Anda di halaman 1dari 14

TOPIK 4 : MALAYSIA

NEGARA MAJU DAN


SEJAHTERA
EKONOMI

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )


- IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yg menyediakan
perkhidmatan berkaitan perkilangan dgn pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25
juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang
- kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kpd pengusaha IKS
dan bantuan ini disalurkan melalui agensi bertanggungjawab dan juga melalui
institusi kewangan
- Perbadanan Pembangunan Industry Kecil Dan Sederhana ( SMIDEC ) adalah
agensi kerajaan utama yg bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Agensi
ini juga menawarkan khidmat nasihat pembangunan industry dan program Latihan
dan pembangunan utk org ramai dan pengusaha IKS.
SUMBANGAN IKS
1 ) PENGGENAP KEPADA INDUSTRI
- membekalkan bahan separa siap kpd industry berat seperti proton
- mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negara
- meminimumkan kos pengeluaran industry berat
2 ) MENINGKATKAN PELUANG PEKERJAAN
- IKS adalah industri berintensifkan buruh dan bukan berintensifkan modal
- IKS kurang menggunakan mesin dan lebih kpd tenaga pekerja dlm operasi
pengeluaran
- Keperluan tenaga kerja yg ramai mewujudkan peluang pekerjaan yg banyak
3 ) MEMPERCEPATKAN KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
- kadar pertumbuhan ekonomi negara yg pesat tidak boleh dicapai tanpa sokongan
IKS
- pertumbuhan sektor pembuatan di negara ini telah meletakkan IKS sebagai
industry penggerak utama dlm mempelbagaikan aktiviti sektor ini
- sumbangan IKS dijangka semakin penting utk menjadikan Malaysia sebuah
negara perindustrian
4 ) MENGEMBANGKAN KEPAKARAN TRADISIONAL
- membantu menggembangkan kepakaran tradisional atau warisan tradisi
- menggalakkan perkembangan perusahaan ukiran, kraf tangan dan industry yg
berkaitan
- Latihan kemahiran diberikan kpd pengusaha, pekerja dan bakal-bakal pengusaha
5 ) MENGGALAKKAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
- Pemindahan teknologi hasil drpd Kerjasama IKS dgn industri besar
- pemindahan teknologi dilakukan melalui Latihan, khidmat nasihat,
kemahiran pekerja dan peningkatan kualiti buatan IKS
6 ) MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR INFLASI
- Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran
- menggelakkan penggantungan kpd sesuatu produk yg boleh
mendorong kenaikan inflasi sekiranya berlaku kekurangan
7 ) MENINGKATKAN JUMLAH TABUNGAN NEGARA
- Kebanyakan sumber kewangan dan modal IKS disumbangkan oleh
pemilik dan ahli keluarga sendiri
- hal ini boleh meningkatkan kadar tabungan penduduk dlm negara
8 ) MELAHIRKAN GOLONGAN USAHAWAN BARU
- Memberikan pendedahan pengetahuan tentang pengurusan,
pengedalian peralatan, kira-kira dan pemasaran
- mengasah kewibawaan mereka sebelum menceburkan diri dlm
industri yg bermodal lebih besar
MASALAH YANG DIHADAPI IKS
1 ) KEKURANGAN MODAL
- Kebanyakan pengusaha IKS tidak mempunyai modal yg besar dan
modal pusingan yg tidak mencukupi
- sukar mendapatkan kemudahan pinjaman drpd syarikat kewangan
kerana kurang dipercayai keupayaannya
- syarikat kewagan berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu
menanggung risiko jika hutang tidak berbayar
2) KEKURANGAN TENAGA KERJA MAHIR
- Tenaga kerja terdiri drpd mereka yg berkemahiran rendah
- tenaga kerja kekurangan ilmu, kemahiran dan Latihan
- sukar utk mempertahankan tenaga kerja yg mahir
3 ) PERSAINGAN PASARAN
- usahawan IKS kurang berpengalaman utk menerokai pasaran asing dan kurang
berkemampuan dlm mempromosikan keluaran mereka
- pasaran IKS adalah terhad kpd pasaran domestic
- usahawan IKS terpaksa bersaing sesama sendiri kerana kebanyakan tertumpu kpd
pasaran tempatan sahaja
