Anda di halaman 1dari 12

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

PPISMP GSB 1062

BINCANGKAN ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA YANG TERDAPAT DALAM


FILEM ATAU DRAMA YANG TELAH ANDA TONTONKAN.

PENGENALAN

Perkataan santun dalam Kamus Dewan bermaksud 'halus (budi bahasa atau budi
pekerti), beradab, sopan'. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan
bahasa menjadi salah satu ciri yang penting dalam bangsa yang bertamadun. Oleh itu,
kesantunan berbahasa ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai yang baik, penuh
dengan kesopanan, berusaha menghindari daripada konflik antara penutur dengan
pendengar semasa proses komunikasi. Menurut Asmah Haji Omar, (2007:1-5), ada
pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang
diingini oleh masyarakat dan dianggap sopan dan santun. Antaranya ialah budi bahasa,
adab tertib, budi pekerti, sopan santun, etika dan etiket. Budi bahasa membawa makna
perilaku atau tingkah laku yang baik dari segi gerak geri, tutur kata, dan sikap manakala
adab tertib merujuk kepada tradisi hidup yang berlandaskan peraturan yang mulia dan
indah. Budi pekerti pula bermaksud peraturan mulia yang dihendaki dari segi tingkah
laku manakala sopan santun merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dari segi
tingkah laku. Etika serta etiket pula menggambarkan tingkah laku yang sopan santun
semasa menampilkan diri dalam hubungan kita dengan orang lain.

Konsep kesantunan berbahasa ialah cara serta bentuk bahasa seseorang


individu digunakan dengan penuh santun dan hormat. Cara sapaan lisan atau bertulis
harus bersopan santun supaya tidak dianggap sebagai tidak berbudi bahasa. Dalam
kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan, rujukan hormat,
dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan
kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa meliputi
pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mesti sesuai
dengan situasi, topik perbincangan, dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
Nada yang digunakan semasa bertutur mestilah rendah dan lembut. Gerak laku

1
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

hendaklah lemah lembut. Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli,
atau menempelak

FILEM YANG DIKAJI

Ibu Mertuaku, karya P.Ramlee. Ibu Mertuaku merupakan sebuah filem Melayu yang
dihasilkan pada tahun 1962. Filem ini diarahkan oleh P.Ramlee dan diterbitkan oleh
Shaws Malay Film Productions.

SINOPSIS

Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat,
dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang peniup
saksofon yang bernama Kassim Selamat. Mereka berdua berhubungan melalui telefon
dan perjumpaan yang dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mengetahui
perkara ini, dia berasa marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi
sejak sekian lama dan Kassim Selamat tidak sama taraf kedudukan dengan
keluarganya. Oleh sebab Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat, dia menentang
keputusan ibunya. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang untuk
memulakan hidup baharu. Kehidupan mereka tidak stabil kerana Sabariah tidak
membenarkan Kassim Selamat bekerja di Night Club

Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk


membawa Sabariah pulang kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai seorang buruh
kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar satu telegram
palsu kepada Kassim Selamat menyatakan bahawa Sabariah telah meninggal dunia.
Oleh sebab terlalu sedih, Kassim Selamat menangis sehingga matanya buta. Dia
diselamatkan oleh seorang perempuan ketika dia sedang merayau-rayau. Di rumah
perempuan tersebut, Mamak Maidin telah membantu Kassim Selamat untuk menjadi
pemuzik lagi dan mereka telah mengadakan pertunjukan di merata tempat.

Sementara itu, Nyonya Mansoor memberitahu Sabariah bahawa Kassim


Selamat meninggal dunia. Akhirnya, Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Dokktor
Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah
bertemu dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya, Doktor Ismadi

2
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat. Doktor Ismadi bersetuju dengan


permintaan isterinya. Pembedahan itu amat berjaya. Kassim Selamat merayu Nyonya
Mansoor supaya membawanya mengunjungi kubur Sabariah. Apabila Kassim Selamat
mengetahui bahawa Sabariah masih hidup dan mengkahwini dengan Doktor Ismadi, dia
berasa teramat marah. Pada masa ini, Nyonya Mansoor berasa bersalah dan dia
meminta maaf Kassim Selamat. Akhirnya, Kassim Selamat membutakan matanya
dengan menggunakan garpu.

