Anda di halaman 1dari 8

Bab 1 Pengenalan Makroekonomi

Teori makroekonomi menitikberatkan kajian yang menyeluruh mengenai pengguna, pengusaha,


kerajaan dan perdagangan antarabangsa.
Di samping itu, ia juga menitikberatkan pengaruh globalisasi terhadap ekonomi tempatan dan dasar
kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

1.1 Definisi Makroekonomi


Makroekonomi ialah satu bidang kajian ekonomi secara menyeluruh yang melibatkan pembolehubah
ekonomi seperti pendapatan negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.
Makroekonomi mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh sektor isi rumah, firma, kerajaan
dan sektor luar secara agregat dalam menentukan tingkat kegiatan ekonomi.
Skop analisis makroekonomi meliputi faktor-faktor yang menentukan kegiatan ekonomi, masalah-
masalah makroekonomi yang dihadapi oleh sebuah negara serta dasar-dasar kerajaan untuk mengatasi
masalah tersebut demi mencapai matlamat penggunaan sumber dengan efisien dalam keadaan harga
yang setabil.

1.2 Pembolehubah makroekonomi


= Data statistik mengenai kegiatan ekonomi yang digunakan sbg alat pengukur utk menilai prestasi
ekonomi sesebuah negara.
i. Pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi
Pendapatan negara
= jumlah nilai wang bagi seluruh barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah
negara dalam tempoh masa satu tahun.

- Konsep keluaran negara yang paling kerap digunakan adalah Keluaran Negara Kasar (KNK).
- Konsep KNK dapat dibezakan kepada:

a. KNK mengikut harga semasa


= KNK yang dihitung berdasarkan harga-harga pasaran pada tahun yang berkenaan.
- Nilai KNK dipengaruhi oleh perubahan tingkat harga umum, maka KNK harga semasa tidak dpt
mencerminkan pretasi ekonomi yang sebenar.

b. KNK mengikut harga tetap (KNK benar)


= keluaran negara yang dinilai mengikut harga pd satu tahun asas yg dipilih.
- KNK benar digunakan utk menilai prestasi ekonomi krn perubahan nilainya mencerminkan
perubahan keluaran fizikal sesebuah negara.

IHPtahun asas
KNK= KNK harga semasa x
IHP tahun semasa

c. KNK potensi
= KNK yg seharusnya dikeluarkan jika semua faktor pengeluaran sesebuah negara digunakan
sepenuhnya.
d. KNK sebenar
= KNK yg sebenarnya dihasilkan oleh sesebuah negara pd sesuatu tahun

Peningkatan dlm KNK menunjukkan:


i. Taraf hidup penduduk smk meningkat kerana jumlah barang dan perkhidmatan yg dpt dinikmati
telah bertambah.

ii. Kegiatan ekonomi yg cergas kerana jumlah barang dan perkhidmatan telah bertambah.

iii. Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan hasil drpd kegiatan ekonomi yg lebih cergas dan
kadar pengangguran menurun

iv. Keberkesanan dasar ekonomi yg dilaksanakan oleh kerajaan untuk merangsangkan ekonomi
sehingga KNK semakin meningkat

Secara lazimnya KNK sebenar lbh rendah drpd KNK potensi krn kegagalan ekonomi mencapai
guna tenaga penuh.
Perbezaan atr KNK potensi dgn KNK sebenar dikenali sbg jurang KNK.
Jurang ini wujud krn perbelanjaan agregat yg wujud dlm ekonomi kurang drpd perbelanjaan
agregat yg diperlukan utk mencapai guna tenaga penuh.

Pertumbuhan ekonomi
= perkembangan aktiviti-aktiviti ekonomi yg menyebabkan satu peningkatan pengeluaran barang
dan perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.

- meningkatkan keupayaan sesebuah negara menghasilkan lbh banyak barang dan perkhidmatan.
- Pertumbuhan ekonomi yg berterusan akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan per
kapita.
- mencipta lbh byk peluang pekerjaan utk menampung tenaga buruh yg semakin bertambah.

