Anda di halaman 1dari 16

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Seminar Indeks-Indeks Pembangunan Dari Perspektif Islam


28-29 Ogos 2004

PERANAN KERAJAAN DALAM DASAR PEMBANGUNAN


NEGARA
Oleh

Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah


Timbalan Ketua Pengarah (Makro)
Unit Perancang Ekonomi

I.

PENGENALAN

1.

Terdapat banyak pendapat atau pandangan mengenai peranan

Kerajaan dalam dasar pembangunan negara.

Dalam taklimat ini,

saya akan menyentuh mengenai faktor-faktor yang menentukan


sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia dalam
menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
yang mapan.
Pandangan mengenai Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan
Ekonomi
2.

Menurut Muhammad Asad1, dalam Islam, Kerajaan yang dipilih

bertanggungjawab untuk:
Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan
setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan
mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat
kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan

Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms
86 dan 87

{ FILENAME }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Menyediakan

kemudahan

terutama

peluang-peluang

ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan


mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri
(dignity).
3.

Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

memastikan kesejahteraan hidup (well-being) setiap rakyat dan


memastikan tiada di antara mereka yang taraf hidupnya di bawah
tahap dhaif.

Untuk tujuan ini, Kerajaan perlu menyediakan

kemudahan di mana setiap rakyat, lelaki dan wanita dapat menikmati


sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan (material well-being)
yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah
diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan
kerohanian masing-masing.
4.

Amalan khalifah Umar juga boleh dijadikan panduan mengenai

peranan Kerajaan dalam memastikan setiap rakyat menikmati


faedah pembangunan secara saksama2. Di masa pemerintahannya,
Saidina Umar r.a. telah menubuhkan satu jabatan yang dinamakan
dwn untuk menjalankan bancian penduduk. Berasaskan maklumat
bancian tersebut, Kerajaan di bawah pimpinan Saidina Umar r.a.
telah mewujudkan satu skim pencen tahunan dan diberikan kepada
golongan yang memerlukan, terutama (a) wanita yang kematian
suami dan anak yatim, (b) mereka yang berjuang kerana Islam di
mulai

dengan

wanita

yang

kematian

suami

dalam

perang

menegakkan kepentingan Islam dan (c) mereka yang cacat anggota,


sakit dan orang tua. Malah Saidina Umar r.a. pernah berkata bahawa
2

Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms
92

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

jika umur beliau panjang, beliau akan menyediakan peruntukan


kewangan untuk gembala kambing yang tinggal di gunung-ganang
supaya

mereka

juga

dapat

menikmati

sebahagian

daripada

kekayaan negara. Ini bermakna, Kerajaan perlu memastikan setiap


rakyat menikmati kekayaan negara secara saksama. Bagi mereka
yang tidak berkemampuan, bantuan secara langsung merupakan
satu pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan ini.
5.

Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi di mana

perkara ini dilihat sebagai sebahagian penting daripada masalah


yang lebih besar iaitu pembangunan insani.

Fungsi utama Islam

ialah untuk memandu pembangunan manusia berlandaskan asas


arah tuju yang betul.

Justeru, kerangka pembangunan ekonomi

Islam mempunyai cirri-ciri yang komprehensif yang meliputi aspekaspek pembangunan moral, kerohanian dan kebendaan (material).
Pembangunan menjadi aktiviti yang berorentasikan matlamat dan
nilai, yang ditumpukan kepada mengoptimumkan kemaslahatan
manusia dari semua segi. Dengan kata lain, pembangunan dalam
Islam bermaksud pembangunan manusia dan sekitaran fisikal dan
sosio-budayanya.
6.

Jika dibandingkan pandangan barat dengan Islam mengenai

peranan Kerajaan, kita akan dapati tiada banyak perbezaan di antara


mereka. Umpamanya, Musgrave3 memberikan tiga fungsi utama
Kerajaan iaitu fungsi peruntukan (allocation), agihan (distribution),
dan kestabilan (stabilization). Fungsi peruntukan bertujuan untuk
menyediakan kemudahan awam bagi keperluan rakyat. Fungsi
3

Richard A, Musgrave and Peggy B. Musgrave; 1973 Public Finance in Theory and Practice, McGraw
Hill.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

agihan bertujuan untuk memastikan semua rakyat menikmati


kekayaan negara. Akhir sekali, fungsi kestabilan untuk memastikan
agar semua rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan dan
menentukan supaya paras harga berada di paras stabil.
7.

Menurut Osborne dan Gaebler4, Kerajaan boleh menjadi lebih

cekap dan berkesan jika mengubah daripada pendekatan tradisi


kepada:
Catalytic Government Steering rather than rowing;
Community-owned Empowering rather than serving;
Competitive Injecting Competition into service delivery;
Mission-driven Transforming Rule- Driven organization;
Results-oriented Funding outcome not input;
Customer-driven meeting the needs of the customer, not
the bureaucracy;
Enterprising earning rather the spending;
Anticipatory prevention rather than cure;
Decentralized from hierarchy to participation and
teamwork;
Market- oriented leveraging change through the market.
II.

PENDEKATAN DAN PERANAN KERAJAAN MALAYSIA


DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

8.

Pembangunan

ekonomi

Islam

memerlukan

perubahan dari segi kuantitatif dan kualitatif.


dinamik

pembangunan

ekonomi

Islam

perubahan-

Di antara prinsip
ialah

pertamanya,

David Osborne and Ted Gaebler; 1993 Reinventing Government: How The Entrepreneurial Spirit Is
Transforming The Public Sector, A Plume Book.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

mengoptimumkan penggunaan sumber yang Allah S.W.T. telah


kurniakan kepada manusia dan sekitaran fisikalnya. Kedua, Islam
menuntut penggunaan dan pembahagian sumber-sumber tersebut
secara saksama serta meningkatkan hubungan manusia berasaskan
hak dan keadilan.

Dalam hubungan ini, Islam sangat-sangat

menuntut nilai syukur dan keadilan dan melarang keras sifat-sifat keji
seperti kufur dan zalim.
9.

Di

Malaysia,

jika

dianalisa

dengan

teliti

pendekatan

pembangunan negara sejak merdeka, ia adalah sejajar dengan


prinsip pembangunan ekonomi dalam Islam. Sejaun mana Kerajaan
sendiri memainkan peranan aktif bagi mencapai sesuatu matlamat
sosio-ekonomi Kerajaan bergantung kepada pendekatan yang
diamalkan. Oleh itu, saya ingin menjelaskan secara ringkas asas
dan falsafah pembangunan negara dan pendekatan Kerajaan bagi
mencapai matlamat sosio-ekonomi negara.
Asas dan Falsafah Pembangunan Negara
10.

Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar

dan strategi pembangunan ialah:


kedudukan ekonomi yang terbuka;
sistem ekonomi campuran;
Masyarakat berbilang kaum; dan
Kerajaan Persekutuan.
11.

Oleh itu, setiap dasar dan strategi yang diperkenalkan oleh

Kerajaan biasanya menjurus ke arah menggalakkan perdagangan

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

antarabangsa, membuka peluang yang luas kepada sektor swasta


untuk menerajui pembangunan ekonomi, menjaga kepentingan
masyarakat berbilang kaum dan memenuhi peranan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri seperti ditetapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
12.

Falsafah pengurusan ekonomi Malaysia ialah sistem ekonomi

campuran di mana sektor swasta diberi peranan utama menerajui


pembangunan ekonomi mengikut kaedah dan pendekatan yang
sesuai dengan keperluan masing-masing sambil menyokong dasar
dan strategi pembangunan Kerajaan.
menetapkan

teras

pembangunan

Sektor awam pula akan


secara

umum

dan

arah

pembangunan ekonomi keseluruhan serta memastikan pencapaian


matlamat sosio-ekonomi.
13.

Teras pembangunan dan matlamat sosio-ekonomi negara

ditetapkan melalui Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana


dan Pendek.

Pelan Rancangan Jangka Panjang dan Sederhana

disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi manakala Kementerian


Kewangan menyediakan perancangan jangka pendek.

Namun

begitu, perlu dimaklumkan bahawa Pelan-pelan tersebut ini tidak


disediakan secara berasingan

tetapi melalui satu jawatankuasa

yang dinamakan Kumpulan Perancangan Antara Jabatan (Interagency Planning Group) yang terdiri daripada wakil-wakil Unit
Perancang

Ekonomi,

Malaysia,

Jabatan

Kementerian/Jabatan

Kementerian

Perangkaan
yang

sesuai

dibincangkan.

{ FILENAME }

Kewangan,

{PAGE }

dan
dengan

Bank

Negara

mana-mana
perkara

yang

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

14.

Selain daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan, penyertaan

pihak swasta dan badan-badan bukan Kerajaan juga digalakkan. Ini


biasanya dilakukan melalui sesi dialog dan percambahan fikiran
(brainstorming) terutama jika dasar atau strategi yang hendak
diperkenalkan mempunyai implikasi ke atas sektor mereka. Sesi-sesi
ini juga digunakan untuk mendapat pandangan pihak-pihak yang
berkepentingan mengenai keperluan untuk meningkatkan lagi
sumbangan sektor-sektor mereka kepada pertumbuhan ekonomi.
Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek
15.

Dasar, Strategi dan Matlamat pembangunan negara jelas

dinyatakan di dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana


dan Pendek. Pelan-Pelan ini merupakan perancangan indicative
yang digunakan oleh semua pihak untuk merancang program
pembangunan

masing-masing.

mengeluarkan

Rangka

Setakat

Rancangan

ini

Kerajaan

Jangka

telah

Panjang,

10

Rancangan Lima tahun dan 10 Kajian Semula Rancangan Lima


Tahun.

Pada setiap tahun pula, Kerajaan akan membentangkan

bajet tahunan yang didalamnya terdapat dasar dan strategi jangka


pendek untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.
daripada

Pelan-Pelan

ini,

Kerajaan

juga

telah

Selain

melancarkan

Wawasan 2020 (1991-2020) yang di dalamnya terkandung matlamat


pembangunan yang hendak dicapai menjelang tahun 2020.
Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990
16.

Dasar

Ekonomi

Baru

ini

termaktub

di

Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).


{ FILENAME }

{PAGE }

dalam

Rangka

Matlamat utama

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

DEB adalah perpaduan nasional. Teras utama RRJP1 ialah


Pertumbuhan dengan pengagihan dan integrasi nasional. Dua
strategi utama bagi mencapai matlamat tersebut ialah membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
17.

Dalam tempoh DEB, ekonomi berkembang pada paras 6.7

peratus. Rajah 1 menunjukkan kejayaan Malaysia mengurangkan


kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada
16.5 peratus pada tahun 1990. Jadual 1 pula menunjukkan
pegangan ekuiti bumiputera telah meningkat daripada 2.4 peratus
pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus 1990.
Rajah 1: Pencapaian pembasmian kemiskinan yang menggalakkan dan
peralihan tumpuan kepada kelompok kecil kemiskinan

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 }
Jadual 1: Pemilikan Ekuiti Sektor Korporat (% daripada Jumlah)

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 }

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000

18.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) termaktub di dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Teras RRJP2


ialah pembangunan seimbang yang bertujuan untuk membina
masyarakat bersatu dan adil. Dalam tempoh ini, ekonomi negara
berkembang pada paras yang tinggi iaitu 7.0 peratus walaupun pada

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

tahun 1997/98, ekonomi telah mengalami penguncupan yang ketara


kerana kelembapan ekonomi serantau akibat krisis kewangan.
Kadar kemiskinan terus mencatatkan kekurangan kepada 7.5
peratus pada tahun 1999 manakala, ekuiti bumiputera mencatatkan
kekurangan kepada 18.9 pada tahun 2000.
Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010
19.

Dasar Wawasan Negara (DWN) termaktub di dalam Rangka

Rancangan Jangka panjang ketiga (RRJP3). Teras RRJP3 ialah


meningkatkan resilience dan daya saing ekonomi bagi menangani
kesan teruk yang dialami semasa krisis kewangan serantau 1997/98.
Rancangan Malaysia Ke-lapan merupakan peringkat pertama ke
arah pencapaian matlamat DWN. Setakat 2001 hingga 2005, kadar
pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana kerana masalah seperti
serangan pengganas di New York, SARS, Selsema burung,
kenaikan harga minyak akibat perang Afghanistan dan Iraq telah
memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi.
20.

Namun begitu, ekonomi negara telah mula mencatatkan

pertumbuhan yang lebih baik pada tahun 2004. Pada suku pertama
tahun ini, ekonomi mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7.6
peratus. Pada suku kedua pula, ekonomi berkembang pada kadar
8.0

peratus.

