Anda di halaman 1dari 14

Analisis Tulang Ikan

Analisis tulang ikan


- Juga dikenali sebagai analisi sebab dan akibat.
- Kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab
yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.
- Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan.
Langkah 1
-Kenal pasti masalah, misalnya laporan projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.
Langkah 2
-Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya terdapat empat sebab utama
-Kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:-
A.Manusia (man) B.Peralatan (material)
C.Kaedah (method) D.Mesin( machine)
Langkah 3
-Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah setiap sebab utama.
-Daripada sebab-sebab utama, maka boleh diterbitkan sebab-sebab kecil yang berkaitan
dengan masalah utama.
Langkah 4
-Kenal pasti sebab-sebab sebenar. Setelah kenal pasti semua sebab kecil, barulah sebab
sebenar sesuatu masalah dapat dikenal pasti
PECUT SUT PENGGAL 2 : Q&A WAJIB INGAT BAB 4§

Ditulis oleh: Cikgu aZLy Wednesday, May 15, 2013


BIL SOALAN BAB 4 JAWAPAN
1 Huraikan tiga Ciri-ciri pemikiran kreatif ialah:
ciri-ciri
pemikiran
kreatif 1. Menghasilkan idea baru [1]
§ Kemukakan idea baru yang belum pernah
diperkenalkan oleh mana-mana individu /
idea yang belum digunakan pada masa
tersebut [1]
§ Contoh – penggunaan buku elektronik
menggantikan buku teks

2. Melihat dari pelbagai sudut


§ Meluaskan penggunaan sesuatu produk / satu
produk mempunyai pelbagai fungsi
§ Contoh – kad pintar yang boleh digunakan
sebagai kad pengenalan, lesen memandu &
kad pengeluaran wang di bank

3. Menghasilkan konsep baru


§ Gambaran & pemahaman yang baru terhadap
sesuatu produk mengikut keadaan semasa
§ Boleh mengubah pemahaman masyarakat
terhadap sesuatu produk yg dikenali
sebelum ini.
§ Contoh – stesen minyak yang kini turut
menenpatkan kedai mudah beli, mesin
pengeluaran & restoren makanan segera

4. Boleh mencabar apa-apa yang dianggap


betul dan mencabar pada masa kini
§ Idea boleh mencabar sesuatu perkara atau
idea yang sedia ada yang dianggap
terbaik pada masa kini
§ Contoh – kerja-kerja yang dilakukan oleh
robot

5. Menghasilkan kaedah baru


§ Menghasilkan kaedah baru /cara baru yang
lebih baik daripada cara sedia ada yang
dapat melaksanakan kerja sesuatu
pekerjaan dengan lebih cepat & berkesan
§ Contoh – penyimpanan wang tunai
menggunakan mesin yang lebih berkesan
berbanding menggunakan juruwang

6. Berfikiran futuristik / berwawasan


§ Kemampuan meramalkan apa yang akan berlaku
pada masa akan datang
§ berdasarkan kepada pengetahun, pengalaman
& analisis

2 Jelaskan Empat kelemahan pembuatan keputusan secara


empatkelemaha kumpulan ialah:
n pembuatan
keputusan
secara 1. Ambil masa lama untuk mencapai
kumpulan. persetujuan/keputusan
2. Wujud ahli yang akan menguasai sesi
perbincangan & keputusan cenderung
kepada kumpulan ini
3. Wujud sikap tolak ansur dikalangan
sebilangan ahli menyebabkan keputusan
kurang baik diterima.
4. Mewujudkan ahli yang tidak dapat
terima keputusan menyebabkan rasa tidak
puas hati & tidak komited
melaksanakannya .
5. Akauntabiliti terhadap perlaksanaan &
kesannya adalah kurang kerana ianya
keputusan kumpulan.

