Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan wacana etika + pembangunan dalam kurikulum pendidikan tinggi

-Awal 1991 Tun Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad - mengumumkan Wawasan 2020 - perancangan jangka panjang jadikan Malaysia sebuah negara maju - menjelang 2020 - Malaysia - negara yang bersatu - masyarakat Malaysia yang yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. -Malaysia adalah negara membangun paling berjaya memberi peluang kepada rakyatnya memperoleh pendidikan tinggi yang meliputi 39 peratus kohort pelajar berusia antara 17 hingga 23 tahun. Kepentingan wacana etika -peranan penting - mengendalikan tatacara kehidupan manusia - menguruskan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat - memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. -kepentingan etika dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Kebebasan telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia demi menyekat perbuatan manusia - bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada norma kemanusian - ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman - pendedahan tentang moral atau akhlak - kawal perilaku dalam aspek kehidupan - juga dikenali sebagai etika - Penerapan etika dalam kehidupan seharian - Etika haruslah diselitkan ke dalam setiap pembangunan * cara bergaul seseorang terhadap lingkungannya. * Etika berpakaian cara berpakaian mencerminkan kepribadian seseorang - berpakaian di kantor - sopan jangan sampai pakaian terlalu ketat atau seksi ketat membatasi ruang gerak dan tidak enak dilihat guna pakaian tertutup * Etika berkomunikasi sikap ramah tamah senyum dan sapa Pembangunan dalam kurikulum pendidikan tinggi - tahap kualiti kurikulum pengajian - menjamin pendidikan - memenuhi peranan asasinya sebagai wadah atau saluran terpenting pembangunan manusia - memastikan generasi yang dibangunkan dapat bersaing secara yakin di pentas dunia baru yang serba mencabar di masa depan. - bertimbang rasa - pelajar tempatan - menikmati pendidikan berkualiti dengan kos paling minimum hanya lima peratus (5%) - dasar mengenakan kos pentadbiran universiti hanya lima peratus secara purata yang dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - meliputi yuran pengajian dan dana untuk perbelanjaan sara hidup sebagai seorang pelajar - merangsang pelajar untuk gigih, bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam konteks pengajian mereka. Kaedah pembiayaan itu - memastikan kelestarian penawarannya - adil dari segi tanggungjawab sosial - menambah baik model operasinya - pelepasan pembayaran balik pinjaman bagi graduan cemerlang dan penurunan caj perkhidmatan sebanyak 20% - Skim simpanan - disusuli dengan insentif untuk menabung seperti aspek pulangan dan pelepasan cukai - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju melupuskan hutang pinjaman pendidikan bernilai RM1 bilion diberikan kepada pelajar tajaannya yang menamatkan pengajian masing-masing dengan pengecualian membayar pinjaman kepada pelajar cemerlang. Dan 80 % pengecualian

- universiti-universiti terus membangun - dari segi prasarana - modal intelektual pelajar - membentuk karektor diri secara dalaman - di menara gading -jiwa yang suci dan idealism- perjuangan untuk memajukan negara - latihan jasmani menyucikan jiwa - membentuk pemikiran yang cergas - ramuan untuk menjamin kemerdekaan negara terus dipertahankan - menjadi saf hadapan negara membangun

- menyeluruh mencakupi kandungan ilmu yang harus diketahui pelajar serta kaedah atau teknik pembelajaran setiap bidang pengajian - Program inovasi - mengabungjalin seluruh ruang, persekitaran dan teknologi pembelajaran - kesan tertinggi terhadap pencapaian pendidikan - bentuk persediaan mendepani realiti perubahan - pembangunan kurikulum pendidikan yang bersifat inovatif memastikan generasi yang dibangunkan hari ini tidak ketinggalan oleh arus deras perubahan masa depan - model kurikulum pendidikan berinovasi - pembelajaran ilmu bercorak merentas disiplin, pengukuhan daya kepimpinan, penghargaan kepelbagaian budaya dan pembinaan generasi berwatak global perlu diperluaskan - pemikiran kritis - ketrampilan meneroka keluasan dan kekayaan sumber ilmu - kemahiran bekerja secara berpasukan - diterapkan dalam proses pembelajaran - keadilan social - Transformasi pengajian tinggi - dasar sistem meritokrasi yang diperkenalkan pada 2002 ganti sistem kuota bagi pemilihan calon yang layak ke IPTA - buka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum - kemampuan pelajar - 90 peratus markah akademik - 10 peratus markah kokurikulum - keutamaan akses ke IPTA kepada pelajar cemerlang - Memasyarakatkan ilmu dan pendidikan - sedar peranan dan tanggungjawab sesebuah universiti - tidak terhad menyalurkan ilmu kepada mahasiswa - melaksanakan program latihan kemahiran - meningkatkan pembangunan modal insan di kalangan belia - Contohnya, Dalam usaha ini, UMP bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melaksanakan program yang dinamakan Empower ECER Mahkota Kuala Pahang yang mensasarkan peningkatan kemahiran dan pendapatan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar - penghasilan bidang kepakaran universiti boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan merangsang pertumbuhan ekonomi, khususnya kepada penduduk setempat. - Apa yang sudah dilakukan sehingga ini dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi jelas menunjukkan komitmen negara untuk menentukan tidak ada pihak yang dipinggirkan. Semua lapisan masyarakat harus merasai pembangunan negara melalui pendidikan kerana keterangkuman adalah elemen penting dalam model ekonomi baru negara yang akan membawa kita menuju Wawasan 2020.

