Anda di halaman 1dari 16

Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 1

Pendahuluan

Dunia hari ini masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19 apabila lebih daripada
9 juta orang di seluruh dunia disahkan positif yang melibatkan 469 ribu kes kematian.
Kesan ketara wabak ini bukan sahaja meragut nyawa berjuta-juta orang tetapi turut
memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi, krisis bekalan makanan serta
kehilangan pekerjaan yang mencecah 190 juta di peringkat global.

Pada masa kini, seluruh dunia turut bertungkus-lumus memerangi Covid-19 selain
menjalankan ujian saringan secara besar-besaran berserta amalan penjarakan sosial
(social distancing) turut ditetapkan. Ancaman penularan Covid-19 telah memaksa
seluruh dunia melaksanakan perintah berkurung (lockdown) atau Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian pandemik ini.

Kehadiran pandemik koronavirus ini telah mengubah segala-segalanya sejak dikesan


pada bulan Disember 2019 di Wuhan, China dan ia sekali gus mencetuskan
kebiasaan baharu dalam budaya kehidupan seharian masyarakat dalam pelbagai
aspek termasuk di Malaysia. Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia,
kebiasaan baharu (new normal) membawa maksud tingkah laku yang baharu atau
tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan biasa disebabkan oleh sesuatu perkara atau
wabak seperti Covid-19.

Pada masa yang sama, pelaksanaan perintah berkurung ekoran wabak Covid-19 turut
menyumbang kebaikan terhadap alam sekitar. Apatah lagi memberi nafas baharu
terhadap planet bumi ketika mana aktiviti manusia yang merangkumi pengangkutan,
pelancongan dan perindustrian dihentikan sementara. Perkara ini juga termasuk dari
segi penurunan kadar pencemaran udara dan pelepasan gas rumah kaca (GHG),
tahap kualiti sungai yang lebih baik, pantai yang bersih selain tahap kebisingan
persekitaran terutama di kawasan bandar dan perindustrian yang berkurangan.

Secara tidak langsung pandemik Covid-19 juga menyumbang impak yang negatif
terhadap alam sekitar terutama negara-negara maju yang terjejas seperti China, USA,
Itali dan Sepanyol. Antara contoh yang ketara dapat dilihat adalah peningkatan sisa
buangan sama ada domestik mahupun klinikal yang mendadak sepanjang perintah
berkurung dilaksanakan. Pencemaran plastik baharu di lautan seperti topeng muka,
sarung tangan dan botol pembasmi kuman juga antara yang dikenal pasti sepanjang
pandemik Covid-19 menular. Malah, pengurangan operasi kitar semula bahan
buangan turut berlaku terutama di USA dan Itali.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 2

Dalam dunia berusaha memerangi wabak ini daripada bertambah teruk, pendekatan
yang dilaksanakan perlu mengangkat prinsip-prinsip dan sudut pandangan Islam
dalam berhadapan wabak tersebut secara komprehensif. Pemikiran dan tingkah laku
manusia terutama umat Islam perlu berubah dengan berpandukan prinsip-prinsip al-
Quran dan sunnah Rasulullah SAW demi menjaga keseimbangan dan kelestarian
alam sekitar. Transformasi ini seharusnya diubah dan diamalkan bukan disebabkan
pandemik Covid-19 semata-mata tetapi juga termasuk cabaran krisis perubahan iklim
dan isu-isu pencemaran yang berlaku pada hari ini.

Selain itu, penyelesaian yang diambil bukan tertumpu untuk jangka pendek sahaja
tetapi solusi jangka panjang juga perlu diambil kira. Seperti mana kenyataan Dr
Renard Siew iaitu Penasihat Perubahan Iklim dan Kelestarian, Pusat Pentadbiran dan
Pengajian Politik (Cent-GPS), menyatakan penyelesaian pandemik ini bukan dilihat
dari sudut penjagaan kesihatan semata-mata tetapi perlu mengorak langkah
merangka naratif Covid-19 sebagai darurat kesihatan planet yang melibatkan alam
sekitar.

Hal ini demikian kerana, punca sebenar pandemik Covid-19 seharusnya dikaji secara
teliti termasuk perdagangan hidupan liar secara meluas dan penebangan hutan yang
tidak terhad. Dalam al-Quran terdapat banyak teguran Allah kepada manusia agar
tidak melakukan sebarang kerosakan di muka bumi ini seperti dalam ayat berikut yang
bermaksud:

“Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan
manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf
dan bertaubat). Katakanlah (Muhammad), "Mengembaralah kamu di muka bumi
kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah
dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

(Al-Rum:41-42)

Selain itu, kesan negatif yang secara tidak langsung berlaku seharusnya dipandang
serius oleh dunia dengan kaedah penyelesaian yang holistik dan kondusif. Bahkan,
langkah-langkah proaktif juga perlu diambil kira supaya pada masa akan datang tidak
lagi berlaku fenomena wabak penyakit yang meragut berjuta-juta nyawa seperti mana
yang berlaku pada hari ini. Pada masa yang sama, kesan positif Covid-19 terhadap
alam sekitar juga setidak-tidaknya dikekalkan atau dikawal meskipun pandemik ini
berakhir.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 3

Impak Positif dan Negatif Pandemik Covid-19 Terhadap Alam


Sekitar

Rajah 1: Gambaran impak positif dan negatif pandemik Covid-19 terhadap alam sekitar (Sumber:
Science of the Total Environment, 2020)

Antara beberapa kesan positif penularan Covid-19 secara tidak langsung terhadap
alam sekitar ketika mana perintah berkurung dilaksanakan adalah:

1. Penurunan tahap pencemaran udara

Pencemaran udara adalah lebih besar berisiko kepada kesihatan awam berbanding
merokok. Apatah lagi, ia mampu membunuh hampir tujuh juta orang di seluruh dunia
setiap tahun. Aktiviti manusia tanpa kawalan seperti pelepasan asap yang kotor dan
berbahaya terus ke udara melalui cerobong asap kilang, asap rokok, pembakaran
terbuka, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi telah menyumbang
pencemaran udara. Merujuk kenyataan WHO, menganggarkan 4.6 bilion manusia
mati setiap tahun sebelum waktunya disebabkan sesak nafas yang berkaitan secara
langsung dengan pencemaran udara. Oleh itu, menghirup udara yang segar dan
bersih merupakan hak manusia demi kelangsungan hidup yang perlu diakui.

Penurunan pelepasan karbon dan kadar pembebasan gas rumah hijau sejak
penularan Covid-19 telah membuka mata dunia bahawa kegiatan manusia yang
menyumbang kadar pencemaran tinggi terhenti sementara, mampu menyelesaikan
masalah pencemaran yang sering berlaku. Merujuk sumber Global Carbon Project
(GCP), kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelepasan karbon (carbon
emissions) global yang akan menurun sebanyak 2.5 bilion tan dan pengurangan
sebanyak 5 peratus dalam industri bahan api fosil pada tahun ini.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 4

Sementara itu, pelepasan karbon turut berlaku penurunan sebanyak 18 peratus


antara awal Februari hingga pertengahan Mac di China. Menurut kenyataan
Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, kualiti udara di China meningkat 11 peratus
dengan kategori “baik” yang merangkumi 337 kawasan bandar. Dalam pada itu,
permintaan dan pengeluaran tenaga di Kesatuan Eropah (EU) juga berlaku
penurunan yang menyebabkan pelepasan karbon menurun hampir 400 juta metrik tan
pada tahun ini. Perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan kadar pencemaran udara
semakin berkurangan.

