Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Komunikasi adalah elemen penting dalam kehidupan seharian manusia komunikasi


tidak kira melalui percakapan tetapi juga melalui mendengar, membaca, menulis dan gerak
badan. Semuanya memerlukan kemahiran seperti penguasaan bahasa dan pemilihan
perkataan yang tepat, pemikiran logik dan pengumpulan maklumat diperlukan untuk semua
jenis komunikasi seperti komunikasi antara perseorangan, komunikasi dalam kumpulan,
komunikasi dalam organisasi, komunikasi untuk pemasaran, dan komunikasi dalam bentuk
pengucapan awam. Oleh itu semakin baik kemahiran ini dikuasai, maka semakin
berkesanlah proses komunikasi yang berlangsung.

Menurut Euske dan Roberts (1987) komunikasi bertindak sebagai ikatan sosial dalam
organisasi. Ikatan sosial komunikasi dalam organisasi berlaku di peringkat anggota kerjanya,
sub unit- sub unit dan organisasi secara keseluruhannya. Dalam pada itu mereka juga
menegaskan bahawa komunikasi terlibat dalam semua proses kerja, pembangunan di
peringkat struktur serta dibentuk oleh tindakan-tindakan yang berdasarkan kepada ciri-ciri
organisasi dan aspirasi atasan. Tanpa komunikasi tegas mereka, maka urusan pengurusan
tidak wujud.

Aktiviti berkomunikasi ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengerakkan ke arah


pencapaian matlamat organisasi ataupun matlamat peribadi. Berdasarkan dapatan kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan masa yang digunakan adalah untuk berkomunikasi di
pelbagai peringkat anggota kerja. Dengan demikian gaya komunikasi yang di gunakan oleh
anggota kerja organisasi akan memberi impaks kepada perlakuan kerja dan akhirnya pada
output organisasi. Hasilan daripada proses komunikasi yang berkesan di katakan
mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan kerja, komitmen serta prestasi kerja yang
tinggi.

Dalam kajian kes ini, Honda merupakan sebuah syarikat Automotif yang besar dan
mencipta nama di segenap pelusuk Negara di Dunia dengan pembangunan dan teknologi
automotif kenderaan bermotor. Namun, sebelum Honda mencapai kegemilangan di tahap
sekarang, pelbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui untuk bersaing dengan Negara –
Negara maju yang lebih mendapat tempat di hati penduduk setempat sesebuah Negara.
Dalam memastikan pembangunan Honda dalam Negara besar seperti Amerika, komunikasi
dalam membangunkan sesebuah organisasi adalah penting bagi mencapai matlamat
mempelopori dunia automotif di Negara besar seperti itu.

2.0 Amalan komunikasi yang diamalkan Honda

Membangunkan sesebuah organisasi daripada organisasi yang besar, bukanlah suatu


pembangunan dan pencapaian yang mudah. Jatuh bangun Honda dalam mencapai kejayaan
sebagai salah satu syarikat automotif terbesar di Amerika Syarikat dan seluruh pelosok
dunia bukanlah mudah dan memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang teliti untuk
memastikan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan mencapai standard
yang ditetapkan.

Permulaan Honda dalam menempa nama di Amerika Syarikat bermula dengan


memperkenalkan dan menjual model motosikal kepada rakyat Amerika. Honda
berkomunikasi dengan penduduk Amerika dalam memperkenalkan motosikal keluaran
mereka dengan melancarkan iklan dan kempen “You Meet the Nicest People on a Honda”.
Kempen dan pengiklanan yang dilakukan oleh Honda ini adalah untuk menarik minat
penduduk terhadap produk keluaran mereka. Pengiklanan tersebut juga meninggalkan
impak berterusan terhadap imej Honda dan tanggapan orang Amerika terhadap
penunggang motosikal. Menurut Sabri (2002), promosi jualan adalah kaedah memotivasikan
pembeli memberi produk yang dijual. Ia membantu memberi peluang kepada pengguna
untuk memcuba produk keluaran Honda.

