Anda di halaman 1dari 6

1.

3 Petunjuk Makroekonomi

1. Kadar Pengangguran
• Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang
tidak memperoleh pekerjaan.

Kadar pengangguran = Tenaga buruh – Guna tenaga x 100


Tenaga buruh

• Kadar pengangguran meningkat menunjukkan semakin


ramai tenaga buruh yang tiada pekerjaan.
2. Kadar Inflasi
• Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan tingkat harga
umum suatu tahun berbanding dengan tingkat harga umum
tahun sebelumnya.
IHPt1 – IHPt0
Kadar Inflasi = X 100
IHPt0

• Kadar inflasi yang meningkat menunjukkan nilai wang


merosot.
3. Kadar Pertumbuhan Ekonomi
• Kadar pertumbuhan ekonomi ialah peratus perubahan KDNK
benar suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi = KDNK benar t1 – KDNK benar t0 X 100


KDNKbenar t0

• Kadar pertumbuhan ekonomi meningkat menunjukkan


berlakunya perken ekonomi.
suatu tahun
4. Keluaran Negara Kasar

• Nilai barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan


oleh sebuah negara dalam tempoh setahun oleh faktor
pengeluaran milik negara tersebut yang berada di dalam
negara dan di luar negara.
• Jika PFbLN positif maka KNK akan bertambah.
• Jika PFbLN negatif maka KNK akan berkurang.
5. Kitaran Perniagaan

• Keadaan ekonomi yang mengalami keadaan


melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu.
• Jika KNK sebenar melebihi KNK potensi maka
ekonomi mengalami inflasi.
• Jika KNK sebenar kurang dari KNK potensi maka
ekonomi mengalami deflasi.
• Jika KNK sebenar sama dengan KNK potensi maka
ekonomi mencapai guna tenaga penuh.
6. Akaun Dagangan

• Perbezaan antara nilai ekport barang dengan nilai import


barang.
• Jika nilai eksport barang lebih tinggi dari nilai import
barang maka akan berlaku imbangan dagangan lebihan.
• Jika nilai eksport barang lebih rendah dari nilai import
barang maka akan berlaku imbangan dagangan kurangan.
• Jika nilai eksport barang sama nilai import barang maka
akan berlaku imbangan dagangan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai