Anda di halaman 1dari 41

3.2.

2 DASAR SOSIAL &


BUDAYA
1) DASAR SOSIAL NEGARA
2) DASAR SUKAN NEGARA
3) DASAR ALAM SEKITAR NEGARA
4) RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
(RFN)
5) DASAR WANITA NEGARA
6) PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN (PIPP)
7) DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi
mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Matlamat
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat
mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial,
ekonomi
dan
teknologi.
Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi
diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan
ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi,
progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan
2020.

Objektif
Objektif Umum
1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup
secara berterusan.

Objektif Khusus
1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara
menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai
murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;
b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial;
d. Menjana sinergi multisektor.

Objektif 1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan MasyarakatDipenuhi
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga
dan masyarakat berhak menikmati:
a. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya;
b. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan;
c. Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni;
d. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan/kerjaya,
keselamatan, kerohanian dan maklumat;
e. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh
undang-undang; dan
f. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1: a. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat
dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara.
b. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak
terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
c. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan
komuniti.

Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat


Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender,
wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini
bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri
dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima
kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2: Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.
Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan
dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat.
Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan
sel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat
di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan komuniti.
Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta
rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.
Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan
tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai
seorang dewasa sepenuhnya kelak.
Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu,
diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan
sosial.
Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk
menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta perubahan dalam kerjaya.
Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan
kematangan, pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada
masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.
Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang memerlukannya dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan
mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat
mereka.
Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat.
Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan
anggota kumpulan berkaitan.

Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial
Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti,
kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan
berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai
tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk
menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:a. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan
serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.
b. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap
toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza.
c. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras
dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan
saling memahami antara penganut pelbagai agama.
d. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang
fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.
e. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan
kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.
f. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi
dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.
g. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat
organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya.
h. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu
menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk
mengenal pasti gejala sosial.

i. Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi
perkhidmatan sosial.
j. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua
program dan aktiviti pembangunan awam dan swasta.
k. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk sosial yang lengkap bagi memantau secara objektif dan
tepat berkaitan kemajuan pembangunan sosial.
l. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci, objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta
menyebarkan kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha yang diambil untuk menanganinya adalah
cekap dan berkesan.
m. Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak
formal agar anggota masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan.
n. Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat
bimbingan serta menentukan perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separa-profesional.
o. Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap
anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya.
p. Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan pendampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang
memerlukan pertolongan dan bimbingan.
q. Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk
mengendalikan berbagai jenis krisis sosial dengan berkesan.
r. Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar
masyarakat.
s. Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman degan kadar yang tidak membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat
keputusan tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat.
t. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi
keperluan anggota masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.
u. Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui penubuhan kelompok sokongan.
v. Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk
semua kumpulan sasar.

Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor


Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya
wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua
anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan
peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:a. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan
sukarela untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan
pencapaian matlamat pembangunan sosial.
b. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk
merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial
dalam masyarakat.
c. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri,
bahagian/ daerah dan komuniti.
d. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras
dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.
e. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan pembangunan sosial.
f. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada
anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik.
g. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada
persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat.
h. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan
menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.
i. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan
pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

Penutup
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang
merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan
sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada
perancangan dan pelaksanaan program pembangunan
sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi
suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan
sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan
menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial
Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan
keberkesanan pencapaian pembangunan sosial.
Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan
kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

Dasar Sukan Negara

Merupakan dokumen yg komperhensif ke arah


perkembangan , kemajuan dan pembangunan sukan
negara .

MERANGKUMI 2 ASPEK

Sukan massa

Sukan utk
kecemerlang
an

Sukan Massa

Aktiviti2 rekreasi fizikal


& sukan yg brlku scra
spontan / diuruskn dgn
tujuan mnglkkn pnyrtaan
yg lbih luas &bukan
semata2 utk prtndingn d
peringkt
kbngsaan/antarabngsa

Bertujuan untuk
pengekalan dan
peningkatan
tahap kesihatan
& kesejahteraan
anggota
masyarakat

Sukan Untuk Kecemerlangan


Sukan pertandingan yg di
urus mngikut praturn &
syarat2 Persektuan Sukan
Antarabangsa Olimpik di
peringkat kebangsaan dan
antarabangsa utk tntukn
pemenang .

Rasional Sukan
Negara

Masyarak
at

Individu

Negara

Peringkat Individu
Sukan menyumbangkan kepada : Pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk
semangat pertarungan .
Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal .
Penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah dan
bermakna
Pengurangan tekanan hidup moden
Interaksi sosial yang bermakna
Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.

Peringkat Masyarakat
Sukan membantu kepada :
Pengalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral
rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional .
Pewujudan sekitaran untuk memupuk perhubungan
komuniti yang lebih baikdi dalam pelbagai kumpulan
etnik dalam negara
Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti
Pencegahan jenayah remaja dengan penggunaan
masa lapang yang bermanfaat

Di Peringkat Antarabangsa

Peningkatan
Pencapaian

maruah bangsa

kecemerlangan
kepada peringkat
yang paling
tinggi

Pemupukan
persahabatan

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,


berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan
yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih
baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

Untuk menyediakan peluangpeluang dan kemudahankemudahan bagi memenuhi


keperluan asasi sosial, psikologi dan
fisiologi bagi individu melalui sukan

Untuk membangun dan meningkatkan


pengetahuan serta amalan sukan bagi
kepentingan kebajikan sosial seseorang individu
disamping merasai nikmat kesenggangan
kalangan orang awam .
Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap
tertinggi dengan semangat kesukanan yang tulen
di pertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dan juga dengan harapan
mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara .

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA


Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan
untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan
budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia
menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan
lestari.
Tujuan DSN adalah untuk :Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif
bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi
yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan

Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi
dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
1. Pengawasan Alam Sekitar
Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan manusi.
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu
Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta
Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan
orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk,
merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN


Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar
ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan,
memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan
untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah
dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti
dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan
konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut: Pendidikan dan kesedaran.
Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.
Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu.
Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.
Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.
Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(PIPP)

Objektif (PIPP)
dirangka untuk melaksanakan dan
merealisasikan satu sistem pendidikan
yang holistik, progresif, bermoral dan
bertaraf dunia.

Enam Teras(PIPP)
1. Membina negara bangsa
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan dan
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

1.Membina Negara Bangsa


Matlamat ialah untuk melahirkan pelajar yang memiliki:
Jati diri yang kukuh
Patriotik
Berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral
Hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang
Demokratik
Liberal
Bertolak ansur
Berfikiran dan berbudaya saintifik
Hidup bersatu padu

Strategi
(Membina Negara Bangsa)
1.Memperkasa bahasa Melayu sebagai asas
perpaduan dan bahasa ilmu dengan menggiatkan
aktiviti kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan,
penterjemahan dan penerbitan
2.Memantapkan perpaduan negara dan intergrasi
nasional dengan meningkatkan aktiviti seperti
RIMUP,kelab rukun negara,kempen cinta akan
warisan bangsa dan negara

Menerapkan warisan budaya dan kesenian


bangsa dengan membina sekolah seni dan
meningkatkan kerjasama dengan
Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan
Warisan
Memperkukuh budi bahasa dan adab
Membentuk sahsiah pelajar melalui:
-pemantapan kurikulum
-pemantapan program kokurikulum dan
sukan
-pengukuhan program3K
(Keselamatan,Kebersihan,Kesihatan)
-pengukuhan displin pelajar melalui JK
Induk dan JK Bertindak bagi Menangani

Program Rancangan Integrasi


Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
merupakan jalinan antara dua agensi
utama iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan
Intergasi Nasional serta Jabatan Pelajaran
Negeri bagi membentuk pelajar saling
berkomunikasi dan bekerjasama antara
pelbagai kaum serta dapat mempelajari
beberapa kaedah cara hidup dan
permainan tradisi kaum masing-masing
melalui silang budaya.

2.Membangunkan Modal Insan


Matlamat memupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan,kemahiran dan kompetensi,menerapkan
nilai,moral dan sikap positif serta membina disiplin diri
dalam kalangan pelajar

Strategi:
(Membangunkan Modal Insan)
Mengadakan lebih banyak pilihan dalam pendidikan kepada ibu bapa dan
pelajar

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata


pelajaran dan bidang pengkhususan.
Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat(SAR) dan Sekolah Agama Negeri
(SAN) akan diteruskan.
Pelaksanaan matapelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan
diperluaskan.
Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk


menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca.
Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk
bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan.
Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan
disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD).
Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan
bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan
Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus
dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P.
Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik
minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

Membentuk keterampilan dan keperibadian


pelajar
Memantapkan dan memperbaharui sistem
pentaksiran dan penilaian pelajar

3.Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan
Matlamat meningkatkan dan memperkukuh perpaduan
dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan
semua sekolah mempunyai kesamarataan beroperasi
secara berkesan

Strategi:
(Memperkasakan Sekolah Kebangsaan)
Peluasan program sekolah
Pemantapan Kokurikulum
Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil
Memperluaskan program j-QAF
Memperluas pendidikan Teknik dan Vokasional termasuk MPV
Meningkatkan pencapaian 3M
Pembestarian sekolah
Pemantapan program kokurikulum dan sukan
Penambahbaikan sistem sokongan
Peningkatan prestasi SK
Peningkatan kualiti prasarana SK
Pemantapan Kepimpinan sekolah
Peningkatan kualiti guru
Pengukuhan budaya sekolah

4.Merapatkan Jurang Pendidikan


Matlamat memastikan semua sekolah dan pelajar
mempunyai peluang keupayaan yang sama untuk
cemerlang

Strategi:
(Merapatkan Jurang Pendidikan)
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan serta
guru mencukupi di luar bandar
Merapatkan jurang digital
Meningkatka kadar penyertaan
Penguasaan 3M
Pengurangagn kadar keciciran
Penyediaan pendidikan OKU
Penyediaan pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat
Memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin,berkeperluan
khas dan suku minoriti

5.Memartabatkan Profesion Keguruan


Matlamat menjadikan profesion keguruan dihormati dan
dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul
dalam pembinaan generasi masa hadapan negara

Strategi:
(Memartabakan Profesion Keguruan)
Menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan
guru
Memperketat syarat dan kriteria ambilan calon
Menambah baik perjawatan dan naik pangkat untuk PPP
(PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN) di
KPM(Kementerian Pelajaran Malaysia)/JPN(Jabatan Pelajaran
Negeri)/PPD(Pejabat Pelajaran Daerah)
Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif
Menambah baik kebajikan guru
Penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan

6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi


Pendidikan
Matlamat pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan

Strategi:
Melonjakkan Kecemerlangan
Institusi Pendidikan
Memperkenalkan standard dan penandaarasan
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Peningkatan jalinan antara sekolah cemerlang dalam
dan luar negara
Penggalakan penubuhan institusi pendidikan swasta
dan antarabangsa
Mempelbagaikan pilihan aliran bagi memenuhi
keperluan pelajar

Anda mungkin juga menyukai