Anda di halaman 1dari 17

CTU 211

TAJUK :
VAKSIN DARI SUDUT
ISLAM
AS1143A1
NAMA PENSYARAH :
USTAZAH NURUL ATIKAH PONIRAN
AHLI KUMPULAN :

1. NUR SHUHADA BINTI IKHWAN


(2020911823)

2. NUR SYAFIQAH BINTI SHAMSUL


(2020569225)

3. NUR IZZATI ALIAH BINTI


SHAHRUDIN (2020973505 )
ISI KANDUNGAN
1. Prakata 1

2. Pendahuluan 2

3. Isi 1 (Penjelasan Konsep) 3-4

4. Isi 2 (Sudut Sains) 5-6

5. Isi 3 (Sudut Islam) 7-9

6. Isi 4 (Fatwa & Hukum) 10-12

7. Penutup 13

8. Rujukan 14-15
Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah

kurnianya dapatlah kami menyiapkan kertas

kerja berbentuk poster A3 ini yang bertajuk

Vaksin Dari Sudut Islam. Setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih

diberikan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung terutama

sekali kepada Ustazah Nurul Atikah Binti Poniran

yang sering memberi tunjuk ajar serta dorongan

ketika menyiapkan tugasan ini. Kami berharap

tugasan ini dapat meningkatkan pengetahuan

seseorang individu tentang vaksin.

1
pendahuluan
Kebelakangan ini, isu mengenai penggunaan vaksin dalam kalangan masyarakat luar negara amnya dan

di dalam negara kita khususnya tidak asing lagi untuk dibincangkan. Masih ramai dalam kalangan masyarakat

umun tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin sehingga ia menimbulkan

kecelaruan dan keraguan kepada masyarakat terutamanya di dalam negara kita. Ada dalam kalangan mereka

yang masih percaya bahawa sering kali vaksin menyebabkan kesan mudarat yang serius kepada masyarakat

tetapi tidak dinafikan juga vaksin mempunyai kesan sampingannya. Sejarah kontroversi penggunaan vaksin

dalam meningkatkan imunisasi badan manusia sebenarnya telah lama diperkatakan. Namun, di dalam lipatan

sejarah perubatan moden, ia tenggelam dan timbul seiring dengan penemuan kajian demi kajian saintifik baru

dalam mengemukakan fakta ilmiah terhadap penggunaan vaksin.

Di seluruh dunia, pengenalan program imunisasi telah berjaya menurunkan kadar kes penyakit berjangkit.

Vaksin adalah selamat kerana manfaatnya adalah jauh lebih besar daripada kesan sampingan yang mungkin

timbul dikalangan masyarakat. Namun, isu yang sering diperkatakan adalah penolakan penerimaan vaksin oleh

masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti penolakan vaksin adalah satu daripada

ancaman kesihatan global kerana tindakan itu merupakan antara faktor utama kemunculan semula penyakit-

penyakit berjangkit. Akhir-akhir ini, banyak maklumat yang tidak sahih berkaitan vaksin tersebar khususnya di

media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini

disebabkan oleh wujudnya golongan yang terang-terangan mempengaruhi masyarakat untuk menolak vaksin

dengan fahaman salah iaitu melalui penyebaran maklumat tidak sahih oleh golongan-golongan yang dinamakan

antivaksin, antaranya Program Imunisasi Kebangsaan dianggap tidak memberi manfaat dan menimbulkan

banyak kesan buruk. Kesan-kesan mudarat akibat maklumat yang salah mengenai vaksin juga diviralkan oleh

sesetengah pihak dan ini sangat membimbangkan. Contohnya, beberapa kes kematian dicatatkan di negara

kita akibat tidak mengambil vaksin atau mematuhi nasihat dos vaksin yang dicadangkan oleh pihak Kementerian

Kesihatan. Salah faham ini mungkin akan memberi kesan jangka pendek dan panjang sekiranya isi ini berterusan.

Selain itu, masih ada lagi sesetengah ibu bapa mengambil sikap tidak membenarkan anak mereka mengikuti

program imunisasi ini. Akibatnya, anak mereka akan terdedah kepada pelbagai penyakit cegahan vaksin yang

semakin menular seperti tuberculosis, difteria, rubella, polio, campak, beguk dan lain-lain lagi.