Antara faktor yang menjana pertumbuhan ekonomi ialah:


a) Peningkatan kegiatan ekonomi di mn guna tenaga dlm ekonomi semakin meningkat.
b) Peningkatan keupayaan ekonomi utk menghasilkan lbh byk barang berikutan pertambahan dlm
sumber ekonomi, barang modal dan tingkat pelaburan.
c) Kemajuan dlm teknologi yg meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat ditentukan dengan rumus berikut:

KNK benar semasa−KNK benar sebelum


Kadar pertumbuhan ekonomi= ×100 %
KNK benar sebelum
ii. Tingkat harga umum dan inflasi
Inflasi
= satu keadaan di mn tingkat harga umum barang dan perkhidmatan tlh meningkat secara
menyeluruh dan berterusan serta tidak terbatas
- Kenaikan harga umum bermaksud kenaikan harga yg serentak ke atas kebanyakan jenis barang
dan perkhidmatan yang dijualbeli dalam ekonomi.

Antara sebab berlakunya inflasi ialah


a. Kenaikan permintaan agregat ketika ekonomi telah menghampiri atau mencapai guna tenaga
penuh
b. Kenaikan dalam kos pengeluaran apabila kos input naik
c. Kenaikan harga barang-barang yang diimport
d. Tambahan bekalan wang

Kadar inflasi yang tinggi dalam sebuah ekonomi akan menyebabkan


i. kemerosotan pendapatan benar dan kuasa beli wang
ii. kos hidup penduduk semakin meningkat menimbulkan rasa tidak puas hati dlm klg rakyat dan
mungkin menjejaskan kestabilan politik.
iii. Eksport negara menjadi kurang daya saing apabila inflasi menyebabkan kenaikan harga
eksport.

Kadar inflasi dapat diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Kadar inflasi
menunjukkan peratus kenaikan tingkat harga umum sesuatu tahun sebelumnya. Secara rumusnya:

IHP tahun semasa−IHP tahun sebelum


Kadar inflasi= × 100 %
IHP tahun sebelumnya

iii. Imbangan pembayaran


= satu penyata kewangan yg menunjukkan nilai semua urus niaga dan aliran wang yg dilakukan
antara sebuah negara dgn negara lain dlm tempoh satu tahun

- Imbangan pembayaran terbahagi kepada:


a) Akaun semasa
= akaun yg menunjukkan nilai urus niaga eksport dan import b&p serta bayaran pindah bersih.

b) Akaun kewangan
= akaun yg menunjukkan aliran masuk dan keluar modal jangka panjang dan jangka pendek.

- Lebihan imbangan pembayaran berlaku apbl nilai penerimaan dr luar negera melebihi nilai
pembayaran ke luar negara.
Sebaliknya, defisit imbangan pembayaran berlaku apbl nilai pembayaran ke luar negara melebihi
penerimaan dr luar negara.
- Defisit imbangan pembayaran yg berterusan akan mengurangkan rizab mata wang asing di bank
pusat. Ini akan menyebabkan kemerosotan nilai mata wang negara. Import yg berlebihan pula
akan mengurangkan kegiatan ekonomi dlm negara krn barang import tlh menggantikan keluaran
tempatan.
iv. Guna tenaga dan pengangguran
a. Guna tenaga
= jumlah tenaga buruh yg digunakan oleh pelbagai kegiatan ekonomi utk menghasilkan barang
dan perkhidmatan dlm sebuah negara
=merujuk kpd jumlah penduduk yg sanggup bekerja dan tlh mendapat pekerjaan.

Guna tenaga = Jumlah tenaga buruh – jumlah penganggur

Penganggur
= keadaan ekonomi yg terdpt sejumlah tenaga buruh yg tidak digunakan oleh sektor-sektor
ekonomi dlm menghasilkan barang dan perkhidmatan.
- Ini bermaksud dlm ekonomi terdapat penduduk yg sanggup bekerja tetapi masih tidak ditawar
pekerjaan.

Jumlah tenaga buruh


= jumlah penduduk dalam lingkungan umur (15 – 64 tahun) bekerja setelah ditolak bilangan
penduduk dlm lingkungan umur bekerja ini tetapi tidak bekerja spt suri rumah, pelajar, mahasiswa
dan pesakit

Kadar pengangguran
= nisbah atr jumlah pengangguran dan jumlah tenaga buruh pd satu masa tertentu

Jumlah pengangguran
Kadar pengangguran= ×100 %
Jumlah tenaga buruh

Kadar pengangguran mengukur tingkat kegiatan ekonomi dan mempunyai hubungan yg rapat dgn
pendapatan negara, guna tenaga dan inflasi.
Jika kadar pengangguran sekitar 2% - 4%, ekonomi negara tersebut dikatakan telah mencapai
tingkat guna tenaga penuh kerana pengangguran pd masa ini adalah akibat tenaga buruh yang
menukar kerja sahaja dan bukan disebabkan kekurangan peluang pekerjaan.
Pertambahan dlm tingkat guna tenaga bermaksud semakin banyak peluang pekerjaan, semakin
banyak keluaran dihasilkan dan pendapatan negara semakin meningkat.
1.3 Matlamat dan Dasar Makroekonomi
1.3.1 Matlamat Makroekonomi
i. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi= perkembangan kegiatan ekonomi yg dicerminkan oleh pertumbuhan
dalam keluaran negara.
- Pertumbuhan ekonomi menyebabkan peningkatan keupayaan sebuah negara utk menghasilkan
lbh byk b&p.
- Pertumbuhan ekonomi yg berterusan akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan per
kapita.
- Pertumbuhan ekonomi juga mencipta lbh byk peluang pekerjaan utk menampung tenaga buruh
yg semakin bertambah.

Antara faktor yg menjana pertumbuhan ekonomi ialah:


i. Peningkatan kegiatan ekonomi di mana guna tenaga dalam ekonomi semakin meningkat.

ii. Peningkatan keupayaan ekonomi untuk menghasilkan lebih banyak barang berikutan
pertambahan dalam sumber ekonomi, barangan modal dan tingkat pelaburan.

iii. Kemajuan dalam teknologi akan meningkat daya pengeluaran ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi yang positif juga dipengaruhi oleh perubahan ekonomi dan politik dunia
cthnya kenaikan permintaan Amerika Syarikat terhadap eksport Malaysia.

ii. Mencapai kestabilan tingkat harga umum


- Kestabilan tingkat harga umum= tingkat harga umum dlm ekonomi secara purata mengalami
perubahan yg minimum.
- Harga umum tidak mengalami masalah turun naik yg akan menjejaskan perkembangan
ekonomi.
- Kenaikan harga umum yg berterusan akan menyebabkan berlakunya masalah inflasi manakala
kejatuhan harga umum akan menimbulkan masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi.
Inflasi menyebabkan eksport negara merosot kerana harga barang eksport menjadi mahal dan
tidak dpt bersaing di pasaran antarabangsa manakala deflasi tidak menggalakkan pelaburan dalam
ekonomi.

Pencapaian matlamat ini penting kerana:


a. Kenaikan harga umum yang tidak terkawal akan menyebabkan masalah inflasi yang serius.
b. Tingkat kebajikan masyarakat semakin merosot kerana inflasi mengurangkan kuasa beli wang
dan tingkat pendapatan benar masyarakat
c. Inflasi menyebabkan eksport negara merosot kerana harga barang eksport menjadi lebih mahal
dan tidak dapat bersaing di pasaran antarbangsa.
d. Kejatuhan tingkat harga umum secara berterusan atau deflasi pula tidak menggalakkan
pelaburan dalam ekonomi.
iii. Memperbaiki imbangan pembayaran
Dasar makroekonomi yg dilaksana bermatlamat utk membaiki imbangan pembayaran yg berada
dlm keadaan defisit. Imbangan pembayaran yg kukuh akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
sebuah negara.

Defisit dlm imbangan pembayaran akan menyebabkan:


a). Mengurangkan kegiatan ekonomi apbl pengguna menggantikan barang tempatan dgn barang
import.
b). Mengurangkan rizab emas serta mata wang asing bank pusat serta melemahkan nilai mata
wang negara.
c). Meningkatkan pertukaran asing dan menyebabkan harga barang import bertambah mahal dan
seterusnya memburukkan lagi keadaan defisit.

Imbangan pembayaran perlu dibaiki sekurang-kurangnya mengurangkan jurang defisit dengan


cara meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan melalui galakan eksport, sekatan eksport,
devaluasi dan sebagainya

iv. Mencapai tingkat guna tenaga penuh


- Guna tenaga penuh= keadaan di mn kadar pengangguran berada di bawah 4%.
Ini bermakna semua faktor pengeluaran tlh digunakan sepenuhnya pada tahap maksimum dlm
proses pengeluaran tanpa berlaku pembaziran.
- Pengangguran yg terjadi sms ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh dikenali sbg
pengangguran semula jadi yg terdiri drpd pengangguran geseran dan pengangguran struktur.