Dalam kajian kes ini, Honda menjalankan penjualan motosikal dan kereta secara
berasingan bagi memudahkan pelanggan menerima penerangan secara terperinci mengenai
produk keluaran mereka dengan baik. Komunikasi antara penjual dan pembeli akan menjadi
lebih efisien kerana penjual mahir dalam memberi penerangan mengenai produk tertentu
sahaja kepada pelanggan. Contohnya, penjual (salesman) kereta Honda lebih tertumpu
mengenai spesifikasi kereta yang dijual dan memudahkan pelanggan memahami spesifikasi
yang diterangkan. Kajian beberapa sarjana (Mintzberg,1975; Megginson, Mosley dan
Pietri,1989; Kovach, 1989 ) menunjukkan 80 peratus masa yang digunakan oleh para
pengurus adalah untuk berkomunikasi dengan orang lain, merangkumi subordinat, rakan
sekerja, pegawai atasan, pelanggan dan pembekal.
Honda mengamalkan suasana kerja di mana Honda of Amerika Manufacturing (HAM)
menggelar pengurus barisan pertamanya sebagai "penyelaras pengeluaran" dan pekerjanya
sebagai "sekutu" atau rakan yang mana setiap orang akan berhubung dengan ahli organisasi
yang lain. Ia juga mencerminkan perasaan hormat kepada individu, berbanding dengan
gelaran yang membayangkan orang bawahan. Situasi ini menunjukkan Honda mengamalkan
komunikasi di tempat kerja di antara pegawai atasan dan bawahan tanpa mengira pangkat
dan kedudukan kerana ianya salah satu kunci kepada kejayaan jangka panjang dalam
perniagaan, membantu meningkatkan produktiviti dan mengekalkan hubungan kerja yang
kukuh di seluruh organisasi.

Honda mengamalkan komunikasi yang baik dengan pekerjanya apabila


menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjanya di Amerika dan bukan dengan memaksa
dasar pengurusan yang Jepun amalkan. Dasar yang dipraktikkan ini berjaya menghasilkan
kualiti dan produktiviti pengeluaran kereta Honda di Amerika Syarikat.
Komunikasi dapat membentuk rasa dipercayai dan diterima dalam organisasi. Apabila
komunikasi terbentuk, pekerja organisasi tersebut dapat mengetahui apa yang perlu
dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan (Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie
Ahmad, 2009). Oleh yang demikian, Honda dengan itu mampu menghasilkan kereta
berkualiti tinggi dengan jayanya dengan.

Dalam kajian kes ini, Honda memperlihatkan mengamalkan pendekatan sentiasa


berbincang dengan rakan kongsi mereka yang akan memberi input untuk menambah baik
segala aspek pengeluaran seperti keselamatan dan kualiti yang dihasilkan. Kenyataan ini
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Down (dalam Suprapto 2009) pula menyatakan
komunikasi formal dan informal tetap mempunyai sifat saling melengkapi antara satu sama
lain. Keadaan ini dapat dilihat apabila Honda juga meraikan pekerja – pekerja di bawahnya
dengan mengadakan majlis – majlis seperti majlis anugerah, dan memberi peluang untuk
pekerja di bawahnya beriadah dan bersukan dengan menempatkan pusat kecergasan
berhampiran dengan kilang mereka.

Bagi meningkatkan komunikasi sesama mereka, pengurusan Honda telah


menghapuskan bilik makan tengah hari eksekutif dan pejabat persendirian. Keadaan ini
menunjukkan tidak timbulnya perbezaan di antara pegawai atasan dan pekerja bawahan
yang diasingkan kerana kedudukan dan pangkat. Di Marysville, sebagai contoh,
egalitarianisme berlaku di mana semua pekerja Honda, sehingga Presidennya (Presiden
Iramajiri) memakai baju putih dengan nama mereka dijahit dengan huruf merah di atas
poket dada kanan yang menunjukkan persamaan dalam syarikat berkenaan.

Dalam menjadikan rakan niaganya sebagai sebuah pasukan, Honda meningkatkan


produktiviti dengan mendapatkan input daripada semua peringkat syarikat dan bukan hanya
pengurusan tetapi menjadikan rakan – rakannya sebagai sebuah ahli pasukan yang mantap.
Sumbangan mereka kepada syarikat adalah penting dan perlu diambil berat. Rakan-rakan
Honda adalah penting dan oleh itu tidak terdapat antara mereka yang merasakan kurang
insentif untuk tidak produktif dalam kerja.

4.0 Kemahiran Komunikasi yang diamalkan

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.


Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan
kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat
kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang
bawahannya. Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana
seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam
urusan seharian yang melibatkan orang lain.

Dalam kajian kes ini, dalam memupuk pekerja – pekerja Amerika yang digelar
sebagai pemalas, oafish dan manja,syarikat Honda telah mengambil inisiatif lain bagaimana
untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dalam memastikan produk yang
dihasilkan berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan. Dalam konteks komunikasi
kepengurusan, pengurus Honda menunjukkan kemahiran teknikal di mana pekerja – pekerja
Amerika yang tidak mempunyai kemahiran mengenai kaedah, pproes dan teknik
penghasilan produk, dilatih sehingga mereka mencapai pengetahuan dan kecekapan dalam
proses kerja pembuatan komponen – komponen produk Honda.

