become a well rounded physician. As a result, only when students apply the skills or knowledge
they learned in a practical setting such as swimming laps or doing math problems can these skills
truly be learned and valued.

In contrast, some subjects must be learned from reading books, and with no practical experience. In
many college classrooms World History courses aim to teach students the contributions of Ancient
civilization. For example, reading the books and primary sources can give chances for students to
give own interpretation of the material. By doing so, students can actively engage with the material
and start thoughtful discussions. Likewise, history books compared to other subjects are well written
with thorough revision in order to suit the audience of the text. A trip to museum on ancient
civilizations is very limiting because there are only specific exhibits. Without background reading and
knowledge it is meaningless. Thus in study of history , it is often times better to gain knowledge
from books rather than practical experiences, because there is more room for interpretation.

13

All in all, educators must be holistic in their approach to education and gain a fine balance as to
when students should be educated through books or practical experience. Thus whether or not an
education is gained from practical experience or books is circumstantial. For skill based professions
such as Medicine, practical experience provides a better education by applying knowledge to real life
situations and thus learn skills with practice. However, for most cognitive and academic subjects, a
strong background knowledge in the often abstract topics can only be obtained through books. As in
the case of history, without books, practical experience is pointless. Certain background knowledge
is needed from books to make personal connections for essays.

Children learn from adult behavior
Learning is a process of gaining new experiences or transforming the existing information. Learning
is easy to carry if it is obtained from the parents because that is the repeated observational learning.
Children appreciate their parents without judging them because they are the role models. Children
have an ability to learn more by observing others doing any kind of work. Children have brain like a
plain paper. They learn good or bad from what they watch around them. First, they watch their
family members, how they communicate with each other, their lifestyle, and way of living. They get
same impression because they spend most of their time with them. They copy the information which
is the most characteristic of humans. Psychologically the children are into the phase of sensitive
learning, they rapidly copy the behavior of their parents which is imprinted on their minds.
Sometimes the learning is the result of an event which is recorded in their memory and by
observation and repetition becomes a part of their habits. Secondly, they adopt many habits from
the society. If they communicate with well-educated or well-mannered people then they can learn
good moral values and if their neighborhood and society members have some bad qualities it
influences them negatively.

Similarly, children have parents who teach them and prepare them for life. Parents have the first
and strongest influence on their children. Children observe their way of doing the things. People
who are smokers or alcoholics must know that children watch their activity and they are leaving bad
impression on the children's mind. Sometimes these activities have a deep impact on young
children's brain and heart. They learn their first lessons from these situations because it's the
parents that guide them about these situations. The group plays a major role in shaping an
individual. As it is often said "A man is known by the company he keeps". Bad company has a
negative influence over a child. This is because the teenagers listen more to their friends than their
parents and teachers. The group can turn denial into acceptance and gives the children sense of
fulfillment in life. Children enjoy playing with friends more than anything in life; there are times
when they want to stay with their friends more than their parents. Learning from friends is kind of
magnetic and it has creative force in it. They open heart out with their friends and see a gleam of
pleasure in their eyes. They believe in them and in a way they are their spiritual guides. Friends and
peer group are a kind of sheltering tree for children so whatever they say turns a meal into a feast
and a house into a home. We all have at times bent over backwards to please a friend be it a
colleague at workplace, a friend at college or even a playground buddy at school. Sometimes in
14

pursuit of pleasing friends and to come in each other's good books they start to covet one another.
There are many instances where a good child was spoiled due to bad social circle.


Along with the children's growth, adults will influence them much more, such as logical thinking,
making decision, cooperation with others, etc.. The behavior of adults can give children both good
and bad influence. Most of the behaviors represent adults' inclination. For instance, if media report
chiefly on the shadow side of the society, children will easily incline to violence and excessive sex.
And behavior is a direct and convincing method to teach children. Things are easier said than done.
Parents always tell children those principles repeatedly, but most children can not accept it through
these boring method. Adults behavior is the most effective education method to let them observe
the whole process of how to deal with the problems. The children will learn from you naturally.
Therefore, they will be infected with bad mental state.

In addition to this, we should try to understand their activities regarding their behavior Parents
should watch them, where they go. What they do, whom they meet and what do they feel. We
should apply on them friendly behavior however they share their feelings frequently with us and
they won't try to adapt bad habits. There should be a lesson about moral values in their school
curriculum. Teachers should teach them about good ethical and unethical. Parents and teachers
activities play an important role to develop their personality. They should be more attentive about
their activities. However they can't adapt wrong ways in their life because children are the future of
our nation.

In conclusion, we can say that it is true that children learn best by observing the behavior of
adults and they try to copy it. It is the adults who should watch their behavior and try becoming a
good influence and example for the children.

Anda mungkin juga menyukai