Anda di halaman 1dari 15

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

WAWASAN 2020
1. Latarbelakang
 Diisitiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Feb 1991.
 Terdapat 9 cabaran bagi menjayakan Wawasan 2020
 Intipati Wawasan 2020 meliputi pembangunan bagi mencapai sebuah negara maju menjelang 2020

2. Apa itu Wawasan 2020


 Wawasan 2020 adalah satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020.
 Satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang
berlaku diperingkat nasional dan kebangsaan.

3. Mengapa tahun 2020.


 Satu jangkamasa yang munasabah dan praktikal.
 Bersama dalam “megatrend”
 Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia.
 Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan yang pesat.

4. Matlamat Wawasan 2020.


 Menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian
dan kebudayaan mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.

5. Pengisian Penting Wawasan 2020


 Kualiti sumber manusia/ modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan/ tenaga kerja.
 Perubahan sikap dan nilai – menjana pemikiran berkelas dunia
 Penekanan kepada Sains dan Teknologi
 Peranan Sektor Swasta yang lebih dinamik

6. Cabaran-cabaran Wawasan 2020.


 Definisi – Cabaran merujuk kepada cabaran atau aktiviti (fizikal atau intelektual) yang seseorang mesti
melaksanakan bagi mengatasi pelbagai jenis kesukaran.
 Matlamat di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran:- (9 Cabaran):-
6.1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama-sama.
6.2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri (jati diri)
6.3. Mewujudkan masyarakat demokratik yang matang.
6.4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika tinggi dari kepercayaan beragama.
6.5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur dalam konteks pelbagai kaum.
6.6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif dalam menyumbang kemajuan sains dan teknologi.
6.7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi terhadap orang lain.
6.8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sanggup berkongsi kekayaan tanpa
mengira kaum
6.9. Mewujukan masyarakat makmur, dinamik, kental menghadapi cabaran mendatang.

7. Isu-Isu
 5 Isu-isu yang perlu diselesaikan untuk menjadi negara maju:-

7.1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia


7.2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian
7.3. Keadilan Ekonomi dan Sosial Halangan bagi mencapai WW2020
7.4. Moral dan Etika
7.5. Pembangunan Masyarakat berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

8. Manfaat kepada Rakyat jika Wawasan 2020 dapat dicapai:-


8.1. Rakyat akan berani menghadapi cabaran dan tidak mudah berputus asa.
8.2. Rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang bersatu padu dan harmoni.
8.3. Rakyat akan menikmati keadilan dalam ekonomi.
8.4. Rakyat akan maju dalam bidang sains dan teknologi.
8.5. Rakyat akan lebih menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain.
8.6. Rakyat akan lebih berdaya saing.

Salmiah ramli Page 1


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

9. Pendekatan Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020


9.1. Melahirkan modal insan berminda kelas pertama
9.2. Menjadikan Malaysia destinasi pelaburan antarabangsa
9.3. Memperkasa sistem pengangkutan awam dan perhubungan domestik dan antarabangsa
9.4. Menwujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
9.5. Membentuk sebuah negara bangsa

10. Strategi untuk mencapai Wawasan 2020.


- (Definisi- cara-cara merancang dan melaksanakan. Contoh dalam huraian)

1. Koridor Raya Multimedia (MSC), Sekolah Bestari, Matapelajaran Teknologi Maklumat dan komunikasi dan
Membugarkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
2. Memperkenalkan “ Malaysia Boleh” dan “Program 1Malaysia”
3. Mewujudkan Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Prindustrian Bumiputera (MPPB)

11. Cabaran untuk mencapai negara maju:


11.1. Meningkatkan sumber daya manusia.
11.2. Membina ekonomi negara berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
11.3. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
11.4. Meningkatkan kualiti hidup rakyat.
11.5. Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan.

12. Faktor penyumbang untuk mencapai Wawasan 2020


1. Gagasan 1Malaysia
2. Pembangunan modal insan
3. Pembangunan teknologi
4. Ekonomi yang mantap dan adil
5. Kedaulatan negara di pelihara
6. Berpegang kepada moral dan etika

SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS WW2020

Ulangan Penggal 2 (STPM 2013)


S7- Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat dan budaya penyayang. (5 + 0)
1. Semakin kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan
2. Wujud pelbagai gejala sosial dalam kalangan anggota masyarakat
3. Wujudnya pengabaian warga emas (golongan tua) dan golongan orang kelainan upaya (OKU)
4. Berlakunya pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam
5. Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
6. Wujudnya kegiatan anti-sosial yang berleluasa
7. Peningkatan masalah keganasan domestik.

Ulangan Penggal 2 (STPM 2015U)


S7-Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju dengan cara tersendiri.
Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut.
Bincangkan. (5+0).
1. Rakyat perlu bersatu padu.
2. Rakyat perlu bermoral dan beretika.
3. Rakyat perlu menjadi masyarakat yang saintifik dan progresif.
4. Rakyat perlu bersikap terbuka dan bertolak-ansur.
5. Rakyat perlu mengamalkan budaya penyayang dalam setiap kehidupan.
6. Rakyat perlu menjadi masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Ulangan Penggal 2 (STPM 2016)


S7-Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut. Huraikan (5 + 0)
1. Pihak Sekolah
2. Pihak Institusi pengajian tinggi
3. Pihak Ibu bapa
4. Pihak Swasta
5. Pihak Kerajaan
6. Pihak perseorangan

Salmiah ramli Page 2


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

7. Pihak media massa

(STPM 2018)
S7- Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang progresif dan saintifik.
Jelaskan. (5+ 0).
1. Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
2. Mengubah pendidikan negara.
3. Memantapkan penyelidikan dan pembangunan (R & D)
4. Membangunkan sumber tenaga manusia yang saintifik.
5. Mengadakan kempen meningkatkan inovatif dan kreativiti.
6. Memantapkan pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi Negara.

(STPM 2019)
S7- Satu daripada cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertoleransi. Cabaran
tersebut perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Jelaskan. (5 + 0)
1. Meningkatkan perpaduan.
2. Mengukuhkan kesetiaan kepada negara
3. Memajukan ekonomi negara
4. Mengukuhkan kerjasama kebudayaan
5. Menambahbaik tahap pendidikan negara
6. Meningkatkan kematangan berpolitik
7. Memastikan keamanan/keselamatan negara terjamin
8. Melahirkan masyarakat berfikiran terbuka

(STPM 2020)
S7- Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah Malaysia maju dalam bidang perindustrian. Pelbagai usaha
telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. ( 5 + 0)
1. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan
2. Menggalakkan kemasukan pelabur
3. Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi
4. Meluaskan pasaran
5. Pemberian dana penyelidikan
6. Meningkatkan kemudahan infrastruktur
7. Memajukan industri sokongan/hiliran
8. Menggalakkan program penyelidikan dan pembangunan
9. Menaik taraf infostruktur negara
10. Menggalakkan pemindahan/perkongsian teknologi moden
11. Menyediakan kemudahan kewangan/bantuan kewangan /modal
12. Mengadakan ekspo perindustrian antarabangsa
13. Membawa masuk kepakaran dari luar negara

SOALAN FOKUS 2022

Malaysia Maju dan Sejahtera/WW2020


1. Manfaat kepada rakyat jika wawasan 2020 dapat dicapai.
2. Kelebihan malaysia untuk mencapai negara maju.
3. Kekangan/ Halangan/Cabaran untuk menjadi negara maju.
4. Pendekatan/ Usaha Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020/ negara maju.
5. Cabaran untuk mewujudkan negara perindustrian.
6. Persediaan rakyat menuju negara industri.

7. Usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat


8. Masyarakat bermoral dan beretika- rasional, tindakan, usaha.
9. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.- rasional, tindakan, usaha.
10. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri (jati diri)
11. Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.
12. Isu 1 : Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
13. Isu-Isu WW2020.