Pada bulan Mac lalu, satellite imagery telah menunjukkan penurunan yang dramatik
dalam pencemaran udara di China, Iran, UK dan Itali semasa perintah berkurung
dilaksanakan. Berdasarkan kenyataan saintis dari Stanford pula menganggarkan
bahawa 77 ribu nyawa dapat diselamatkan di China iaitu hampir 10 kali jumlah
kematian di seluruh dunia akibat pandemik koronavirus pada ketika itu, dengan
pengurangan pelepasan gas-gas berbahaya dari kilang dan kenderaan.

Pada masa yang sama, sepanjang kuarantin dikuatkuasakan akibat pandemik,


kandungan Nitrogen Dioksida (NO2) telah menurun sebanyak 22.8 μg/m³ di Wuhan
dan 12.9 μg/m³ di China. Manakala, Particulate Matter (PM2·5) pula bukan sahaja
menurun di daerah Wuhan iaitu 1.4 μg/m³ tetapi 367 bandar di China juga menurun
sebanyak 18.9 μg/m³. Bahkan, melalui satelit Copernicus Sentinel-5P turut
menunjukkan kepekatan NO2 menurun begitu ketara di Rom (Itali), Madrid (Sepanyol),
Paris (Perancis) dan bandar-bandar utama di Eropah sepanjang sekatan pergerakan
yang ketat dilaksanakan.

Di Malaysia, semasa PKP dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April lalu, tahap
Indeks Pencemar Udara (IPU) di seluruh negara termasuk bandar-bandar utama
berlaku penurunan bahan pencemar udara dan direkodkan sebagai “indeks bersih”.
Sudah tentu perkara ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pengurangan aktiviti
seharian manusia seperti asap kenderaan bermotor, pelepasan asap cerobong
industri, pembakaran bahan api fosil selain kegiatan pembakaran terbuka serta
pembuangan sisa industri dan sampah-sarap.

Merujuk laporan Greenpeace, kos bagi pencemaran udara akibat pembakaran bahan
api fosil dianggarkan RM33.5 bilion sehari iaitu hampir 3.3 peratus daripada keluaran
dalam negara kasar (KDNK). Tambahan pula, kesan pencemaran udara berkaitan
bahan api fosil antara RM11.7 bilion hingga RM28 bilion setahun di Malaysia. Tidak
mustahil, pasca PKP yang melebihi 50 hari dilaksanakan bermula 18 Mac lalu turut
mengurangkan perbelanjaan berbilion ringgit oleh Kerajaan dalam pengurusan dan
pengendalian pencemaran meliputi udara mahupun sungai.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 5

2. Sungai dan pantai yang bersih

Selain pencemaran udara, kadar pencemaran sungai juga turut bertambah baik
sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan di dunia. Sumber air yang bersih bukan
sahaja penting untuk kehidupan seharian manusia malah hidupan air terutama di laut
juga terjamin. Selama beberapa dekad, hidrosfera seperti sungai, laut dan tasik begitu
tercemar teruk dengan kegiatan perindustrian, pertanian, penternakan dan
pembandaran yang melampaui batas.

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan pencemaran sumber air menurun


dan bertambah bersih berikutan sumber industri utama seperti pembuangan sisa
kilang, minyak mentah dan plastik pakai buang yang mencemarkan ekosistem akuatik
telah terhenti. Sebagai contohnya di Grand Canal, Itali dilihat air yang jernih ekoran
pemberhentian lalu lintas motosikal dan kehadiran pelancong yang berkurang
sepanjang tempoh perintah berkurung dikuatkuasakan.

Di Malaysia juga tidak terkecuali ketika mana Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA)
menyatakan bahawa 28 peratus daripada 29 bacaan di stesen pemantauan air
automatik di seluruh dunia merekodkan peningkatan kualiti air pada akhir fasa
pertama PKP dilaksanakan. Manakala, sungai di Lembah Klang yang padat dengan
kawasan perindustrian juga menunjukkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III
hampir 90 peratus berbanding tahun lalu. Lain daripada itu, jumlah sampah yang
dikeluarkan dari Sungai Klang oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) telah
menurun sebanyak 43 peratus sejak PKP dilaksanakan.