ULASAN

P. Ramlee digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar
dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Filem Ibu Mertuaku
menceritakan hubungan cinta yang tragik antara Kassim Selamat dengan Sabariah
Mansoor. Filem ini terkenal disebabkan adegan pertamanya bermula sebagai komedi
romantik yang riang tetapi selepas 30 minit, filem ini tiba-tiba berubah menjadi tragedi
yang dramatik. Filem Ibu Mertuaku mengkritikkan sistem sosiobudaya yang
membahagikan anggota masyarakat kepada lapisan tertentu berdasarkan kekayaan,
keturunan, dan pekerjaan. Amalan ini menyebabkan masyarakat membezakan satu
sama lain mengikut darjat. P. Ramlee menggunakan isu ini untuk merakamkan satu
filem supaya mendidik masyarakat agar membanteraskan amalan ini.

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan bahasa boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesantunan verbal dan
kesantunan tidak verbal. Kesantunan verbal merupakan komunikasi seharian dengan
menggunakan bahasa secara sopan serta beradab. Kesantunan verbal juga dikenali
sebagai kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa bermakna kesopanan dan
kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dalam
masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa amat penting kerana bahasa
melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat
bahasa tersebut. Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek
komunikasi secara lisan. Contohnya, melalui media massa seperti radio, televisyen,
Internet, pengucapan awam, ceramah, seminar dan sesi ucapan. Contoh-contoh

3
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

tersebut menuntut penuturnya supaya menggunakan bahasa secara sopan santun


semasa menyampaikan sesuatu.

KESANTUNAN VERBAL

Masa : 00:07:47

" Bolehkah saya bercakap dengan Encik Kassim Selamat?" kata Sabariah.

Dialog ini telah menunjukkan contoh kesantunan berbahasa yang baik. Sabariah
menggunakan intonasi yang baik dan bersopan santun semasa menelefon Kassim
Selamat. Kita patut meneladani cara percakapan Sabariah yang bersopan santun serta
lemah lembut semasa bercakap telefon walaupun kita tidak berdepan dengan
pendengar tersebut. Ini menunjukkan satu penghormatan kepada pendengar jikalau kita
menggunakan intonasi yang lemah lembut. Tambahan pula, kita perlu berbudi bahasa
semasa bertutur. Kepentingan budi bahasa dalam kehidupan begitu jelas dengan
pantun yang berikut:

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Apabila budi digabungkan dengan bahasa, lahirlah satu pengertian yang jelas, iaitu
percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata yang sempurna dan menyenangkan,
penuh dengan sifai-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak
yang mulia. Bertutur dengan berbudi bahasa amat penting kerana ini dapat megelakkan

4
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

pertelingkahan dan perselisihan faham di samping mewujudkan suasana yang harmoni


dan beramah mesra.

Masa : 00:02:54

"Kau dah gilakah? Hari inikan Hari Ahad?" kata Nyonya Mansoor.

Dialog ini menunjukkan kesantunan berbahasa yang tidak bersopan. Dialog ini
memaparkan Nyonya Mansoor merupakan seorang janda yang tidak bersopan santun.
Penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan, dan
peringkat yang berbeza (Amat Juhari, 2001:286). Dia bukan sahaja bertutur dengan
menggunakan suara yang tidak lemah lembut malah memarahi Sabariah "gila". Kita
tidak boleh memarahi orang dengan menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur
penghinaan seperti gila, bodoh, mati dan sebagainya. Sebaliknya, kita harus bertutur
secara bersopan santun dan tidak meninggikan suara semasa bertutur. Peribadi
seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, Kalau bahasa seseorang santun dan
halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu
kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar. Ini bererti,
kita perlu berhai-hati semasa bercakap, kalau tersalah cakap akan menyebabkan
sesuatu padah.

KESANTUNAN TIDAK VERBAL

Kesantunan tidak verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan
isyarat. Konsep kesantunan berbahasa tidak verbal merujuk kepada semua perlakuan
yang tidak meggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

5
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

Contohnya, tidak verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal, dan
buku. Tuntasnya, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
memainkan peranan penting bagi melestarikan konsep kesantunan berbahasa. Antara
unsur yang termasuk dalam kesantunan tidak verbal ialah unsur suprasegmental,
paralinguistik, dan proksemika. Unsur suprasegmental ialah seperti tekanan, nada, dan
tempo yang sentiasa melekat pada unsur segmental. Unsur paralinguistik ialah seperti
air muka, gerakan tubuh, dan sikap badan adalah sistem tanda yang menyertai tuturan
verbal, terutama tuturan bersemuka. Proksemika adalah unsur tidak verbal yang tidak
termasuk dalam unsur paralinguistik. Misalnya, saling menjaga jarak atau tidak saling
menjaga jarak antara penutur dan petutur.

Masa:00:15:56

Melalui gambar ini, kita dapat melihat bahawa Sabariah Mansoor sedang bersenyum
ketika bertemu dengan Kassim Selamat. Walaupun Sabariah tidak pernah berjumpa
dengan Kassim Selamat dan Sabariah tidak mengetahui bahawa lelaki itu merupakan
Kassim Selamat, tetapi dia masih bersenyum dengannya sebagai satu tanda bertegur
sapa. Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan
emosional seseorang seperti perasaan takut, marah, jijik, sedih, gembira, dan minat.
Orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat kepada ekspresi muka kita. Muka
yang masam ketika berjumpa dengan seseorang merupakan ekspresi yang tidak sopan.
Kita harus bersenyum dan beramah mesra ketika berjumpa dengan seseorang tidak kira
suka atau tidak. Mata juga merupakan elemen muka yang memberikan pengaruh yang
kuat dalam komunikasi. Daripada pandangan mata seseorang, kita dapat mengetahui
bagaimana sikap seseorang itu, adakah ia beminat untuk topik yang berbincang, apakah
responsnya dan sebagainya.

6
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

Masa: 01:45:24

Gambar ini menunjukkan Nyonya Mansoor tidak mengamalkan kesantunan bahasa dari
segi tidak verbal. Semasa Nyonya Mansoor melihat Kassim Selamat, dia mencekak
pinggangnya. Tindakan ini merupakan satu bahasa tubuh yang kurang bersopan.
Bahasa tubuh ini membawa makna bahawa seseorang itu marah. Dalam kehidupan
harian, kita harus berjaga-jaga dengan bahasa tubuh serta wajah ekspresi kita agar
tidak menyinggung perasaan orang lain. Tambahan pula, kesantunan bahasa juga
menunjukkan bahawa kita mempunyai keperibadian yang elok. Gerakan isyarat
memainkan peranan yang penting dalam proses berkomunikasi. Gerakan isyarat adalah
gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan
pesan tertentu. Contohnya, apabila seseorang itu bertanya, jawabannya boleh
menggunakan gelengan kepala sebagai pengganti kata "tidak". Begitu juga dengan
menggunakan gerakan bahu apabila menjawab sesuatu yang masih meragukan atau
tidak tahu atau membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk menyatakan "OK",
dan sebagainya.

KESANTUNAN BERPAKAIAN

7
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

Masa: 01:30:00

Gambar ini menunjukkan Kassim Selamat mengamalkan kesantunan dari segi


berpakaian. Kassim Selamat memakai pakaian formal semasa dia membuat pertunjukan.
Dalam kesantunan berpakaian, terdapat dua perkara yang perlu diperhatikan. Pertama,
berpakaianlah yang sopan di tempat awam. Kedua, berpakaianlah yang rapi dan sesuai
dengan keadaan. Contohnya, semasa kita berurusan di jabatan kerajaan, kita mestilah
berpakaian formal, iaitu pakai baju yang berlengan dan skirt yang melepasi lutut bagi
wanita manakala lelaki pula harus memakai baju yang berlengan dan seluar panjang. Ini
merupakan satu tanda penghormatan kita terhadap orang awam. Di samping itu,
berpakaian dengan bersopan santun juga menunjukkan masyarakat Malaysia
merupakan sebuah masyarakat yang bertamadun.

SATU AMALAN KESANTUNAN YANG TELAH ANDA LAKSANAKAN DALAM


MASYARAKAT ATAU KELUARGA DAN BERIKAN JUSTIFIKASI TERHADAP
HUJAH ANDA.

Sikap saling hormat-menghormati adalah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji
dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Sikap hormat-menghormati dapat
menampilkan seseorang itu berakhlak mulia. Antara amalan hormat-menghormati ialah
memberi layanan mesra dan sopan, saling bekerjasama, saling menghargai antara satu
sama lain dan menghargai budi serta jasa orang lain. Dalam pergaulan seharian, kita
dituntut untuk menghormati antara satu sama lain seperti menggunakan intonasi dan
nada yang bersopan santun dalam pergaulan seharian, Ini dapat mengelakkan
pertelingkahan serta perselisihan faham antara satu sama lain. Belakangan ini, sifat
saling menghormati mula terhakis sedikit demi sedikit. Apabila sifat ini semakin
berkurangan, ini akan menyebabkan kerosakan pada hubungan sesama manusia.

Jelas bahawa, sifat hormat menghormati merupakan satu aspek yang amat
penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, saya telah mengamalkan sifat yang
mulia ini dalam diri saya. Saya menghormati orang yang lebih tua daripada saya.
Menurut Riwayat at-Tirmidzi, tidak seorang muda menghormati pada orang tua kerana
tuanya (usianya), melainkan Allah akan membalas penghormatan dengan
menghormatinya pula kerana usianya kelak. Hadis ini menerangkan bahawa kita disuruh

8
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

menghormati orang yang lebih tua. Sebagai orang muda, kita harus mendengar nasihat
dan tunjuk ajar yang diberikan oleh orang yang lebih tua kerana mereka lebih
berpengalaman. Seperti yang ditegaskan dalam hadis tersebut, sekiranya seseorang itu
ingin dihormati ketika waktu tuanya kelak, ia perlu menghormati orang-orang yang lebih
tua daripadanya dari sekarang. Saya menghormati oang yang lebih tua dengan
memanggil gelaran mereka seperti mak cik, pak cik, ibu, ayah, bapa saudara, nenek,
datuk dan sebagainya. Di samping itu, saya tidak akan memanggil nama mereka terus
kerana ini merupakan satu amalan yang kurang bersopan walaupun amalan ini
merupakan satu fenomena yang biasa di negara kuar terutamanya di negara Barat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 23:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepada-
Nya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataaan "ah", dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun)".

Ayat ini menunjukkan bahawa insan yang paling berhak untuk mendapatkan
hormat dalam setiap manusia ialah ibu bapa kita. Jikalau kita tidak menghormati kedua-
dua ibu bapa, Ini merupakan satu dosa yang teramat besar. Justeru, kita mesti
menghormati kedua-dua ibu bapa sebagai insan yang telah banyak berjasa serta
membesarkan kita. Tanpa jasa ibu bapa, kita tidak akan mengecapi sebarang kejayaan.
Saya menghormati ibu bapa saya dengan bertutur dengan mereka menggunakan
intonasi yang lemah lembut serta bersopan santun. Saya tidak meninggikan suara
semasa berkomunikasi dengan ibu bapa kerana mereka merupakan insan yang
mengasuh saya dan menjayakan saya. Tanpa mereka, saya tidak akan mencapai apa
yang telah saya capaikan pada hari ini. Di samping itu, saya juga tidak akan melawan
cakap ibu bapa saya dan saya akan mendengar nasihat mereka kerana mereka telah
hidup lama di dunia ini dan mereka lebih berpengalaman daripada saya.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18:

9
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah atau


sombong) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,
takbur, lagi membanggakan diri".