Salmiah ramli Page 3


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

ISU-ISU UTAMA WW2020

ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA”

Ciri-ciri Bangsa Malaysia yang bersatupadu:

 Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal
dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
 Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat negara telah
dikongsi bersama oleh setiap rakyat.
 Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan tidak sebagai
golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau
semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang
menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia
dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang diwarisi,
mereka tidak akan membiarkannya menjadi sentimen sehingga mencetuskan persengketaan.
 Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain dan
tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin
berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama

Negara Bangsa :
 Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
 Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni,
mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.
 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan
yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara

Salmiah ramli Page 4


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA
Soalan 1:
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun terdapat
pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan. (5+0)

Pengenalan:
Pembinaan negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada pemodenan negara. Sekiranya
warganegara kita tidak mempunyai matlamat yang sama amat sukar untuk mencapai kemajuan sesebuah
Negara.Oleh itu segala halangan perlu diatasi bagi menjayakan pembentukannya.

IDEA HURAIAN
Kekangan Dalam Usaha Pembinaan Negara Bangsa:
1. Masyarakat majmuk  masyarakat kita yang berbilang bangsa sukar untuk menerima budaya dan cara
hidup bangsa lain
 mereka menganggap budaya hidup melayu tidak berkaitan dan tidak sesuai dengan
mereka.
 situasi ini menjadi penghalang wujudnya satu Negara bangsa Malaysia yang bersatu
padu harmoni dan aman.

2.Pelbagai Agama  setiap kaum di Malaysia mewakili agama yang berlainan.Melayu beragama
Islam,Cina agama Buddha,India agama Hindu,agama Kristian dll.
 Ketiga-tiga agama terbesar ini amat berbeza dari segi kepercayaan dan amalannya.
 masing-masing menganggap agama dan kepercayaan mereka yang terbaik.
 perbezaan ini menghalang proses integrasi sosial antara kaum.
 seterusnya menjadi penghalang mewujudkan Negara bangsa.

3. Ketidakseimbangan  penjajahan British telah mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.


Ekonomi  kaum Melayu,Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.
 pengasingan kegiatan ekonomi ini mewujudkan jurang dari segi social dan jurang
pendapatan yang tidak seimbang
 jurang ekonomi yang ketara ini menyebabkan tanggapan negatif dan rasa tidak puas
hati antara kaum.
 suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan Negara bangsa ini.

4.Kewujudan parti  akibat dasar pecah dan perintah British dahulu


politik berasaskan  Dasar British tidak mengambil langkah menyatupadukan kaum dan tidak langsung
kaum mengambil kira masa depan Malaysia.
 selepas merdeka pun kita masih terikat dengan pemerintahan berasaskan identiti
kaum masing-masing dan wujudnya parti-parti politik berdasarkan kaum di Sabah
dan Sarawak

5.Sistem pendidikan  Aliran pendidikan yang berbeza antara kaum di Malaysia menjadi menghalang
yang berasingan kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
 sekolah dan pendidikan yang sepatutnya menjadi medium utama pembentukan
Negara bangsa masih gagal untuk disatukan kerana wujud kepentingan, prasangka
dan tiada unsur penerimaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan
seterusnya mengekang pembentukan Negara bangsa yang berjaya.

6. Semangat  merupakan antara penghalang mewujudkan Negara bangsa


Nasionalisme semakin  Mereka tidak bangga menjadi rakyat Malaysia dan tidak menunjukkan sayang dan
terhakis hormat kepada lambang Negara seperti jalur gemilang,Lagu Negara Ku dll.
 selagi rakyat Malaysia tidak mengamalkan sikap “di mana bumi dipijak ,di situ langit
dijunjung” maka pembentukan Negara bangsa sukar untuk direalisasikan.

Penutup :
Membina sebuah Negara bangsa yang sempurna bukanlah tugas yang mudah terutamanya bagi Negara berbilang
kaum seperti Malaysia yang berlatarbelakangkan agama,budaya dan kepercayaan yang berbeza. Setiap warganegara
hendaklah bersedia menerima dan mengiktiraf kewujudan kaum-kaum lain
Jawapan: 5+0

Salmiah ramli Page 5


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

CABARAN KEDUA WW2020

“Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa-apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.”

Soalan 2:
Masyarakat yang berjiwa bebas merupakan antara sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat
membina sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Bincangkan.
Jawapan:1 + 4

Pendahuluan:
Wawasan 2020 merupakan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Selain
masyarakat yang berjiwa bebas, terdapat beberapa ciri lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Bil Isi/Idea Huraian
Sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat membina sebuah negara yang maju

1. Berjiwa bebas  Jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman
( Idea wajib ) hingga menolak pembaharuan dan kemajuan.
 Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana rakyat
begitu memandang tinggi kepada dunia barat
 Penjajah telah berjaya sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat
terhadap diri sendiri
 Sikap ini pernah disifatkan sebagai berjiwa hamba.

2. Mempunyai fikiran dan  Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga dan boleh
perasaan yang tenteram dianggap sebagai kebahagiaan.
 Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi
menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini.
 Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak
dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup
 Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan
pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf
kehidupan manusia.

3. Gagah atau tabah  Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari
menghadapi pelbagai segi kerohanian dan kejiwaan
masalah  Kekuatan jasmani dan rohani perlu diseimbangkan dengan akal dan emosi
 Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahan bagi menjamin
kekuatan negara lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan
dengan pelbagai anasir yang negatif.

4. Memiliki keyakinan  Rakyat perlu membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi
terhadap kebolehan diri dan kejiwaan
sendiri  Dengan penguasaan ilmu, kita akan bebas untuk mengendalikan teraju
negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju di dunia
 Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung
kepada negara lain
 Penguasaan ilmu juga akan membebaskan kita daripada pergantungan
sepanjang masa dari segi ilmu, kebolehan dan kekayaan negara-negara
maju
 Kita yakin terhadap kebolehan diri sendiri dan kita tidak mudah
tunduk kepada kuasa asing

5. Merasa bangga dengan apa  Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah, kita akan menguasai
yang dicapai. teknologi dan tidak ketinggalan di belakang
 Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan
dinamik
 Rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk
menerima perubahan dan kemajuan
 Dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang
unggul
 Merasa bangga dengan kejayaan Malaysia dan dihormati oleh rakyat
negara lain

Salmiah ramli Page 6


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

CABARAN KELIMA

“Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara”

Soalan 3:
Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Bincangkan
kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi
menangani cabaran tersebut. (3 + 2/ 2+ 3)

Pendahuluan
Cabaran kelima Wawasan 2020 adalah untuk membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan
toleran. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yg sama, meletakkan kesetiaan mereka kpd satu negara. Cabaran ini mempunyai beberapa kepentingan
tertentu. Setiap rakyat perlu memastikan cabaran tersebut dapat ditangani dengan baik (3+ 2)

Isi Huraian Isi


Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.
1. Menjamin keharmonian  Akan melahirkan anggota masyarakat yg boleh berfikir secara rasional
dan kemakmuran negara  tidak bertindak secara melulu demi kepentingan bersama
 akan berfikiran luas - sentiasa menimbangkan secara saksama setiap tindakan
yg dilakukan - perselisihan faham dpt dihindari dan sikap saling menghormati
kepelbagaian kaum dpt dipupuk

2. Mengukuhkan kestabilan  Masyarakat Msia mengamalkan sikap toleransi


politik  bersedia bekerja dengan individu lain yg berbeza aspirasi, kehendak dan
idealisme
 amalan sikap toleransi dan kematangan dlm berfikir berjaya melahirkan parti
politik gabungan pelbagai kaum seperti Parti Gabungan Barisan Nasional.
 keseimbangan antara kaum dlm sesebuah parti politik akan mewujudkan sifat
persaingan secara adil - mengurangkan konflik antara kaum

