Anda di halaman 1dari 5

KUMPULAN LIMA : DASAR LUAR NEGARA

1 Tujuan tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif oleh Malaysia di Laut China Selatan
adalah
I menguasai sumber kekayaan dasar laut
II mempertahankan keutuhan dan kedaulatan wilayah
III menguasai kemudahan pelabuhan beberapa buah pulau
IV memajukan pulau-pulau yang dipertikaikan sebagai pangkalan tentera

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Tujuan penubuhan Tabung Amanah ASEM pada tahun 1998 adalah untuk
A meringankan beban hutang luar negara-negara Dunia Ketiga.
B menstabilkan harga komoditi-komoditi bersama dalam pasaran dunia.
C mempercepatkan pemindahan teknologi dari negara-negara maju ke
Dunia Ketiga.
D membiayai bentuan teknikal berkaitan dengan penyusunan
semula sektor kewangan dan korporat negara Asia Timur.

3 Yang manakah merupakan persetujuan yang telah dicapai dalam Sidang


kemuncak Persidangan Negara-negara Islam (OIC) di Putrajaya 2003?
I Mengadakan dialog dengan budaya dan tamadun lain termasuk barat
II Memperbaik posisi negara-negara membangun dalam ekonomi dunia
III Menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian
pangkalan data
IV Menyelesaikan semua pertelingkahan antarabangsa secara aman
seperti perundingan dan abritasi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
4 Yang manakah merupakan faktor penentu dasar luar Malaysia ?
I Keselamatan negara
II Perkembangan ekonomi
III Ideologi sesebuah negara
IV Tahap ekonomi negara berkenaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5 Yang manakah matlamat pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)?


I Menghormati hak asasi manusia
II Mementingkan hubungan dengan negara kuasa besar dunia
III Menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah
IV Menuntut kemerdekaan untuk negara-negara anggota yang masih
dijajah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6 Yang manakah merupakan usaha kerjasama ekonomi pertubuhan ASEAN ?


I Skim Tabung Tsunami
II Tabung Kebudayaan ASEAN
III Majlis Perbankan Perdagangan Asia
IV Mengiktirafkan lesen pemandu di rantau ASEAN

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
7 • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
• Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
• Komuniti Eropah (EC)
Yang manakah merupakan persamaan objektif bagi pertubuhan-pertubuhan
di atas?
I Menggalakkan sektor pertanian
II Menggunakan mata wang yang sama
III Kerjasama ekonomi yang bersifat serantau
IV Mencapai pendirian yang sama dalam menangani isu-isu ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Penyataan manakah yang benar tentang pendirian kerajaan Malaysia


terhadap isu Antartika?
I Menentang sebarang pembangunan
II Kawasan tersebut menjadi milik bersama
III Kekayaan galian mineral boleh dieksploitasi
IV Kawasan tersebut boleh digunakan untuk kepentingan sejagat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9 Yang manakah merupakan aspek yang mengharumkan Malaysia di mata


dunia?
I Warganegara Malaysia menjadi Setiausaha Agung PBB
II Menjadi jurucakap negara-negara Dunia Ketiga dalam isu
antarabangsa
III Menentang keras campur tangan sesebuah negara dalam urusan
dalaman negara lain
IV Mengetuai jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
untuk menangani keganasan antarabangsa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10 Yang manakah benar tentang Kumpulan Negara-negara Islam Membangun
(D-8)?
I Persidangan pertama diadakan di India
II Bidang kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
III Suatu badan yang bertumpu pada kerjasama ekonomi dan
perdagangan
IV Negara-negara Asia Pasifik yang bukan negara-negara Islam
menganggotainya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 • Pulau Batu Putih


• Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
• Kepulauan Natuna Nambas
Pihak manakah yang berkuasa untuk menyelesaikan perebutan kepulauan
di atas?
A Pertubuhan Negara-negara Komanwel
B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
C Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
D Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

12 • Membentuk kerjasama ekonomi dalam kalangan Negara Selatan


• Mengurangkan pergantungan ekonomi pihak Utara
Pertubuhan yang mempunyai perkaitan dengan pernyataan di atas adalah
A Kumpulan G15
B Dialog Utara Selatan
C Dialog Selatan-selatan
D Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

13 Yang manakah benar tentang Pertubuhan Persidangan Negara-negara


Islam (OIC)?
I Menyelesaikan pertelingkahan Iran – Iraq
II Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
III Menubuhkan pusat penyelidikan seni dan kebudayaan Islam
IV Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
14 Objektif utama penubuhan ZOPFAN ialah
A mewujudkan satu pakatan tentera di Malaysia yang berkecuali dan
bebas
B mewujudkan satu pakatan ketenteraan dalam kalangan semua negara
anggota ASEAN
C menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman bebas
dan berkecuali
D mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar seperti Rusia, Amerika
Syarikat dan Negara China

15 Yang manakah merupakan pendirian Malaysia mengenai pencerobohan


Amerika Syarikat ke atas Iraq
I Rakyat Iraq berhak menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur
tangan kuasa asing
II Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu harus memainkan peranan utama
dalam memulihkan keamanan di Iraq
III Amerika Syarikat dan Britain boleh mengambil tindakan unilateral bagi
melindungi kepentingan mereka di Iraq
IV Amerika Syarikat dan Britain harus dibenarkan mengekalkan tentera
mereka di Iraq selama tiga tahun bagi menjamin ketenteraman awam

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai