Anda di halaman 1dari 14

SOALAN STRUKTUR STPM SEBENAR PENGGAL 2 (2013- 2019) DAN SKEMA JAWAPAN

TAHUN SOALAN

2013 1. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. (4m)
(a) Membangunkan modal insan
(b) Menyediakan infrastruktur
(c) Menyediakan infostruktur
(d) Meningkatkan pelaburan
(e) Merancakkan pertumbuhan sector ekonomi baharu
(f) Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
(g) Mendapatkan penarafan global

2. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia
kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju (4m)
(a) Mentransformasikan sisyem penyampaian awam
(b) Mentransformasikan ekonomi Negara
(c) Mensejahterakan hidup
(d) Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
(e) Mewujudkan persekitaran kondusif kea rah mempertingkatkan kualiti hidup

3. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan
Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut. (4m)
(a) Menyuburkan kembali sector swasta. – untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
(b) Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti - mengurangkan kebergantungan kepada
pekerja asing
(c) Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing- mempertingkatkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
(d) Memperkukuhkan sector awam – melaksanakan Program Transformasi Kerajaan
(e) Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran – berdasarkan merit dan
keperluan
(f) Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan – infostruktur
(g) Meningkatkan sumber pertumbuhan – meneroka bidang baharu ekonomi
(h) Memastikan pertumbuhan yang mapan – pertumbuhan yang berterusan.

4. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang
salah satunya disebabkan oleh bencana alam. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.
(3m)
(a) Mewujudkan stok penimbal beras
(b) Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman dan ternakan
(c) Memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas pertanian
(d) Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
(e) Melaksanakan program Bumi Hijau
(f) Membangunkan tanah dan kolam terbiar
2013(U) 1. Nyatakan empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). (4m)
a. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
b. Mengurangkan kadar jenayah
c. Memerangi rasuah
d. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
e. Menambah baik pengangkutan awam
f. Mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah

2. Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara, iaitu
Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda. (4m)
a. Kepentingan Negara mendahului kepentingan peribadi- dimanifestasikan melalui aktiviti
sukan, dalam pekerjaan, dalam penglibatan ekonomi
b. Menolak sebarang penyebaran maklumat yang memburukkan nama negara-
Penyebaran khabar angin
c. Menghormati institusi beraja- menghormati sistem raja sebagai simbol perpaduan,
menghormati raja sebagai ketua negara
d. Menghormati lambang-lambang negara- menghormati lagu kebangsaan, jalur gemilang,
jata negara

3. Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara. (3m)


a. Meningkatkan daya saing industry automatif negara
b. Hub serantau industri kereta
c. Meningkatkan kualiti pembuatan kereta nasional
d. Meningkatkan kemahiran keusahawanan industri automatif

4. Jelaskan dua faktor yang menjejaskan integriti (4m)


a. Faktor individu- Kurang berdisiplin dalam etika kerja, kurang didikan agama, tiada
penghayatan nilai-nilai murni
b. Faktor sistem/ prosedur kerja – Kurang telus dalam urusan perkhidmatan awam- sistem
atau garis panduan melaksanakan tugas lemah- penguatkuasaan kurang berkesan-
pemantauan terhadap sesuatu program kurang dilaksanakan
c. Faktor budaya – Budaya tidak mengambil sikap peduli terhadap tugas- tidak
bertanggungjawab
d. Faktor kepimpinan – Gagal menunjukkan teladan yang baik terhadap kakitangan bawahan-
tiada integriti
2014 1. Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status
negara maju. (4m)

(a) Meningkatkan pendidikan berkualiti. Mentransformasikan sistem pendidikan,


menghasilkan modal insan yang berkualiti, merupakan asas kepada K- ekonomi
(b) Meningkat kemahiran. Menyediakan pusat-pusat latihan, memberi pendedahan kemahiran
di luar Negara.
(c) Meningkatkan kepakaran. Membawa plang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar
Negara, memberi peluang meningkatkan kepakaran
(d) Meningkatkan nilai dan etika kerja. Menerapkan nilai integrity, mengukuhkan jati diri.

