Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 15/03/2018

Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara.

Jumlah penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan
2010 yang telah disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu

orang. Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah
warganegara meningkat pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala
pada tahun 2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan
dijangka meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah
warganegara perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada
tahun 2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu
orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding
perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki
seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun
berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi
warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat
dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008,
menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010
masing-masing.

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang

pada tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki
bumiputera pada tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan lelaki
bumiputera masing-masing dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 574.4
ribu orang pada tahun 2010.

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan

setiap tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang.
Bilangan ini terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang.
Seterusnya dijangka menokok kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala
data bagi kaum India perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan
969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum
lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Anda mungkin juga menyukai