Ini

merupakan

satu

pencapaian

yang

amat

memberansangkan. Jika prestasi ini dapat dikekalkan pada separuh


kedua tahun ini, ekonomi dijangka boleh mencapai pertumbuhan
yang lebih tinggi daripada anggaran awal di antara 6.0-6.5 peratus.
Wawasan 2020, 1991-2020

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

21.

Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991. Teras utama

dasar

ini

ialah

pembangunan

menyeluruh

dengan

memberi

keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.


Matlamat Wawasan ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju
menjelang tahun 2020.
Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

22.

Walaupun sektor swasta telah diberi peranan untuk menerajui

pertumbuhan ekonomi negara, namun Kerajaan perlu memainkan


peranan penting dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan
sosial dan keselamatan. Ini kerana sektor swasta mengutamakan
keuntungan dan akan melabur di dalam sektor-sektor yang
menghasilkan pulangan tinggi. Sebaliknya sektor-sektor yang
pulangannya rendah seperti sektor pertanian dan yang pulangannya
mengambil masa lama seperti infrastruktur termasuk infrastruktur
sosial dan keselamatan, biasanya tidak mampu menarik pelaburan
swasta.

Tambahan pula, penyediaan infrastruktur berkenaan

merupakan tanggungjawab tradisi Kerajaan. Ketidakseimbangan


akan berlaku jika Kerajaan tidak memenuhi tanggungjawab ini.
Penyertaan sektor swasta dalam bidang-bidang tradisi Kerajaan
boleh digalakkan dengan menyediakan persekitaran atau insentif
yang bersesuaian. Namun begitu, jika insentif yang disediakan masih
tidak dapat menarik pelaburan swasta, atas kepentingan negara,
Kerajaan sendiri perlu berperanan aktif dan melabur dalam bidangbidang berkenaan.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

23.

Jika dianalisa peranan Kerajaan Malaysia membangunkan

ekonomi negara sejak tahun 1960, kita boleh membahagikannya


kepada tiga fasa utama seperti berikut:

Fasa pertama : pendekatan pembangunan berasaskan pasaran


1960-70

24.

Rajah 2 menunjukkan struktur ekonomi Malaysia bagi tempoh

1960-2005. Bagi Tempoh 1960-70, sektor pertanian merupakan


penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Getah dan bijih timah
merupakan komoditi utama dan sumbangannya kepada eksport
mencapai tahap 53 peratus. Kedua-dua komoditi ini juga merupakan
penyumbang utama hasil Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 28
peratus dan gunatenaga 36 peratus.

Rajah 2: Struktur Pengeluaran, 1960-2005


{EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

25.

Dalam

tempoh

ini,

Kerajaan

telah

menggunakan

dua

pendekatan kepada pembangunan. Bagi sektor perindustrian dan


perdagangan, Kerajaan telah meneruskan dasar laissez-faire yang
diperkenalkan oleh penjajah British. Bagi sektor luar bandar dan
penyediaan

infrastruktur

memainkan

peranan

{ FILENAME }

sosial

yang

dan

aktif

{PAGE }

fizikal,

bagi

Kerajaan

memastikan

telah
faedah

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

pembangunan turut dinikmati oleh penduduk di luar bandar.

Ini

dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan sektor awam yang


memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur dan keperluan
asas (rujuk rajah 3).

Rajah 3: Perbelanjaan Pembangunan Mengikut Sektor, 1961-2005

{EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

26.

Pendekatan ini berjaya menyumbang kepada kemajuan

ekonomi negara. Dalam tempoh tersebut, ekonomi Malaysia


berkembang pada kadar purata 6 peratus setahun (rujuk jadual 2).
Namun daripada segi sosial, masalah pengangguran dan kemiskinan
(rujuk rajah 1) dan ketidakseimbangan pendapatan dan wilayah
terutama

pendapatan

antara

kaum

menimbulkan

masalah

ketidakpuasan masyarakat yang membawa kepada berlakunya


rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Jadual 2: Prestasi Pertumbuhan 1960 - 2004

Purata 1960an
Purata 1970an
Purata 1980an
Purata 1990an
2000
2001
2002
2003

{ FILENAME }

{PAGE }

6.0 %
7.5 %
5.8 %
7.1 %
8.9 %
0.3 %
4.1 %
5.3 %

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Fasa Kedua : Pembangunan Yang Oleh Diterajui Kerajaan , 197183


27.