2. Apakah empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara
maju. (4m)

(a) Mewujudkan Negara Malaysia bersatu


(b) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
(c) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
(d) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
(e) Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
(f) Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
(g) Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi
(h) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
(i) Mewujudkan masyarakat yang makmur

3. Terangkan dua faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan Dasar
Persyarikatan Malaysia. (4m)

(a) Menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti. Amalan swasta diterapkan dalam
sector awam.
(b) Mendapat faedah daripada tanggungjawab social korporat. Kemudahan pembiayaan dalam
aktiviti sukan, kedai buku menawarkan diskaun bagi pembelian buku, sekolah
pengamanahan, baucer tusyen kepada pelajar.
(c) Meningkatkan kauliti hidup rakyat. Membantu menyediakan prasarana/ kemudahan,
menyumbang kepada pembinaan dan kemudahan sekolah

4. Nyatakan tiga faktor yang diambil kira oleh kerajaan dalam merancang rancangan
pembangunan negara . (3m)

a. Kewangan.
b. Sumber manusia.
c. Masa.
d. Politik.
e. Teknologi
2014(U) 1. Berikan dua alasan rakyat Malaysia dikatakan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.
(4m)

a. Ekonomi Malaysia berkembang pesat ekoran peningkatan pendapatan negara hasil


daripada usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi negara
b. Kestabilan politik melalui perpaduan kaum
c. Keselamatan rakyat terjamin ekoran penurunan kadar jenayah kerana terdapat peluang
pekerjaan yang banyak
d. Kerancakan pembangunan sosial dengan kepelbagaian kemudahan kesihatan dan
prasarana

2. Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang.


(3m)
a. Mengawal keamanan hidup masyarakat agar sentiasa aman dan harmoni
b. Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, iaitu memberikan taraf kesamarataan kepada
rakyat
c. Menjamin institusi kehakiman yang berwibawa serta bebas campur tangan luar atau pihak
lain
d. Mengelakkan sesuatu keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan

3. Terangkan dua usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang
moden, dinamik dan kompetetif. (4m)

a. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (perhutani)


- hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan.
- herba ditanaam secara komersial
b. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan pengguna
-penanaman tongkat ali
-hasil daripada susu kambing
c. Memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian
-bioteknologi
d. Mewujudkan sektor pertumbuhan baharu
- agrotourisme atau pelancongan tani
e. Memberi nilai komersial kepada produk pertanian.
- pertanian sebagai satu perniagaan
f. Menggunakan teknologi moden.
- peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran.

4. Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan wanita di negara ini.
(4m)

a. Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara dengan jaminan golongan
wanita mendapat peluang dan faedah daripada pembangunan
b. Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi
c. Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan dengan melibatkan golongan
ini dalam pentadbiran negara.
2015 1. Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. (4m)
(a) Pendapatan perkapita yang tinggi.
(b) Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi
(c) Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi
(d) Saiz ekonomi berorientasikan pengetahuan.
(e) Kreativiti dan inovasi berkembang.
(f) Kadar peratusan pelajar ke IPT meningkat.
(g) Tahap/ taraf kesihatan yang tinggi
(h) Prasarana yang lengkap, moden/ mencukupi
(i) Kecekapan pengurusan alam sekitar
(j) Penggunaan sumber yang optimum/ sumber dimanfaatkan sepenuhnya.

2. Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara (4m)


(a) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat- Semua rakyat
hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan Negara tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan.
(b) Memelihara satu cara hidup demokratik- Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak
asasi dan hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan untuk mencetus isu perkauman dan
memusnahkan demokrasi.
(c) Mencipta satu masyarakat yang adil- Semua rakyat mempunyai hak untuk memiliki
kekayaan secara adil dan saksama.
(d) Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi kebudayaan setiap kaum- Setiap kaum
bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
(e) Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden-
Rakyat yang bergerak maju seiring dengan kemajuan sains dan teknologi untuk menjadikan
Malaysia sebuah Negara maju.

3. “Dasar Wawasan Negara (DWN) merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas
dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat
hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Oleh itu, beberapa teras
dasar yang baru telah diperkenalkan”

(a) Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar
Wawasan Negara (DWN) (2m)
(i) Rancangan Malaysia Kelapan 2001 – 2005
(ii) Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010

(b) Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN).
(2m)
(i) Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan/ ilmu
(ii) Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
(iii) Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
(iv) Membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup kelompok kecil miskin di
bandar dan pedalaman.
(v) Mencapai sasaran penyertaan bumiputera dan pemilikan ekuiti sekurang-
kurangnya 30%.

4. Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar Sosial Negara.
(4m)
(a) Mendapatkan keperluan asas. Makanan, pakaian dan perlindungan
(b) Mendapatkan peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri. Peluang latihan,
pendidikan.
(c) Menikmati keperluan/ khidmat sosial. Rumah orang tua/ anak yaim, pusat pemulihan
penagih dadah.
2015(U) 1. Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara. (3m)

a. Pelabur asing meningkat


b. Meningkatkan imej Negara
c. Menjamin keselamatan Negara
d. Memajukan ekonomi Negara
e. Dasar Pendidikan lebih inovatif

2. Nyatakan dua kepentingan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung dalam Rukun
Negara. (4m)

a. Menjadi asas pembentukan tingkah laku yang berhemah tinggi- Individu akan memiliki
personaliti yang mulia
b. Melahirkan masyarakat Malaysia yang bersopan santun, berbudi bahasa, dan mempunyai
tingkah laku yang sopan dan saling menhormati antara kaum
c. Menjalinkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat. Kesejahteraan dan keharmonian
akan terserlah dalam masyarakat yang berbilang kaum

3. Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020
dapat dicapai. (4m)

a. Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi


b. Rakyat bersikap dinamis dan berdaya saing
c. Rakyat memiliki sikap penyayang dan budaya penyayang
d. Rakyat Malaysia memiliki sikap berjiwa bebas dan tenteram
e. Rakyat yang bermoral dan beretika tinggi
f. Rakyat yang bersikap liberal dan bertolak ansur
g. Rakyat mempunyai daya saing yang tinggi dan progresif

4. Berikan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. (4m)

a. Menghormati kebudayaan kaum lain.


b. Berkongsi satu gaya hidup yang sama
c. Berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan
d. Kesanggupan menerima perbezaan pandangan
e. Mengamalkan nilai-nilai murni yang menjalinkan perpaduan
2016 1. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi membudayakan Penyelidikan dan
Pembangunan (P&P) dalam kalangan rakyat di negara ini. (4m)
a. Mengadakan pertandingan reka cipta
b. Meramaikan/ meningkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains dan teknologi
c. Mengadakan lawatan sambil belajar
d. Memperbanyak/ menambah pusat penyelidikan
e. Menyediakan anugerah kepada pereka cipta
f. Memperuntukkan dana yang mencukupi
g. Menyediakan prasarana yang lengkap/ cukup
h. Memberikan pendedahan awal berkaitan reka cipta/ memperkenalkan subjek reka cipta di
sekolah

2. Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan bagaimana rakyat Malaysia dapat
merealisasikan prinsip tersebut. (4m)
a. Kepercayaan kepada Tuhan - rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada kepercayaan/
agama masing-masing
b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara - rakyat Malaysia akan sentiasa setia dan mentaati Yang
di-Pertuan Agong dan pemimpin negara
c. Keluhuran Perlembagaan - rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati Perlembagaan
Persekutuan yang menjadi sumber perundangan tertinggi dan rujukan penting semua
pihak di Malaysia
d. Kedaulatan undang-undang - rakyat Malaysia akan mematuhi undang-undang agar
keselamatan mereka lebih terjamin (perlu ada alas an patuh)
e. Kesopanan dan kesusilaan - rakyat Malaysia akan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
perhubungan antara satu sama lain.

Cabaran pertama yang digariskan dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan sebuah
Negara yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, iaitu sebuah
Negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
bekerjasama sepenuhnya secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara

3. Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran pertama dalam
Wawasan 2020 di atas. (4m)
a. Mewujudkan sekolah wawasan - pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung
tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan asas.
b. Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara - semua remaja/ rakyat Malaysia lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia digalakkan menyertai program ini dengan hasrat mewujudkan
integrasi antara peserta/ saling berinteraksi/ bekerjasama/ bertoleransi ke arah
perpaduan Negara
c. Mempelbagaikan komposisi kaum dalam sektor pekerjaan - dalam sesebuah jabatan/
organisasi, tidak hanya diberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja.
d. Melaksanakan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) - kegiatan
peringkat sekolah dan antara sekolah yang melibatkan semua kaum.
e. Mengadakan program kemasyarakatan-penyertaan anggota masyarakat dalam program
yang boleh meningkatkan kerjasama

4. Nyatakan tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan. (3m)


a. Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
b. Meninggikan/ meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja
c. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara.
d. Mengagihkan sumber dan kecekapan / pembahagian sumber serta kecekapan
e. Mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
2016(U) 1. Senaraikan tiga petunjuk berlaku perkembangan ekonomi Negara Malaysia.
(3m)
a. Pembinaan kemudahan asas meningkat
b. Peningkatan pendapatan
c. Kadar kemiskinan berkurang
d. Peningkatan pelaburan asing