Pencapaian matlamat guna tenaga penuh adalah penting kerana:


i. Apbl ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh, keluaran negara dan kebajikan masyarakat
telah mencapai tingkat yg maksimum.
ii. Berlakunya pengangguran dlm ekonomi bermakna ketidakcekapan dlm pengeluaran dan
pembaziran sumber-sumber ekonomi.
iii. Pengangguran membawa kesan negatif terhdp individu dan sosial. Individu akan hilang punca
pendapatan dan menimbulkan masalah kewangan yg akan menjejaskan kesejahteraan keluarga.
iv. Pengangguran yg serius akan menyebabkan ketidaksetabilan politik dan sosial.

1.3.2 Dasar Makroekonomi


Untuk mencapai matlamat makroekonomi, kerajaan campurtangan dlm kegiatan ekonomi dgn
melaksanakan dasar-dasar makroekonomi.
Antara dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan ialah:
a). Dasar sebelah permintaan
- bertujuan utk mempengaruhi permintaan agregat. Dasar-dasar ini terdiri daripada dasar fiskal, dasar
kewangan dan kawalan langsung.
i. Dasar fisikal (dasar belanjawan)
ii. Dasar kewangan
iii. Kawalan langsung seperti dasar upah, dasar harga, dan dasar perdagangan luar.
b). Dasar sebelah penawaran
- bertujuan utk mempengaruhi penawaran agregat bg menentukan kegiatan ekonomi. .
Dasar fisikal (dasar belanjawan)
= langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian utk
mempengaruhi perbelanjaan agregat dlm ekonomi.
- Dasar fisikal mengembang dilaksanakan melalui pertambahan perberlanjaan kerajaan dan
pengurangan cukai sms ekonomi mengalami kemelesetan akan meningkatkan perbelanjaan agregat
dan mengurangkan masalah pengangguran.
-Dasar fisikal menguncup dilaksanakan melalui pengurangan perbelanjaan kerajaan dan pertambahan
cukai utk mengurangkan perbelanjaan agregat semasa ekonomi melambung dan tekanan inflasi dapat
dikurangkan.

Dasar Kewangan
= langkah-langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan wang atau kadar bunga utk
mempengaruhi perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
- Bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang dgn menambahkan bekalan wang atau
menurunkan kadar bunga utk meningkatkan perbelanjaan agregat sms ekonomi sedang menghadapi
kemelesetan. Pertambahan dlm perbelanjaan agregat akan meningkatkan kegiatan ekonomi dan
seterusnya mengurangkan masalah pengangguran.
- Bank pusat melaksanakan dasar kewangan menguncup dgn mengurangkan bekalan wang atau
menaikkan kadar bunga untuk mengurangkan perbelanjaan agregat semasa ekonomi melambung dan
ekonomi sedang menghadapi tekanan inflasi.

Dasar Kawalan Langsung


- Kawalan langsung ialah kawalan kerajaan terhdp kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan
peraturan umpamanya penetapan dasar harga siling dan dasar pendapatan.
- Dasar kawalan langsung yg biasa dilaksanakan termasuk dasar harga minimum, dasar harga
maksimum, dasar upah dan tarif import.
- Sebagai contoh, apbl harga barang semakin meningkat menjelang musim perayaan, dasar harga
maksimum dilaksanakan utk barang-barang kawalan demi mengurangkan kenaikan harga barangan.
- Tarif import dikenakan ke atas barang-barang import utk menaikkan harga barang import dan
seterusnya membaiki defisit imbangan pembayaran.
Dasar sebelah penawaran
Dasar sebelah penawaran dijalankan oleh kerajaan utk mempengaruhi penawaran agregat dlm negara.
Ia bertujuan menambahkan keluaran negara utk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Antara langkah-langkah yg dijalankan oleh kerajaan ialah
i. mengubah cukai pendapatan
ii. mengubah cukai faktor yg diimport
iii. galakan fiskal atau insentif pelaburan
iv. galakan utk menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Kejayaan dasar ini akan mengalihkan keluk penawaran ke kanan yg akan menaikkan tingkat
pendapatan negara dan menurunkan tingkat harga umum.

Anda mungkin juga menyukai