Anda di halaman 1dari 1

Peranan Majlis Keselamatan Negara

Majlis Keselamatan Negara Malaysia atau MKN adalah agensi yang ditubuhkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus
dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan Malaysia.
Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada
Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan
tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab
menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-
hal keselamatan. Setiausaha MKN terkini adalah Datuk Mohamed Thajudeen Bin
Abdul Wahab.
Terdapat tiga fungsi utama MKN. Tiga fungsi tersebut adalah seperti berikut:
1. Mempertahankan Kedaulatan dan Kepentingan Strategik Negara
Fungsi ini merangkumi aspek mempertahankan keutuhan dan kedaulatan wilayah
maritim, angkasa, siber serta kepentingan strategik negara melalui kawalan serta
pemantauan ke atas zon-zon tersebut daripada dicerobohi.
2. Pengurusan Krisis Dan Bencana
MKN berperanan sebagai titik tumpuan (focalpoint) dalam pengurusan krisis dan
bencana dalam dan luar negara yang merangkumi aspek pencegahan dan peredaan
(prevention and mitigation), persediaan (preparedness), tindak balas (response)
serta pemulihan dan pembangunan semula (recovery and reconstruction).
Pengurusan krisis dan bencana melibatkan fungsi koordinasi , kawal selia serta
meningkatkan kesedaran masyarakat dalam pengurangan risiko bencana.
3. Pengurusan Sempadan Darat, Maritim Dan Udara
Pengurusan sempadan merangkumi kerjasama persempadanan antara Malaysia
dengan negara-negara berjiran untuk meningkatkan persefahaman serta keyakinan
melalui pelbagai program yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

Anda mungkin juga menyukai