Selain sungai, kawasan pantai yang bersih turut berlaku sepanjang perintah
berkurung dilaksanakan dalam penularan Covid-19. Pantai merupakan salah satu
kawasan tarikan pelancong sama ada dari domestik mahupun luar negara. Walau
bagaimanapun, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan
kawasan pantai dengan membuang sampah-sarap di merata tempat. Sejak kehadiran
Covid-19 telah berlaku perubahan yang ketara dalam keadaan pantai di seluruh dunia.
Antara contohnya pantai di Acapulco Mexico dan Barcelona Sepanyol yang dilihat
lebih bersih dan jernih berbanding sebelum penularan pandemik ini.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 6

3. Keselamatan haiwan liar lebih terjamin

Umum mengetahui bahawa pelaksanaan perintah berkurung berikutan pandemik


Covid-19 telah mengehadkan segala aktiviti manusia dengan hanya menghabiskan
masa berkurung di dalam rumah masing-masing bagi memutuskan rantaian pandemik
ini. Walaupun manusia berkurung di dalam rumah, pada sudut positifnya perkara ini
memberi jaminan ke atas keselamatan haiwan liar.

Hal ini kerana, segala aktiviti manusia yang terpaksa dihentikan merangkumi juga
pemburuan dan perdagangan haiwan liar sama ada secara sah mahupun haram
selain aktiviti penebangan hutan yang memberi ancaman terhadap habitat haiwan liar
turut disekat. Perkara ini juga dilihat salah satu kebaikan perintah berkurung
dilaksanakan ketika mana keselamatan haiwan liar terutama spesies haiwan yang
diancam kepupusan akan lebih terjamin.

Tidak mustahil juga dengan kebebasan yang dimiliki oleh haiwan liar, terdapat banyak
paparan akhbar melaporkan haiwan liar berkeliaran bebas bukan sahaja di habitat
mereka, malah termasuk di bandar mahupun jalan raya di seluruh dunia ketika mana
semua manusia terpaksa akur dengan perintah berkurung. Antara contohnya,
sekumpulan rusa meragut rumput di sebuah taman perumahan di Harold Hiil London.
Malah terdapat juga seekor puma yang berkeliaran di kawasan perumahan di
Santiago. Perkara ini memberi satu gambaran positif kepada manusia bahawa haiwan
liar juga mempunyai hak untuk hidup di muka bumi ini bukannya sewenang-
wenangnya dibunuh untuk kepentingan diri.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 7

Antara beberapa kesan negatif penularan Covid-19 secara tidak langsung terhadap
alam sekitar ketika mana perintah berkurung dilaksanakan adalah:

1. Peningkatan sisa buangan

Pelaksanaan perintah berkurung hampir seluruh dunia ekoran penularan wabak


pandemik Covid-19 telah menimbulkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar
terutama peningkatan bahan buangan sisa domestik. Walaupun hampir seluruh dunia
mengakui tahap pencemaran udara menurun dan sungai yang lebih bersih berlaku
sepanjang perintah berkurung, namun begitu isu pertambahan sisa buangan domestik
mahupun klinikal turut menjadi masalah dan cabaran kepada kerajaan untuk
menguruskannya. Apatah lagi, dasar kuarantin yang dilaksanakan hampir seluruh
dunia telah mendorong permintaan pengguna untuk membeli-belah dan menempah
makanan melalui talian.

Pembelian makanan berlebihan mahupun keperluan lain seperti hand sanitizer,


topeng muka dan lain-lain sama ada di pasar raya mahupun dalam talian melonjak
tinggi. Bahkan juga, ditambah lagi situasi pembelian panik oleh rakyat Malaysia telah
mengundang pencemaran alam sekitar ketika mana sisa pepejal sama ada makanan
mahupun plastik meningkat secara mendadak di tapak pelupusan sampah seluruh
negara berbanding sisa industri.

Selain itu, produk pertanian juga antara penyumbang sisa organik yang tinggi semasa
mulanya PKP dilaksanakan berikutan penjualan produk pertanian yang telah
dihadkan. Pada 27 Mac lalu, lebih daripada 10 tan buah-buahan di Lembah Klang
telah dibazirkan. Manakala pada 9 April pula, hampir 50 tan sayur-sayuran daripada
8.09 hektar kawasan pertanian dibuang kerana tiada pembeli. Ini mengundang
pencemaran alam sekitar dan sebaran penyakit apabila sisa pertanian tidak diuruskan
secara lestari. Apatah lagi, sesetengah pengusaha produk pertanian mengambil jalan
penyelesaian mudah dengan melakukan open dumping di kawasan yang tersembunyi
bagi melupuskan sisa pertanian tersebut.

Di samping itu, pembuangan sisa klinikal terutama personal protective equipment


(PPE) seperti sarung tangan, pakaian, topeng penutup mulut dan hidung turut
meningkat di hampir seluruh dunia yang terjejas terutama di Eropah sejak penularan
pandemik ini. Malah, sisa tersebut juga telah menyumbang pencemaran yang baharu
terutama di lautan. Malahan, peningkatan sisa klinikal juga dapat dilihat di Hospital
Wuhan yang telah menghasilkan kira-kira 240 metrik tan sisa klinikal setiap hari
semasa wabak Covid-19 menular di daerah tersebut berbanding sebelumnya yang
kurang daripada 50 metrik tan sahaja.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 8

Di Malaysia pula, pembuangan sisa klinikal telah meningkat sebanyak 27 peratus


pada bulan Mac berikutan penularan Covid-19 berbanding bulan sebelumnya yang
hanya 17 peratus sahaja. Sisa klinikal bukan sahaja daripada hospital mahupun klinik,
tetapi juga terhasil daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat yang
membuang merata-rata tempat topeng muka selepas menggunakannya. Perkara ini
bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah mendedahkan bahaya kepada
kesihatan orang lain. Merujuk kenyataan LLSB yang mengendalikan sampah di
Sungai Klang menyatakan pertambahan sampah seperti topeng muka, botol
pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang di Sungai Klang turut berlaku sejak
Mac lalu.

2. Pengurangan kitar semula

Ketika mana dunia sedang berhempas pulas menangani wabak Covid-19, industri
kitar semula juga antara yang terkesan terutama sepanjang perintah berkurung
dilaksanakan. Hal ini kerana, industri tersebut antara yang berisiko terdedah kepada
wabak pandemik ini dan kerajaan terpaksa menghentikan sementara operasi kitar
semula sisa buangan. Di negara-negara Eropah yang terjejas teruk akibat wabak
Covid-19 telah menyebabkan pengurusan sisa kitar semula disekat dan banyak
program-program kitar semula dihentikan. Contohnya, di USA program kitar semula
di beberapa bandar terpaksa dihentikan, berikutan pekerja di pusat kitar semula
berisiko terdedah kepada wabak koronavirus.

Selain operasi kitar semula tergendala, kempen “Bebas Plastik” juga turut terkesan.
Terdapat beberapa industri telah mengambil kesempatan untuk membatalkan
larangan penggunaan plastik malah mengalakkan pembeli untuk menggunakan
plastik pakai buang. Ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan plastik
pakai buang dan sekali gus kadar pencemaran alam sekitar juga berlaku.

Sepanjang perintah berkurung dilaksanakan hampir seluruh dunia termasuk Malaysia,


tahap penggunaan plastik terutama dalam pembungkusan makanan kalangan
masyarakat juga meningkat secara mendadak. Perkara ini dilihat dapat mengundang
pencemaran alam sekitar apabila operasi kitar semula plastik turut dihadkan atau
dihentikan.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 9

Momentum Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Kerajaan

Terdapat beberapa momentum yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan dalam
menangani krisis alam sekitar walaupun pandemik Covid-19 masih belum berakhir.
Apatah lagi, sektor ekonomi di beberapa negara yang terjejas telah dibuka semula
seperti mana di China, Itali, Austria dan Jerman. Perkara ini sedikit sebanyak
mengembalikan semula kegiatan manusia yang menyumbang pencemaran alam
sekitar.

