Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A

[15 markah]
Jawab semua soalan.

1. Huraikan dua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuh penghayatan
prinsip Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.
[4]

i. .

ii. .

Jawapan

Bil Isi/Idea [1m] Huraian [1m]

1. Menubuhkan Kelab Rukun - Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid.


Negara di peringkat sekolah - Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara dalam kalangan murid.
- Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid
tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara.
- Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan
mengamalkan Rukun Negara.
- Menyemai dan mempertingkatkan semangat
perpaduan dalam kalangan murid berasaskan
toleransi dan kerjasama antara kaum
2. Menubuhkan Sekretariat - memperkaya pengetahuan, pemahaman,
Rukun Negara di peringkat penghayatan, dan pengamalan mahasiswa terhadap
universiti. prinsip-prinsip RukunNegara
- Menjadi `platform' berkesan untuk menyemai dan
memperkukuhkan semangat patriotisme dalam
kalangan mahasiswa.
- Meningkatkan kesedaran mahasiswa untuk
mempraktikkan prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan seharian.
3 Memperkenalkan konsep 1 - Generasi muda perlu menerima agama, budaya dan
Malaysia untuk adat resam yang diamalkan oleh kaum lain
memperkukuh hubungan - Memupuk prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan
kaum Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
- Mempunyai semangat prinsip keadilan sosial tanpa
mengira latar belakang agama dan kaum.

2. Terangkan dua dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. [4]
i. .
.
ii. .

1
Bil Isi/Idea [1m] Huraian [1m]

1. Dasar Pendidikan - Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua


system persekolahan yg sama, Bahasa kebangsaan
sebagai bahasa penghantar yg sama, kurikulum yg
sama, sukatan yg sama, dan peperiksaan yg
seragam.

2. Dasar Kebudayaan - Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan


Kebangsaan pengekalan identiti rakyat Malaysia.
- Dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan
memelihara keperibadian kebangsaan
.
3 Sukan sebagai alat - Melalui sukan rakyat dapat bergauldan dapat
perpaduan menyemarakkan semangat patriotic dalam kalangan
rakyat.
- sukan juga dapat mengeratkan perpaduan kaum dan
hubungan antara negeri di Malaysia.
.

3. Berikan empat pendekatan yang digunakan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional.
[4]
i.
ii. .......

iii.
iv.

Skema Jawapan:
i Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
ii Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
iii Memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang berdaya saing
i Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem
nilai dan
v

4. Nyatakan tiga tonggak utama yang terdapat dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi
(MBE). [3]
i. .
ii ........
iii. .

2
Skema Jawapan:
i Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
ii Program Transformasi Kerajaan (PTK)
iii Program Transformasi Ekonomi (PTE)
i Rancangan Malaysia ke 10, RMK 10 (2011 2015)
v

3
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di
Malaysia dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan
Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi
negara. Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan
dan juga buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00
sebulan.
Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering
adalah sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada
tahun berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada
tahun 2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang
sama, bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan
bertambah kepada 8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat
dengan pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada
tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan
pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah
sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya.
Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan
pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja
memproses ikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya.
Bilangan pekerja yang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218
orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008.
Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada
tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah
mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan
pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280
orang berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi
sebanyak RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat
hanyalah RM 6.97 juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat
sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang
tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang
tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.
Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang
bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi
negara.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

4
Jawapan:
MALAYSIA : BILANGAN PEKERJA AM DALAM SEKTOR PEMBUATAN BERASASKAN
MAKANAN DAN PURATA UPAH PADA TAHUN 2008 HINGGA 2010.

Tahun Bilangan Pekerja (orang)

Sektor Pembuatan 2008 2009 2010


Memproses Ikan Laut 9145 9553 10156
Mengetin Nanas 7960 8350 8750
Mengilang Tepung 8615 8890 9218
Minyak Sayur-sayuran 11233 11900 12180
Mengilang Padi 12669 13075 13517

Purata Upah (RM/Juta) 6.97 7.26 7.39

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

5
6. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih
pada tahun 2011.
Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai
sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini,
bukan setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos
pendidikan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA
telah mengeluarkan kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan
mengikut negara-negara terpilih.
Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-
negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk
bidang ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-
negara terpilih yang sama.
Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan
berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara
terpilih. Negara India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos

6
hidup yang lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan
yang hanya mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk
pelajar-pelajar ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu
berbanding bidang perubatan.
Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-
pelajar tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara
Indonesia. Jumlah kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak
RM267.48 ribu. Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia
amat ketara. Kos pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi
sehingga mencecah 58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan
diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing
mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10 ribu.
Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang
pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah
mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian.
Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah
sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.
Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia
hanya berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di
Australia dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia
melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.
Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar
negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan


Malaysia, Tahun 2012)
MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN
MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Perubatan (RM ibu) Pergigian (RM Ribu)


Negara Nilai % Sudut Nilai % Sudut
Australia 1067.35 22.91 82.48 821.80 22.59 81.32
India 587.74 12.62 45.42 381.69 10.49 37.77
Indonesia 267.48 5.74 20.67 232.09 6.38 22.97
Ireland 1382.20 29.67 106.81 1097.40 30.17 108.59
United Kingdom 1354.10 29.06 104.63 1104.99 30.37 109.35
Jumlah 4658.87 100 360 3637.97 100 360
(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan
Malaysia, Tahun 2012)

7
MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN
MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan


Malaysia, Tahun 2012)

Bahagian C
[25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

7. Kebelakangan ini, harga minyak mentah dunia telah jatuh sekurang-kurangnya


sebanyak 55 %. Fenomena ini telah memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia. Oleh itu
tindakan perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi menangani kesan akibat kejatuhan harga
minyak. Bincangkan.

Pengenalan
Kejatuhan harga minyak dijangka mendatang kesan kepada ekonomi Malaysia. Pelbagai
pihak termasuk kerajaan dan rakyat perlu bersedia menangani kesan nagatif akibat
kejatuhan harga minyak.

Bil Idea Huraian


Bahagian A Kesan

1. Meningkatkan pendapatan -Secara purata rakyat Malaysia membelanjakan RM

8
boleh guna rakyat Malaysia 200.00 sebulan untuk petrol
-Penurunan harga minyak boleh mengurangkan
perbelanjaan untuk petrol bagi sesetengah rakyat
Malaysia.
-Akan membantu lebihan wang untuk isi rumah
-Penjimatan wang boleh disalurkan untuk
perbelanjaan lain dan boleh menambah simpanan

2. Rakyat Malaysia dapat -Kejatuhan harga minyak amat terkesan kepada


menikmati minyak yang mereka yang menggunakan kenderaan
lebih berkualiti -Minyak petrol RON 97 menjadi pilihan untuk
pengguna kenderaan
-Rakyat Malaysia dapat menikmati minyak yang
berkualiti dengan harga yang lebih murah
-Rakyat Malaysia dapat menikmati batuan (km)
yang lebih panjang dengan penjimatan ini.

3. Penurunan pendapatan -Pada perbentangan bajet 2015 kerajaan


kerajaan menganggarkan hasil cukai petroleum yang akan
dikutip ialah sebanyak RM 25.6 billion.
-Petronas menyumbangkan hasil kepada kerajaan
Persekutuan melalui deviden, cukai dan royalti.
-Selepas bulan oktober harga minyak mentah dunia
telah turun secara mendadak.
-Anggaran hasil kerajaan ini akan tersasar.
-kutipan sebenar cukai pendapatan petroleum
mungkin lebih rendah
-Sumbangan Petronas kepada kerajaan akan
menurun sebanyak 37 % jika harga minyak mentah
kekal rendah tahun hadapan
-Ia hanya mampu menyumbangkan sekitar RM 25
billion berbanding RM 33 billion pada tahun
sebelumnya.
-Petronas tidak mampu untuk terus membayar
dividen yang tinggi kepada kerajaan

4. Kejatuhan pasaran saham -Saham-saham syarikat berkaitan petroleum juga


jatuh akibat kesan penurunan harga minyak
-pelabur asing akan menbuat jualan berterusan
-Pelabur asing menjadi penjual bersih setiap minggu
-Jumlah aliran modal keluar dari Malaysia adalah
sejumlah RM 44 billion setakat tahun ini.
-Penanda aras Bursa Malaysia jatuh hampir 10 %
dalam tempoh 3 minggu akibat jualan berterusan
daripada pelabur asing.

5. Kejatuhan mata wang Kejatuhan harga minyak juga menyebabkan


Malaysia kejatuhan Ringgit Malaysia
-Begitu juga mata negara pengeksport minyak yang
lain seperti Canadian Dollar, Norweign krone,
Mexico peso dan lain-lain.
-Nilai mata wang Malaysia telah jatuh kepada
sekitar RM 3.45 3.49 berbanding USD 1.00
-Merupakan kejatuhan paling tinggi dalam tempoh

9
5 tahun
-Penyusutan ini amat ketara dalam imbangan
pembayaran luar Malaysia
-Secara tidak langsung menurunkan rezab mata
wang asing di Bank Negara.

Bahagian B Tindakan

6. Memberi tumpuan kepada -Kerajaan mesti berusaha mengurangkan


industri lain kebergantungan kepada komoditi minyak
-Kerajaan boleh memberi tumpuan kepada Industri
Kecil dan Sederhana.
-IKS tempatan tidak kurang hebatnya berbanding
dengan negara maju
-Strategi lebih berkesan perlu dilaksana untuk
meningkatkan eksport daripada industri ini
-Dalam industri pertanian kita masih ketinggalan
berbanding dengan negara lain antaranya Thailand
dan Indonesia.
-Pengeluaran dan mutu industri pertanian boleh
ditinggikan.
-peningkatan eksport akan menarik ramai pengguna
dari kalangan rakyat tempatan yang masih
cederung membeli barangan import.

