Anda di halaman 1dari 9

Kelemahan menggunakan data pendapatan negara

untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara


dua tempoh masa.

(i) Perubahan tingkat harga umum

Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kenaikan


pendapatan negara.
Kenaikan harga menyebabkan kuasa beli pengguna merosot
dan menaikkan kos hidup.
Oleh itu walau pendapatan negara semakin tinggi tetapi taraf
hidup rakyat tidak meningkat.
(ii) Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan

Kenaikan harga barang mungkin berpunca daripada


peningkatan kualiti barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan.Walaupun harga semakin mahal, taraf hidup rakyat
telah meningkat jika rakyat dapat menikmati barangan yang
lebih berkualiti.
Data pendapatan negara tidak dapat menunjukkan perubahan
kualiti tersebut dan ini menyebabkan kurang tepat untuk
membandingkan taraf hidup.
(iii) Perubahan komposisi keluaran negara

Jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca daripada


pengeluaran yang memberi faedah secara langsung kepada
rakyat misalnya lebih banyak hospital dibina maka taraf hidup
rakyat meningkat.
Sebaliknya jika kenaikan tersebut kerana tambahan keluaran
yang tidak memberi faedah kepada pengguna seperti
kelengkapan senjata, maka taraf hidup tidak banyak berubah.
(iv) Perubahan saiz penduduk

Tambahan pendapatan negara tidak semestinya meningkatkan


taraf hidup
Jadi jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding
kadar kenaikan pendapatan negara maka taraf hidup tidak
meningkat.

(v) Perubahan masa rehat


Jika pendapatan negara yang semakin meningkat disebabkan
oleh tambahan masa bekerja yang lebih panjang maka taraf
hidup tidak meningkat.
Ini kerana pekerja terpaksa mengorbankan masa rehat yang
lebih banyak. Jadi peningkatan pendapatan negara tidak
semestinya menaikkan taraf hidup rakyat.
Kelemahan menggunakan data pendapatan per kapita
untuk membandingkan taraf hidup antara negara.

(i) Perbezaan agihan pendapatan


Data pendapatan per kapita (PPK) tidak mencerminkan
agihan pendapatan penduduk sesebuah negara.
Jadi PPK sebuah negara misalnya negara A lebih tinggi dari
negara lain misalnya negara B, taraf hidup tidak meningkat
jika agihan pendapatannya tidak setara.
Berbanding negara B walau PPK lebih kecil tetapi taraf
hidup rakyat secara keseluruhannya meningkat apabila
agihan pendapatan lebih setara.
Perbezaan tingkat guna tenaga

PPK tidak menunjukkan tingkat guna tenaga dalam


sebuah negara.
Jadi PPK negara A lebih tinggi berbanding negara B,
taraf hidup rakyatnya tidak meningkat jika kadar
penganggurannya tinggi.
Berbanding negara B yang PPK lebih rendah tetapi
kadar pengangguran sedikit maka hidup meningkat.
(iii) Perbezaan komposisi keluaran negara

Negara yang komposisi keluarannya lebih kepada


barang penggunaan yang memberi faedah secara
langsung kepada rakyat akan meningkatkan taraf hidup
rakyat.
Negara yang komposisi keluarannya lebih kepada
barang ketenteraan akan meningkatkan pendapatan per
kapita tetapi tidak meningkatkan taraf hidup rakyat.
(iv) Perbezaan tingkat harga umum

Kenaikan harga akan menyebabkan kenaikan PPK


sebuah negara tetapi tidak akan meningkatkan taraf
hidup kerana kenaikan harga telah meningkatkan kos
hidup rakyat.
Sebaliknya bagi negara yang walaupun PPK lebih
rendah, tetapi tingkat harganya lebih rendah maka kuasa
beli masyarakat lebih besar, taraf hidup meningkat.
(v) Perbezaan masa kerja dan masa rehat

PPK sebuah negara yang lebih tinggi yang berpunca


daripada masa bekerja yang panjang dan hanya sedikit
menikmati masa rehat, maka taraf hidup mereka tidak
meningkat.
Sebaliknya jika sebuah negara yang PPK lebih rendah
tetapi mempunyai lebih banyak masa rehat, maka taraf
hidup negara ini lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 1.3
    Bab 1.3
    Dokumen6 halaman
    Bab 1.3
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.6
    Bab 3.6
    Dokumen22 halaman
    Bab 3.6
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.4
    Bab 3.4
    Dokumen18 halaman
    Bab 3.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.3
    Bab 3.3
    Dokumen18 halaman
    Bab 3.3
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.4
    Bab 4.4
    Dokumen11 halaman
    Bab 4.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.6
    Bab 4.6
    Dokumen9 halaman
    Bab 4.6
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 5.4
    Bab 5.4
    Dokumen22 halaman
    Bab 5.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.2
    Bab 4.2
    Dokumen15 halaman
    Bab 4.2
    fatimah
    Belum ada peringkat