Anda di halaman 1dari 2

Esei Pengajian Am: Pertahanan

Untuk Kedaulatan Negara


by eseipa on September 4, 2015 in Esei Pengajian Am, Pengajian Am, STPM

Pertahanan negara yang kukuh amat penting untuk memastikan rakyat hidup bebas,
aman dan sejahtera. Tanpa pertahanan, negara akan mengalami peperangan dan tidak
aman. Namun, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam memperkasakan pertahanan
negara.

Usaha memperkasakan pertahanan negara

Mengutamakan perpaduan dan integrasi perpaduan


Semangat bersatu padu akan menjadikan rakyat sebagai satu pasukan keselamatan.
Kekuatan dalam perpaduan seperti pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat ini megelakkan rakyat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang bertujuan
memusnahkan kedaulatan negara.
Tuntasnya, faktor bersatu padu meningkatkan pertahanan negara.

Semangat patriotisme
Semangat patriotik dalam kalangan anak watan dapat menjadi penggerak untuk setiap
rakyat mempertahankan negara.
Rakyat negara perlu mempunyai semangat ini kerana mereka memangkinkan
pembinaan bangsa Malaysia
Rakyat perlu ada semangat tidak rela dijajah untuk mempertahankan kedaulatan
negara.

Memperkasakan pasukan keselamatan negara


Pasukan keselamatan negara harus dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang paling
moden untuk menunjukkan keseriusan negara mempertahankan kedaulatan negara.
Pasukan keselamatan perlu ditingkatkan dari aspek fizikal, emosi mahupun mental.
Mereka harus sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang pencerobohan dan
ancaman.
Kepakaran dan kemahiran teknikal pasukan keselamatan mesti sentiasa ditambah baik.

Cabaran yang dihadapi


Kebanjiran warga asing
Lebih dua juta orang pekerja asing pada masa kini di negara kita.
Mereka ini tidak mempunyai kesetiaan kepada negara.
Sekiranya terlampau banyak menjadi satu ancaman kepada negara.
Rakyat berasa tidak selamat kerana banyak jenayh yang berlaku melibatkan pekerja
asing.
Kemasukan pekerja asing akan membawa masuk budaya mereka yang boleh
mengancam budaya tempatan yang bernilai tinggi.

Pengaruh dan campur tangan kuasa aing


Tindakan pengintipan oleh kuasa asing boleh berlaku.
Mereka menggunakan alasan memartabatkan hak kebebasan asasi
Mempergunakan media massa untuk menyampaikan mesej berunsur antikeamanan
Dan mempergunakan anggota politik untuk menyokong tentangan terhadap pemerintah

Wujudnya golongan pelampau


Wujud golongan yang berfikiran sempit dan hanya mementingkan diri sendiri atau kaum
sendiri tanpa melihat kepada sesuatu dengan lebih luas, iaitu untuk kepentingan
nasional.
Tuntutan melampau untuk kaum tertentu menyebabkan ketidakselesaan kaum-kaum
lain.
Terdapat juga gerakan pelampau yang mirip pengganas yang boleh menggugat
keamanan negara.

Kesimpulannya, setiap individu perlu mempertahankan keamanan dan kebebasan


dengan apa-apa jua cara. Pertahanan negara tidak boleh diperlekehkan oleh negara
lain.

Anda mungkin juga menyukai