7. Galakkan rakyat membeli -Nilai ringgit Malaysia jatuh berbanding Dollar.


barangan buatan Malaysia -Rakyat tempatan berbelanja lebih jika ingin
membeli barangan import @ berbelanja di luar
negara
-Bila membeli barangan tempatan dapat
mengurangkan pengaliran ringgit ke luar negara
-Kempen membeli barangan Malaysia perlu
ditingkatkan.

8. Kerajaan berjimat cermat -Penurunan harga minyak mengurankan


dalam berbelanja pendapatan negara.
Kerajaan perlu menstruktur semula projek projek
pembangunan negara.
-kerajaan boleh menangguhkan beberapa projek
mega sehingga kembali stabil

9. Menggalakkan industri -Industri pelancongan merupakan salah satu


pelancongan sumber pendapatan negara.
-Para pelancong akan berbelanja lebih kerana
mereka akan memperolehi lebih 10 % nilai tukaran
wang berbanding sebelum kejatuhan harga minyak.
-Hal ini memberi kebaikan kepada industri
perhotelan, pengangkutan dan tempat-tempat
pelancungan.

10. Penarikkan balik subsidi -Penurunan harga minyak dunia menyebabkan


minyak harga minyak Malaysia berada di paras subsidi..
-Harga baru bagi RON 95 RM 1.91 dan RON 97
ialah RM 2.11 bagi penjualan bulan Januari.

10
-Membolehkan kerajaan mengambil langkah
menarik balik subsidi dan membiarkan harga
minyak ditentukan oleh pasaran
-Kaedah subsidi sebelum ini telah mengundang
penjualan secara haram dan penyeludupan minyak
terutamanya diesel ke sempadan atau kapal-kapal
dagang yang berlabuh di tengah lauh

Penutup

Pendekatan yang tepat dan bijak yang diambil oleh semua pihak diharapkan dapat
mengurangkan kesan kejatuhan harga minyak terhadap ekonomi negara.

Pilihan jawapan : 2A + 3 B
3A + 2B

8. Sektor pertanian sememangnya memberikan sumbangan yang besar kepada negara.


Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya
menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif. Bincangkan

Pengenalan

Bil Idea Huraian


Sumbangan
1 Membekalkan bekalan -menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat,
makanan berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang
berpatutan
-keperluan makanan rakyat
2 Mewujudkan peluang -meningkatkan kemahiran modal insan
pekerjaan
-meningkatkan taraf hidup

11
-mengurangkan masalah pengangguran dan
kemiskinan
3 Meningkatkan hasil negara -meningkatkan jumlah pengeluaran eksport
-mengurangkan import dan menambahkan pendapatan
kerajaan
4 Membekalkan bahan mentah -pembekal utama bahan mentah yang murah kepada
kepada industri industri berasaskan sumber
-bekalan dapat dibekalkan sepanjang tahun
-bekalan bahan mentah pertanian yang diproses dan
dijadikan bahan akhir untuk kegunaan domestik dan
eksport
5 Menggalakkan pelabur -memberi peluang kepada pihak swata Malaysia untuk
tempatan melabur menceburkan diri dalam pelaburan sektor pertanian
-memindahkan teknologi dan kepakaran
-membantu menjana peluang pekerjaan
Usaha mentransformasikan
6 Membangunkan kegiatan -membentuk asas pengeluaran yang lebih luas
pertanian dan perhutanan
-hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan
secara bersama (perhutani)
-mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya
tanah
-penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman
industri
7 Menghasilkan produk -produk dan pasaran utama dikenalpasti berdasarkan
pertanian berasaskan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna
keperluan pengguna
-contoh penanaman Tongkat Ali, hasil daripada susu
kambing dan halia
8 Memajukan Penyelidikan dan -penyelidikan berkaitan peningkatan hasil dan kualiti
Pembangunan (R & D) tanaman seperti input pertanian
-penggunaan bioteknologi
9 Mewujudkan sektor -menggalakkan pertumbuhan industri berskala besar
pertumbuhan baharu seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan,
produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan.
-agritourisme atau pelancongan tani
10 Menggunakan teknologi dan -penggunaan teknologi secara intensif
kemahiran baru
-peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran
-meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian
11 Memberi nilai komersial -pertanian sebagai satu perniagaan

12
kepada produk pertanian -menjenamakan produk pertanian seperti Malaysia
Best
-petani yang berpengetahuan di dalam amalan amalan
pertanian
12 Meningkatkan kemudahan -kemudahan infrastruktur dan khidmat sokongan di
infrastruktur sektor pertanian ditingkatkan
-kemudahan saliran dan pengairan serta jalan ladang
dinaik taraf
-kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan
dan pengeluaran produk pertanian seperti pasar tani
yang dijalankan oleh FAMA

Kesimpulan
Jawapan: Mana-mana 3 + 2 idea atau 2 + 3 idea

13

Anda mungkin juga menyukai