Anda di halaman 1dari 17

KEMAJUAN SESEBUAH

NEGARA
Ahli kumpulan:
Mariati
Syuhizan
Shahlan
SOALAN

15. Kemajuan sesebuah negara bukan hanya


terletak kepada kemajuan fizikal semata-
mata tetapi juga diukur melalui aspek
pembangunan insan. Hasrat ini boleh dicapai
melalui usaha-usaha pembangunan insan.
Huraikan.
Analisis Soalan

Isu soalan:
Pembangunan insan

Fokus Soalan:
Usaha-usaha pembangunan insan

Kombinasi Jawapan:
5+0
DEFINISI ISU SOALAN
Pembangunan insan

Definisi:
Pembangunan insan adalah cara atau kaedah
untuk mengenal atau mengkategorikan
kemahiran dan kebolehan seseorang atau
individu dalam sesuatu bidang terutamanya
dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan negara.
CADANGAN ISI
1. Mencontohi modul pendidikan negara-negara
maju dari barat dan timur.
2. Mengetengahkan nilai-nilai murni yang ada
pada tokoh silam dan moden.
3. Institusi pengajian tinggi negara mesti bertaraf
antarabangsa.
4. Keupayaan Research and Development, sains
dan inovasi perlu dijalankan.
5. Masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan
moral mesti wujud.
ISI 1 :
MENGADAKAN KERJASAMA DALAM PROGRAM
PENDIDIKAN DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU

Melihat kepada sistem pendidikan yang


dijalankan negara-negara maju
cth: Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan modul
pendidikan yang dibawa daripada
Australia.Sistem pendidikan yang tidak
berasaskan peperiksaan semata-mata.
Membawa masuk tenaga pakar dari luar

Cth: program pertukaran guru,program


pertukaran pelajar.
Dapat meningkatkan teras modal insan.
Masyarakat berminda kelas pertama
adalah masyarakat yang berpengetahuan,
mampu berdaya saing, berbudaya kerja
cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan
moral. Mereka juga
tahu menghayatidan menghargai budaya,
kesenian dan warisan serta sejarah Negara,
bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya
kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang
kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus
globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada
Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara
senantiasa dijunjung.
-Dato Abdullah Ahmad Badwi
Mengetengahkan nilai-nilai murni yang ada pada
tokoh silam dan moden.

Nilai-nilai positif yang dapat membentuk jati diri


dalam kalangan masyarakat
Kesederan yang mendalam untuk menyumbang
kepada negara akan dapat membantu isu brain
drain, di mana ramai graduan bijak pandai
memilih berkhidmat di luar negara.
ISI 3
Institusi pengajian tinggi negara mesti bertaraf
antarabangsa.

Institusi pengajian tinggi tempatan harus


mencapai piawaian antarabangsa agar dapat
seiring dengan institusi pengajian tinggi
antarabangsa.
Kualiti akademik mesti merangkumi ketokohan,
kepakaran dan komitmen.
ISI 4
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

menghasilkan modal insan yang menjadi


tunggak utama kepada pembangunan negara
pada masa akan datang
Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk
menjadi insan yang bertanggungjawab serta
mampu melakukan sesuatu perkara dengan
usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai
kejayaan.
ISI 5
Masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan
moral mesti wujud.

Masyarakat berminda kelas pertama yang


mampu berdaya saing, berbudaya kerja
cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan
moral.
Prinsip-prinsip kepercayaan kepada tuhan dan
kesetiaan kepada raja senantiasa dijunjung.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, modal insan amat penting bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang
beridentitikan diri sendiri dan menjadi contoh bagi
negara-negara di seluruh pelosok dunia. Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama bagi melahirkan
modal insan kelas pertama dalam kalangan
masyarakat.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai