Anda di halaman 1dari 6

PENGAJIAN AM

Nama : Nik Hazwa Faralisa Bt Zainuddin


Kelas : 6 Al Farabi
Nama Guru : Pn Analiza Binti Ibrahim
Tajuk : Langkah Membina Negara Maju
Dan Sejahtera
Konsep Malaysia Maju Dan
Sejahtera
Pengenalan
 Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara hanya
dapat diukur berdasarkan kualiti hidup rakyat yang
bertambah baik secara berterusan .
 Kerajaan telah menumpukan segala usaha untuk
 Meningkatkan taraf hidup golongan miskin
 Menyediakan peluang untuk meningkatkan pendapatan
 Menyediakan kemudahan pendidikan , kesihatan ,
perumahan dan kemudahan asas yang lain.
Petunjuk Negara Maju Dan
Sejahtera
• PENDIDIKAN
 Merupakan alat utama untuk menyampaikan pengetahuan dari satu generasi

ke satu generasi yang lain .


• PENGANGKUTAN DAN KOMUNIKASI
 Merupakan faktor penting dalam menilai kemajuan dan pembangunan .

• PERUMAHAN
 Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna .

• KESIHATAN
Kesihatan yang baik membolehkan manusia bekerja dengan produktif .
• KEBUDAYAAN DAN HIBURAN
 Kebudayaan digambarkan melalui kelakuan dan pemikiran manusia ,
yang mempengaruhi cara percakapan dan amalan sosial serta keagamaan
suatu masyarakat .

o PENDAPATAN DAN PENGAGIHAN


 Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan untuk
diri dan keluarga mereka dan agihan pendapatan pula menggambarkan
kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi .

• KESELAMATAN AWAM
 Keselamatan awam penting untuk menjamin keamanan dan kestabilan
sosial yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih berkualiti.

• ALAM SEKITAR
 Alam sekitar mempunyai kesan langsung terhadap kesejahteraan penduduk .
Langkah – Langkah Untuk Membina
Negara Maju Dan Sejahtera
1) Mengamalkan budaya inovasi dan kreatif
 Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mencuba perkara baharu dan
berinovasi dalam apa- apa lapangan yang diceburi .

2) Menyuburkan budaya ilmu


 Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu yang tinggi .

3) Mentransformasikan pendidikan
 Pendidikan di Malaysia harus melalui transformasi yang terancang
untuk mencapai status negara maju dan sejahtera .

4) Mengamalkan budaya berprestasi tinggi


 Budaya berprestasi tinggi bermaksud mempunyai sifat untuk
memastikan bahawa setiap perkara yang dilakukan mencapai
tahap terbaik .
5) Mengamalkan pengurusan berintegriti
 Dalam pengurusan negara,kepimpinan negara harus
mengamalkan pengurusan berintegriti dalam melaksanakan
sebarang tugas .

6) Mempererat perpaduan kaum


 Perpaduan kaum amat penting untuk keharmonian dan
kesejahteraan negara .

7) Menjamin keadilan sosial


 Keadilan sosial hanya wujud sekiranya setiap individu mendapat
hak-haknya sebagai rakyat Malaysia .

8) Mengamalkan budaya ketetapan


 Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kualiti yang
bagus dan perlu dijalankan secara berterusan .

Anda mungkin juga menyukai