3. Melahirkan anggota  Semua anggota masyarakat akan berfikiran terbuka utk menerima
masyarakat yang dapat pengetahuan baru dan idea orang lain - sentiasa bersedia utk menerima
menerima pendapat orang sesuatu perkara yg baru demi kebaikan semua pihak tanpa ada perasaan syak
lain wasangka - sikap mencemuh atau memaki hamun idea pihak lain
terutamanya yg berbeza ideologi dpt dihindari

Tindakan/Usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran kelima [STPM 2019-ESEI]
Memupuk nilai liberal dan  Harus mendidik diri dan ahli keluarga supaya berpegang kpd nilai agama dan
toleransi moral
 Dapat membantu mereka agar bersikap liberal dan toleransi tanpa mengira
keturunan dan agama
 setiap agama menitikberatkan keperluan bekerjasama, bersatu padu dan
menjauhi persengketaan
Menambahbaik tahap  Harus meningkatkan pendidikan mereka
pendidikan.  hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan dan
kemahiran tertentu agar mampu menjadi individu yg matang, liberal dan
toleransi
 individu yg berpendidikan akan bertoleransi antara kaum dan agama
 menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kepelbagaian yg wujud
Meningkatkan perpaduan  Membolehkan masy pelbagai kaum mengeratkan perpaduan dengan
mengamalkan adat dan kepercayaan kaum masing-masing.
 Pemahaman mengenai kepercayaan dan cara hidup sesuatu kaum
membolehkan kerjasama dalam aspek, sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Kesimpulan
Usaha untuk mewujudkan masyarakat yg matang, liberal dan bertoleransi ini amat penting bagi merealisasikan
Wawasan 2020 dan utk menghindari tragedi 13 Mei 1969 drp berulang. Jika masyarakat Msia telah matang, bersikap
liberal dan bertoleransi, maka tiada masalah bagi rakyat utk bekerjasama demi kemajuan negara

Salmiah ramli Page 7


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Soalan 4
Salah satu matlamat Wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian mengikut acuan
sendiri. Oleh itu usaha perlu diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan. (5 + 0) (STPM 2020)

Pendahuluan
Sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan dapat menyumbang
kepada pendapatan dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha
perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut.

Bil Idea Huraian


Usaha menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian
1. Melaksanakan dasar-dasar  Mengubah tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian
kerajaan.  Dasar negara tidak bergantung kepada komoditi utama semata-mata
 Mengubal plan induk perindustrian, memberi taraf perintis,
menubuhkan zon perdagangan bebas
 Industri gantian import dan industri berorietasikan eksport.
2. Menggalakkan kemasukan  kerajaan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelabur asing
pelabur asing.  pemberian taraf perintis iaitu pengecualian cukai 5-10 tahun
 mewujudkan kawasan perdagangan bebas
 melengkapkan prasarana
 keselamatan terjamin.
3 Menyediakan tenaga buruh  Bekalan tenaga buruh yang mencukupi akan menjadi tarikan pelabur
mencukupi. asing
 tenaga mahir dan pakar sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim
latihan kepakaran dan pengambilan pelajar jurusan sains ke IPT
ditambah
 tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti serta meminimumkan kos pengeluaran.
4. Meluaskan pasaran.  menjalinkan hubungan dagangan yang erat dengan negara lain
 menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai
ekspo antarabangsa bagi mempromosi barangan
 Kerajaan meneroka pasaran baru di peringkat antarabangsa.
5 Meningkatkan Penyelidikan  Bidang R&D penting bagi menghasilkan inovasi baru dan meningkatkan
dan Pembangunan (R & D) kualiti produk yang dikeluarkan agar dapat bersaing dipasaran
antarabangsa
 Melalui penyelidikan dapat menghasilkan teknologi yang canggih
 Dapat kurangkan kos dan tingkatkan produktiviti
 Teknologi juga dapat di jual kepada negara-negara lain.
6 Meningkatkan kemudahan  dapat mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakan
infrastruktur.  segala kemudahan infrastruktur seperti perhubungan dan
pengangkutan menjadi daya tarikan kepada pelabur
 kawasan pelaburan disediakan dengan mengambilkira segala keperluan
dan kemudahan asas.
7 Memajukan industri  sektor industri sokongan seperti IKS menjadi pemangkin kepada
hiliran/sokongan. perkembangan sektor perindustrian negara.
 memberi insentif kepada IKS seperti bantuan kewangan,latihan dan
pasaran.
 mempelbagaikan asas sector pembuatan dan perkilangan
8 Menjamin kestabilan dan  peranan kerajaan dan rakyat mengekalkan keamanan negara.
keamanan dalam negara  aktiviti ekonomi dapat berjalan lancer
 mewujud kan iklim pelaburan yang sihat
 projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancer dan tidak
tergendala
9 Mengalakkan pemindahan
teknologi moden.

10 Pemberian dana
penyelidikan.
11 Pemberian modal/bantuan
kewangan.
12 Mengadakan pameran diluar
negara/peringkat
antarabangsa

Salmiah ramli Page 8


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

PENDEKATAN YANG DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020

Konsep Wawasan 2020 mula diperkenalkan bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan negara
maju sepenuhnya menjelang 2020 secara menyeluruh. Antara pendekatan yang harus dilakukan ialah melalui
beberapa perkara di bawah ini :

Soalan 5:
Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 mengikut acuannya
sendiri. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi mencapai wawasan tersebut. Bincangkan.

Skema: (5 + 0)

Isi Huraian
Pendekatan-pendekatan yang dijalankan bagi mencapai Wawasan 2020:-
1. Melahirkan modal  Modal insan mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga,
insan kelas masyarakat, negara dan dunia.
pertama  Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif,
kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama
 Dalam RMK-9 diumumkan khusus untuk institusi pendidikan bagi memberi latihan
dalam usaha memperkasa modal insan berteraskan ilmu pengetahuan
 Supaya modal insan iaitu golongan belia negara mempunyai pemikiran kelas pertama
yang boleh menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan
 Tidak bergantung sepenuhnya dengan kepakaran luar.
 Kesannya , mampu meletakkan malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing dari
semua segi.

2. Menjadikan  Sekiranya Malaysia muncul sebagai sebuah destinasi pelaburan yang strategik dan
Malaysia sebagai menguntungkan serta sebagai negara yang menarik untuk kehidupan rakyat, akan
destinasi menarik pelabur untuk melabur dan menambah dana untuk pembangunan negara.
pelaburan  Sebagai contohnya, jika hasrat untuk menjayakan Wawasan 2020 tercapai, Malaysia
antarabangsa sudah menghampiri status negara maju dan berdaya saing.
 Oleh itu, peranan pelaburan asing sebenarnya aset penting ke arah meletakkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang kompetatif.

3. Mewujudkan  Malaysia mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi


persekitaran  Hal ini kerana, Kemudahan seperti premis perniagaan, perusahaan, pentadbiran dan
kondusif segala kemudahan awam yang mencukupi bukan sahaja menggalakkan pelaburan dari
luar negara tetapi juga memberi imej positif kepada negara luar.
 Persekitaran kondusif membolehkan Malaysia bersaing dengan negara luar dari segi
persekitaran dalam negara. Oleh itu, faktor kepelbagaian etnik boleh dijadikan satu
elemen kejayaan negara di arena antarabangsa

4. Memperkasakan  Sistem pengangkutan yang maju dan selamat dan mesra alam dan berteknologi tinggi
sistem penting untuk menjadi sebuah negara maju yang kompetatif.
pengangkutan  Oleh itu, Malaysia perlu memperkasakan sistem perhubungan supaya misi berstatuskan
awam dan negara maju tercapai
perhubungan  Sebagai contoh, pelaksanaan projek mega mass Rapid Transit tinggi yang menjadi ikon
domestik dan kepada pembangunan negara
antarabangsa.  Malaysia perlu membangunkan jaringan perhubungan tanpa sempadan secara domestik
dan juga perhubungan dan pengangkutan yang maju, barulah Malaysia mampu berdaya
saing dan mengejar negara maju lain

5. Membentuk satu  Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
negara bangsa  Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,
berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat
patriotik yang kental.
 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan
mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara.
 Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa ialah lingua franca,
integrasi, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.
 Kerajaan memfokus dan melaksanakan strategi iaitu memperkasakan Bahasa
Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan
semangat patriotik dalam diri individu.

