Anda di halaman 1dari 8

Jawab semua soalan.

1. Dasar Berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya,

A. menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara asing

B. menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara

C.menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau dan negara


lain

D.mencampuri hal-ehwal negara lain atas permintaan negara


berkenaan

2.Yang manakah benar tentang matlamat ASEAN+3 diutarakan?

A.bersaing dengan blok perdagangan lain

B.rakan dialog ASEAN semakin berkurangan

C.kegagalan rundingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

D.membentuk kerjasama perundingan ekonomi yang lebih kukuh

3.Yang manakah benar tentang isu yang dibincangkan dalam


Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

A.tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura, Indonesia dan Malaysia

B.mengiktiraf kemerdekaan negara Bosnia, Afghanistan dan Afrika


Selatan

C.melumpuhkan pengganas Islamic State(IS) di Syria

D.isu pemanasan global dan alam sekitar termasuk pencemaran


4.Antara sebab Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) ialah

A.meningkatkan pasaran barangan industri

B.memastikan kedaulatan sesebuah negara terjamin

C.meningkatkan ekonomi negara anggota

D.membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dunia

5.Yang manakah yang diperjuangkan oleh negara-negara Dunia


Ketiga melalui Order Baharu Ekonomi Dunia (NIEO)?

i. penentuan semula syarat perdagangan

ii. rundingan semula kadar pertukaran mata wang

iii. perluasan pasaran import dunia ketiga dari negara maju

iv rundingan semula beban hutang luar negara

A. i dan ii B. i dan Iv C. ii dan iii D. iii dan iv

6.Yang manakah benar mengenai matlamat utama Kerjasama


Ekonomi Asia Pasifik?

A.menstabilkan harga getah antara negara Asia dan Pasifik

B.merunding harga bahan mentah antara negara Asia dan Pasifik

C.memperjuangkan sistem perdagangan unilateral atau pelbagai hala

D.membetulkan aliran perdagangan negara Asia dan Pasifik


7. Apakah pendirian Malaysia dalam isu-isu berikut?

Keganasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar

Pembakaran tempat beribadat di Selatan Thailand

Masalah Jerebu yang disebabkan oleh Indonesia

i. bertindak untuk menutup sempadan negara


ii. menghantar wakil khas untuk menghulurkan
bantuan
iii. tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara
berkenaan
iv. sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara
rundingan

A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iv D. iii dan iv

8.Kes-kes pembersihan etnik dan keganasan oleh seseorang


pemimpin akan dibahaskan di,

A.Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

B.Mahkamah Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-


Bangsa Bersatu (PBB)

C.Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-


Bangsa Bersatu (PBB)

D.Majlis Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan,
sumber manusia, saintifik dan teknikal serta infrastruktur

pembentukannya dimeterai di Malaysia

9.Penyataan di atas merujuk kepada

A.Forum Serantau ASEAN

B.Mesyuarat Asia-Eropah

C.Dialog Utara-Selatan

D.ASEAN+3 (Jepun, Korea dan China)

10. Yang manakah padanan berikut benar?

i. Apartheid - Kerajaan Afrika Selatan menafikan hak kaum


kulit hitam

ii. Antartika - Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa


dalam kajian saintifik

iii. Dialog Utara-Selatan- Menyelesaikan pertelingkahan negara


maju dan membangun

iv Kumpulan D8- memelihara hak manusia di negara-negara


membangun Islam

A.i dan ii B. ii dan iii C. i dan iv D. iii dan iv


11.Pertubuhan manakah yang berikut menunjukkan penyertaan
negara-negara Islam secara aktif?

A.Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

B.Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)

C.Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)

D.Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

12.Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman


bagi memajukan kawasan pembangunan serantau. Memorandum
tersebut merujuk kepada

A.Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

B.Skim Keutamaan Khas Tarif Sama Rata ASEAN

C.Projek-Projek Usahasama Industri ASEAN

D.Segi Tiga Pertumbuhan Dengan Indonesia, Singapura dan


Thailand

13.Malaysia ingin memperluas kawasan cari gali dan perlombongan


petroleum di Laut China Selatan. Panduan yang perlu dirujuk oleh
Malaysia ialah

A. Undang-Undang Maritim Malaysia

B. Undang-Undang laut Antarabangsa

C. Kanun Laut Asia Pasifik

D. Zon Ekonomi Eksklusif


14. Mengapakah Amerika syarikat menolak cadangan penubuhan
Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) pada peringkat permulaan?

A.EAEC tidak menggalakkan perdagangan dengan Amerika


Syarikat

B.EAEC lebih berminat untuk berdagang dengan negara-negara


Eropah

C.EAEC dilihat sebagai satu blok perdagangan oleh Amerika


Syarikat

D.EAEC menjadi sebuah badan penentu nilai mata wang Asia


dan Dolar Amerika

15.Yang manakah padanan berikut benar?

A.Myanmar-isu dua ideologi iaitu Islam dan Buddha

B.Palestin-isu pencerobohan oleh Rusia

C.Bosnia-isu pembersihan etnik oleh Amerika

D.Thailand-isu perbezaan dua fahaman iaitu Islam dan Yahudi


JAWAPAN BAHAGIAN A

1B 2D 3D 4B 5B 6C 7C 8B 9D 10A 11 C
12D 13D 14C 15A

Anda mungkin juga menyukai