Sombong adalah sifat yang tercela dan sifat ini tidak patut dimiliki oleh diri kita.
Dengan bersifat sombong sesama manusia ini akan menyebabkan seseorang itu
menolak kebenaran dan menghina sesama manusia. Apabila sifat sombong ada pada
diri manusia, ini akan berlakunya kezaliman dan rasa angkuh. Saya menghormati
keluarga serta masyarakat dengan tidak mengamalkan sifat sombong. Saya sering
merendahkan diri semasa bertutur dan berkomunikasi serta bergaul dengan semua
orang tanpa mengira agama, kaum, dan bangsa. Dengan ini, saya dapat memahami
adat resam serta pantang larang setiap kaum. Ini bertepatan dengan konsep "Satu
Malaysia" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohammad
Najib. Saya tidak menghina serta memberi komen terhadap adat resam atau pantang
larang kaum yang lain kerana ini merupakan isu sensitif yang akan menimbulkan
perselisihan faham antara satu sama lain. Saya merupakan seorang pengawas pada
sekolah menengah. Sekiranya murid tersebut melakukan kesalahan, saya akan
menasihatinya supaya jangan mengulangi kesalahan tersebut dengan nada yang lemah
lembut. Tetapi terdapat sesetengah pengawas terus menegur murid yang melakukan
kesalahan dan ini menyebabkan pertelingkahan antara pengawas dan murid berlaku.
Walaupun murid tersebut salah kerana melakukan kesilapan, tetapi pengawas tersebut
juga mempunyai kesalahan kerana pengawas tersebut tidak mengamalkan amalan
hormat-menghormati dan ini menunjukkan pengawas tersebut tidak berbudi bahasa.

RUMUSAN

Bahasa merupakan unsur yang penting dalam menzahirkan keindahan dan kesantunan.
Keindahan dalam bahasa dijelmakan dalam pertuturan dan pengungkapan yang manis,
sopan, positif, bijaksana, bernas, dan penuh pengajaran kepada khalayak. Justeru,
individu yang memiliki nilai rasa dan nilai fikir yang seimbang dan mengamalkan
kesantunan bahasa dalam interaksi lisan dan penulisan dapat ditingkatkan jika
kemahiran komunikasi dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P)
di sekolah rendah dan sekolah menengah.

10
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

REFLEKSI

Bak kata pepatah:" Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang",
saya telah mencurahkan usaha serta masa bagi menjalankan tugasan ini terutamanya
dalam bahagian mengumpulkan maklumat. Saya juga sedar bahawa kita perlu berusaha
dan sanggup berkorban demi mencapai kejayaan, bak kata pepatah," kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?" Semasa menjalankan tugasan ini, saya
telah mencari maklumat tentang kesantunan berbahasa, jenis kesantunan berbahasa,
dan kepentingannya dengan kehidupan agar berupaya melahirkan individu, masyarakat,
dan negara yang berbudi bahasa dan bertamadun.
Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah saya tidak
begitu jelas tentang jenis kesantunan berbahasa. Tetapi selepas mendengar
penerangan daripada EncikYusuf bin Min, saya telah mempunyai gambaran tentang
jenis kesantunan berbahasa. Saya juga berasa teramat syukur kerana mendapat
bantuan daripada rakan sekelas saya. Kami telah berbincang tentang tugasan ini dari
sudut pandangan yang berbeza. Di samping itu, saya juga hendak berterima kasih
kepada senior yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya kerana ini merupakan
kali pertama saya melakukan tugasan.
Selepas menjalankan tugasan ini, saya sedar bahawa kesantunan berbahasa
merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Slogan "Budi
bahasa budaya kita" jelas menunjukkan berbudi bahasa mencerminkan kemajuan
sesebuah masyarakat. Tugasan ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya
kepentingan kesantunan berbahasa. Ini banyak membantu saya selepas saya menjadi
guru pada masa yang akan datang. Di samping itu, saya juga memahami betapa
pentingnya penerapan kesantunan berbahasa dalam kehidupan dapat melahirkan
individu, masyarakat dan negara yang berbudi bahasa. Akhirnya, tugasan ini telah
membawa faedah kepada saya dan saya berasa bersyukur kerana dapat menjayakan
tugasan ini dengan bantuan daripada pelbagai pihak.

11
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
PPISMP GSB 1062

BIBLIOGRAFI

A. Samad Ahmad, 2003. Sulatus Salatin Sejarah Melayu: Edisi Pelajar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P., & Levinsons, S., 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambidge: Cambridge Unversity Press.

Amat Juhari Moain, 1985. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu. Suatu analisis
sosiolinguistik. Tesis Ph.D. Akademi pengajian melayu, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999. Kamus Peribahasa Melayu Untuk Pelajar.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

T.A.Ridwan, 2001. "Bahasa Melayu: Peranan Dan Nilai-nilai Moralisme Di Dalamnya".


Dalam Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian
Melayu.

12

Anda mungkin juga menyukai