Salmiah ramli Page 9


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

 Pembentukan sebuah negara bangsa menjadi prasyarat kepada kemajuan negara kerana
rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Tanpa
penyatuan pemikiran dan kerjasama, kemajuan negara tidak akan tercapai

6. Membentuk  Malaysia sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan
masyarakat corak negara-negara maju yang wujud sekarang.
bermoral dan  Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak hanya diukur
beretika tinggi daripada sudut pembangunan materialistik sahaja.
 Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral dan
etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.
 Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting kerana kemajuan
daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu
pincang.
 kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan
kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.
 Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut mampu hidup
harmoni dan berkembang maju .
 Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan.

Salmiah ramli Page 10


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Contoh Soalan Wawasan 2020:-

1. Bagi mencapai status negara maju, kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang makmur
dan mempunyai ekonomi yang mampu bersaing dengan dinamik Bincangkan.

2. Untuk menjadi sebuah negara maju, nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan amat diutamakan bagi mencapai
pembangunan yang seimbang. Strategi yang mantap dalam usaha untuk menerapkan nilai kesopanan dan
kesusilaan dalam kalangan rakyat perlu dilaksanakan agar selaras dengan agenda pembangunan negara.
Bincangkan.

3. Pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh rakyat negara ini apabila kesemua cabaran yang terkandung dalam
Wawasan 2020 dapat dicapai. Huraikan.

4. Meningkatkan sumber daya manusia merupakan salah satu cabaran untuk membina negara maju dan
sejahtera.

5. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif merupakan antara cabaran Wawasan 2020. Jelaskan
kepentingan mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif kepada negara.

Salmiah ramli Page 11


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Soalan:

1. Cabaran kerajaan dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Jelaskan rasional kerajaan untuk membentuk masyarakat tersebut.
ISU: Memwujudkan Masyarakat bermoral dan beretika.
FOKUS ISU: Rasional kerajaan membentuk masyarakat bermoral dan beretika.
Skema : 5+0

MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA TINGGI

RASIONAL USAHA-USAHA KESAN


(SEBELUM) (SEDANG) (SELEPAS)
1.

2.

3.

4.

5.

Pendahuluan,

Bil Idea Hurain idea


1 Nilai-nilai murni semakin  Tidak diamalkan sejak kecil dan kurang ditekankan dialam
kurang diamalkan. persekolahan.
 Pengaruh rakan
 Pergaulan bebas yang tidak terbatas

2 Pengaruh budaya negatif  Segala isu tersebar luas melalui media massa, internet dan media sosial.
yang berleluasa.  Dunia tanpa sempadan

3 Kurang penghayatan agama  Tidak mengamalkan pegangan agama yang kukuh.


 Kurang penekanan agama sejak dari kecil.
4 Kadar jenayah tinggi  Akibat dari desakan dan tekanan ekonomi maka, masalah sosial di
bandar iaitu peningkatan kadar jenayah seperti merompak, meragut,
pelacuran, pengedaran dadah dan sebagainya dilakukan oleh mereka
demi meneruskan kehidupan
 Kos hidup yang tinggi
 Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan.

5 Sikap pentingkan diri sendiri  Tidak mempedulikan orang lain/ hal sekeliling.
 Tidak mahu terlibat dengan aktiviti sosial samada dikawasan tempat
tinggal atau ditempat kerja.
 Tidak suka bergaul dan membantu orang lain.

Kesimpulan;
Masyarakat dan kerajaan perlu bekerjasama dalam mengatasi cabaran-cabaranyang terdapat dalam masyarakat.

Salmiah ramli Page 12


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Salmiah ramli Page 13


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Salmiah ramli Page 14


SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2022

Salmiah ramli Page 15

Anda mungkin juga menyukai