Perkara-perkara seperti ini haruslah dibendung dan dielakkan supaya tidak memberi maklumat yang

salah kepada orang lain kerana vaksin bukan sahaja berupaya mencegah penyakit tetapi juga mengurangkan

gejala, menjadikan penyakit lebih ringan dan mengurangkan risiko kecacatan apabila dijangkiti. Jadi, kita akan

mempelajari dengan lebih lanjut mengenai vaksin. Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai

vaksinasi atau pemvaksinan. Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara menyeluruh serta diberikan

pengesahannya. Kaedah ini dilihat merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif. Sebuah

laporan hasil Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menyatakan sebanyak 20 jenis jangkitan dapat dikawal serta

dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang akan

dibincangkan tentang pengambilan vaksin, antaranya termasuklah penjelasan konsep vaksin, vaksin dari sudut

sains, vaksin dari sudut islam, serta fatwa dan hukum pengambilan vaksin.

2
PENJELASAN KONSEP
vaksin
Vaksinasi adalah satu proses pengaktifan sistem imun buatan manusia
sebagai usaha untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit.
Vaksin pula merupakan antigen iaitu virus yang telah mati dan pemberian
“virus mati” ini adalah bukan bertujuan untuk menyebabkan seseorang itu
terkena jangkitan virus tetapi bertujuan untuk menciptakan memori dasar
sebagai tentera pertahanan dalam tubuh badan untuk bersiap sedia
menghadapi serangan virus sebenar yang lebih kuat supaya dapat
membantu mencegah sebarang penyakit. Sebagai perumpamaan, badan
manusia dilindungi oleh sistem pertahanan dan sistem imun sebagaimana
suatu negara dilindungi oleh angkatan tentera. Jadi, vaksin ini umpama
bahan latihan untuk angkatan tentera badan kita, ia akan digunakan untuk
mengenali dan menewaskan musuh, iaitu bakteria atau virus yang mungkin
boleh menjangkiti badan dan menyebabkan penyakit pada masa hadapan.
Penggunaan vaksin sejak beberapa dekad yang lalu membantu
mengurangkan bilangan penghidap penyakit seperti cacar, polio dan
sebagainya.

Tujuan pemberian vaksin adalah untuk mencapai imuniti kelompok.


Dalam erti kata lain, imuniti kelompok bermaksud virus tidak dapat
memasuki suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar
anggota masyarakat tersebut mempunyai kekuatan iaitu memori tentera
pertahanan untuk melawan virus sebenar yang lebih kuat. Hal ini adalah
penting bagi melindungi golongan yang mudah dijangkiti penyakit
disebabkan sistem atau fungsi tubuh yang rendah sperti kanak-kanak,
orang tua, pesakit kanser dan pesakit HIV-positif. Apabila hampir
sebahagian besar masyarakat telah dilindungi daripada jangkitan sesuatu
penyakit cegahan vaksin, bakteria atau virus penyebab penyakit tersebut
sukar mencari seseorang yang boleh dan mudah dijangkiti. Oleh itu, ini
yang dinamakan 'imuniti kelompok’ jika seluruh masyarakat terlindung
daripada jangkitan penyakit tersebut. Ia berupaya untuk melindungi
golongan yang kurang imunisasi dan berisiko dijangkiti bakteria atau virus
tersebut.
3
Terdapat beberapa kepentingan pengambilan vaksin dan yang paling
utama adalah untuk melindungi diri, terutama golongan berisiko tinggi.
Ujian-ujian klinikal dijalankan untuk menentukan tahap keselamatan dan
keberkesanan vaksin-vaksin yang sedang dihasilkan. Vaksin tersebut tidak
akan diluluskan jika terdapat kesan sampingan yang teruk. Kesan jika tidak
mengambil vaksin adalah rakyat berkemungkinan akan menghidap wabak
yang tersebar seperti Covid-19 dan mungkin kehilangan nyawa.
Penggunaan vaksin juga berkemungkinan dapat mengekang jangkitan.
Oleh itu, sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi
mereka yang tidak sesuai menerima vaksin seperti kanak-kanak, golongan
beumur 18 tahun kebawah dan sebagainya. Justeru, amat wajar tindakan
untuk mengekang penularan wabak yang belum nampak lagi
penghujungnya. Tetapi kita yakin dan percaya dengan usaha oleh semua
pihak, dan kajian yang dilaksanakan oleh pakar-pakar seluruh dunia untuk
menyelesaikan isu ini. Vaksin mula menampakkan hasilnya melalui kajian
terkini. Maka, pengambilan vaksin bukan sahaja dapat melindungi individu,
tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara.

4
Vaksin sangat diperlukan dalam pembuatan antibodi supaya badan kita

bersedia untuk melawan penyakit. Mereka yang tidak menggalakann

ipengambilan vaksin adalah golongn yang tidak mengambil tahu tentang

bahan yang terkandung di dalam vaksin. Di Indonesia, penelitian yuridis empiris

dijalankan dan diketuai oleh Kementerian Kesihatan Indonesia dan Majlis

Ulama’ Indonesia. Penelitian yuridis empiris adalah penelitian hukum mengenai

pemberlakuan atau implementasi ketentuan hukum normatif secara perbuatan

pada setiap peristiwa hukum tertentu yang terjadi dalam masyarakat.

Vaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam

bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin

bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga

mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan

beberapa komponen yang lain. Setiap bahan yang terkandung di dalam vaksin

mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan

keberkesanan sesuatu vaksin. Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh

membahayakan tubuh badan. Sebagai contoh, pengawet di dalam sesetengah vaksin

berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat

dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal atau thimerosal. la

mengandungi sejenis bahan yang dinamakan ethyl merkuri. Ia tidak memberi sebarang

kesan toksik seperti methyl merkuri. Methyl merkuri adalah toksik kepada sistem saraf.

Thiomersal pula yang telah digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam

kuantiti yang amat sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik yang

menunjukkan ia berbahaya.

5
Proses penghasilan vaksin boleh berbeza mengikut jenis vaksin

kerana beberapa komponen yang digunakan dalam proses

penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada

berunsurkan virus atau bakteria. Secara amnya, penghasilan

vaksin melibatkan empat langkah asas iaitu yang pertama,

pembiakan, pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam

vaksin. Yang kedua, pengasingan. Pengasingan organisma hidup

daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa

langkah pembiakan.

Seterusnya, Penulenan. Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada

organisma yang dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk

digunakan dalam vaksin. Akhir sekali formulasi iaitu melibatkan pencampuran bahan

yang telah ditulenkan ke dalam larutan sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai.

Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut

adalah penyebab penyakit berbahaya. Jadi, penghasilan vaksin haruslah dijalankan di

dalam persekitaran bebas kuman iaitu aseptic dan dipantau secara rapi melalui

langkah-langkah kawalan kualiti. Secara ringkasnya, antigen dalam vaksin akan

merangsang sistem daya lawan jangkitan iaitu sistem imuniti tubuh dan membentuk

imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus bergantung pada vaksin. Vaksin membantu

sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti virus-virus tertentu supaya

sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa virus sebenar menyerang badan anda.

Vaksin selalunya diberikan sebanyak dua dos. Pada dos pertama, imuniti tubuh mengenal

pasti kuman tersebut unutk membina pertahanan manakal pada dos kedua ia

merangsang tubuh untuk meningkatkan kualiti kekebalan sistem tubuh serta menambah

kuantiti antibodi. Vaksin mempunyai kesan sampingan tersendiri namun selalunya tidak

merbahaya seperti demam, sakit kepala dan sakit sendi dan otot yang selalunya akan

hilang kurang dari dua minggu.

6
VAKSIN DARI SUDUT ISLAM
Seringkali menjadi pertelingkahan dalam umat Islam apabila wujudnya

sesuatu penemuan sains yang baru samada ia menepati syariat Islam atau

tidak. Terutama dari segi kandungan bahan dan cara penyediaannya

contohnya adalah vaksin. Pastinya institusi fatwa mengeluarkan kenyataan

setelah melaksanakan kajiaan yang teliti berpandukan Al-Quran dan sunnah

serta terdapat persetujuan Ahli Mufti. Namun begitu, salah faham sering

terjadi akibat penyebaran maklumat palsu yang tersebar. Secara usulnya,

penggunaan vaksin di Malaysia dibenarkan berasaskan kepada Akhaf Al-

Darayan dan Maslahah Daruriyyah yang dengan asbab utama untuk

menyelamatkan nyawa. Akhaf Al-Darayan terdapat di dalam ilmu fiqh yang

bermaksud memilih mudarat yang lebih kecil berbanding yang besar. Dalam

situasi ini penggunaan vaksin mampu mengekang penyebarannya yang

boleh menyebakan kematian dan kehilangan nyawa.

Maslahah Daruriyyah adalah antara 3 maslahah dalam analisis

ilmiah yang bertujuan untuk menjamin kebajikan umat manusia

disamping menghindari kemudaratan dan bahaya. Ia

merupakan kebaikan yang sangat diperlukan dan keperluannya

tidak dapat ditolak atau dielak kerana berkait dengan urusan

dunia dan akhirat. Keperluan asas yang ditekankan melibatkan

konsep darruriyah adalah jiwa (nyawa dan tubuh badan). Islam

melarang kesalahan yang melibatkan kehilangan nyawa dan

kerosakan tubuh badan dan tindakan untuk tidak mengambil

vaksin boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan

orang lain.

Seperti terdapat dalam surah Al-Maidah ayat 64 “Dan

Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan” dan

juga hadis dari Ubadah bin Samit sabda Nabi Muhammad

SAW yang bermaksud “tidak boleh ada mudarat dan tidak

boleh memudaratkan” Sering kali kita mendengar tentang

golongan yang menolak penggunaan vaksin ataupun

digelar anti-vaksin.

7
Golongan ini berpendapat bahawa vaksin mempunyai

agenda tersendiri untuk mengawal manusia dan juga

disebabkan faktor bahan yang digunakan adalah haram.

Oleh sebab itu mereka menolak penggunaan vaksin kepada

diri dan keluarga mereka terutama anak kecil namun

disebabkan sikap mereka yang sebegitu, terjadinya penularan

semula wabak yang mampu dikekang oleh vaksin seperti

smallpox, tetanus dan diphteria. Dari sudut islam mengekang

mudarat itu terdapat di dalam hukum fiqh dan jelas

menunjukkan yang hal ini tidak boleh dipandang remeh.

Terdapat kaedah yang jelas menurut hukum islam dan qawaid

feqah tentang mengelak dan mengambil tindakan pencegahan

dalam mengekang wabak maut ini. Antaranya dengan mematuhi

arahan pihak autoriti sama ada dalam agama Islam atau pihak

pemmerintah. Setelah meneliti situasi, hukum penggunaan vaksin

adalah harus dan wajib digunakan oleh golongan yang

ditetapkan di Malaysia oleh kerana ia melibatkan hal nyawa.

Terdapat di dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam

bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”.

Ini kerana penggunaan vaksin mampu mengurangkan peratus

jangkitan dan mortality penyakit tersebut yang membolehkan

golongan yang kurang imunisasi seperti orang tua dan pesakit

penyakit kronik untuk merasa lebih selamat disamping

menyelamatkan nyawa semua pihak. Hukum penggunaan bahan

juga telah dikaji selidik dimana penggunaan bahan berunsurkan

haiwan yang halal adalah dibenarkan contohnya vaksin

Menactra yang tidak bersumberkan haiwan manakala jika

terdapat unsur haram makan haram hukumnya seperti Biothrax

yang mempunyai unsur babi. Terdapat juga hukum Istihalah dan

Istihlak yang melibatkan peyucian bahan di dalam vaksin.

8
Istihalah merupakan proses semulajadi yang memberikan

kesan perubahan hukum dari haram ke halal kerana

perubahan zat dari bahan sumber haram iaitu berubah

struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan

sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini

merupakan pandangan mazhab hanafi manakala Istihlak

ialah bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan

yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan

sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan itu.

Bahan berkenaan telah rosak sifat dan ciri asalnya,

walaupun zatnya masih kekal yang mempunyai hukum sama

seperti Istihalah. Namun oleh kerana masih terdapat vaksin

yang berunsurkan perkara halal, maka penggunaan vaksin

biothrax atau vaksin yang melibatkan unsur haram makanya

hukumnya masih haram kecuali jika keadaan yang

terlampau darurat yang melibatkan nyawa atau “hifz al-

nafs” yang bertujuan untuk syariah.

9
FATWA DAN HUKUM
VAKSIN
Dalam konteks perubatan Islam, masyarakat Muslim diwajibkan
mengambil ubat-ubatan yang halal dan suci. Seperti mana firman
Allah SWT dalam surah al- A‘raf ayat ke 157:

