Anda di halaman 1dari 7

1

Bahagian A
Jawab semua soalan. – 15 markah

1. Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Zon Bebas dari Senjata Nuklear ( SEANWFZ )?
I memiliki , meletak atau menggunakan senjata nuklear
II negara kuasa besar tidak boleh menceroboh kedaulatan negara ASEAN
III menggunakan negara ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuklear
IV kerjasama negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa luar

A I dan II C I dan III


B II dan IV D III dan IV

2. Yang manakah antara perkara berikut yang mengubah dasar luar Malaysia?
I penghapusan dasar Aparteid
II kejatuhan Iraq ke tangan Amerika
III hubungan damai negara-negara Eropah
IV perkembangan hubungan diplomatic antara negara ASEAN

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

 Berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar


 Menjadikan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa

3. Pernyataan di atas ialah matlamat


A Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE ) C Dialog Antarabangsa Langkawi
B Mesyuarat Asia-Eropah ( ASEM ) D Perundingan Ekonomi Asia Timur
( EAEC )

4. Yang manakah berkaitan dengan sengketa Laut Cina Selatan Selatan?


I persengketaan yang merupakan ancaman kepada keamanan pasca perang
II persengketaan yang melibatkan lima buah negara ASEAN
III persengketaan melibatkan persaingan kawasan minyak
IV persengketaan berkenaan Kepulauan Spratly

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2

Peranan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam ( OIC )

Ancaman global

 Tindakan dan kerjasama secara kolektif


 Berlaku selepas pembakaran Masjid Al-Aqsa

5. Yang manakah merupakan ancaman global Persidangan Negara-negara Islam ( OIC ) ?


I Hak komuniti Islam
II konflik Israel – Palestin
III serangan pengganas di Amerika
IV masalah perdagangan antarabangsa

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6. Apakah tujuan hubungan Malaysia secara bilateral atau multilateral ?


A mempromosikan kepentingan nasional
B membuktikan kekuatan keselamatan social
C menguar-uarkan kemajuan teknologi nasional
D membuktikan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum

7. Yang manakah benar tentang bentuk kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN + 3?
I kerjasama ketenteraaan
II kerjasama saintifik dan teknikal
III pembentukan blok perdagangan
IV bantuan kewangan dan pakej pinjaman

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

8. Antara berikut yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara
( SEAMEO )?
I menubuhkan INNOTECT
II meningkatkan pengurusan bencana alam
III mengadakan Pusat Kajian Bahasa Inggeris
IV mengadakan hubungan persahabatan melalui Sukan SEA

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
3

Masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah negara yang
komited dalam memulihara alam sekitar global, terutamanya dengan pemulihan lapisan
ozon global

9. Yang manakah antara berikut yang bersesuaian dengan pernyataan di atas


A Prokotol Kyoto C Protokol Madrid
B Protokol Montreal D Protokol Cartagena

 Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan , sumber manusia,


saintifik dan teknikal serta infrastruktur
 Pembentukannya dimeterai di Malaysia

10. Pernyataan di atas merujuk kepada


A Forum Serantau ASEAN C Komuniti Ekonomi ASEAN
B Dialog Utara-Selatan D ASEAN + 3

11. Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I menghormati kedaulatan setiap negara
II mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

A I dan II C I dan III


B II dan IV D III dan IV

12. Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa?


A memperjuangkan kepentingan negara membangun
B menyetujui amalan perlindungan pasaran
C memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi
D menyokong langkah ketenteraan dalam membanteras jenayah transnasional

13. Yang manakah tujuan Malaysia mengutarakan Pergerakan Kesedehanaan Global ( GMM )
dalam persidangan antarabangsa?
A untuk menangani isu keganasan antarabangsa
B untuk memastikan perdagangan bebas dan adil
C untuk mengawal masalah perubahan iklim yang drastik
D untuk meningkatkan hubungan diplomatic

14. Antara berikut, yang manakah merupakan isu-isu yang mengharumkan Malaysia di mata dunia?
I prestasi tentera Malaysia di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendapat
pengiktirafan dunia
4

II menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


sebanyak tiga kali
III berkecuali dalam isu Amerika Syarikat- Iraq, Perang Kosovo dan Perang Bosnia-
Herzegovina
IV menjadi jurucakap negara-negara Dunia Ketiga

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

15. Yang manakah kes yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa?


A pemerdagangan manusia
B penipuan warga asing dalam jenayah siber
C penangkapan nelayan Thailand yang menceroboh perairan Malaysia
D pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan untuk tujuan pembersihan etnik

Bahagian B – 15 markah

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini.

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan nilai eksport Malaysia mengikut
negara terpilih pada tahun 2015 dan tahun 2016. Jelaskan sebab berlakunya keadaan sedemikian.

MALAYSIA : NILAI EKSPORT NEGARA KE NEGARA-NEGARA TERPILIH PADA


TAHUN 2015 DAN TAHUN 2016

Eksport Malaysia ( RM Juta )


Negara
Tahun 2015 Tahun 2016
Brazil 3117 2637
Jerman 19 639 20 143
Mexico 6257 7048
Pakistan 4122 4328
Somalia 260 299
Australia 28 082 24 000
Brunei Darussalam 2687 1933
Jumlah 64 164 60 388

( Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016 )


5

17. Berdasarkan maklumat dalam carta di bawah ini, ulaskan punca sosioekonomi yang
menyebabkan kemunculan penyakit kronik utama kepada manusia.
6

Bahagian C – 50 markah

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tuliskan karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

18. Banyak isu dan cabaran yang berbangkit dalam hubungan kejiranan Malaysia dengan negara
sekitarnya. Malaysia sama sekali menolak unsur kekerasan dalam menangani konflik yang timbul.
Bincangkan.

19. Kawasan pentas benua di Laut Cina Selatan merupakan punca berlakunya pencerobohan
nelayan asing di perairan Malaysia. Keadaan ini membawa pelbagai kesan negatif. Bincangkan.

20. Pengeluaran minyak sawit Malaysia disabotaj oleh Persatuan Minyak Soya Amerika Syarikat.
Jelaskan alasan yang digunakan serta langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi
menangkis dan meningkatkan kemajuan industry sawit negara.
7

Nama: ……………………………………………… Kelas: …………

900/3 STPM 2020


PENGAJIAN AM
KERTAS 3
(Dua jam)

SEKOLAH MENENGAH DATUK MANSOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE TRIAL EXAMINATION)

Arahan kepada calon :


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A.
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya
jawapan pertama yang akan diperiksa.
Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya dua
jawapan pertama yang akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu
helaian jawapan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


@SMKDM

Anda mungkin juga menyukai