Anda di halaman 1dari 12

E-DAGANG

E-COMMERCE
PENDAHULUAN
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam
perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh
etronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk
juga e-dagang.
Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam
internet laman web.
Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat
dan mendapat sambutan menggalakan.
Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-
dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990
meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan pada tahun (2000) meningkat
ke $73 billion ( Mondahl,1995 ).
Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan
secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang
tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia (
Berita Harian,23 Mac,1999).
Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan
eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga.
DEFINISI E-DAGANG/ E-COMMERCE

E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang
dibuat melalui eletronik.
Proses yang terlibat seperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran
dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan.
Menurut Lee Foong Yeaw (1998) e-dagang adalah:
E-commerce includes any form of computerised commercial transactions. These
transactions may mean buying and selling of products and services on networked
computers over the Internet either by consumers or between company and
company.E- commerce also includes handling purchasing transactions,electronic
fund transfers (EFT), buying and selling of new "commodities" such as electronic
information concerning stock prices and classified advertisements.
KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada
beberapa cabang sains dan kajian.
Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan
sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi
menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini
teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan
dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan.
Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain
menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara
teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan,
perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.
Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan
teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam
perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian,
komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke
pasaran nasional dan global.
Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka
selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:

(a) Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu
sentiasa membangun.
(b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
(c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti
internet dan e-dagang.
(d) Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat,
melalui pelbagai bentuk media.
(e) Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat
dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
(f) Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-
bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan
perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Menyimpan maklumat
pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian
kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
(g) Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat
digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang
dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
(h) Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
(i) Memperbaiki mobiliti pernigaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan
membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat
paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan
cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat
untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya
mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
(j) Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih
murah, cepat dan efisien.
(k) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan
diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna
peralatan mesin yang berteknologi.
(l) Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga
membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung
PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL
E-dagang telah digunakan secara global di serata dunia bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.
Dalam memasarkan barangan dalam dan luar negara e- dagang memainkan peranan yang amat penting
dan sangat efesian sekali. Sebenarnya e-dagang penting dalam pasaran global adalah kerana ianya :-
Menggantikan konsep manual Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi
borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali clik di internet tanpa
membuang masa dan tenaga.
Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai
jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan
internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
Mengikut peredaran teknologi semasa Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat
walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di
internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-
ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya
menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.
Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi) Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-
dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana
pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.
Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi
pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam
sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL
Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu
membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan
barangan tersebut.
Keuntungan yang optimum Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia
perniagaan seperti agen dan sebagainya.
Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea,
sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.
Waktu bekerja yang flaksibel Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara
yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke
tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
Bekerja dimana-mana Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam
seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara
tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja.
Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.
Perniagaan Automatik Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.
Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding
berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu
jenis.
KELEBIHAN/KEBAIKAN PERNIAGAAN E
DAGANG

Kebaikan Dari Sudut Peniaga :


Kos Rendah Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan kos
sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain- lain kos yang berkait dengan kos
penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku.
Hubungan Terus Dengan Pelanggan Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan
sekadar mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga
cepat dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala kelemahan dengan
segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi.
Memudahkan Melakukan Perubahan Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta lain-
lain perkara yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan keadaan
semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai ke sasaran
Kawasan Pemasaran Yang Luas Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang untuk
mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan.
Kebaikan Dari Sudut Pengguna :

Banyak Pilihan Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan
daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat
pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih tinggi.
Menjimatkan Masa Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan serta
dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat pergi ke kedai
atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet dan seterusnya membuat
pesanan jika perlu.
Tiada Kos Tambahan Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau
mengurangkan melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak
akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.
Membuat Perbandingan Lebih Tepat Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau
perubahan spesifikasi dengan cepat daripada dieksplotasikan oleh penjual berkait dengan
permainan harga murah dengan mengurangkan item pada tawaran terdahulu. Ini dapat
dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu telah di simpan (save) terlebih dahulu.
SYARIKAT PELOPOR E-DAGANG
E-dagang masih merupakan salah satu kaedah perniagaan yang
membawa keuntungan jika di lakukan dengan cara yang betul.

walaupun pasaran saham dan komoditi menurun tetapi e-dagang


masih mampu bertahan dan menerima transaksi yang tinggi. berikut
merupakan syarikat-syarikat e-dagang yang telah berjaya dan
menjadi pelopor kepada teknologi e-dagang.

syarikat-syarikat ini telah mempelopori urus niaga menerusi dunia


siber dan telah menggunakan dan menerima teknologi e-dagang
ketika teknologi web masih pada peringkat awal diperkenalkan.
Antara syarikat e-dagang utama ialah
1. Amazon.com
2. ebay
3. Priceline.com

Anda mungkin juga menyukai