Pembangunan Seimbang + Kemiskinan Bandar


Kemiskinan Bandar Kemiskinan tidak mengenal kaum dan agama. Tetapi jika bandar-bandar besar masih ramai golongan miskin - Namun kenyataannya kemiskinan bandar tidak mengenal bangsa dan agama. Menurut perangkaan yang diberikan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isi rumah tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805. jumlah isi rumah miskin = 108,000 - Isi rumah miskin tegar di Sabah = 8,457 - Sarawak = 1,801. Bagi isi rumah miskin pula Sabah mencatatkan jumlah terbesar iaitu 42,400 diikuti oleh Sarawak 12600. Peningkatan kos hidup peningkatan harga barangan, tambang kenderaan awam, gula, elektrik dan air, Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat Contoh, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) - penurunan kadar kemiskinan, penambahbaikan kualiti hidup, peningkatan pendapatan dan bina upaya keluarga miskin Bantuan sewa rumah Bantuan kemasukan ke sekolah

Bantuan kemasukan ke IPT Bantuan kos jagaan kanak-kanak Bantuan kos pengangkutan kesekolah Bantuan kos pengangkutan ke tempat kerja Bantuan kos rawatan dialisis dan kos pengangkutan Pemberian subsidi lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan Kursus-kursus yang dijalankan meliputi bidang berikut: Pertanian (ternakan, ternak air, nursery bunga-bungaan, dll) Perkhidmatan (baik pulih kereta motor, baik pulih computer, dll) Pembuatan (kulinari, pemprosesan makanan, kraftangan, dll)

Komen membasmi kemiskinan: - pendidikan memainkan peranan penting dlm kehidupan manusia - mengubah nasib individu -berikan bantuan dari segi kewangan moral -lengkapi anak muda di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai kursus, bengkel-bengkel percuma dan pelbagai pertandingan yang diiktiraf - bantu usahawan kecil membangunkan kawasan luar bandar supaya orang luar bandar tidak perlu ramai-ramai berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah hingga membuat bandar menjadi terlalu sesak - Biarlah hasil kekayaan ekonomi negara disebarkan sama-rata ke semua daerah - Sebaliknya usaha pembangunan kerajaan terlalu tertumpu pada kawasan bandar khususnya Lembah Klang.

- Bantuan persekolahan, KWAPM, BKP, SPBT dan banyak lagi. - Bantuan 1 Malaysia Baucer Buku 1 Malaysia, Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.kedai 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia - Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) adalah salah satu daripada pelaburan yang disediakan oleh kementerian Kewangan yang mana bertujuan untuk menggalakkan golongan berpendapatan rendah untuk menabung. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500 juta dengan sasaran seramai 100 000 isi rumah menggalakkan rakyat untuk menabung dan membantu golongan yang berpendapatan rendah agar mampu mendapat pulangan yang tinggi daripada simpanannya - Contoh, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dengan sokongan Kesatuan Miskin Bandar Kuching (SKUP) menubuhkan Pusat Latihan Kemahiran 1AZAM untuk menangani masalah kemiskinan di bandar raya ini. Pusat itu berperanan membantu golongan miskin bandar dalam menyediakan latihan kemahiran di bawah program 1AZAM. menyediakan latihan kemahiran jahitan dan pembuatan kek dan pastri

Pembangunan holistik tokoh & komentar

Manusia sebagai khalifah & pembangunan beradab

Konsep pembangunan beradab perlu diperjelaskan dan dijadikan landasan bagi wacana dan perlaksanaan pembangunan moden agar manusia mampu mengecapi kesejahteraan hasil dari pembangunan yang diusahakan.

Laporan Audit Negara 2013 & masa depan integrity perkhidmatan awam

Pelan Pendidikan Negara & pembangunan holistik


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pelan Pendidikan Negara 2013 2025 perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan negara - melonjakkan pencapaian memenuhi aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif - memastikan pelajar memiliki kemahiran diperlukan pada abad ke-21 Kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015 untuk menyediakan kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025 Memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dan luar bandar serta antara negeri dalam tempoh yang sama. Hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang serta teliti dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Mengakui bukan mudah melaksanakan transformasi sistem pendidikan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan, Kementerian Pendidikan dan beliau sendiri komited untuk mencapai semua matlamat dan aspirasi yang digariskan.

Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai konsep kualiti yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: * Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.

* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020. Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi. --- mengurangkan jarak dan perbezaan antara pencapaian bandar dan luar bandar. * Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. ---Mengutamakan perpaduan antara etnik * Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. ---kecekapan * Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan. ---penyediaan dan keperluan untuk kompetetif dan berdaya saing pada masa depan

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan. --- pengukuhan institusi keluarga * Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan. membina psikologi jiwa yang sihat * Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. --- pemeliharaan keadilan sosial * Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). --berdaya saing di peringkat antarabangsa * Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global. berdaya saing * Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun. --- kefahaman dan penghayatan seni budaya bangsa bagi mengukuhkan identiti rakyat- bahasa ibunda tidak pupus- memastikan kesinambungan budaya dan bahasa.

* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah. ---memahami kepayahan guruguru dan mengurangkan beban mereka

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak. ---pemeliharaan keadilan sosial, * Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Pembangunan Holistik Pembangunan holistik yang menyeluruh ini diperkenalkan dengan mementingkan keseluruhan -pembangunan iaitu secara inklusif dan bukan hanya bahagian-bahagian tertentu. Pendekatan ini - mewujudkan pembangunan seimbang mecakupi kemakmuran ekonomi, - pemeliharaan keadilan sosial, - mempertingkat ketahanan kerohanian masyarakat melalui penghayatan agama, - pengukuhan institusi keluarga, - kefahaman dan penghayatan seni budaya bangsa bagi mengukuhkan identiti rakyat, - pemeliharaan alam sekitar, - pelaksanaan urus tadbir yang amanah, cekap, adil, peka, terbuka dan mesra rakyat.

Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai konsep kualiti yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Peranan nilai dalam keberkesanan perkhidmatan awam & pembangunan mampan


Nilai - petanda yang menentukan atau mempengaruhi setiap tingkah laku atau pergerakan sesuatu kumpulan atau individu - pengaruh yang kuat terhadap sikap dan amalan seseorang atau sesuatu kumpulan - ialah perkara-perkara yang patut ada seperti tujuan, aspirasi, kepercayaan, misi dan matlamat. Contoh perkhidmatan awam: -Jabatan Pendaftaran Negara -Jabatan Imigresen Malaysia -Jabatan Akauntan Negara -Jabatan Kerja Raya -Lembaga Lebuhraya Malaysia -Jabatan Pembangunan Wanita -Jabatan Kebajikan Masyarakat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Pertama, nilai dan etika menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja negara. Kedua, nilai dan etika memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat. Ketiga, nilai dan etika Perkhidmatan Awam merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan. Contoh: Wakil rakyat di Pulau Pinang menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, akan menggunakan Mercedes Benz S300L sebagai kederaan rasminya, hanya dua bulan selepas menggunakan Toyota Camry 2.5 baharu. 4 unit rumah kos rendah boleh dibina.

Melalui unsur-unsur agama dan kebijaksanaan cendekiawan dalam masyarakat, manusia mendapati bahawa ada nilai-nilai murni yang merupakan sifat-sifat perilaku manusia sejagat. Nilai-nilai murni - ukuran utama kemuliaan tingkahlaku di antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain amnya, dan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam - dalam mendapai keharmonian perhubungan manusia sejagat. Perhubungan di antara manusia akan menjamin keharmonian dan kesedaran dalam masyarakat dari segi memastika peradaban yang tinggi dan mulia. Ia merupakan ukuran dan jaminan keamanan dan kebahagiaan hidup dalam negara. Adalah wajar bagi nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan mendalam.

Sistem Nilai Baru Perkhidmatan Awam Kerajaan juga tanpa jemu sentiasa menyeru penjawat awam agar memberikan khidmat terbaik menepati peredaran dan kehendak masa. Sesungguhnya, penjawat awam diukur keberkesanannya bukan sahaja melalui kecanggihan peralatan digunakan bahkan merangkumi budaya, nilai, budi bahasa serta motivasi dalam menjalankan dan menyampaikan tugas. Tentunya, matlamat utama penjawat awam ialah kesejahteraan rakyat. Semboyan utama Perkhidmatan Awam adalah perkhidmatan untuk rakyat. Rakyat mestilah terus didekati dan disusuri, difahami dan difahamkan, didengar keluh kesahnya serta dirasai setiap denyut nadinya supaya dapatlah bagi kita memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka. Setiap penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat dan kerajaan. Perkhidmatan Awam yang bertunjangkan dan berpaksikan rakyat diikat hubungan dengan tersemainya kebolehpercayaan dalam memberikan khidmat paling murni tanpa mengira tempat, masa dan rupa.

Pembangunan mampan Pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluankeperluan social dan alam sekitar.

Pusat Transformasi luar Bandar dan Bandar (RTC, UTC) Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat:

Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus; Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah; Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan; Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus; Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan perlbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandan di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Startegy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.

Anda mungkin juga menyukai