2. Nyatakan empat cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara.
(4m)
a. Mengurangkan aktiviti penebangan pokok
b. Mengelakkan pembakaran terbuka
c. Menjaga kebersihan alam sekitar
d. Menggunakan sumber tenaga alternatif

3.
Prinsip keempat Rukun Negara: Kedaulatan Undang-undang

Huraikan dua kesan kepada Negara jika prinsip di atas tidak diamalkan. (4m)
a. Ekonomi Negara merosot- Kegiatan yang bertentangan dengan umdang-undang seperti
penyeludupan dan penipuan perdagangan berleluasa
b. Keselamatan rakyat terancam- Rakyat akan rasa tidak selamat kerana kadar jenayah
meningkat
c. Imej Negara tercemar- Keadaan Negara akan huru-hara kerana rakyat tidak mematuhi
undang-undang dan menyebabkan imej negara terjejas

4. Pembangunan alam sekitar turut menjadi agenda penting dalam beberapa dasar Negara.
Nyatakan empat dasar tersebut. (4m)

a. Dasar Sains dan teknologi


b. Dasar Perhutanan Negara
c. Dasar Bioteknologi
d. Dasar Pertanian Negara
e. Dasar Teknologi Hijau
2017 1. Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama dan
kepercayaan masing-masing (3m)

a. Wujudnya perpaduan
b. masalah sosial berkurang
c. Jenayah berkurang
d. Ekonomi akan berkembang/ meningkat
e. Wujudnya masyarakat bermoral/ beretika/ berdisiplin/ berakhlak
f. Wujudnya negara yang aman/ harmoni
g. Jati diri/ keperibadian meningkat

2. Senaraikan empat faktor yang melambatkan pencapaian hasrat untuk mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika di Malaysia. (4m)

a. Pengaruh media komunikasi / massa


b. sikap yang mengutamakan kemewahan/ kebendaan / materialistik
c. Pengaruh negatif masyarakat
d. Penguatkuasaan / pelaksanaan undang-undang yang longgar/ tidak ketat
e. Kepincangan masalah sosial dalam masyarakat
f. Kurangnya pegangan agama / penghayatan agama

3. Nyatakan empat strategi untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif di Malaysia.
[4m]

a. Mengadakan projek koridor raya multi media (MSC)


b. Memeperbanyak sekolah bestari
c. Memantapkan mata pelajaran teknologi maklumat / reka cipta
d. Menambahkan pusat pendidikan teknikal dan vokasional
e. Menggalakkan aktiviti R&D dalam bidang sains dan teknologi
f. Meningkatkan industry berteknologi tinggi
g. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer / ICT

4. Berikan empat bidang keberhasilan utama (NKRA) dalam program mentranformasikan


kerajaaan. (4m)

a. Jenayah
b. Rasuah
c. Pendidikan
d. Luar Bandar
e. Pengangkutan
2017(U) 1. Nyatakan tiga kebaikan pelaksanaan percukaian barangan dan perkhidmatan (GST). [3m]

a. Menjana pendapatan negara.


b. Mendidik pengguna untuk berjimat cermat.
c. Perbelanjaan dihadkan kepada barangan keperluan sahaja.
d. Sistem percukaian menjadi lebih cekap.

2. Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia. [4m]

a. Membina masyarakat yang progresif dalam sains dan teknologi.


b. Mewujudkan masyarakat yang adil.
c. Memelihara satu cara hidup demokratik.
d. Membina satu masyarakat yang liberal.

3. Berikan empat langkah strategik untuk mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
berasaskan Model Ekonomi Baru. [4m]

a. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi.


b. Membangunakan sektor swasta.
c. Mewujudkan tenaga kerja yang bermutu.
d. Meningkatkan daya saing ekonomi domestik.
e. Memantapkan sektor awam.

4. Senaraikan empat dasar awam yang memupuk nilai-nilai murni demi kesejahteraan negara.
[4m]
a. Dasar Wawasan Negara
b. Dasar Pembangunan Nasional.
c. Dasar Sosial Negara.
d. Dasar Pertanian Negara
e. Dasar Sukan Negara
f. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2018 1. Nyatakan tiga cara kerajaan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan awam. [3m]

a. Berbelanja secara berhemah.


b. Menguruskan pendapatan dengan cekap.
c. Menjalankan pemantauan pengurusan kewangan awam.
d. Menggunakan teknologi moden dalam pemungutan cukai.
e. Memantapkan pengurusan kewangan awam.

2. Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum. [4m]

a. Kawasan penempatan. Penempatan kaum secara berkelompok mengikut kawasan yang


berbeza menjadi penghalang pergaulan dan komunikasi.
b. Ekonomi. Kaum dikenali mengikut jenis pekerjaan dan hal ini mewujudkan jurang
perbezaan dari segi status ekonomi.
c. Pendidikan. Kewujudkan sekolah venikular mengasingkan kaum dan menyukarkan
perpaduan.
d. Sikap perkauman. Anggota masyarakat berpegang teguh kepada sikap perkauman dan
hal ini menyukarkan integrasi.

3. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga. [4m]

a. Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh dunia. Menjalinkan hubungan perdagangan


dan meningkatkan promosi.
b. Memajukan kegiatan perhutanan sebagai usaha sama. Meningkatkan pengeluaran
pertanian dan sumber pertanian secara bersama.
c. Membangunakan industri berasaskan pertanian. Menghasilakan produk yang dapat
memenuhi citarasa dan berdasarkan permintaan pengguna.
d. Memaksimumkan penggunaan sumber. Menggunakan sumber-sumber asli secara
berhemat.

4. Jelaskan dua prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [4m]

a. Berteraskan kebudayaan masyarakat setempat. Budaya ini meliputi cara hidup


masyarakat setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
b. Mengintegrasikan unsur kebudayaan lain. Menyerap unsur budaya bangsa lain
masyarakat Malaysia yang sesuai dan selaras dengan perlembagaan.
c. Agama islam sebagai unsur penting. Pembentukan kebudayaan kebangsaan
berteruskan islam.
2018 1. Nyatakan empat faktor yang perlu diambil kira bagi mengukuhkan kestabilan politik negara.
(U) [4m]
a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

c. __________________________________________________

d. __________________________________________________

2. Nyatakan empat kebaikan aktiviti pertanian organik. [4m]

a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

c. __________________________________________________

d. __________________________________________________

3. Berikan empat objektif Rukun Negara. [4m]

a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

c. __________________________________________________

d. __________________________________________________

4. Nyatakan tiga rasional penggubalan Dasar Pendidikan Negara. [3m]

a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

c. __________________________________________________

d. __________________________________________________
2019 1. Berikan empat faedah kepelbagaian biodiversiti kepada masyarakat tempatan. (4m)
a. Menyediakan tempat riadah atau rekreasi.
b. Sumber makanan.
c. Sumber perubatan moden dan tradisional.
d. Sumber udara segar atau oksigen.
e. Tempat Penyeldikan dan pembangunan.

2. Huraikan dua kesan penghayatan Rukun Negara oleh rakyat Malaysia. (4m)

a. Memupuk semangat cintakan negara.


b. Mengeratkan perpaduan kaum.
c. Mengekalkan cara hidup demokratik.
d. Menghormati undang-undang negara.
e. Mengamalkan ajaran agama.
f. Mewujudkan masyarakat yang adil.

3. Terangkan dua kesan utama kestabilan politik terhadap pembangunan negara. (4m)

e. Memelihara kedaulatan negara.


f. Merancakkan pembangunan negara.
g. Meningkatkan ekonomi
h. Menjamin keamanan dan keselamatan negara.

4. Berikan tiga tujuan dasar –dasar pembangunan negara dibentuk. (3m)

a. Memperkukuhkan perpaduan negara


b. Memajukan sumber manusia.
c. Mengingkatkan kualiti hidup masyarakat
d. Memaksimakan pengunaan sumber.
2019 1. Jelaskan dua faktor yang menyebabkan teknologi robotik masih tidak dapat menggantikan
(U) tenaga kerja manusia sepenuhnya. [4m]

a. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

b. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

2. Nyatakan empat keadaan yang memperlihatkan warganegara Malaysia mematuhi prinsip


Keluhuran Perlembagaan. [4m]

a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

c. __________________________________________________

d. __________________________________________________

3. Huraikan dua ciri masyarakat saintifik dan progresif yang hendak dicapai melalui Wawasan
2020 . [4m]

a. __________________________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________________________

4. Nyatakan tiga isu yang berbangkit dalam usaha mencapai taraf negara maju. [3m]

a. ____________________________________________________________________________________

b. ____________________________________________________________________________________

c. ____________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai