Anda di halaman 1dari 9

SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

JAWAB SEMUA SOALAN

1.
• Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak
milik semua
• Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam

A Piagam ASEAN
B Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
C Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
D Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN STPM 2013

2. Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN +3?

I Kerjasama ketenteraan
II Kerjasama saintifik dan teknikal
III Pembentukan blok perdagangan
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV STPM 2013

3. Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk
mengekalkan semangat setia kawan dlam kalangan Negara anggota?

A Menubuhkan pakatan ketenteraan


B Menganjurkan forum serantau ASEAN
C Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota
D Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman STPM 2013

4.
• Masyarakat penyayang
• Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara
Pernyataan di atas merujuk kepada

A Projek Perindustrian ASEAN


B Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
C Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
D Memorandum Persefahaman Pembangunan ASEAN Timur STPM U3 2013

5.
• Mewujudkan kestabilan politik kawasan serantau
• Mewujudkan persekitaran yang selamat
Pernyataan di atas merujuk kepada

A ASEAN+3
B Forum Serantau ASEAN (ARF)
C Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
D Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) STPM U3 2013

1
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

6. Yang manakah pendirian Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan anggota Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara?

I Pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan


II Masalah domestic hendaklah diselesaikan oleh rakyat Negara itu sendiri
III Bantuan ketenteraan hendaklah diberi jika melibatkan keselamatan Malaysia
IV Negara anggota diberi peluang terlibat sama menyelesaikan masalah Negara jirannya

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV STPM U3 2013

7. Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan Negara-negara serantau?

A Forum Serantau ASEAN


B Wilayah Ekonomi Koridor Utara
C Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand STPM 2014

8. Peristiharan “Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali” oleh ASEAN bertujuan untuk

A menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear


B menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
C mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
D menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara STPM 2014

9. Perundingan multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan dalam


memelihara keamanan dan kestabilan

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Mesyuarat Asia-Eropah
B Forum Serantau ASEAN
C Sidang Kemuncak Asia Timur
D Dialog Antarabangsa Langkawi STPM 2014

10. Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN?
I Pencegahan penyakit AIDS
II Keselamatan makanan
III Peraturan pilihan raya
IV Membanteras rasuah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV STPM 2014

2
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

11.
• Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik
• Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Komuniti Sosio-Budaya ASEAN


B Komuniti Ekonomi ASEAN
C Forum Serantau ASEAN
D Piagam ASEAN STPM U3 2014

12. • Meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara yang berjiran


• Merancang pembangunan sektor pelancongan, sektor perindustrian dan infrastruktur.

Hasrat di atas dapat dicapai melalui kerjasama dalam

A ASEAN +3
B Komuniti Ekonomi ASEAN
C Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan
D Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN STPM U3 2014

13. Yang manakah pendirian Malaysia untuk menangani isu dalaman yang berbangkit dalam kalangan Negara
anggota ASEAN?

A Masalah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri


B Masalah hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa
C Penyelesaian masalah hendaklah mengambil kira pandangan negara jiran
D Negara anggota diberikan peluang untuk terlibat sama dalam penyelesaian masalah
STPM U3 2014

14.
• Masyarakat ASEAN berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti yang
sama dan hala tuju strategik yang serupa
• Mencapai integrasi ekonomi yang komprehensif

Yang manakah entiti yang boleh mencapai hasrat di atas?

A Wawasan ASEAN 2020


B Komuniti Ekonomi ASEAN
C Kawasan Pelaburan ASEAN
D Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN STPM U3 2014

15.
• Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik
dan teknikal, dan infrastruktur
• Pembentukannya dimeterai di Malaysia

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Forum Serantau ASEAN


B Mesyuarat Asia-Eropah
C Dialog Utara-Selatan
D ASEAN+3 STPM U3 2014

3
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

16. Yang manakah projek yang ASEAN mempertanggungjawabkannya kepada Malaysia?

A Pusat Latihan Wilayah bagi Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara


B Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik
C Pusat Kajian Bahasa Inggeris
D Pusat Inovasi dan Teknologi STPM U3 2014

17. Apakah usaha ASEAN bagi mengelak campur tangan kuasa besar di rantau Asia Tenggara?
A Membentuk Piagam ASEAN
B Mengambil alih kawalan Selat Melaka
C Mengisytiharkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
D Mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik negara anggota
STPM 2015
18.
• Memakmurkan jiran
• Meningkatkan hubungan dan kerjasama ekonomi dengan negara jiran

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Zon Ekonomi Eksklusif


B Kerjasama Ekonomi Asia Timur
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur STPM 2015

19. Yang manakah berkaitan dengan tumpuan ASEAN mengenai keselamatan dan kestabilan?
A Konsep ASEAN +3
B Zon Ekonomi Eksklusif
C Forum Serantau ASEAN
D Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga STPM 2015

20.
• Pulau X menjadi rebutan antara Malaysia dengan Negara jiran sehingga
terpaksa dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan.
• Keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia.

Pulau X merujuk kepada

A Pulau Spratly
B Pulau Ligitan
C Pulau Ambalat
D Pulau Batu Putih STPM 2015

21.
• Kematangan kerjasama serantau
• Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Sukan Asia Tenggara
B Forum Serantau ASEAN
C Komuniti Sosiobudaya ASEAN
D Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN STPM 2015

4
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

21. Tujuan Malaysia menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan BEbas ASEAN adalah untuk

I menembusi pasaran global


II meningkatkan daya saing Negara
III menguasai pasaran produk perkilangan
IV menghapuskan sekatan perdagangan Negara anggota

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV STPM U3 2015

22. Yang manakah yang mencerminkan amalan untuk memperkukuh Konsep Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali?
A Membentuk Piagam ASEAN
B Membentuk komuniti budaya ASEAN
C Membincangkannya dalam Forum Serantau ASEAN
D Mendesak PBB campur tangan dalam kawasan berkonflik di Asia Tenggara
STPM U3 2015
23. Yang manakah matlamat penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?

A Menggelakkan penggunaan senjata nuklear di rantau ASEAN


B Menggelakkan percaturan politik kuasa besar di Asia Tenggara
C Menggelakkan penggunaan tenaga nuklear dalam kalangan negara anggota
D Menggelakkan perkembangan teknologi nuklear dalam kalangan negara anggota

STPM U3 2015

24. Yang manakah bukti Malaysia menyokong kerjasama dalam Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?
A Menyelesaikan masalah kemiskinan
B Membentuk kerjasama ketenteraan
C Menyediakan bantuan kewangan
D Membantu perkongsian inovasi STPM U3 2015

25. Yang manakah sumbangan Malaysia dalam ASEAN?


I Mengetuai Majlis Perbankan Islam
II Menjadi Pusat Pendidikan Serantau bagi Sains dan Matematik
III Menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
IV Menubuhkan pakatan ketenteraan melalui Forum Serantau ASEAN

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV STPM U3 2015

25. Cabaran yang dapat diselesaikan oleh Malaysia berkaitan dengan isu tuntutan bertindih ialah
A tuntutan ke atas Pulau Pisang
B tuntutan Filipina ke atas Sabah
C tuntutan ke atas Kepulauan Spratly
D tuntutan ke atas Puluan Sipadan dan Pulau Ligitan
STPM U3 2015
26. Yang manakah yang benar tentang tujuan penebuhan komuniti Ekonomi ASEAN?
I Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN
II Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar dirantau ASEAN
III Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak bebas dalam ASEAN
IV Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEA

5
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV STPM P3 2016

27. Yang manakah inisiatif ASEAN untuk mengurangkan rissiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?
A Pengisytiharan kawasan risiko tinggi
B Penempatan misi pengaman di kawasan konflik
C Dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik
D Pakatan ketenteraaan untuk mengawal keselamatan di sempadan
STPMP3 2016

28. Apakah rasional Malaysia mengutamakan jalinan hubungan diplomatik yang erat dalam kalangan negara-
negara ASEAN?

A keselamatan
B kepelbagaian etnik
C kedudukan geopolitik
D keunikan budaya penduduk STPMP3 2017

29. Malaysia membincangkan visi untuk mewujudkan komuniti ekonomi tunggal pada penghujung tahun 2015
dalam

A Kerjasama Selatan-selatan
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara STPM 2017

30. Malaysia menyokong gagasan Komuniti Ekonomi ASEAN kerana dapat


A membentuk satu blok perdagangan di rantau Asia Tenggara
B mewujudkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota
C melaksanakan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota
D menyatakan pendirian tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa
STPM 2018

31.
• Mengurangkan risiko keselamatan
• Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu-isu politik
dan keselamatan

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan


A Piagam ASEAN
B Forum Serantau ASEAN
C Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN
D Perisytiharan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
STPM 2018

32. Apakah sumbangan Malaysia dalam Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN?
A Membangunkan sektor keselamatan
B Membangunkan sektor telekomunikasi
C Mengadakan kerjasama infrastruktur fizikal
D Mengadakan kerjasama dalam sektor kesihatan
STPM 2018

6
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

33. Masalah kestabilan politik dan keselamatan rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara
anggota ASEAN dibincangkan dalam

A Mesyuarat ASEAN + 3
B Forum Serantau ASEAN
C Sidang Kemuncak ASEAN
D Mesyuarat Menteri- Menteri ASEAN

34.Yang manakah inisiatif Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain dalam
mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?
A Mengisytiharkan kawasan schagai berisiko tinggi
B Menempatkan misi pengaman di kawasan konflik
C Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik
D Menyertai pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan sempadan

35. Yang manakah sebab Malaysia menyokong Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara ?

I mengehadkan penggunakan tenaga nuclear


II menjamin keselamatan perairan di Selat Melaka
III menghalang pembinaan pusat penyelidikan negara nuclear
IV mengelakkan kemungkinan persaingan senjata nuclear di rantau ini

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

36. Yang manakah fungsi Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia?

A. Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa rasmi ASEAN


B. Menyelaraskan system ejaan dan istilah Bahasa Melayu
C. Mengkaji selidik sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu
D. Memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa

37. Asas Kerjasama ekonomi ASEAN adalah untuk


I mewujudkan Kerjasama perdagangan bebas serantau
II menghasilkan industry automobile secara Bersama
III mencapai kebebasan urusan perdagangan
IV menjadi Pakatan ekonomi yang kuat
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

38.
• Menentang penggunaan kekerasan
• Tidak campur tangan dalam politik negara anggota

Malaysia memberikan komitmen kepada prinsip Piagam ASEAN di atas untuk…


I membendung jenayah rentas benua
II melahirkan komuniti budaya ASEAN
III memelihara kepentingan strategik negara
IV mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39. Malaysia mencetuskan idea penubuhan ZOPFAN yang bertujuan untuk ….


I menghindari Asia Tenggara daripada berkonflik dengan kuasa-kuasan besar
II tidak menggunakan kekerasan sekiranya tidak ada provokasi
III mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia
IV membolehkan negara di Asia Tenggara menentukan nasib negara sendiri

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

40. Matlamat kerjasama ASEAN + 3 adalah untuk...

I. mewujudkan kestabilan politik


II. mewujudkan kerjasama keselamatan
III. merealisasikan kerjasama perdagangan
IV. meningkatkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

41. Tujuan Malaysia menganggotai ASEAN adalah untuk ...

A. memperkukuhkan pakatan keselamatan


B. menangani jenayah rentas sempadan
C. meningkatan kerjasama perdagangan
D. menggalakkan perkongsian sumber ekonomi

42. Malaysia menyokong ‘dasar memakmurkan jiran’ dengan ...

A. menyertai Dialog ASEAN +3


B. menandatangani Perjanjian Pelaburan ASEAN
C. menyokong Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
D. melaksanakan Rangka Kerja Pembangunan Segi Tiga

8
SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 – TOPIK 2 (ASEAN)@tchian

Anda mungkin juga menyukai