3 Jelaskan Keputusan rutin


keputusan
rutin dan tak
rutin dalam · Keputusan rutin ialah keputusan yang
pembuatan bergantung kepada polisi/peraturan/
keputusan prosedur dalam organisasi
oleh · Digunakan untuk masalah berstruktur seperti
seseorang pesanan inventori ketika paras inventori
pengurus. jatuh
· Dianggar 90% keputusan dalam organisasi
bersifat rutin dan berlaku di peringkat
bawah organisasi.
Keputusan tak rutin

· Keputusan tak rutin pula melibatkan


perantaraan antara keputusan yang dirancang
dan tidak dirancang.
· Keputusan yang diambil mestilah diberi
pertimbangan tentang kepentingan dan
kesesuaiannya.
· Merujuk kepada
penemuan/pengenalpastian/penentuan masalah
yang tidak berstruktur

4 Dengan Pembuatan keputusan secara kualitatif :


memberikan · Contoh : kajian kes, rajah tulang ikan,
contoh, pemerhatian, cerapan.
huraikan · Pembuatan keputusan secara kualitatif
maksud memerlukan
pembuatan 1. kebijaksanaan,
keputusan 2. pengalaman,
secara 3. budi bicara,
kualitatif 4. gerak hati
dan pembuatan 5. kreativiti dan inovasi.
keputusan
secara
kuantitatif. Pembuatan keputusan secara kuantitatif :
· Contoh : Guna pengukuran statistik dan
grafik, kaedah nilai kini, PERT/CPM
· Pembuatan keputusan secara kuantitatif
memerlukan pengetahuan pembuat keputusan
dalam menginterpretasikan angka-angka
( data ) yang diperolehi dan graf
dipersembahkan.

5 Jelaskan tiga 1. Saiz muatan van – bergantung kepada


maklumat saiz barang-barang perniagaan.
relevan untuk 2. Harga/kaedah pembayaran– harga
membuat berpatutan mengikut keupayaan perniagaan/
keputusan syarikat tersebut;
dalam
pembelian 3. Penjimatan penggunaan bahan bakar –
sebuah van kurangkan bebanan/kos petrol bagi syarikat.
untuk 4. Keselamatan – Van yang mempunyai ciri-
kegunaan ciri keselamatan asas .
pengangkutan
bagi sesuatu 5. Aksesori van – kereta yang mempunyai
perniagaan pelbagai peralatan tambahan seperti tempat
pemborongan. letak barang-barang/kargo
6. khidmat lepas jualan/ waranti –
mengurangkan kos penyenggaraan/memudahkan
khidmat penyenggaraan/tempat servis yang
selesa.
6 Senaraikan Peraturan sesi sumbang saran
empatperatura
n semasa sesi
sumbang saran 1. Menyatakan masalah dalam perkataan yang
diadakan. paling asas dan menulis isi-isi penting
supaya mudah dirujuk dan dikenal pasti.
2. Jangan mencari silap atau berhenti untuk
membincang idea orang lain pada masa proses
sumbangsaran. Ini termasuklah mengkritik
idea orang lain.
3. Setiap ahli hendaklah menerima idea dan
pandangan ahli lain walaupun berasa bahawa
idea itu tidak relevan pada ketika itu bagi
menggalakkan setiap ahli memberikan idea
4. Memberi sokongan atau galakan sangat
perlu supaya ahli-ahli tidak mempunyai
sikap mengasingkan diri. Ini bermakna
setiap ahli tidak mempunyai sikap merendah
diri.

7 Jelaskan Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu


pertimbangan pertimbangkan kriteria berikut:
yang perlu
dibuat oleh
pembuat 1. Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif
keputusan ini dalam kawalan anda/kita?
dalam membuat 2. Kesesuaian: Adakah alternatif ini
pemilihan menyelesaikan masalah tersebut?
sesuatu 3. Keperluan Sumber: Mampukah kita
alternatif. melaksanakannya (manusia, wang, peralatan,
dsb)?
4. Faedah: Adakah ia berfaedah?
5. Masa: Berapa lama sebelum kita dapat
lihat hasilnya?
6. Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam
organisasi akan menerimanya?

8 Senaraikan Lima utama Teknik Delphi seperti yang


lima asas diperkenalkan oleh Linstone dan Turoff:
utama teknik
delphiseperti
yang 1. Sampel dipilih secara individu dan setiap
diperkenalkan sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain
oleh Linstone dalam panel pakar;
dan Turoff. 2. Sampel hanya mengetahui jawapan sampel
lain pada pusingan kedua apabila penyelidik
melakukan analisis data dan menghantar
dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;
3. Sampel tidak menerima sebarang tekanan
dari mana-mana pihak mahupun sampel lain
dalam menentukan jawapan soal-selidik
mereka;
4. Data dianalisis secara statistik;
5. Data yang diberi oleh sampel adalah tiada
pilih kasih (tidak bias) dan dengan
demikian panel memainkan peranan untuk
mencari penyelesaian atau mencapai
konsensus.

9 Jelaskan · Min-Purata semua nombor dalam sampel


maksud min, · Median-Titik tengah nombor setelah disusun
median, mod, menaik
julat · Mod-Nombor yang paling kerap berulang
dansisihan · Julat-Perbezaan nilai terbesar dengan nilai
piawai di terkecil
dalam · Sisihan piawai-Purata jarak/ sisihan setiap
pengiraan nombor dari min
statistik
deskriptif.
10 Senaraikan Antara data dan maklumat luaran yang biasa
data dan dikutip semasa proses pembuatan keputusan
maklumat ialah:
luaran
organisasi
yang biasa 1. Data pelanggan produk syarikat
dikutip 2. Data keadaan ekonomi
semasa proses 3. Data pesaing syarikat
pembuatan 4. Data keadaan politik dan perundangan
keputusan. 5. Data pembekal syarikat
6. Data permintaan pasaran
7. Data berkaitan prasarana
8. Data berkaitan globalisasi pasaran

11 Jelaskan Maksud pembuatan keputusan yang rasional:


maksud · Pembuatan keputusan yang rasional bermakna
pembuatan keputusan yang diambil haruslah berasaskan
keputusan fakta, hujah-hujah dan sebab munasabah.
yang rasional · Oleh itu penilaian yang sistematik harus
dan dibuat dalam keseluruhan proses membuat
senaraikan keputusan.
langkah- Langkah-langkah dalam membuat keputusan yang
langkah dalam rasional ialah:
proses 1. Mengenal pasti masalah,
membuat 2. Mengutip data,
keputusan 3. Menganalisis data,
yang rasional 4. Menjana alternatif,
tersebut. 5. Menilai alternatif, dan
6. Memilih alternatif.

12 Dengan Contoh:
memberikan
satu contoh,
jelaskan Seorang pengurus di dalam sebuah syarikat
pembuatan ingin melaburkan sejumlah wang milik syarikat
keputusan ke dalam sebuah bank. Pengurus tersebut sudah
dalam keadaan tentu telah mengetahui jumlah pulangan dan
kepastian. keuntungan yang bakal diterima oleh
syarikatnya dalam jangka masa tertentu. Ini
kerana beliau telah dimaklumkan dengan jelas
oleh pihak pengurusan bank mengenai kadar
faedah dan polisi yang telah ditawar dan
ditetapkan oleh pihak bank.

Penjelasan:
· Dalam persekitaran pembuatan keputusan
dalam keadaan kepastian ini, maklumat
adalah mencukupi untuk setiap alternatif.
· Ini bermaksud maklumat tersebut adalah
lengkap dan boleh dipercayai.
· Pengurus mengetahui kepentingan setiap
alternatif serta memahami dan menjangka
hasil terakhir setiap alternatif.
· Keadaan ini adalah ideal dalam
menyelesaikan masalah dengan cabaran utama
pengurusan adalah mengkaji setiap
alternatif dan memilih penyelesaian
terbaik.
· Walaupun beberapa masalah akan timbul, ia
boleh dihadapi dan ditangani agar
ketidaktentuan dapat dikurangkan.
· Seseorang pengurus perlu berfikiran
rasional dalam pembuatan keputusan dengan
mengambil kira fakta, hujah-hujah dan
sebab-sebab yang munasabah, praktikal dan
sistematik dalam memilih alternatif yang
terbaik.

13 Nyatakan data Antara data dan maklumat dalaman organisasi


dan maklumat yang terlibat dalam proses pembuatan keputusan
dalam ialah:
organisasi
yang terlibat
dalam proses 1. Data berkaitan masalah utama atau peluang
pembuatan yang wujud
keputusan 2. Data berkaitan produk dan perkhidmatan
yang 3. Data berkaitan kos yang terlibat
rasional. 4. Data berkaitan pekerja yang terlibat
5. Data berkaitan peralatan dan mesin yang
digunakan
6. Data berkaitan bahan mentah yang
digunakan
7. Data berkaitan kaedah yang diguna pakai.
8. Data berkaitan pelaporan kewangan

14 Jelaskan dua PENGARUH FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT


faktor KEPUTUSAN
kecekapan
pembuat
keputusan 1. Pengalaman Pembuat Keputusan
dalam § Pembuat keputusan yang mempunyai
mempengaruhi pengalaman dalam penyelesaian masalah
pembuatan yang berstruktur dan yang bersifat rutin
keputusan tidak akan menghadapi masalah terhadap
secara keputusan yang bakal dibuat.
keseluruhan.

2. Pengetahuan Pembuat keputusan dalam bidang


masalah
§ Pembuat keputusan yang mempunyai
pengetahuan dan ilmu yang cukup
berkaitan permasalahan yang wujud akan
memudahkan pembuat keputusan tersebut
untuk membuat keputusan secara cekap.
3. Kreativiti Pembuat Keputusan
§ Tahap kreativiti pembuat keputusan juga
mempengaruhi keputusan yang dihasilkan
di mana pembuat keputusan yang kreatif
akan mencari jalan penyelesaian yang
terbaik.

4. Personaliti Pembuat Keputusan


§ Jenis personaliti pembuat keputusan juga
mempengaruhi kecekapan mereka dalam
proses membuat keputusan.
§ Sekiranya pembuatan keputusan tersebut
adalah daripada personaliti jenis A, mereka
akan membuat keputusan mengikut acuan
mereka sendiri, di mana mereka lebih suka
membuat keputusan dengan cepat, teliti
dan lebih berhati-hati.

5. Kemahiran Pembuat keputusan dalam


penggunaan alat kuantitatif
§ Pembuat keputusan yang memiliki
kemahiran mengaplikasikan semua jenis
alat membuat keputusan kuantitatif akan
lebih cekap dalam proses membuat
keputusan terutama keputusan yang
bersifat objektif.

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN [OTI 1] PP1: TERENGGANU§

Ditulis oleh: Cikgu aZLy Saturday, May 19, 2012


Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.

1 (a Jelaskan memuaskan keperluan dan kehendak pengguna sebagai salah


) satu elemen dalam perniagaan.
[3]
(b Huraikan maksud tahap perniagaan huluan dan hiliran. [2]
)
(c Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang
) dianjurkan oleh Douglas McGregor.
[2]
(d Terangkan bentuk jangkauan kawalan berikut dalam sesebuah organisasi:
) i. Jangkauan kawalan sempit
ii. Jangkauan kawalan lebar

[2]
(e Terangkan tiga gaya kepimpinan yang sering digunakan oleh pihak [3]
) pengurusan atasan.
(f) Bagaimana faktor sikap dan kelas sosial dapat mempengaruhi ibu bapa
dalam membuat keputusan pembelian pakaian sekolah ketika musim
persekolahan bermula. [3]
(g Terangkan tiga bahagian produk mudah beli. [3]
)
(h Jelaskan kitaran hayat produk semasa peringkat kemerosotan. [3]
)
(i) Berikan empat prinsip inovasi dalam proses pembuatan keputusan [2]

(j) Mengapakah analisis tulang ikan dikenali sebagai analisis sebab dan [2]
kesan.

2 (a Huraikan faktor objektif pemasaran yang mempengaruhi keputusan [8]


) penentuan harga.
(b Jelaskan kaedah penentuan harga produk baru. [7]
)
(c Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, biasanya pemasar akan
) melakukan tindakan sendiri yang mengenepikan kepentingan bersama dan
boleh menyebabkan perselisihan dan konflik. Ia dikenali sebagai konflik
saluran. Jelaskan konflik-konflik yang mungkin berlaku semasa proses
pengagihan produk kepada pengguna bagi perniagaan Mydin Wholesale
Hypermarket Kuala Terengganu dan konflik dengan pesaing terdekatnya
iaitu Giant Hypermarket Kuala Terengganu dan berikan cadangan-
cadangan yang sesuai dilakukan oleh Pengurus Mydin Wholesale
Hypermarket Kuala Terengganu untuk mengatasi konflik-konflik tersebut.

[6]
(d Jelaskan maksud sasaran pasaran dan peletakan pasaran. [4]
)
Bahagian B [50 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

3 (a) Bagaimanakah persekitaran ekonomi sesebuah negara boleh


mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan?
[6]
(b) Syarikat Salim Aziz Sdn. Bhd. telah memulakan perusahaan tekstil
yang mengeluarkan pelbagai jenis pakaian. Pada peringkat awal,
produknya hanya dipasarkan di sekitar selatan tanah air. Selepas lima
tahun, syarikat tersebut telah memasarkan produknya ke seluruh negara
di Asia Tenggara.
1 Huraikan proses perniagaan yang terlibat di dalam perusahaan
ini.
ii. Berikan alasan mengapa syarikat tersebut menceburi
bidang perniagaan antarabangsa. [10]

[4]
(c) Jelaskan kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan [5]
kehendak manusia.

4 (a) Jelaskan maksud perancangan dan huraikan kepentingan perancangan


bagi tujuan mencapai matlamat sesebuah organisasi.
[10]
(b) Puan Rozita telah merancang untuk memulakan perniagaan borong dan
bercadang mengambil beberapa orang pembantu dan juga jurujual.
Beliau memikirkan bagaimana kerja-kerja dalam pemesanan, memecah
pukal, melayan pelanggan, merekod, menyemak stok, penghantaran
barang dan sebagainya dapat dilaksanakan.

Terangkan proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Puan


Rozita untuk menguruskan perniagaan borongnya dengan lebih
berkesan.

[15]
5 (a) Huraikan kawalan dalaman dan kawalan luaran dalam sesebuah [8]
organisasi.
(b) Terangkan perkaitan kaedah kawalan dengan proses pengeluaran. [9]

(c) Huraikan langkah-langkah dalam proses pengawalan. [8]


6 (a) Murni Batik adalah sebuah syarikat pengeluar batik kraftangan
khususnya sarung dan batik sutera di Terengganu. Puan Murni,
pemiliknya merancang untuk meluaskan pasarannya ke seluruh negara.
Untuk tujuan ini, beliau merancang untuk menjalankan promosi dan
membuat strategi pengagihan yang baik.

2 Terangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh Puan


Murni dalam menentukan belanjawan promosinya.

[6]
3 Dalam memasarkan produknya yang terdiri daripada kain
sarung, batik sutera lukis dan sutera ekslusif ke seluruh negara,
Puan Murni akan mengedarkannya terus kepada peruncit-peruncit
yang pelbagai. Terangkan tiga tahap liputan pasaran yang terdapat
dalam pasaran dan cadangkan tahap liputan yang paling sesuai
untuk dipilih oleh beliau mengikut jenis keluaran yang dihasilkan.

[6]
4 Puan Murni perlu menguruskan saluran agihan yang dipilih
dengan baik bagi memastikan ianya mampu mencapai matlamat
pemasarannya. Huraikan perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam menguruskan saluran agihannya dengan baik.

[6]
(b) Jelaskan kepentingan pemetakan pasaran sebagai suatu strategi
pemasaran oleh pemasar.
[7]
7 (a) Permintaan terhadap nanas batu semakin meningkat di negara ini
setelah orang ramai mendapat maklumat tentang khasiatnya yang boleh
mengubati penyakit batu karang dan buasir. Encik Helmi, Pengurus
Ladang Nanas Batu ditugaskan untuk menambah kawasan penanaman
baharu seluas 40 ekar.
Jelaskan langkah-langkah dalam membuat keputusan yang perlu
diambil oleh Encik Helmi untuk membuka ladang tersebut.

[10]
(b) Kim Jaya Enterprise merupakan sebuah perniagaan kimpalan serta
kejuruteraan dan mesin. Perniagaan ini telah beroperasi selama lebih
lima tahun. Jumlah permintaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Akibatnya pekerja terpaksa melakukan banyak kerja. Pekerja yang
hendak keluar memasarkan barang perlu meminta kebenaran dari
pengurus. Pekerja juga dikehendaki melakukan tugas-tugas di luar
kemahiran. Kenderaan juga tidak disediakan oleh pihak pengurusan
untuk pekerja memasarkan barang.
Keadaan ini menyebabkan motivasi pekerja semakin menurun dan
kadar tekanan kerja semakin meningkat. Ada pekerja yang sudah mula
kerap mengambil cuti kerana tidak tahan dengan keadaan kerja. Ada
juga yang telah berhenti kerja. Luahan perasaan pekerja jarang diambil
berat oleh pengurus Kim Jaya Enterprise. Akhirnya banyak pesanan
terpaksa dibatalkan kerana kekurangan tenaga pekerja.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:


5 Terangkan punca ketegangan pekerja dalam syarikat ini.
6 Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan
ketegangan yang dialami oleh pekerja syarikat.
7 Nyatakan kesan ketegangan pekerja kepada perniagaan Kim
Jaya Enterprise.

[6]

[6]
[3]
8 (a) Bincangkan kenapa seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dan
bersinergi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
[10]

(b) ABX Computer Sdn. Bhd. bercadang untuk menambahkan cawangan.


Faktor kejayaan utamanya pada masa hadapan ialah keadaan ekonomi.
Kebarangkalian untuk ekonomi meningkat pada masa hadapan ialah
30%, ekonomi kekal 50% dan ekonomi merosot ialah 20%.
Syarikat mempunyai rancangan untuk menambahkan cawangan
sebanyak 5 cawangan , 2 cawangan atau tidak membuat apa-apa.
Syarikat menjangkakan pulangan yang akan diterima pada masa
hadapan apabila membuka 5 cawangan adalah RM240 000 semasa
ekonomi meningkat, RM60 000 jika ekonomi kekal dan kerugian
RM180 000 jika ekonomi merosot. Jangkaan pulangan syarikat apabila
membuka 2 cawangan pada masa hadapan ialah RM 138 000 jika
ekonomi meningkat, RM 31 000 jika ekonomi kekal dan kerugian RM
70 000 jika ekonomi merosot. Syarikat mengjangkakan pulangan
syarikat jika tidak membuat apa-apa pada masa hadapan ialah RM 50
000 jika ekonomi meningkat, RM 0 jika ekonomi kekal dan kerugian
RM 5000 jika ekonomi merosot.
Kos untuk membuka 5 cawangan ialah RM20 000 dan kos untuk
membuka 2 cawangan ialah RM8 000. Berdasarkan situasi di atas:

i. Bina pokok keputusan untuk menyelesaikan masalah di


atas.
ii. Hitung nilai pulangan jangkaan bagi setiap rancangan dan
pilih rancangan terbaik yang harus syarikat pilih.

[5]

[10]

Anda mungkin juga menyukai