Rusuhan kaum yang berlaku menjadi titik tolak kepada

Kerajaan

untuk

menimbang

semula

kesesuaian

pendekatan

pembangunan laissez-faire. Kerajaan juga menyedari pentingnya


keseimbangan
Pendekatan

dan

baru

agihan
telah

sama

digunakan

rata
untuk

hasil

pembangunan.

memastikan

kaum

Bumiputera juga menikmati faedah daripada pembangunan ekonomi


selaras dengan matlamat DEB.
28.

Dalam tempoh ini, Kerajaan telah meluaskan lagi peranannya

daripada pembangunan luar bandar kepada peranan yang pro-aktif


dan secara lansung dalam pembangunan dan agihan ekonomi. Ini
dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan (rujuk Jadual 3)
dan penubuhan banyak Perusahaan Awam Bukan Kewangan
(PABK).
Jadual 3 : Peratus Perbelanjaan Sektor1Kerajaan Kepada Keluaran Dalam
Negeri Kasar, 1966-2005

Tahun
1966
1970
1980
1990
2000
2005
Nota:

Belanja
Mengurus
16.6
20.0
28.1
26.2
18.8
20.4

Belanja
Pembangunan
6.6
7.9
15.2
12.2
14.7
16.0

Sektor Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

29.

Peranan aktif Kerajaan telah menghasilkan pertumbuhan yang

tinggi iatu pada kadar purata 7.5 peratus setahun dalam tahun
1970an.

Namun,

akibat

kelembapan

ekonomi

dunia

yang

berpanjangan pada tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negara


turut terjejas dan mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata 5.8
peratus sahaja. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,
peranan aktif Kerajaan bukan sahaja membebankan daripada segi
kewangan tetapi menimbulkan masalah crowding out sektor swasta
akibat daripada kedudukan sumber yang terhad.
Fasa Ketiga: Persyarikatan Malaysia - Pendekatan Kerjasama Sektor
Awam dan Swasta
30.

Peranan aktif Kerajaan memberi tekanan kepada kedudukkan

kewangannya. Ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh


setengah-setengah PABK membawa kepada pelancaran konsep
Persyarikatan Malaysia oleh Kerajaan Malaysia. Ianya bertujuan
untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta
terutama Bumiputera dalam pembangunan negara selaras dengan
matlamat

DEB. Program penswastaan menjadi strategi bagi tujuan

ini. Pendekatan ini masih digunapakai sehingga kini.


31.

Terbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan Konsep Islam

Hadhari dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara.


Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia,
masyarakat

dan

negara.

Dengan

pengenalan

Konsep

ini,

perlaksanaan program dan pencapaian matlamat pembangunan


negara dapat ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus yang
baik,

pengukuhan

institusi

keluarga,

keutuhan

integriti

dan

peningkatan kualiti hidup. Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskan


{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

lagi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menyeluruh yang


menjadi teras Wawasan 2020 terutama daripada segi keseimbangan
pembangunan kebendaan dengan kerohaniah.
32.

Dari sudut individu pula, Islam Hadhari memberi penekanan

kepada melahirkan individu yang mempunyai kekuatan rohani,


intelektual dan kebendaan; mampu berdikari, berdaya saing dan
inovatif serta cekap menangani cabaran dengan bijak, rasional dan
praktikal.

Ini merupakan ciri-ciri peniaga Bumiputera yang ingin

dilahirkan oleh DEB.


KESIMPULAN DAN PENUTUP
Berasaskan di atas, dapat di simpulkan bahawa peranan Kerajaan
dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu
memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor
swasta, Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk
menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang,
menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan
pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya
orang awam mendapat manfaat yang maksimum.
Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor
swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau
terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat
untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih
aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat
ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang,
Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan
{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara


terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas.
Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah
Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang
sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan
oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa
rakyat keluar daripada kancah kemiskinan. Ternyata usaha-usaha
yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik.
Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak
negara lain.

Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi

mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar


bandar.
Akhir sekali, saya ingin menekankan di sini bahawa program
pembangunan yang kita laksanakan selama ini adalah selaras
dengan ajaran Islam dan menepati apa yang disarankan oleh AlQuran dan As-Sunnah. Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan juga
selaras dengan ajaran Islam kerana matlamat yang ingin dicapai
ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat supaya
mereka dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi
kebendaan dan kerohaniah.

{ FILENAME }

{PAGE }

Anda mungkin juga menyukai