Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN SET 1 : DASAR LUAR DAN ASEAN

1. Yang manakah merupakan matlamat utama Malaysia mengadakan hubungan


dengan
negara luar?
A Mencari pengaruh politik
B Mendapatkan bantuan ekonomi
C Menjamin keselamatan negara daripada ancaman luar
D Menjaga keharmonian, hubungan politik, dan kerjasama ekonomi

2. Yang manakah antara perkara berikut yang mengubah dasar luar Malaysia?
I Penghapusan Dasar Aparteid
II Kejatuhan Iraq ke tangan Amerika
III Hubungan damai Negara-negara Eropah
IV Perkembangan hubungan diplomatik antara negara ASEAN

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

3. Yang manakah benar tentang matlamat Piagam ASEAN ?

i. Tanggungjawab meningkatkan keselamatan ialah tanggungjawab kolektif


ii. Menghormati negara anggota untuk mentadbir negaranya sendiri
iii. Mengurangkan jurang kemiskinan antara negara anggota
iv.Pergantungan kepada penyelesaian secara ketenteraan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

 Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik seperti


Lautan Hindi dan Lautan Pasifik
 Malaysia merupakan sebuah pulau yang terlindung dari tiupan
angin monsun Barat Daya dan angin monsun Timur Laut

4. Pernyataan di atas merujuk faktor dalaman


A sejarah B ekonomi
C penduduk dan saiz negara D geopolitik dan geostrategik

5. Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Zon Bebas dari Senjata Nuklear
(SEANWFZ)?
I Memiliki, meletak atau menggunakan senjata nuklear
II Negara kuasa besar tidak boleh menceroboh kedaulatan negar ASEAN
III Menggunakan negara ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuklear
IV Kerjasama negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa
luar
A I dan II B II dan IV C I dan III D III dan IV

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

6. Pernyataan di atas merujuk


A kerjasama antara negara Eropah dengan Malaysia
B barangan yang dijual bebas daripada halangan tarif (NTB)
C rancangan Malaysia untuk meningkatkan penjualan bahan mentah
D langkah untuk menggembleng semua usaha ke arah pembentukan pasaran

7. Yang manakah benar tentang usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara


(ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini?
I Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (SEANWFZ)
II Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
III Forum serantau ASEAN (ARF)
IV Mesyuarat ASEAN + 3
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8.  Projek Baja Urea ASEAN di Filipina


 Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

Kerjasama di atas membawa kepada


I Meningkatkan kerjasama ekonomi rakyat ASEAN
II Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN
III Mengambil langkah menarik pelabur Eropah dan Amerika
IV Menetap hak ekslusif atas zon ekonomi di negara ASEAN
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9.  Berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar


 Menjadikan destinasi pelancongan bertaraf
antarabangsa

Pernyataan di atas ialah matlamat


A Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) B Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
C Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) D Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

10. Yang manakah berkaitan dengan sengketa Laut Cina Selatan?


I Persengketaan yang merupakan ancaman kepada keamanan pasca perang
II Persengketaan yang melibatkan lima buah negara ASEAN
III Persengketaan melibatkan persaingan kawasan minyak
IV Persengketaan berkenaan Kepulauan Spratly
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11. Yang manakah matlamat penubuhan ASEAN + 3 ?


I Mewujudkan kestabilan politik
II Mewujudkan kerjasama keselamatan
III Merealisasikan kerjasama perdagangan
IV Meningkatkan kerjasama Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

 Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik
dan hak milik semua.
 Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

12. Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam


A Piagam ASEAN
B Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
C Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
D Memorandum persefahaman SegiTiga ASEAN

13. Yang manakah matlamat Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)?
A Menyelesaikan hal ehwal dalaman negara yang bergolak
B Penggunaan senjata nuklear adalah dilarang
C Memberi bantuan ketenteraan kepada negara yang diancam peperangan
D Mengelakkan keterlibatan dalam mana-mana pertikaian antara kuasa
besar
 Malaysia dan Brunei Darussalam membuat tuntutan hak
melombong sumber simpanan petroleum di luar persisir
pantai kawasan Laut China Selatan.

14. Tuntutan kedua-dua buah negara di atas berasaskan


A Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE)
B Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
C Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
D Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau

15. Antara berikut yang manakah menjejaskan kerjasama ekonomi antara negara-
negara ASEAN?
I Perbezaan fahaman politik antara negara angota
II Tahap kemajuan ekonomi negara anggota yang jauh berbeza
III Mata wang yang berlainan yang digunakan oleh setiap negara anggota
IV Negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada
kepentingan serantau
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai