Anda di halaman 1dari 7

Sem 3 Minggu 20 Obj PN VSAM

Bahagian A

Jawab semua soalan dengan tepat

1 Yang manakah tujuan Malaysia menjalankan hubungan antarabangsa?

I Menjalin hubungan yang erat dengan negara-negara serantau


II Mewujudkan hubungan ekonomi dan ketenteraan dengan negara-negara lain
III Menjalin hubungan persahabatan dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi
IV Mewujudkan hubungan yang mampu membentuk blok perdagangan dengan
negara-negara lain.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

2 Yang manakah situasi yang mempengaruhi pengurusan dasar luar Malaysia?


I Politik global
II Perubahan iklim politik dunia
III Pegangan ideologi
IV Pemimpin Malaysia

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

3. Malaysia menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


kerana Malaysia ingin membantu untuk menyelesaikan

A masalah alam sekitar


B pertikaian politik antarabangsa
C masalah ekonomi Dunia Ketiga
D masalah dadah dan AIDS sedunia

4. Antara yang berikut, yang manakah matlamat Pergerakan Negara-negara Berkecuali i (NAM)?

I Mempertahankan negara-negara anggota daripada pencerobohan kuasa asing


II Menghormati kedaulatan , kemerdekaan, dan keutuhan wilayah
III Mementingkan dasar berkecuali
IV Menuntut kemerdekaan untuk negara-negara anggota yang masih dijajah

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

5.Antara yang berikut, yang manakah objektif ZOPFAN?


I Menjamin keamanan dan kestabilan politik
II Menjadikan Asia Tenggara zon yang bebas daripada senjata nuklear
III Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
IV Menyekat penularan fahaman komunis di Asia Tenggara

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

6. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam menghadapi
masalah serantau Asia Tenggara?
I Segala pertikaian hendaklah diselesaikan melalui rundingan

PN VSAM/SPI/NOV 2020
II Urusan tentang pendatang tanpa izin menjadi tanggungjawab negara itu sendiri
III Segala masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri
IV Negara-negara anggota berhak untuk campur tangan dan menyelesaikan masalah
negara jirannya.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7. Antara yang berikut, , yang manakah yang termasuk dalam agenda ASEAN?

I Pengawalan kegiatan pengedaran dadah


II Pemupukan pakatan ketenteraan dengan Amerika Syarikat
III Pakatan ketenteraan untuk memburu pengganas
IV Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan serantau

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan Iv

8.

 Forum terbuka dua benua untuk membincangkan isu-isu politik,


ekonomi dan sosial
 Konsep hubungan pelbagai hala dilaksanakan untuk menangani isu
ekonomi global

Penyataan di atas merujuk kepada

A Dialog Utara-Selatan
B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Mesyuarat Asia-Eropah

9. Kes yang manakah yang boleh dibawa untuk diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

A Pembunuhan rakyat beramai-ramai oleh tentera pemerintah yang zalim


B Pencerobohan ketenteraan terhadap negara jiran
C Pertindihan tuntutan wilayah kepulauan antara Jepun , China dan Korea Selatan
D Pertikaian pilihan raya pemilihan Ketua Negara

10.Yang manakah yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu ?

I Penyelesaian terhadap kemiskinan dan kebuluran di benua Afrika


II Pelaksanaan gencatan senjata api di Asia Barat
III Sekatan penghasilan senjata nuklear di Korea Utara
IV Isu pemanasan global dan ekologi alam sekitar

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

PN VSAM/SPI/NOV 2020
11. Yang manakah manfaat pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
kepada Malaysia?

A Peningkatan kutipan duit import


B Pertambahan nilai pelaburan langsung asing
C Peningkatan persaingan dalam produk terpilih
D Peningkatan aliran perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara

12. Yang manakah merupakan masalah ekonomi yang dihadapi oleh


negara-negara membangun?

I Kekurangan tenaga kerja


II Kawasan yang terhad untuk dimajukan
III Kerjasama ekonomi dengan negara maju yang merugikan
IV Beban hutang dalam kalangan negara membangun

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

13. Kesan utama ‘dasar perlindungan’ yang diamalkan oleh negara-negara perindustrian
ke atas Malaysia ialah

I pasaran bagi barangan eksport negara menjadi terhad


II harga barangan eksport negara turun ke paras yang lebih rendah
III produktiviti sektor perusahaan negara terjejas
IV imbangan dagangan antarabangsa negara mengalami lebihan dagangan

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

14. Yang manakah benar tentang Kumpulan 8 Negara Membangun ?

I Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur


II Bidang kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
III Satu badan yang terlibat dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan
IV Negara-negara Asia Pasifik juga menyertai D8

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

15. Yang manakah antara usaha yang berikut menunjukkan pendirian Malaysia dalam isu
politik sesebuah negara berdaulat ?

I Malaysia menentang pencerobohan kuasa asing terhadap sesebuah negara


II Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman tanpa kekerasan
III Malaysia menyokong kuasa besar luar menentukan pembentukan kerajaan negara yang
bermasalah politik
IV Malaysia bersetuju ketenteraan dilancarkan untuk memulihkan keamanan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

PN VSAM/SPI/NOV 2020
16. Yang manakah ciri yang menjadi pola dalam perhubugan Malaysia dengan
Negara-negara Komanwel ?

A Mengekalkan kedaulatan kerajaan Britain


B Mewujudkan institusi tersendiri dalam setiap bidang sosioekonomi
C Mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota
D Mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara anggota

17. Yang manakah menentukan pendirian Malaysia dalam masalah Palestin?

I Malaysia menuntut Israel pulangkan wilayah Palestin sepenuhnya kepada rakyat Palestin
II Malaysia mengiktiraf kerajaan pilihan rakyat Palestin
III Malaysia menyokong Israel menempatkan tentera di Tebing Barat dan Gaza
IV Malaysia menyokong rakyat Palestin menentang Israel dengan melancarkan serangan
keganasan

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

18. Apakah isu-isu yang mengharumkan Malaysia di mata dunia?

I Menyertai pasukan pengaman PBB di banyak negara


II Kejayaan mencapai status negara berpendapatan tinggi
III Pernah menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
IV Mewujudkan Putrajaya dan Siberjaya

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

19. Yang manakah penyebab utama sikap kurang senang Malaysia terhadap
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

I PBB lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia


II Usaha PBB menyelesaikan masalah sosial sering menemui kegagalan
III Malaysia kurang diberi peluang menyertai beberapa misi keamanan antarabangsa
IV PBB menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkamn dasar pilih kasih

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

20. Yang manakah merupakan persetujuan Malaysia bersama ASEAN pada tahun 2010-an?

I Mengadakan kerjasama ketenteraan untuk membanteras puak pemberontak


dalam negara anggota
II Menyusun pelaksanaan Perundingan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semula
III Bekerjasama dalam mengawal dan menghalang penyakit berjangkit dan amaran
bencana alam seperti tsunami
IV Mengutamakan peningkatan taraf hidup dan kebajikan rakyat serantau

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

PN VSAM/SPI/NOV 2020
21. Yang manakah yang benar tentang sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa?

I menjadi pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa


II menjadi pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali
III Menjadi tuan rumah perjanjian damai antara Palestin dengan Israel
IV Menghantar pasukan pengaman antarabangsa ke beberapa buah negara bergolak

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

22. Pelaksanaan dasar luar Malaysia era Tunku Abdul Rahman adalah dipengaruhi oleh

I peningkatan pengaruh komunis


II perubahan politik di negara China
III kedudukan ekonomi Malaysia yang lemah
IV kempen konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

23. Yang manakah institusi yang diwujudkan bagi membantu Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) mencapai matlamatnya?
I Pusat Islam
II Bank Pembangunan Islam
III Pertubuhan Agensi Berita Islam
IV Pertubuhan Perdagangan Multilateral

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

24. Yang manakah merupakan komponen Majlis Tertinggi yang amat berpengaruh
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

A Majlis Keselamatan
B Majlis Amanah
C Majlis Ekonomi dan Sosial
D Majlis Perhimpunan Agung

25. Yang manakah yang berkaitan dengan manfaat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
kepada Malaysia?

I Pelaburan langsung asing akan meningkat


II Kepakaran asing boleh dikongsi secara bersama
III Daya saing syarikat tempatan dapat ditingkatkan
IV Syarikat tempatan boleh menguasai syarikat asing

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

PN VSAM/SPI/NOV 2020
26. Yang manakah kesepakatan yang dimeterai oleh negara anggota ASEAN?

I Membentuk kesepakatan pertukaran teknologi


II Membentuk kesepakatan daam bidang pendidikan
III Melaksanakan kesepakatan dalam projek pertahanan
IV Membentuk dan menjayakan pertumbuhan ekonomi segi tiga

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

27. Yang manakah agensi PBB yang berperanan mentadbir sesebuah negara yang sedang
mengalami peralihan kuasa?

A Majlis Amanah B Majlis Keselamatan


C Majlis Suruhanjaya Hak Asasi D Majlis Perhimpunan Agung PBB

28. Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan hubungan diplomatik Malaysia?

I Malaysia sentiasa mengamalkan dasar luar bercorak diplomatik


II Malaysia pernah mencadangkan hubungan diplomatikk dengan negara Israel
III Malaysia pernah memutuskan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1960-an
IV Malaysia kerap kali menyumbangkan pasukan pengaman bagi menjayakan resolusi
Majlis Keselamatan PBB

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

29.

 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)


 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Yang manakah persamaan objektif bagi pertubuhan di atas?

I Menyeragamkan peraturan perdagangan


II Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
III Menyelaraskan satu pernyataan yang seragam dan bersama
IV Menggalakkan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI)

A I dan II B I dan III C I dan IV D II dan IV

30. Yang manakah pendirian Malaysia dalam isu Antartika?

A Keselamatan benua tersebut menjadi tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


B Semua negara bebas menjalankan penyelidikan dan eksploitasi sumber alam secara teratur
C Semua negara di dunia perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk melaksanakaan
kawalan
D Antartika dan segala sumber yang terdapat di sana adalah sebahagian daripada
warisan bersama.

PN VSAM/SPI/NOV 2020
BAHAGIAN B : Jawab kedua-dua soalan berikut.

1. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah , jelaskan perkembangan nilai pelaburan asing
mengikut sektor terpilih di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun 2014. Jelaskan keadaan
yang memungkinkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.

MALAYSIA: NILAI PELABURAN ASING MENGIKUT SEKTOR TERPILIH


DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

Sektor Tahun

2012 2013 2014


(RM juta) (RM juta) (RM juta)

Perkilangan 19 020.5 19 876.3 20 810.3


Perniagaan 15 765.1 16 261.3 17 123.2
Pertanian 10 234.2 10 189.2 10 000.3
Perkhidmatan 10 292.3 11 023.1 11 673.5

Jumlah 55 312.1 57 349.9 59 607.3

(Disesuaikan daripada Laporan Perangkaan Malaysia, Mac 2015)

2. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah , tafsirkan perubahan bilangan pekerja asing
dalam pelbagai sektor di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun 2014

MALAYSIA : BILANGAN PEKERJA ASING MENGIKUT SEKTOR DARI


TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

Tahun
Sektor
2012 (orang) 2013 (orang) 2014 (orang)

Pertanian 123 373 165 698 186 967


Pembantu rumah 310 662 314 295 293 359
Pembinaan 267 809 293 509 306 873
Pembuatan 646 412 733 372 728 867
Perkhidmatan 166 829 200 428 212 630
Perladangan 354 124 337 503 333 900

Jumlah 1 869 209 2 044 805 2 062 596

( Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Imigresen, April 2015)

PN VSAM/SPI/NOV 2020

Anda mungkin juga menyukai