Anda di halaman 1dari 12

STPM (PENGGAL 1) Tahun 2013-2021 BAB1: PENGENALAN

Bahagian A (objektif)

1. Masalah asas ekonomi berpunca daripada (2013)


A. Pengeluaran ekonomi yang tidak cekap
B. Kehendak masyarakat yangg tidak terhad
C. Penggunaan sumber alam yang tidak optimum
D. Pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi

2. Dalam gambar rajah di bawah, RS ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi


sebuah ekonomi. (2013)

Ketidakcekapan penggunaan sumber berlaku pada titik


A. S
B. T
C. Y
D. Z

3. Yang manakah institusi ekonomi yang terlibat dalam liputan analisis ilmu
ekonomi bagi model dua sektor? (2013)
A. Institusi kerajaan
B. Institusi kewangan
C. Institusi perundangan
D. Institusi kesatuan sekerja
4. Ilmu ekonomi mengkaji tentang (2014)
A. Tingkah laku manusia untuk memilih barangan yang terhad bagi mencapai
keuntungan maksimum.
B. Bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi
kehendak yang tidak terbatas.
C. Bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk
encapai kepuasan maksimum
D. Tingkah laku manusia untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan barangan
yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

5. Gambar rajah di bawah menunjukan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah


negara. (2014)

Peralihan keluk kemungkinan pengelauran dari MN ke ST disebabkan


A. Penurunan cukai
B. Peningkatan harga input
C. Pertambahan stok modal
D. Peningkatan kadar pengangguran

6. Yang manakah pernyataan yang tidak menerangkan sistem ekonomi campuran? .


(2014)

A. Agihan pendapatan lebih setara.


B. Ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal.
C. Individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonommi.
D. Pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat.
7. Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan? . (2015)
A. Kekurangan sumber ekonomi
B. Kehendak manusia yang terhad
C. Pengelauran dilakukan oleh firma
D. Semua barang melibatkan kos lepas

8. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinaan pengeluaran (KKP)


bagi sebuah ekonomi. . (2015)

Peralihan KKP1 ke KKP2 disebabkan oleh


A. Penurunan tingkat harga barang Y
B. Peningkatan daya pemngeluaran barang Y
C. Peningkatan tingkat pendapatan barang Y
D. Peningkatan anugerah sumber dalam ekonomi

9. Perbezaan utama antara usahawan dengan buruh adalah dari aspek (2015)
A. Kemhiran
B. Menanggung risiko
C. Boleh berpindah tempat
D. Kepentingan dalam proses pengeluaran
10. Mikroekonomi merupakan kajian gelagat manusia dalam mengurus (2016)
A. Masalah pengangguran
B. Kadar inflasi yang tinggi
C. Defisit belanjawan negara
D. Ketidakcekapan pengeluaran

11. Pemilihan penggunaan input buruh atau input modal dalam oengeluaran merujuk
kepada maslaah asas ekonomi, iaitu (2016)

A. Untuk siapa barang dikeluarkan


B. Apa barang hendak dikeluarkan
C. Berapa barang hendak dikeluarkan
D. Bagaimana barang hendak dikeluarkan

12. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi


makanan dan pakaian (2016)

Pengerakan titik pengeluaran dari R ke S menimbulkan kos lepas


A. Pakaian sebanyak 0X2
B. Pakaian sebanyak X1X2
C. Makanan sebanyak 0 Y1
D. Makanan sebanyak Y2Y1
13. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
bagi sebuah ekonomi. (2017)

Peningkatan pengeluaran gandum sebanyak 100 juta tan metrik disebabkan oleh
A. penurunan tingkat harga gandum
B. peningkatan tingkat pendapatan isi rumah
C. peningkatan teknologi pengeluaran bagi gandum
D. peningkatan sumber pengeluaran dalam ekonomi

14. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah penyelesaian masalah
"bagaimana barang hendak dikeluarkan"? (2017)

A. Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna


B. Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum
C. Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad
D. Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

15. Peralihan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y di sepanjang keluk


kemungkinan pengeluaran menunjukkan (2017)

A. apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y perlu


dikurangkan
B. apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y tidak
berubah
C. kedua-dua pengeluaran barang X dan Y tidak boleh ditambah secara serentak
D. kedua-dua pengeluaran barang X dan Y boleh ditambah secara serentak
16. Kehendak manusia yang tidak terbatas menunjukkan bahawa (2018)

A. keinginan manusia untuk memiliki sesuatu barang adalah tinggi


B. cita rasa setiap manusia terhadap sesuatu barang adalah berbeza-beza
C. kesemua keinginan manusia tidak dapat dipenuhi dengan sumber yang ada
D. cita rasa manusia sentiasa berubah dalam membuat pilihan terhadap sesuatu
barang

17. Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan (2018)

A. wujud lebihan sumber ekonomi


B. tiada pembaziran sumber ekonomi
C. penghasilan output yang minimum
D. penggunaan input yang maksimum

18. Kereta yang digunakan sebagai teksi ialah (2019)

A. barang awam
B. barang modal
C. barang pengguna
D. barang perantaraan

19. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang X dan
barang Y (2019)

Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)


A 0 20
B 2 18
C 4 14
D 6 8
E 8 0

Berapakah kos lepas bagi meningkatkan pengeluaran barang Y daripada 8 unit


kepada 18 unit?
A. 2 unit barang X
B. 4 unit barang X
C. 6 unit barang X
D. 10 unit barang X
20. Antara yang berikut, yang manakah barang perantaraan? (2020)

A. Mesin
B. Rumah api
C. Telefon bimbit
D. Tepung gandum

21. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi


barang Y dan barang X dalam sebuah ekonomi. (2020)