Pengurus Honda menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik terhadap pekerja


apabila bahagian pembuatan mengalami masalah dalam menghasilkan produk apabila
terdapat bunyi berdecit pada papan pemuka (dashboard) kereta dan masalah tersebut gagal
diatasi. Bagi memudahkan mengesan pekerja yang menghasilkan komponen pada kereta
tersebut, pengurus Honda mengarahkan nombor ID pekerja diletakkan pada setiap papan
pemuka (dashboard) yang dipasang dan masalah tersebut dapat diatasi. Di sini dapat dilihat,
pengurus Honda mempunyai kemahiran konseptual iaitu kebolehan mengenalpasti dan
menganalisa masalah dan melaksanakan dengan membuat keputusan yang berkesan.
Kemahiran konseptual yang ditunjukkan juga menunjukkan kemampuan untuk membentuk
wawasan dalam memahami dayasaing organisasi, serta kebijaksanaan dalam penyelesaian
masalah.

Dalam meningkatkan beberapa aspek pengeluaran produk Honda, pengurus syarikat


berinteraksi dan berhubungan baik dengan ahli yang lain dengan mengadakan perbincangan
untuk mendapatkan input dan maklumat yang terbaik, mengadakan majlis- majlis
penganugerahan dan meraikan mereka dengan aktiviti beriadah. Situasi ini menunjukkan
pengurus memainkan peranan sebagai penghubung (Interpersonal roles) yang mana bijak
dalam hubungan dua hala dengan persekitaran organisasi, mendorong, menjadi pendengar
berkualiti dan memberi maklum balas terhadap pencapaian prestasi semasa. Peranan
pemutus (Decision roles) juga dapat dilihat di sini apabila pengurus mempunyai kemahiran
dalam mencari maklumat bagi tujuan membuat keputusan, melibatkan semua peringkat
organisasi dari peringkat tertinggi hingga peringkat terendah dalam proses membuat
keputusan.

Di samping itu, kemahiran komunikasi yang diamalkan oleh Honda adalah


mewujudkan budaya korporat dengan membenarkan rakan – rakannya bebas memberi
input secara langsung kepada pengurusan Honda. Input yang boleh ditekankan dalam
komunikasi dalam pengurusan ini termasuklah bahasa dan budaya peserta, peranan
individu-individu, pengetahuan, keupayaan, struktur organisasi, peralatan dan juga norma
serta undang-undang masyarakat.
4.0 Kesimpulan

Kemampuan berkomunikasi dan berinteraksi sangatlah penting dalam suatu


kehidupan berorganisasi, malah menjadi tuntutan. Komunikasi dalam organisasi menjadi
titik tengah dalam menciptakan situasi dan lingkungan yang kondusif, menjalin komunikasi
berkesinambungan, meningkatkan kepercayaan awam, membantu mempromosikan dan
meningkatkan pemasaran suatu produk. Honda memperlihatkan kemampuan mereka dari
sebuah syarikat yang kecil, bersaing dan boleh berinovasi dalam mencapai matlamat mereka
mempelopori kejayaan di Negara – Negara besar seperti Amerika Syarikat. Seiring dengan
budaya di Amerika Syarikat, Honda mengamalkan dasar dan falsafah yang berbeza seperti
yang diamalkan di Jepun. Oleh kerana itu, komunikasi dalam suatu organisasi harus
dipahami dengan sebetulnya,, , diaplikasikan serta dikembangkan oleh sesiapa pun sama
ada baik oang perseorangan, masyarakat mahupun organisasi.
Rujukan

Dr. Raja Roslan Bin Raja Abd.Rahman, Profesor Dr. Hj. Mohd. Salleh Hj. Hassa, Profesor
Madya Dr Ezhar Tamam, Profesor Madya Dr. Azahari Ismail, Dr Shamsuddin Ahmad.
Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalandalam
Tiga Organisasi Terpilih

Maizatul Haizan Mahbob, Nik Anis Syakira Megat Ali, Wan Idros Wan Sulaiman, Wan Amizah
Wan Mahmud, Komunikasi Strategik dan Peranannya Untuk Mewujudkan
Komunikasi Berkesan dalam Organisasi, Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication Jilid 35(2) 2019: 49-67, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Taib Ariffin (2001). Komunikasi Kepengurusan  ISBN 983-
2479-06-1. Universiti Utara Malaysia

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar Komunikasi.
Sintok,Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

https://world.honda.com/history/limitlessdreams/joyofmanufacturing/

https:// wikipedia.com

Anda mungkin juga menyukai