Impak yang positif terhadap alam sekitar dalam berhadapan dengan wabak
koronavirus seharusnya dikekalkan selepas wabak ini berakhir demi kelestarian alam
sekitar yang merupakan agenda utama Kerajaan. Manakala, impak yang buruk secara
tidak langsung menjadikan sesuatu masalah yang memerlukan perancangan dan
pendekatan yang meluas dan proaktif dalam menanganinya.

Dalam Islam, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sangat dititikberatkan


dengan mengajak manusia bersikap adil dalam usaha mengekalkan keseimbangann
alam sekali gus tidak mengeksploitasi khazanah alam. Allah SWT telah memberi
peringatan kepada manusia dalam ayat yang bermaksud seperti berikut:

“Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu dan
bintang-bintang serta pohon-pohon yang bersujud (tunduk menurut peraturanNya).
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi serta Ia mengadakan neraca (undang-
undang dan peraturan) supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan
keadilan dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil serta jangan kamu
mengurangi timbangan.”
(Al-Rahman:5-9)

Jelas ayat tersebut menggariskan panduan Islam dalam interaksi antara manusia dan
alam agar tidak melampaui batas yang ditetapkan. Oleh itu, penting Kerajaan
menerapkan dasar keagamaan dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada
masyarakat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar secara konsisten. Pada
masa yang sama, manusia juga terutama umat Islam perlu melakukan pemerhatian
(observation) dan keinsafan (awareness) terhadap kerosakan alam yang berlaku pada
hari ini dengan kehadiran pandemik Covid-19 yang telah meragut berjuta nyawa
dengan melakukan perubahan dan tindakan yang boleh menyelamatkan alam sekitar.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 10

Dalam perspektif maqasid al-syari’ah pula terdapat lima bentuk pemeliharaan yang
digariskan dalam Islam iaitu pemeliharaan agama, nyawa, harta dan keturunan yang
sebenarnya berhubung kait juga dengan kepentingan penjagaan alam sekitar. Dalam
memastikan syariat Islam itu tercapai adalah menjadi satu tanggungjawab umat Islam
untuk menjaga alam sekitar. Bahkan, memelihara dan memulihara alam sekitar demi
keseimbangan alam sama seperti menjaga agama dan nyawa.

Sementara itu, penguatkuasaan dengan undang-undang yang kuat dan tegas


merupakan satu keperluan dalam memerangi pelbagai jenayah alam sekitar yang
berlaku pada abad ini. Ini termasuk perubahan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan
mengenai undang-undang alam sekitar yang sedia ada di Malaysia iaitu Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 yang perlu dipinda secara holistik. Isu pencemaran yang tinggi
sebelum kehadiran pandemik lagi seharusnya menjadi kayu ukur dalam menghukum
penjenayah alam sekitar dengan lebih tegas selain memelihara aset alam sekitar yang
sekian lama dicerobohi.

Selain pindaan akta yang berhubung dengan hukuman yang tinggi dikenakan, perkara
lain seperti kos pemulihan alam sekitar juga perlu dimasukkan dalam akta tersebut.
Dimaksudkan dengan kos pemulihan adalah 100 peratus ditanggung oleh pesalah
yang melakukan pencemaran alam sekitar dan bukannya Kerajaan. Pada masa yang
sama, penguatkuasaan dan operasi pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS) berhubung pencemaran alam sekitar yang melibatkan sungai juga perlu
diperkukuhkan secara bersepadu dan konsisten.

Di samping itu, Kerajan juga perlu menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pemain
taruh industri dan pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan perancangan
strategi Ekonomi Hijau dan Pembangunan Lestari (SDG) dilaksanakan ketika mana
dunia turut menghadapi krisis perubahan iklim yang serius.

Walaupun sektor ekonomi dibuka semula secara berperingkat yang merupakan usaha
pemulihan, namun begitu perubahan struktur terhadap sektor ekonomi seharusnya
diubah dengan dasar yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
bermatlamatkan kelestarian untuk jangka masa yang panjang.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 11

Pada masa yang sama, pelan “pemulihan hijau” dari krisis pandemik Covid-19 juga
perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang mesra alam dan pengurusan yang
sistematik. Perkara ini penting dalam menghidupkan semula ekonomi dengan
menfokuskan infrastruktur yang rendah karbon dan peningkatan penggunakan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai contohnya Denmark merupakan
antara negara yang tertinggi menghasilkan tenaga sendiri daripada sumber yang
boleh diperbaharui iaitu sebanyak 69 peratus. Perkara ini merupakan salah satu
langkah dan cabaran kerajaan dalam mengatasi perubahan iklim yang merupakan isu
global.

Meskipun Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian wabak Covid-19 dengan


jayanya selain kes positif yang semakin menurun, tetapi dari sudut penjagaan alam
sekitar juga tidak dipinggirkan dan new normal terhadap alam sekitar perlu diamalkan
oleh masyarakat walaupun pandemik ini bakal berakhir. Pendekatan dan pelan
strategik kualiti udara dan sungai perlu dirangka secara komprehensif dalam
mengekalkan tahap udara dan sungai yang lebih baik demi kemaslahatan sejagat.

Dalam pada itu, masyarakat terutama rakyat Malaysia perlu merubah sikap, cara
berfikir dan amalan yang merupakan penghalang terbesar untuk melakukan
perubahan demi mengatasi perubahan iklim, pencemaran alam sekitar dan
kehilangan sumber biodiversiti. Sebelum kerajaan pusat mahupun negeri digesa
melakukan perubahan sama ada dasar, polisi mahupun akta, rakyat juga perlu seiring
mengubah cara hidup dan tabiat yang secara tidak langsung menyumbang
pencemaran terhadap alam sekitar.

Antara contohnya, penggunaan plastik pakai buang dalam kalangan masyarakat


masih lagi tinggi terutama sepanjang tempoh PKP. Selain itu, masalah pembuangan
sampah-sarap terutama plastik yang tidak diuruskan dengan lestari turut
menyebabkan sungai tercemar dan hidupan akuatik terjejas. Sementara itu, tabiat
masyarakat yang suka membazir makanan merupakan amalan yang merugikan
sehingga meningkatkan kadar sisa pepejal negara saban tahun. Perkara ini
seharusnya dipandang serius oleh semua pihak yang mana bukan dipikul oleh
kerajaan semata-mata dalam mencari penyelesaian yang jitu.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 12

Penutup

Dunia hari ini mengakui bahawa penularan pandemik koronavirus bukan sahaja
memberikan impak yang positif malah negatif juga secara tidak langsung terhadap
alam sekitar. Antara yang menjadi keutamaan kebaikan penularan Covid-19 adalah
tahap pencemaran udara dan sungai yang menurun secara mendadak di seluruh
dunia terutama negara yang terjejas. Kini, perintah berkurung yang telah dilaksanakan
akibat pandemik Covid-19 menjadi kayu ukur bahawa manusia mampu menghirup
udara yang segar dan bersih apabila segala aktiviti yang menyumbang pencemaran
dihentikan dan terkawal.

Pada masa yang sama, penting sekali impak postif Covid-19 terhadap alam sekitar
dikekalkan dengan mengamalkan kebiasaan baharu terutama dalam industri yang
menyumbang kadar pencemaran alam sekitar saban tahun. Manakala, impak negatif
secara tidak langsung berlaku sepanjang penularan Covid-19 juga perlu dipandang
serius dan penyelesaian yang lestari dan mampan perlu dilakukan. Oleh itu, menjadi
satu keperluan dan asas dalam tindakan yang dilakukan oleh umat Islam berpandukan
al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang merangkumi keseluruhan jalan
penyelesaian.

Melihat fenomena krisis iklim (climate crisis) yang semakin mencabar berlaku di
peringkat global dengan pencemaran gas rumah hijau yang berterusan meningkat dan
suhu bumi global juga semakin tinggi adalah sesuatu perkara yang perlu diberikan
keutamaan dan dipandang serius oleh pemimpin dunia hari ini. Kebiasaan baharu
penularan Covid-19 seharusnya menjadikan manusia untuk lebih menghargai alam
sekitar berserta melakukan transformasi ke arah budaya dan pemikiran yang
melestarikan alam dengan penerapan nilai-nilai Islam.

Namun begitu, fenomena udara bersih dan sungai yang jernih semasa penularan
wabak ini mungkin tidak akan kekal lama apabila ekonomi global dibuka semula dan
manusia berada pada tahap yang sama seperti sebelum pandemik. Persoalannya,
bagaimana keadaan alam sekitar kelak selepas pandemik Covid-19 berakhir di
seluruh dunia sekiranya manusia masih berada pada tahap budaya dan pemikiran
yang sama?

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam Sekitar | 13

Rujukan

Ambrose, J. (12 April, 2020). Carbon emissions from fossil fuels could fall by 2.5bn
tonnes in 2020. Retrieved from The Guardian:
https://www.theguardian.com/environment/2020/apr/12/global-carbon-
emisions-could-fall-by-record-25bn-tonnes-in-
2020?CMP=Share_AndroidApp_WhatsApp
Halid, S. (17 Mei, 2020). Tidak terkejut COVID-19 berlaku akibat aktiviti manusia
terhadap alam sekitar - Ahli akademik. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689980/tidak-terkejut-
covid-19-berlaku-akibat-aktiviti-manusia-terhadap-alam
Hamdan, T. D. (2020). Peningkatan sisa organik dan sisa klinikal ketika penularan
wabak COVID-19. Retrieved from Sustainable Campus Office UTHM:
https://news.uthm.edu.my/ms/2020/04/peningkatan-sisa-organik-dan-sisa-
klinikal-ketika-penularan-wabak-covid-19/
Laskar Alam. (2020). Dalam A. d. Akhiar, Modul Pembudayaan Kelestrian Alam (hlm.
256). IAIS Malaysia.
Monserrate, R. &. (2020). Indirect effects of Covid-19 on the environment. Science of
the Total Environment, 4.
Monserrate, R. &. (2020). Indirect effects of Covid-19 on the environment.
ScienceDirect, 4.
STONE, M. (3 April, 2020). Carbon emissions are falling sharply due to coronavirus.
But not for long. Retrieved from National Geographic :
https://www.nationalgeographic.com/science/2020/04/coronavirus-causing-
carbon-emissions-to-fall-but-not-for-long/
The water in Venice, Italy’s canals is running clear amid the COVID-19 lockdown —
take a look. (18 Mac, 2020). Retrieved from CNBC Make It:
https://www.cnbc.com/2020/03/18/photos-water-in-venice-italys-canals-clear-
amid-covid-19-lockdown.html
Thomas, J. (24 Februari, 2020). FMT News. Retrieved from Kos pencemaran udara
di Malaysia mungkin lebih RM28 bilion, kata pakar:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/24/kos-
pencemaran-udara-di-malaysia-mungkin-lebih-rm28-bilion-kata-pakar/
Thomas, J. (24 Februari, 2020). Kos pencemaran udara di Malaysia mungkin lebih
RM28 bilion, kata pakar. Retrieved from FMT News:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/24/kos-
pencemaran-udara-di-malaysia-mungkin-lebih-rm28-bilion-kata-pakar/
Yoder, K. (19 Mac, 2020). One more way the world wasn’t prepared for coronavirus:
Air pollution. Retrieved from GRIST: https://grist.org/justice/one-more-way-the-
world-wasnt-prepared-for-coronavirus-air-pollution/

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Anda mungkin juga menyukai