Penambahan 1 unit pengeluaran barang X, pengeluar perlu


A. Mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi
pengeluaran
B. Menambahkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi
pengeluaran
C. Mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi
pengeluaran
D. Manambahkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi
pengeluaran

22. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang sistem ekonomi pasaran
bebas? (2020)
A. Daya usaha individu tinggi
B. Agihan pendapatan lebih setara
C. Kerajaan menyediakan barang ekonomi
D. Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan dan swasta
23. Yang manakah benar mengenai ciri tanah? (2021)
A. Mempunyai mobiliti tempat
B. Mempunyai mobiliti kegunaan
C. Mempunyai penawaran yang tidak terhad
D. Mempunyai kadar bunga sebagai ganjaran

24. . Pemilikan pensendirian

 Keagungan pengguna dalam pasaran

Ciri di atas merupakan ciri bagi sistem ekonomi (2021)

A. Islam
B. Campuran
C. Pasaran bebas
D. Perancangan pusat
25. Andaikan sebuah kilang membuat kenderaan mengeluarkan kombinasi kereta dan
trak yang kurang daripada tingkat pengeluaran efisien. Kombinasi pengeluaran
tersebut berada di (2021)

A. Atas keluk kemungkinaan pengeluaran


B. `Bawah keluk kemungkinan pengeluaran
C. Sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran
D. Titik pintasan keluk kemungkinan pengeluaran

Bahagian B (Esei)

1. 2015
a. Huraikan tiga masalah asas ekonomi. [6]
b. Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal
dengan barang pengguna. [4]
2. 2017
Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, konsep
pilihan, dan konsep kos lepas bagi
a. Pengguna [5]
b. Pengeluar [5]
3. 2018
a. Nyatakan kaitan antara kos lepas dengan bentuk-bentuk keluk kemingkinan
pengeluaran [2]
b. Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemunkinan pengeluaran,
terangkan dua keadaan sebuah ekonomi tidak berada pada tingkat guna
tenaga penuh. [8]
4. 2019
a. Terangkan peranan teknologi dalam proses pengeluaran. [2]
b. Huraikan empat sumber ekonomi yang boleh ditawarkan oleh isi rumah kepada
firma dalam proses pengeluaran berserta setiap ganjaran yang diperolehnya.
[8]
5. 2020
a. Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2]
b. Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang.
[8]
6. 2021
Sebuah negara mengeluarkan dua jenis barang, iaitu barang modal dan barang
pengguna. Dengan menggunakan gambar rajah,
a. Jelaskan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi kos lepas meningkat. [4]
b. Huraikan kesan terhadap KKP masa hadapan apabila negara tersebut
mementingkan pengeluaran masa kini ke atas barang modal berbanding dengan
barang pengguna. [6]
Bahagian C

1. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y


bagi sebuah negara. (2015)
Kombinasi A B C D E
Barang X 0 4 8 12 16
(unit)
Barang Y 40 38 33 21 0
(unit)
a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan
i. seunit barang X pada setiap kombinasi, [2]
ii. seunit barang Y pada setiap kombinasi. [2]
b) i. Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini? [1]
ii. Apakah jenis faktor pengeluaran bagi negara ini? [1]
c) Nyatakan keadaan apabila negara ini memerlukan 8 unit barang X dan 29 unit
barang Y.
Berikan sebab bagi jawapan anda [2]
d) Adakah kombinasi 5 unit barang X dan 38 unit barang Y boleh dicapai?
Mengapa? [2]
2. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran maksimum barang X dan
barang Y bagi sebuah negara. (2018)
Kombinasi A B C D E F
Barang X 0 4 8 12 16 20
(unit)
Barang Y 80 72 60 44 24 0
(unit)

a) Berikan dua andaian keluk kemungkinan pengeluaran. [2]


b) i. Hitung kos lepas bagi seunit barang X pada setiap kombinasi. [2]
ii. Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), jelaskan jenis kos lepas barang X. [2]
c) i. Jika negara tersebut mengeluarkan 4 unit barang X, berikan satu contoh
kombinasi barang X dan barang Y yang menunjukkan pengangguran berlaku.

[1]
ii. Jika negara tersebut mengeluarkan 72 unit barang Y, berikan satu contoh
kombinasi barang X dan barang Y yang tidak boleh dicapai disebabkan oleh
sumber yang tidak mencukupi. [1]
d) Jika penemuan sumber baharu meningkatkan pengeluaran barang X sebanyak
25 peratus, bina jadual kemungkinan pengeluaran barang X dan barang Y yang
baharu. [2]
3. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang pengguna dan barang pertanian
yang dikeluarkan oleh sebauh ekonomi. (2021)
KombinasiBarang pengguna Barang pertanian
(unit) (unit)
A 0 25
B 3 20
C 6 15
D 9 10
E 12 5
F 15 0
a. Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengelauran.

[2]
b. Berdasarkan jawapan anda di (a), mengapakah keluk kemungkinaan
pengeluaran berbentuk demikian? [1]
c. Hitung kos lepas per unit untuk barang pengguna dari kombinasi B ke
kombinasi C. [2]
d. Jika berlaku peningkatan teknologi yang menyebabkan pengelauran
barang pengguna meningkat sebanyak 50%,
i. Hitung jumlah keluaran barang pengguna pada setiap kombinasi, [2]
ii. Berdasarkan jawapan anda di (d)(i), lukis keluk kemungkinan
pengeluaran yang baharu pada kertas graf yang sama, dan [1]
iii. Hitung kos lepas per unit untuk barang pengguna yang baharu dari
kombinasi B ke kombinasi C. [2]

Anda mungkin juga menyukai