‫ﻫ ْﻢ ِﻓ ﻲ‬ ُ ‫ﺠ ُﺪ و ﻧ َ ُﻪ َﻣ ْﻜ ُﺘ ﻮ ﺑ ً ﺎ ﻋِ ﻨ َﺪ‬ ِ َ‫ﻲ اﻟ ﱠ ِﺬ ي ﻳ‬‫ﻲ ا ﻷ ُ ﱢﻣ ﱠ‬ ‫ﺳ ﻮلَ اﻟ ﱠﻨ ِﺒ ﱠ‬ ُ ‫ﻮن اﻟ ﺮﱠ‬ َ ‫ﻳﻦ ﻳَ ﱠﺘ ِﺒ ُﻌ‬َ ‫اﻟ ﱠ ِﺬ‬
‫ﻜ ﺮ ِ َو ﻳُ ﺤِ ﻞﱡ ﻟ َ ُﻬ ُﻢ‬ َ ‫اﻟ ُﻤ ﻨ‬ ْ ‫ﻦ‬ ْ ْ ْ‫ﻹ ْﻧ ﺠ ﻴﻞ ﻳَ ﺄ‬
ِ َ‫ﻋ‬ ‫ﻢ‬ْ ‫ﻫ‬
ُ ‫ﺎ‬ ‫ﻬ‬
َ ‫ﻨ‬ َ ‫ﻳ‬ ‫و‬
َ ‫وف‬
ِ ُ ‫ﺮ‬ ‫ﻌ‬
ْ ‫ﻤ‬
َ ‫ﺎﻟ‬ ِ ‫ﺑ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻫ‬
ُ ُ ‫ﺮ‬ ‫ﻣ‬
ُ ِ ِ ِ ‫اﻟ ﱠﺘ ْﻮ َر ا ِة َو ا‬
‫ﻫ ْﻢ َو ا ﻷ َ ْﻏ ﻼ َ لَ اﻟ ﱠ ِﺘ ﻲ‬ ُ ‫ِﺚ َو ﻳَ َﻀ ُﻊ ﻋَ ْﻨ ُﻬ ْﻢ ِإ ْﺻ َﺮ‬ َ ‫اﻟ ﺨَ َﺒ ﺂ ﺋ‬ْ ‫ﺎت َو ﻳُ ﺤَ ﺮﱢ ُم ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ُﻢ‬ ِ ‫اﻟﻄ ﱢﻴ َﺒ‬
‫ﱠ‬
َ‫ي أ ُﻧﺰ ِ ل‬ ‫ﱠ‬ ْ ْ َ ‫ﻳﻦ‬
َ ‫آﻣ ُﻨ ﻮا ﺑ ِ ﻪِ َو ﻋَ ﺰﱠ ُر و ُه َو ﻧ َ َﺼ ﺮُ و ُه َو ا ﺗﱠ َﺒ ُﻌ ﻮا اﻟ ﱡﻨ ﻮ َر اﻟ ِﺬ‬ َ ‫ﺖ ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ْﻢ َﻓ ﺎﻟ ﱠ ِﺬ‬ْ َ ‫َﻛ ﺎ ﻧ‬
‫ﻮن‬ َ ُ‫اﻟ ُﻤ ْﻔ ِﻠ ﺤ‬ْ ‫ﻫ ُﻢ‬
ُ ‫ﻚ‬ َ ‫َﻣ َﻌ ُﻪ أ ُ ْو ﻟ َ ِﺌ‬

Maksudnya ‘Dan dihalalkan bagi mereka yang baik dan diharamkan


ke atas mereka yang jijik (kotor). Sabda Rasulullah SAW: 30 :
‘Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan
dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu,
dan jangan kamu berubat dengan yang haram’. Berdasarkan
kepada nas syarak di atas menjelaskan bahawa bahan haram atau
bahan najis tidak boleh digunakan sebagai ubat. Walaupun
demikian, dalam keadaan tertentu di mana tidak ada alternatif lain
yang boleh dijadikan ubat yang halal maka harus hukumnya
mengambil ubat yang bersumberkan haram atau najis.
Pengecualian ini adalah berpandukan kepada firman Allah SWT
dalam surah al-An‘am ayat ke 119:

‫ﺣ ﺮﱠ َم ﻋَ ﻠَ ْﻴ ﻜُ ْﻢ ِإ ﱠﻻ َﻣ ﺎ‬ ْ َ
َ ‫اﺳ ُﻢ ﷲﱠِ ﻋَ ﻠَ ْﻴ ﻪِ َو َﻗ ْﺪ َﻓ ﱠﺼ ﻞَ ﻟ َ ﻜُ ْﻢ َﻣ ﺎ‬ ْ ‫َو َﻣ ﺎ ﻟ َ ﻜُ ْﻢ أ ﱠﻻ ﺗَ ﺄ ُﻛ ﻠ ُ ﻮا ﻣِ ﱠﻤ ﺎ ُذ ِﻛ َﺮ‬
‫ﻫ َﻮ أ َ ﻋْ ﻠَ ُﻢ‬
ُ ‫ﻚ‬ َ ‫ن َر ﺑ ﱠ‬ ‫ﻮن ﺑ ِ ﺄ َﻫْ َﻮ ا ﺋ ِِﻬ ْﻢ ﺑ ِ َﻐ ْﻴ ﺮ ِ ﻋِ ْﻠ ﻢٍ ۗ ِإ ﱠ‬
َ ‫ﻀ ﻠﱡ‬
ِ ‫ن َﻛ ِﺜ ﻴ ﺮً ا ﻟ َ ُﻴ‬
‫اﺿ ُﻄ ﺮ ِ ْر ﺗُ ْﻢ ِإ ﻟ َ ْﻴ ﻪِ ۗ َو ِإ ﱠ‬
ْ
‫ﻳﻦ‬ ْ ِ‫ﺑ‬
َ ‫ﺎﻟ ُﻤ ْﻌ َﺘ ِﺪ‬
Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada
kamu satu persatu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali
yang terpaksa kamu memakannya.

10
Nas al-Quran di atas menjelaskan bahawa Islam memberikan keringanan
dan kelonggaran kepada penggunaan ubat bersumberkan bahan haram
dan najis jika sekiranya keadaan benar benar darurat. Pengecualian
dalam penggunaan bahan haram dan najis sebagai ubat hendaklah
menepati beberapa syarat iaitu tidak terdapat atau kesukaran
mendapatkan bahan bersumberkan halal untuk mengubati penyakit yang
berkaitan, penggunaan bahan berkenaan hendaklah di bawah arahan dan
nasihat doktor dan pengambilan ubat daripada bahan haram hendaklah
sekadar yang diperlukan sahaja.31 Kajian juga mendapati hukum
pemberian vaksin adalah bersandarkan kepada sumber bahan yang
digunakan dalam penghasilan vaksin berkenaan.

Terdapat beberapa bahagian yang telah disebutkan oleh para ulama.


Pertama, vaksin yang mengandungi sumber bahan yang harus untuk
digunakan serta mempunyai kesan yang bermanfaat. Vaksin ini harus
untuk digunakan dan memberi sumbangan yang besar dalam
mengurangkan pelbagai wabak yang tersebar. Kedua, vaksin yang
mengandungi sumber bahan yang harus untuk digunakan. Akan tetapi ia
boleh menyebabkan mudarat yang lebih banyak kepada tubuh badan
berbanding manfaatnya. Vaksin ini tidak boleh digunakan kerana boleh
memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia. Ketiga, vaksin yang
mengandungi sumber bahan yang haram atau najis akan tetapi ia telah
dirawat dengan bahan kimia ataupun dicampurkan dengan bahan lain
lalu berubah kepada bahan baru yang harus untuk digunakan. Ia dikenali
sebagai proses istihalah dan mempunyai kesan yang bermanfaat. Vaksin
ini harus untuk digunakan kerana proses transformasi yang berlaku telah
menukarkan kepada nama dan sifat yang baru dan tidak lagi menyamai
dengan nama dan sifatnya yang asal seterusnya mengubah hukum
haram kepada harus untuk digunakan.

Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz menyatakan hukum berubat
sebelum berlakunya sebarang penyakit seperti penggunaan vaksin.
adalah tidak mengapa untuk melakukan rawatan sekiranya ditakuti
berlakunya penyakit disebabkan terdapatnya wabak atau faktor-faktor
lain yang ditakuti berlakunya penyakit disebabkannya. Maka tidak
menjadi masalah untuk memberikan ubat atau rawatan bagi menghalang
sesuatu bala yang ditakuti berlaku.

11
Dr. Taha Ahmad Al-Zaidi, Anggota Majlis Tertinggi Majma’ Fiqh Iraq
Dalam sebuah kertas kerja oleh Dr. Taha Ahmad Al-Zaidi yang bertajuk:
Hukum Suntikan Imunisasi dan Vaksinasi Sebelum Ditimpa Wabak, beliau
menyifatkan vaksin (Covid-19) ini sebagai suatu rawatan pencegahan.
Kemudian beliau berhujah menggunakan hadith larangan masuk ke
tempat wabak dengan katanya: Hadith ini menunjukkan kepada
pensyariatan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi seorang
yang sihat dengan menghalangnya dari memasuki tempat-tempat wabak
kerana khuatir akan terkena penyakitnya. Inilah juga maqsad (tujuan)
daripada vaksinasi maka ia jelas menunjukkan kepada pensyariatannya.
Kemudian beliau menambah: Kami melihat bahawa suntikan imunisasi
dan vaksin bagi menghalang penyakit penyakit berbahaya yang bakal
berlaku itu merupakan suatu perkara yang menepati syarak. Ini kerana ia
termasuk dalam kategori menghalang mencampakkan diri ke dalam
kerosakan serta usaha menjauhi kebinasaan. Rujuk Muktamar Fiqh Al-
Thawari’ - Petunjuk Petunjuk Feqh Pasca Kemunculan Virus Corona.

Selain daripada itu, Jawatankuasa Fatwa juga ada menetapkan hukum


pengambilan vaksin Meningitis ke atas jemaah haji dan umrah adalah
harus kerana darurat yang telah dirujuk kepada fatwa Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002, 2013 dan
2014. Konsep darurat ini masih terpakai selagi mana tidak terdapat
alternatif kepada penggunaan vaksin Meningitis yang halal. Agama Islam
sangat menitik beratkan kepentingan asasi manusia terutamanya kepada
pemeliharaan nyawa dan mengharamkan setiap perbuatan yang boleh
menyebabkan pengabaian dan kemudaratan terhadapnya. Menurut Mufti
Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-
Bakri, hukum pengambilan suntikan vaksin adalah diharuskan syarak jika
menepati beberapa kriteria berikut iaitu berlakunya keperluan yang
mendesak, ianya telah pun dibuktikan dapat memberikan kesan yang
baik, elakkan bahan yang bersifat najis kecuali jika dalam keadaan
terpaksa, sifatnya (vaksin) sebagai pengawalan daripada penyakit telah
terbukti dan tiada kesan sampingan dan mudarat yang lebih besar
berlaku kepada pesakit yang disuntik dengan vaksin. Jika semua kriteria
ini dapat dipenuhi maka pengambilan vaksin akan menjadi satu
keperluan kepada manusia selaras dengan realiti kehidupan di zaman
mutakhir ini.

12
PENUTUP
PENUTUP
Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan penggunaan vaksin amatlah diperlukan bagi mengekang

wabak dan penyakit yang boleh membawa maut dan mengancam kepupusan manusia. Mungkin

ada yang masih ragu tentang penggunaanya dek kerana penggunaan bahan dan cara

penyediaan namun jika dilakukn sedikit kajian maka kita akan sedar yang tidak semua vaksin

adalah sama cara penyediaannya dan kebanyakan diambil dari sumber halal dimana virus

tersebut yang telah dilemahkan atau “virus mati” digunakan untuk dijadikan sebagai antigen yang

mencipta memori imunisasi di dalam badan manusia . Jika individu itu terkena virus tersebut,

antibodi badan mampu untuk melawan virus tersebut bergantung pada memori imunisasi

sebelumnya dan mengurangkan peratus jangkitan. Tujuan paling utama adalah bagi melindungi

kelompok yang mudah dijangkiti dan sukar dirawat semula jika berjangkit seperti kanak-kanak dan

golongan tua kerana imuniti mereka yang rendah.

Pembuatan vaksin melibatkan beberapa bahan

kimia seperti pengawet dan penstabil. Bahan-

bahan ini berfugsi untuk memastikan vaksin kekal

selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang


Kesimpulannya, kita janganlah terlalu jahil
lama. Namun tiada bahan bertoksik yang digunakan
hingga tidak mahu membuat sedikit bacaan
dalam vaksin. Empat langkah asas iaitu pembiakan,
berkaitan topic-topik sebegini. Memang
pengasingan, penulenan dan formulasi diambil

benar segala yang terjadi adalah kehendak


supaya penyediaannya adalah teliti dan berkualiti.

Dari pandangan islam, penggunaanya adalah wajib namun kita sebagai manusia janganlah hanya

sekiranya melibatkan nyawa. Hukumnya adalah membuat tuli berdoa tanpa usaha kerana

berasaskan Akhaf Al-Darayan dan Maslahah tawakkal itu datnganya apabila kita sudah

Darurriyah. Penggunaan bahannya pula bergantung usaha dan ikhtiar. Firman Allah dalam surah

pada hukum istihalah dan istihlak dimana Al-Araf ayat 199 yang bermaksud “Terimalah

melibatkan perubahan hukum bahan dari halal ke apa yang mudah engkau lakukan, dan

haram oleh kerana perubahan zat bahan tersebut suruhlah dengan perkara yang baik, serta

ataupun status peratusan bahan haram di dalam berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang

vaksin tersebut. Ahli mufti juga telah bersepakat yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
mengeluarkan fatwa berkaitan penggunaan vaksin
ngelak mudarat kepada diri dan orang lain
tersebut.
seperti sabda Rasulullah SAW yang

bermaksud "Barangsiapa memudahkan orang

yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya

di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu, berusahalah dalam mencari jalan yang dapat

mengelak mudarat kepada diri dan orang lain seperti

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Barangsiapa

memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah

memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu

Majah)

13
RUJUKAN
1 . E-BULETIN

BERNAMA. ( 2020 ). Hukum ambil vaksin Covid- 19 adalah harus. Retrieved May 6 2021
, , from Harian

Metro website: https://www.hmetro.com.my/utama/ 2020 12 656387


/ / /hukum-ambil-vaksin-covid- 19 -

adalah-harus

DR. HALIZA ABDUL RAHMAN. ( 2020 ). Vaksin, manfaat melebihi mudarat. Retrieved May 7 2021
, , from

