Anda di halaman 1dari 3

TAHAP PERUNDINGAN

1. Senaraikan lima tahap perundingan [5]

Lima tahap perundingan ialah :


i) Interpersonal.
ii) Intrapersonal.
iii) Interjabatan.
iv) Intrajabatan.
v) Nasional.

2. Huraikan tiga tahap perundingan. [6]

Tiga tahap perundingan ialah :

i) Intrapersonal.
 Perundingan yang berlaku dalam diri dan individu itu sendiri.
Seseorang individu itu tidak membuat perundingan dengan
individu yang lain. Individu tersebut memproses sendiri
berdasarkan maklumat yang diperoleh.

ii) Interpersonal.
 Perundingan antara individu dengan individu yang lain atau
sekumpulan individu lain bertujuan menyelesaikan masalah
atau isu.

iii) Nasional.
 Perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari
negara yang sama.

3. Jelaskan tiga tahap perundingan berikut:

a. Interjabatan [2]
 Melibatkan perundingan antara dua atau lebih jabatan yang
berlainan dalam sesebuah oorganisasi.
 Contohnya, perundingan antara jabatan kewangan dengan
jabatan pemasaran bagi menyelesaikan masalah berkaitan
konsep promosi produk baharu.
b. Serantau [2]
 Perundingan yang melibatkan beberapa buah negara dalam satu rantai
yang sama melibatkan isu yang berkaitan dengan rantau tersebut.
 Contohnya, perundingan juga boleh melibatkan syarat-syarikat besar dan
multinational daripada beberapa negara serantau berunding untuk
membincangkan isu seperti usahasama, pakatan strategik dan sebagainya.

4. Jelaskan enam tahap perundingan.[18]

Enam tahap perundingan ialah :

i) Interjabatan.
 Melibatkan perundingan antara dua atau lebih jabatan yang
berlainan dalam sesebuah organisasi.
 Contohnya, perundingan antara jabatan khidmat pelanggan
dengan jabatan pemasaran bagi menyelesaikan masalah
berkaitan aduan pelanggan yang semakin bertambah.

ii) Nasional.
 Perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari
negara yang sama.
 Contohnya, perundingan antara Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (CUEPACS) dengan Kerajaan Pusat berkaitan
dengan isu gaji.

iii) Dua hala.


 Perundingan yang berlaku antara dua pihak melibatkan dua
buah negara bagi menyelesaikan sesuatu isu.
 Contohnya, perundingan Kerajaan Malaysia dan Indonesia
berkaitan isu tuntutan pekerja Indonesia yang bekerja di
Malaysia.

iv) Serantau.
 Pwundingan yang melibatkan beberapa buah negara dalam
satu rantau yang sama melibatkan su yang berkaitan dengan
rantau tersebut.
 Contohnya, rundingan negara serantau di Asia Tenggara
berkaitan dengan isu penjagaan alam sekitar.
v) Pelbagai hala.
 Perundingan melibatkan lebih daripada dua buah negara yang
berada di kawasan serantau yang berbeza dan mempunyai
Identiti, budaya, dan matlamat yang berlainan.
 Contohnya, rundingan antara negara Rusia , India dan China
tentang isu keselamatan, alam sekitar dan teknologi.

vi) Antarabangsa atau global.


 Perundingan antara dua atau lebih syarikat dari negara yang
berlainan.
 Contohnya, Persidangan UNESCO tentang Tapak warisan
dunia

Anda mungkin juga menyukai