Anda di halaman 1dari 3

SOALAN KMP 12/7/17

1.Dasar Berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya,


A. menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara asing
B. menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara
C.menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau dan negara lain
D.mencampuri hal-ehwal negara lain atas permintaan negara berkenaan

2.Yang manakah benar tentang matlamat ASEAN+3 diutarakan?


A.bersaing dengan blok perdagangan lain
B.rakan dialog ASEAN semakin berkurangan
C.kegagalan rundingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D.membentuk kerjasama perundingan ekonomi yang lebih kukuh

3.Yang manakah benar tentang isu yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu?
A.tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura, Indonesia dan Malaysia
B.mengiktiraf kemerdekaan negara Bosnia, Afghanistan dan Afrika Selatan
C.melumpuhkan pengganas Islamic State(IS) di Syria
D.isu pemanasan global dan alam sekitar termasuk pencemaran

4.Antara sebab Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ialah


A.meningkatkan pasaran barangan industri
B.memastikan kedaulatan sesebuah negara terjamin
C.meningkatkan ekonomi negara anggota
D.membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dunia

5.Yang manakah yang diperjuangkan oleh negara-negara Dunia Ketiga melalui Order Baharu Ekonomi
Dunia (NIEO)?
i. penentuan semula syarat perdagangan
ii. rundingan semula kadar pertukaran mata wang
iii. perluasan pasaran import dunia ketiga dari negara maju
iv rundingan semula beban hutang luar negara
A. i dan ii B. i dan Iv C. ii dan iii D. iii dan iv

6.Yang manakah benar mengenai matlamat utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik?
A.menstabilkan harga getah antara negara Asia dan Pasifik
B.merunding harga bahan mentah antara negara Asia dan Pasifik
C.memperjuangkan sistem perdagangan unilateral atau pelbagai hala
D.membetulkan aliran perdagangan negara Asia dan Pasifik

7. Apakah pendirian Malaysia dalam isu-isu berikut?


Keganasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar
Pembakaran tempat beribadat di Selatan Thailand
Masalah Jerebu yang disebabkan oleh Indonesia
i. bertindak untuk menutup sempadan negara
ii. menghantar wakil khas untuk menghulurkan bantuan
iii. tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara berkenaan
iv. sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara rundingan
A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iv D. iii dan iv

8.Kes-kes pembersihan etnik dan keganasan oleh seseorang pemimpin akan dibahaskan di,

A.Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


B.Mahkamah Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
C.Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
D.Majlis Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik dan teknikal
serta infrastruktur
pembentukannya dimeterai di Malaysia
9.Penyataan di atas merujuk kepada
A.Forum Serantau ASEAN
B.Mesyuarat Asia-Eropah
C.Dialog Utara-Selatan
D.ASEAN+3 (Jepun, Korea dan China)

10. Yang manakah padanan berikut benar?


i. Apartheid - Kerajaan Afrika Selatan menafikan hak kaum kulit hitam
ii. Antartika - Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik
iii. Dialog Utara-Selatan- Menyelesaikan pertelingkahan negara maju dan membangun
iv Kumpulan D8- memelihara hak manusia di negara-negara membangun Islam
A.i dan ii B. ii dan iii C. i dan iv D. iii dan iv

11.Pertubuhan manakah yang berikut menunjukkan penyertaan negara-negara Islam secara aktif?
A.Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
B.Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
C.Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)
D.Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
12.Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman bagi memajukan kawasan pembangunan
serantau. Memorandum tersebut merujuk kepada
A.Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
B.Skim Keutamaan Khas Tarif Sama Rata ASEAN
C.Projek-Projek Usahasama Industri ASEAN
D.Segi Tiga Pertumbuhan Dengan Indonesia, Singapura dan Thailand

13.Malaysia ingin memperluas kawasan cari gali dan perlombongan petroleum di Laut China Selatan.
Panduan yang perlu dirujuk oleh Malaysia ialah
A. Undang-Undang Maritim Malaysia
B. Undang-Undang laut Antarabangsa
C. Kanun Laut Asia Pasifik
D. Zon Ekonomi Eksklusif

14. Mengapakah Amerika syarikat menolak cadangan penubuhan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
pada peringkat permulaan?
A.EAEC tidak menggalakkan perdagangan dengan Amerika Syarikat
B.EAEC lebih berminat untuk berdagang dengan negara-negara Eropah
C.EAEC dilihat sebagai satu blok perdagangan oleh Amerika Syarikat
D.EAEC menjadi sebuah badan penentu nilai mata wang Asia dan Dolar Amerika

15.Yang manakah padanan berikut benar?


A.Myanmar-isu dua ideologi iaitu Islam dan Buddha
B.Palestin-isu pencerobohan oleh Rusia
C.Bosnia-isu pembersihan etnik oleh Amerika
D.Thailand-isu perbezaan dua fahaman iaitu Islam dan Yahudi

JAWAPAN BAHAGIAN A
1B 2D 3D 4B 5B 6C 7C 8B 9D 10A 11 C 12D 13D 14C 15A

Anda mungkin juga menyukai