Sinarharian website: https://www.sinarharian.com.my/article/ 116657 /KHAS/Pendapat/Vaksin-

manfaat-melebihi-mudarat

Halim, Muhammad Najhan, PAS Selangor. ( 2020 ). COVID 19: Mudarat Itu Wajib Dihilangkan - Berita Parti

Islam Se Malaysia (PAS). Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS). Retrieved May 4 2021
, from

https://berita.pas.org.my/covid- 19 -mudarat-itu-wajib-dihilangkan/

Latifah Arifin. ( 2019 ). Hukum guna vaksin berdasar syariat, maslahat manusia. Berita Harian. Retrieved

May 5 2021
, from https://www.bharian.com.my/rencana/agama/ 2019 07 586305
/ / /hukum-guna-vaksin-

berdasar-syariat-maslahat-manusia

Profesor Dr Azizi Ayob. ( 2017 ). Beri kesedaran keperluan, faedah vaksin. Retrieved May 7 2021 , , from

Berita Harian website: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/ 61 2017 05 286954


/ / / /beri-

kesedaran-keperluan-faedah-vaksin

Rafidah Mat Ruzki. ( 2021 ). Hukum vaksin COVID- 19 harus - Mufti Wilayah. Berita Harian. Retrieved May

5 2021
, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2021 02 785997
/ / /hukum-vaksin-covid- 19 -

harus-mufti-wilayah

2
. E-JOURNAL

Pauzi, Norhidayah, Man, Saadan. ( 2017 ). MASLAHAH DALAM VAKSINASI: ANALISIS FATWA MALAYSIA

DAN INDONESIA Maslahah in Vaccination: An Analysis of the Fatwa of Malaysia and Indonesia. Jurnal

Fiqh 14 (2017 ), 27 50
– . Retrieved from https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?

type=publication&row=NzMzNTc% 3D

Ramli, M.A., Fauzi, T.F., & Razif, N.F. ( 2019 ). Autoriti Kerajaan Dalam Mewajibkan Vaksinasi Kanak-kanak:

Kajian Menurut Perspektif Hukum Islam (Authority of the Government to Enforce Child Vaccination: A

Study from the Islamic Ruling Perspective).

14
3 . PDF

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). ( 2021 ). Al- Bayan Siri 7 : Pengambilan

Vaksin Covid- 19 : Hukum dan permasalahannya. Retrieved from website: https://mira.gov.my/wp-

content/uploads/ 2021 01
/ /AL-BAYAN_SIRI- 7.pdf

4 . WEBSITE

Dr. Irwan Bin Mohd Subri. ( 2021 ). Vaksinisasi sebagai kaedah pencegahan menurut Islam. Retrieved

May 7 2021
, , from website: https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/vaksinisasi-sebagai-

kaedah-pencegahan-menurut-islam/

Muhammad Fahmi Rusli. ( 2016 ). BAYAN LINNAS SIRI KE – 59 : HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN DARI

SUDUT PANDANG FIQH & MAQASID SYARIAH [EDISI KEMASKINI]. Retrieved May 6 2021
, , from

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan website: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/ 1163 -

bayan-linnas-siri- 59 -vaksin-sudut-pandang-dari-neraca-fiqh-maqasid-syariah

Nadzirah. ( 2015 ). IRSYAD AL-FATWA SERIES 30 : VACCINE ACCORDING TO ISLAM’S PERSPECTIVE.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved May 5, 2021 from

https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/ 2069 -irsyad-al-fatwa-

series- 30 -vaccine-according-to-islam-s-perspective

SASHINI A/P SEENIVASAGAM. 2018


( ). Kepentingan Vaksin - Kewajipan Vaksinasi, Adakah Satu

Keperluan? - DoctorOnCall. Retrieved May 7 , 2021 , from website:

https://www.doctoroncall.com.my/kepentingan-vaksin

Tiyas Widya Septiana. ( 2020 ). Pengertian vaksin dan cara kerjanya terhadap tubuh. Retrieved May 7 ,

2021 , from PT. Kontan Grahanusa Mediatama website:

https://kesehatan.kontan.co.id/news/pengertian-vaksin-dan-cara-kerjanya-terhadap-tubuh

World Health Organization: WHO. ( 2019 ). Vaccines and immunization. Retrieved May 7 2021 , , from

website: https://www.who.int/health-topics/vaccines-and-immunization # tab=tab_ 1

Zaid Adhar. ( 2021 ). Pengambilan vaksin COVID- 19 : Hukum dan permasalahannya. Retrieved May 6 ,

2021 , from HarakahDaily website: https://harakahdaily.net/index.php/ 2021 01 05


/ / /pengambilan-

vaksin-covid- 19 -hukum-dan-permasalahannya/

15

Anda mungkin juga menyukai