Anda di halaman 1dari 1

Vaksin adalah sejenis agen yang bertindak merangsang sistem pertahanan badan manusia untuk

melawan bakteria atau virus. Huraikan sebab perlunya pengambilan vaksin dan usaha untuk meluaskan
penggunaanya".

Isu soalan : vaksin

Fokus soalan : sebab dan usaha

Kombinasi : 2+3

Vaksin merupakan sebuah agen yang digunakan dalam meningkatakan kesihatan tubuh badan
seseornag individu .Dalam erti kata lain, vaksin boleh didefinisikan sebagai sebuah antigen yang
mengandungi virus dan bakteria yang telah mati atau tidak lagi aktif untuk meningkatkan immuniti
seseorang individu.Persoalannya, apakah sebab perlunya pengambilan vaksin dan usaha untuk
meluaskan penggunaanya dalam kalangan rakyat?

Sebab dominan pengambilan vaksin adalah dapat mencegah penyakit berbahaya yang boleh membawa
kepada maut. Hal ini dikatakan demikian kerana vaksin tersebut dapat mengurangkan risiko penyebaran
wabak tersebut dan juga dapat mengenal pasti simptom-simptom penyakit tersebut agar pihak pakar
kesihatan dapat mengatasi wabak tersebut untuk mencipta vaksin yang setanding dan lebih kuat dengan
virus tersebut. Selain itu, pengambilan vaksin dapat mengurangkan kadar kematian mengenal pasti virus
tersebut dengan awal agar dapat menyediakan rawatan segara kepada pesakit tesebut dan penularan
wabak tersebut akan dikawal dengan lebih efektif dan cepat.

Usaha yang perlu dijalankan oleh pihak atasan adalah dengan meningkatkan kesedaran
masyarakat melalui kempen. Hal ini kerana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para rakyat dengan
perlunya pengambilan vaksin yang membawa banyak manfaat kepada diri sendiri iaitu dapat
meningkatkan ketahanan tubuh badan. Disamping itu, pihak kerajaan wajarlah melancarkan imunasi
kebangsaan dengan memperkasa penyelidikan dan pembangunan. Hal ini kerana para pakar kesihatan
negara dapat menjalankan proses imunasi dengan lebih cepat dengan mengalakan pemindahan
teknologi antara negara-negara yang maju agar dapat mengurangkan kos perubatan dan dapat
mengeluarkan kuantiti vaksin yang besar, kualiti yang tinggi dan proses yang cepat .

Kesimpulannya, pengambilan vaksin merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk mengawal penularan
wabak bahaya dan berjangkit manakala mengawal kesihatan dan keamanan rakyat. Saya berharap agar
para masyarakat berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses pengambilan
vaksin demi menjamin sebuah negara yang selamat daripada jangkitan wabak berbahaya.

Anda mungkin juga menyukai