- barangan keluaran IKS menghadapi persaingan dgn barangan industri tempatan dan
luar negeri
4 ) KEKURANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
- Kurang pendedahan kpd teknologi moden dan kurang pengetahuan tentang teknologi
moden
- penggunaan teknologi yg kurang canggih dan ketinggalan zaman menyebabkan hasil dan
mutu pengeluaran IKS rendah serta tidak dpt memenuhi kehendak pasaran
5 ) HUBUNGAN INTRA-INDUSTRI
- Hubungan IKS dgn industry besar adalah tidak kukuh kerana kurang kepercayaan firma-
firma besar terhadap IKS khususnya dlm aspek standard dan mutu produk yg lemah
6 ) KEHADIRAN IKS DARI NEGARA ASING
- kemasukan IKS dari negara luar telah menyempitkan peluang usahawan IKS tempatan
utk menjadi pembekal kpd industry berat
- syarikat luar negara kurang berminat utk membangunkan IKS tempatan kerana
beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yg berkualiti tinggi
7 ) KESUKARAN MENDAPATKAN BEKALAN BAHAN MENTAH
- IKS bergantung kpd bahan mentah tempatan atau import
- pengusaha sukar mendapatkan bahan mentah bermutu pd harga yg rendah
- terdapat jugak bahan mentah yg diperlukan tiada di pasaran tempatan menyebabkan
mereka terpaksa mengeluarkan belanja yg besar bg mendapatkan bahan mentah yg
diimport
8 ) PENGURUSAN YANG TIDAK CEKAP
- usahawan IKS tidak mengamalkan pengkhususan sepenuhnya dan akan melakukan
pelbagai kerja sendiri dgn dibantu oleh ahli keluarga dan beberapa org pekerja
- usahawan IKS biasanya tiada kemahiran dan kurang pengalaman dlm pengurusan
syarikat
- pengurusan yg kurang bersistem ini menyebabkan syarikat tidak dpt mencapai tahap
pengeluaran dan kecekapan optima
LANGKAH MENGATASI MASALAH
IKS
1 ) MEWUJUDKAN KONSEP RANTAIAN
- Menggalakkan Kerjasama lebih erat antara industry besar dan IKS
- industry besar membekalkan bahan mentah dan kepakaran kpd IKS
utk menghasilkan komponen yg dikehendaki
- menjamin pemindahan kepakaran dan pemasaran produk IKS
- IKS bertindak sebagai vendor kpd syarikat besar
2 ) MEMBUKA PASARAN BARU
- membantu pengusaha IKS mencari pasaran baru utk produk IKS sama
ada di dlm atau di luar negeri
- mengadakan promosi utk menarik minat org ramai terhadap produk
keluaran IKS
- menempatkan produk IKS di lokasi yg strategik bagi memudahkan
pemasaran
3 ) MENYEDIAKAN TENAGA KERJA YANG MENCUKUPI
- menggalakkan rakyat negara ini menceburi IKS dgn menyediakan
pelbagai Latihan dan kursus
- menyediakan pelbagai kursus berkaitan IKS di institusi Pendidikan
bagi melahirkan lebih ramai pekerja mahir untuk menampung
4 ) MENGGALAKKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
- usahawan IKS digalakkan menggunakan teknologi terkini bagi
memudahkan pengurusan pekerjaan dan pemasaran produk IKS dgn
cepat serta cekap
- hasil drpd Kerjasama IKS dgn industry besar yg erat dapat
menggalakkan pemindahan teknologi moden dilakukan
5 ) MENAWARKAN INTENSIF KEPADA PENGUSAHA IKS
- menyediakan bantuan pinjaman atau subsidi kpd pengusaha IKS
- mengecualikan cukai terhadap produk IKS
- menaikkan cukai barangan import
6 ) MENINGKATKAN NILAI TAMBAH PRODUK IKS
- meningkatkan nilai tambah dlm penghasilan produk IKS
- Langkah ini membolehkan pengusaha mendapatkan harga yg lebih tinggi
- harga koko boleh dinaikkan dgn mengeringkan buah koko sebelum menjualnya
7 ) MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
- Menyediakan tapak kilang dan prasarana yg baik kpd IKS. Taman perindustrian IKS
ditubuhkan di setiap negeri dgn Kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri dan Malaysia
Industrial Estate Sdn. Bhd ( MIEL )
8 ) MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN
- Membantu meningkatkan kemahiran pekerja melalui Latihan, seminar, bimbingan kerja
dan pengurusan
- mengadakan Skim Latihan Keusahawanan kpd mana-mana pihak yg ingin menceburi IKS

Anda mungkin juga menyukai